Pages

Saturday, December 31, 2011

berinai

Zaman kecik2 dulu sangat suka berinai. Tapi kini  budaya berinai dah berubah. kini kita lebih suka beli inai di pasaraya. inai tu pun merah, mudah, dan cepat merah. tak payah nak tumbuk2 lagi..tak payah nak lurutkan daun inai kat dahan.. dan warna juga cepat hilang..kalau dulu, kita cari pokok inai, nak ambik inai pun kena mintak izin tuan punya pokok..bawa plastik kemudian lurutkan inai di dahan pokok.. kemudian balik, tumbuk2.. masa tumbuk tu bubuh nasik nak bagi inai tu melekat. pastu bubuh arang nak bagi hitam, bubuh teh nak bagi merah. hehehe.. dan petuanya, tak boleh berinai pagi dan petang hari. kalau ayam nampak, inai tak merah. hehehe. sebenarnya mitos saja tu.orang tua larang berinai siang hari sebab payah nak buat kerja nanti.. ok, lepas tumbuk2, letak inai kat kuku.. lepas tu balut. balut pula dengan cara menggunting plastik menjadi 4 segi dan ikan kuku menggunakan tali.. esoknya bila bangun, kita cabut la. dan akan dapati tangan kita menjadi kecut.hehehe.. masihkah kau ingat?

kali nie, saya nak kembalikan nostalgia yang lalu. minggu lepas kat kampung, saya ajar2 dan nak tunjukkan kepada anak-anak buah saya budaya berinai orang dulu2..

pokok inai.


kemudian tumbukkan inai..masukkan bahan2 yg diperlukan..


letakkan inai pada kuku..


balut dengan plastik dan ikat


tadaaaaaaaa... tunggu semalaman dan cuci keesokan harinya..


uyen pun berinai jugak..

dulu saya tak suka berinai..sebabnya saya hitam. hehe..sekarang nak kata putih tu tidak, tapi cerah cket daripada dulu..hehe


biasa2 jer..hahaha


tangan berkedut macam tangan orang tua.. penat2 tonyoh losen tapi berkedut2 jugak..

hasilnya........


latar belakang McD Alamanda.. sila cuba prosperity burger hari ini.. :-)


sebenarnya berinai baik untuk kesihatan. bagi lelaki, hukum berinai adalah haram ok. melainkan untuk tujuan perubatan. walaupun berinai 3 jari semasa nak bersanding pun haram.

Wednesday, December 21, 2011

Kisah Romantis Adam dan Hawa

“Syurga yang serba nikmat…Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).

Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.

Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.

Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.

Adam kesepian
Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?

Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan…bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta’ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta’ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.

Hawa diciptakan
Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.
Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.

Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata Kun! maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.

Pertemuan Adam dan Hawa
Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.

Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.

Adam terjaga….! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.

Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.
Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.

Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.
Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.

Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.

Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.

Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.

Adam terpikat
Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.

Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.
Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini? Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
Aku Hawa, sambutnya ramah. Aku dari Pencipta! suaranya tertegun seketika.

Aku….aku.. ..aku, dijadikan untukmu! tekanan suaranya menyakinkan.
Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa….tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu.

Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.
Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: Aku….aku.. ..aku, dijadikan untukmu! Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.

Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: Kekasihku, ke marilah engkau! Suaranya halus, penuh kemesraan.

Aku malu! balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.
Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini! Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.

Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.
Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.

Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik malu terselit rasa mahu. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.

Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
Hai Adam….tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!.

Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.

Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.
Perkahwinan Adam dan Hawa
Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon Syajarah Thuba, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.

Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!.

Malaikat dan para bidadari berdatangan
Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.
Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula.
Mana mahar? tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.

Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.

Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.

Mahar perkahwinan Adam
Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan?
Itulah yang sedang difikirkan Adam.

Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?.
Bukan! kata Tuhan.

Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya? tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.
Bukan! tegas suara Ghaib.

Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!.

Allah SWT. berfirman: Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat- Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!. Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil alamin (rahmat bagi seluruh alam).

Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu, perintah Allah, dan dapatlah ia sebagai isterimu!.

Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.
Allah SWT. berfirman kepada mereka: Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim.
(Al-Araaf: 19).


Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.
Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah SWT.: Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
(Al-Baqarah: 38)

(gambar tiada kaitan dengan cerita.giler glemer budak  nih!)




Tuesday, December 20, 2011

Ponteng kuliah pergi Putrajaya layan anak-anak buah..layann..

layan jer budak2 huduh nih..walaupun tolol tapi best main dengan budak2 nih..

bila anak dah dua, tiga..bersedialah wahai Nora.. (mulai hari ini panggil saya Nora ye..hihi)
serabut perut dale kain nengok..

Along cari ape tu?


Fahrin beli kasut sekolah nak masuk darjah 1..


Adik pun nak sekolah jugak.. Hurin sekolah tipu2 jer..



Sama tak dengan mulut angry bird?



3 budak hitam, 3 budak buwah



Adik makang key ep ci..



Hurin make pong! haha
padahal kaki xsampai nak tekan 'pedal' minyak


Main boling konon2nye..



Sama tak hurin dengan Izzah? tengok tu tangan masuk dalam baju..gotel ape tuh..kih7..



Pakwe cikza nieh..Along jangan ganggu..



Kegemaran budak gemuk!



kenapa ya budak gemuk suka makanan lagu nih?



bila malam pakai bedak sejuk..nak bagi licinkan kulit..


aha..Semek dengan Selamoh! Adik pun nak kulit licin jugak..hehe..


gigi hurin..gigi xcukup 14..

ok takat tu saja entry xde motif...penat2 korang masuk sini kan..hihihi...
ok daaaaaaaaaaaa........



Saturday, December 17, 2011

Tips Bilik Air Sentiasa Wangi

ini ialah petua untuk menjaga kewangian dan kebersihan bilik air. bilik air yang bersih dan wangi mencerminkan peribadi. kita tentu tak suka kalau kita ke rumah orang lain, dan kita dapati bilik air mereka kotor. nak guna pun tak lalu kan.. jadi, kita pun kena juga jaga bilim air rumah kita. mana tahu ada tetamu yang datang tiba2 nak guna tandas kan.. selain itu, berada lama di bilik air juga dapat melancarkan peredaran darah. sudah tentu kita ingin berada lama di dalam tandas. "TANDAS BERKUALITI HIDUP BERKUALITI"'.

caranya ialah dengan meletakkan shampu yang wangi di lantai. kemudian beruslah lantai itu sebersih-bersihnya. wawawawawa...nampak senang kan, tapi petua ini kita selalu lupa dan malas nak buat..tapi berkesan, syaratnya kena beli syampu yang wangi dan kena cuci setiap hari.

Selamat Mencuba!

Thursday, December 15, 2011

Satu persoalan..

jam menunjukkan pukul 5.18 pagi.. beberapa jam yang lepas cuba memujuk mata agar tidur.. tetapi dia tak dengar kata. nah! balas balik..tadi tidur dari pukul 10 pagi sampai 3 petang. siap mimpi buruk sebanyak 2x.. ok la. daripada duk kelip pah kelip pah tengok dinding, tengok kipas.. esok ada test ketrampilan membaca. kul 8-9.. dan kul 9 boleh sambung tidur..hehe..patut la kan...kul 3 ptg kelas fonetik dan kemudian terus ke putrajaya..mesti sampai lewat malam, sorang2 pulak tu..xpe, dah biasa..

satu persoalan..

apakah sebenarnya tugas wanita/perempuan/gadis/ibu?

perlukah seorang wanita itu mempertahankan apa2?maksud saya pandangan, hak dan sebagainya?

patutkah kita sama2 turun padang melaungkan hak?

patutkan kita berdakwah?

patutkah kita jadi pemimpin?

patutkah kita ada blog?

patut kah kita tonjolkan diri di hadapan khalayak?

patutkah kita meminta hak sama rata?

adakah di atas pentas peragaan itu tempat kita? memperagakan fesyen muslimah?

patutkah kita...

ada wanita lantang menyuarakan pandangan...

ada wanita hebat dalam politk..

ada wanita gah di pentas peragaan..

ada wanita yang menjadi tonggak penting dalam negara..

hak masyarakat terbela..

pelajar makin pandai dididik wanita..

kebajikan rakyat terjaga..

wanita sebagai "penyejuk mata" di majlis-majlis kenamaan..

tapi dalam masa yang sama..

rumah tangga terabai..

anak-anak terabai..

suami diabaikan..

berdosakah kita andai kita cuma diam di rumah..

berdosakah kita andai kita berdakwah hanya di rumah..

berdosakah kita andai...

"sebesar-besar jihad bagi wanita ialah di rumah sendiri.."

kita jawab.. "patut..asal menjaga apa yang ditetapkan oleh agama.."

sejauh mana kita menjaganya..

belajar di universiti bercampur lelaki dan perempuan..berdiskusi..menuntut kita berkenalan dengan si lelaki.. duduk semeja berbincang..kadang-kadang terpaksa berdua-duaan

jangan hipokrit, yang bertudung labuh juga akan terperangkap dengan cinta..mula berSMS..bertukar email..bertukar-tukar gambar..

ke kelas menyarungkan pakaian masih sopan tapi tak menutup aurat sepenuhnya..stoking masih tak pakai.. aurat masih tak sepenuhnya ditutup kerana tuntutan kerja/syarikat/bos/peraturan kerja..

memakai wangian yang boleh dihidu dari jarak 30 meter.. "kalau tak pakai nanti busuk la kita..sampai ke tengah hari nak kerja.." (bau badan bergantung kepada diri sendiri sama ada pandai menjaga kebersihan atau x)

memakai aksesori yang berlebihan..kadang2 boleh timbul riak dengan gelang emas sebesar tayar bas.

kalau pakai labuh2, longgar nanti dicop ketinggalan zaman..

mampukah wanita?

menjaga semuanya?

SIAPAKAH LELAKI DAYUS?


Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman


Anak Dara...oleh Rohaya

Dikir ni dah lama. sebenarnya, penuh dengan pengajaran. :-)

Belah mano wei demo raso..
Betul tidok denga ambo kato
Jange jange sangak anok daro
Lepah jale rato-rato..

Tok soh royak baik hati
Ngeceh ngorak nih hok sedak sekali
Tak dok aye tok berehi padi
Make kenye tingga lari

Ketar kenalin doh ayah ibu
Tok de kawen nok buleh cucu
Mulut manihnyo anok aku
Tok de kawin nok buleh cucu

Dulu demo hargo tinggi
ayah ibu ore malu diri..

Apo nok dikato..

Dulu demo anok daro comey
Sungguh laku banyok teme la wei
Loni peghuk sudoh ado isi
Hai pok sanggup tak dok lagi..

Tak dok satu hok tidok kene
Mugo tentu doh makene
Kapung tepak doh tingga habih
Tubik keluar cari pitih..

Loni banyok ore alek sie
Anok daro lepah cari make
Jadi koli suruh jadi pelaye
Keda kopi di kelab male

Pelaye comey tuke masak sedak
Hulur kail pulok mudoh takak
Pelaye comey tuke masak sedak
Hulur kail pulok mudoh takak
Habih maso lepah taing sakak
Buleh ambik wak gi derak

Ooo.. apo nok di kato..

Wednesday, December 14, 2011

BOTAK~~~~

Sape peminat botak sila angkat tangan tinggi2.. tapi entry kali ni bukanlah mengenai Johan botak...

Bukan juga mengenai cerita Cinta Elisa..

Bukan tentang Fasha Sandha..

Bukan juga botak sebab dah kehabisan duit pada penghujung semester..

Tapi botak disebabkan keguguran rambut yang sangat banyak!

Biasalah rambut panjang lebih mudah gugur dan putus..dan terpaksa menghabiskan sisa hidup dengan menyapu lantai..




Macam ni la rambut saya cuma kaler je lain...



Ayuh kita berkenalan dengan syampu yang bakal menjadi kawan baik kita. Sila pilih mengikut jenis rambut anda :

Rambut kering
Pilih syampu dengan nilai pH yang rendah. Syampu dengan nilai pH tinggi hanya akan membuka kutikel rambut seterusnya menyebabkan asid lemak terkuap.

Rambut berminyak
Pilih syampu yang bersifat deep cleansing dan sapukan perapi pada hujung rambut.

Rambut kusut
Pilih syampu dengan pelembap atau moisturizing shampoo, dan guna syampu dan perapi yang mengandungi protein.

Rambut mudah gugur
Guna syampu dari bahan semula jadi dan kurang kandungan kimia.

Rambut berkelemumur
Pilih syampu yang dilengkapi dengan ekstrak bunga matahari, tea tree oil, pirokctone olamin, sebaril dan thyme.

Tuesday, December 13, 2011

dad.....

i never said..
i love u dad..
but deep in my heart..
my tears drop when i think of u..

u know i love u,
u know i do..
i just wish u could talk to me like i talk to u..
i know how hard u try to speak
but those brain cells u lost made u'r body so weak

i know u hear me and i hear u too
above the stars and even the moon,
i hear u in my heart and even in my soul

i know u strong but still too weak
my dear father please dont weep
t try so hard to live my life
but without u in my life its hard i'd have to say

dad i remember so much of u that it hurts to even say
but at least i have those few memories that i know will always stay

Sunday, December 11, 2011

MI SEGERA : Banyak keburukan daripada kebaikan

Source : Majalah Rapi

Diringkaskan dalam mi segera terdapat bahan perencah iaitu MSG. Antara kesan buruk MSG ialah :
- Merosakkan fungsi buah pinggang
- Rasa panas di dada
- Perubahan warna wajah
- Diserang sakit kepala
- Meningkatkan risiko serangan kanser
- Bagi kanak-kanak, ia akan mengurangkan penyerapan nutrisi lain
- Menjejaskan perkembangan janin
- Wanita mengandung mengalami keguguran
- Anak yang dilahirkan kemungkinan tidak sihat

Apa pun, bagi penggemar mi segera (terutamanya mahasiswa yang mahu berjimat) anda masih boleh menikmatinya dengan memasak dengan cara yang betul. Teknik yang disarankan :
- Masak air di atas api sehingga mendidih. Setelah itu masukkan mi ke dalamnya. Tunggu seketika.
-Apabila mi sudah lembut, angkat dan toskan. Buang air rebusan tadi kerana ia mengandungi 'wax' yang terlarut daripada mi segera tadi.
-Didihkan air yang baru. Masukkan mi segera ke dalam air yang menggelegak seketika sebelum mematikan api. Tambahkan sayuran hijau yang dicelur bagi menambah kebaikan nutrisi dalam sajian mi tadi.
-Dengan kadar haba yang masih ada, barulah dimasukkan bahan penambah perisa ke dalam mi yang telah dimasak.


Selamat mencuba!


*Walau bagaimanapun, saya telah mengharamkan perut saya dimasuki mi segera. Halal dan haram mi segera masih diragui. Jauhi perkara syubhah.


 





Saturday, December 10, 2011

Persoalan Ini

Malam-malam yang romentik begini..
tak boleh tidur..
renung sejenak
agaknya siapalah yang akan dijodohkan denganku?

siapa dia?
di mana dia berada?
kala ini, apa yang sedang dia lakukan?
di mana dia belajar?
apa pula bidangnya?

pernahkah aku jumpa dia sebelum ini?
atau belum jumpa lagi?
boleh jadi orang yang aku tak pernah jumpa,
atau..orang yang sangat dekat denganku..
orang jauh atau orang dekat?
mintak jauh orang jauh..
harap orang Kelantan..

adakah dia sudah pun muncul dalam hidupku?
tetapi aku tidak menyedarinya?
bagaimana pula permulaan kisah kami?
di mana kami akan berjumpa buat kali pertama?
hari apa..
tarikh berapa..

persoalan ini hanya tuhan sahaja yang tahu
masa yang akan menentukan..


okeh.kita imgine jap..
pada satu hari yang cuacanya agak tidak elok..hujan turun renyai2...aku berbaju kurung ke kuliah..baju kurung polkadot..dan bertudung mini Ariani..hak3..aku berpayung polkadot hitam putih..aku hanya pakai selipar jepun..sebab hujan kan..dan aku melanggar peraturan universiti yg tidak membenarkan pelajar memakai selipar ke kampus...tapi xpe pak guard xmarah..aku menguntumkan senyuman yang paling manis pada pak guard..dan dia menegur aku...

"amboi, merahnya bibir!" puji/perli pak guard tu...lalu aku mengatur langkah dengan penuh sopan..berlenggang-lenggok membawa Prada handbag, sambil memegang payung..  di fikiranku hanya memikirkan nasik kerabu, bila nak masak..

tiba2...angin bertiup kencang..meniup tudung miniku...bajuku pun turut terkesan dengan angin kencang sehingga menyukarkan aku untuk berjalan..tempias hujan mengena pipiku..skirt bahagian bawah juga basah...dengan tidak semena-mena, angin kencang menerbangkan payungku....aku terkesima!  aku mengejar payung itu...dalam hujan yang semakin lebat...

"dushhhhh!!!" payung yang terbuka itu mengena muka dan dada seseorang.. alamak! kataku dalam hati. bila sahaja orang itu mengangkat payung dan menampakkan wajahnya..

"wah..tampannya..tinggi"...

aku mendekatinya.. dia memandang aku dengan sebuah kuntuman pada bibirnya..aku membalas seyumannnya itu....

"maaf.."

"xpe.."

lalu aku melangkah pergi meneruskan perjalananku..lalu dia bersuara..

"saudari,,"

jantungku..dup dap dup dap...dan segera toleh kepadanya..

"sebenarnya saya amat tertarik dengan saudari..boleh saya mintak no fon?Fb ke..."

ahakkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!! dan disitulah bermulanya cinta kami......... khayalan! khayalan!!! biasalah kanak2 suka bermain dengan imaginasi....

Friday, December 9, 2011

Birthday Message For Dad

9 December 2011 (57 years old)



I'm so grateful that I have u as a dad
Thanks for always believing in me
Thanks for all the support that u have given to me
Happy birthday to my favourite daddy
Thank u for being a kind and caring Father
I love u dad

Happy birthday to my hero
When I grow up, i want to be just like u
I'm so glad that Allah gave me a father like u
Its truly a blessing to have u as a father

Happy birthday dad,
u are the best dad in the world..














dad, please wake up..look at me..talk to me..hear me..i want u hear that i want to wish birthday to u..

"semoga paduka ayahanda cepat sembuh..sama2 kita doakan.."