Pages

Tuesday, October 23, 2012

Aku jadi pelakon

Tajuk entry macam giler-nak-famous sangat lah tu. Aku nak cerita jugak bahawa impian aku nak jadi pelakon akhirnya tercapai jugak. Muehehehehe... Wah! Famous lah aku kali ni? Citer ape aku nak masuk? Watak apa aku nak pegang? Lepas ni kompom xlaku Fasha Sandha ngan Neelofa pasal penerbit asyik nak ambik aku jadi pelakon. Syafiq Yusof siap menangis hentak-hentak kaki lagi kata  nak... nak.... nakkkkkkkkkkkkkkkk!! hahaha.. Buat Lisa Surihani, janganlah rasa terancam dengan aku yer. Aku taknak jadi pelakon sebenarnya, takut tak berasap dapur kau ngan Yusry. ngeeee...

Okay key key key.. xpayah nak perasan. xpe-xpe. pasal aku perasan dalam blog sendiri. asalkan tak ganggu blog orang lain, tak ganggu FB orang lain.

Hari nie kami shooting untuk satu esaimen yang memaparkan nilai murni. kejadian begini memang aku selalu perhati kat mana-mana. Pelajar terutamanya, sangat-sangat tak menghormati cleaner. kesian makcik kan? tapi bila dengan cikgu, siap salam ngan cium pipi lagi. bila lalu depan cikgu, bagi salam, senyum. tapi bila lalu depan cleaner, xbagi salam pun. senyum pun x. jadi kami nak bawakan satu cerita pendek yang mengisahkan situasi ini. harap-harap dapat membuka mata orang ramai agar menghormati sesiapa sahaja. tak kira pangkat, nama, walau sesiapa pun dia. berikut ialah gambar-gambar "behind the scene"


ini baju kakak cleaner UPSI, pinjam sekejap nak buat shooting. hehe. ada bakat x? hehe.... saje je ni pakai.aku bukan watak cleaner, sebabnya aku bawakan watak antagonis? hah? antagonis? yah! really???? yeah. haha.. alamak, terlebey sudaaaaa..

Aina pegang watak cleaner tapi last-last xjadi gak..hehe

Safiyah ngan Ina, director ngan kameraman
 
Kami guna DSLR tau nak buat filem nie. Cis! filem, tapi bukan DSRL yang besar tu tapi DSLRSTUVWXYZ.. haha.

Aku sekarang sedang naik jerawat meriah kat muka, pasal Allah bagi cuti. Jadi terpaksa tempek bedak semaksima yang mungkin untuk menutup cela. Bagi aku xmolek wat macam ni. Semalam aku gi kelas xpakai apa-apa pun letak pelembap je nak bagi kulit bernafas, yelah kalau jerawat better xyah nak bermekup takut makin meriah jerawat tu nanti. Tapi ramai la pulak yang perasan jerawat aku. Tiba-tiba rasa rendah diri yang teramat sangat. T_T (nangis)
 


perasan kan? untuk tutup cela ni aku pakai BB Cream daripada Avon, pastu Smooth Mineral Foundation, daripada Avon jugak, pastu letak lagi bedak PIXY. letak eye liner sikit , dan lipstik sikit.. sampai tengahari dah mula berminyak muka. Arghhhhhhhhhhhhhh!!!!!

Okay. setakat ini sahaja aku perasan buat hari ini, esok aku balik kampung. jumpa mak, anak-anak, sugar daddy a.k.a En. Tunang.. hak hak hak. kan best kalau balik raya haji nie, balik untuk kawen....... Toink3..

Biarlah lakonan tu tinggal minat je dalam diri aku..berlakon dalam dunia realiti pun dah selalu. lalalalalalalalala..

Comel-comel sokmo :-)

Sunday, October 21, 2012

Sinopsis Novel Di Bawah Hujan Peluru

Aku ada baca satu novel. Novel nie sangat menarik, mengisahkan peperangan pada zaman Jepun dan berfokus di negeri Johor. Kisah ni betul-betul berlaku kepada penulis. Jadi bila aku baca, patut la. Rasa macam kita alami sendiri peristiwa tu, Rasa berdebar-debar, takut, cemas, semua ada. Hebatnya pengolahannya sehingga aku sayang untuk meninggalkan novel tu dan mahu terus membacanya. 

Novel Di Bawah Hujan Peluru karya Shaharom Husain ini mengisahkan tentang peperangan yang berlaku pada zaman penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu. Cerita ini berdasarkan pada peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa bala tentera Jepun menyerang Tanah Melayu pada akhir tahun 1941. Tidak sampai dua bulan mereka berjaya menewaskan kekuatan tentera British. Apa yang menarik tentang novel ini ialah, kandungan novel ini didasarkan kepada peristiwa yang benar-benar dialami, dilihat, dan didengar oleh penulis. Terutamanya peperangan yang berlaku di kawasan-kawasan dalam negeri Johor. Malapetaka dan peristiwa kejam bersejarah yang menyayat hati itu, penulis kumpulkan dan dijadikan novel.

Novel ini mengisahkan mengenai seorang lelaki yang bernama Rasiman yang mempunyai kekasih hati yang berada di bandar bernama Rasimah. Pada zaman peperangan tersebut, tempat tinggal di bandar sudah tidak selamat lagi untuk didiami. Hal ini kerana Jepun dan British berperang di bandar. Walaupun Jepun mahu melindungi orang Melayu, tetapi sekiranya mereka berperang, penduduk yang berada di bandar akan tetap terkena tembakan, bom dan sebagainya. Hal ini kerana bandar adalah tempat untuk berperang antara tentera Jepun dan tentera British. Langkah untuk menyelamatkan diri ialah berpindah ke kampung-kampung dan kawasan pedalaman.

Rasiman berusaha keras mahu menyelamatkan keluarga Rasimah dari bencana peperangan dan memujuk ayah Rasimah untuk berpindah ke kampungnya. Malang sekali kerana ayah Rasimah berkeras tidak mahu berpindah kerana menyangka rumahnya di bandar sudah selamat. Rasiman beberapa kali pergi ke rumah Rasimah bagi memujuk ayahnya, tetapi semuanya hampa. Rasiman berat hati mahu meninggalkan kekasihnya dan selalu bimbangkan keselamatan Rasimah. Dalam masa berusaha untuk memujuk ayah Rasimah berpindah, Rasiman terpaksa mengharungi pelbagai rintangan. Antara bandar dan kampung dipisahkan oleh Sungai Batu Pahat. Di sungai itulah Rasiman terpaksa mengelakkan diri daripada tembakan dan bom pihak penjajah. Tetapi demi Rasimah, itu semua tidak dihiraukannya.

Dalam novel ini juga menceritakan mengenai kezaliman penjajah Jepun terhadap kaum bukan Melayu. Tentera Jepun sangat zalim dan suka menyeksa orang awam dengan seksaan yang cukup berat. Rakyat berpendapat bahawa lebih baik sekiranya mereka ditembak terus daripada diseksa oleh tentera Jepun. Selain itu, tentera Jepun juga digambarkan menyukai perempuan Melayu. Mereka akan memasuki rumah-rumah penduduk dan merogol gadis-gadis. Oleh itu, anak gadis terpaksa disembunyikan di tempat yang selamat.

Setelah mengalami pahit getir peperangan, Rasiman berusaha keras dan berjaya dalam hidup dia. Pada mulanya, setelah Jepun pulang ke negara mereka, Rasiman mendapat pekerjaan iaitu menjadi kerani di salah sebuah syarikat motokar di Singapura. Dia juga bekerja sambilan dengan menjadi wakil insuran. Kemudian Rasiman berjaya membeli sebuah motokar, mengirim duit kepada ibu bapanya dan menyewa sebuah bilik di sebuah rumah pangsa.

Dalam usaha Rasiman mengejar kejayaan, dia juga berusaha mencari Rasimah yang terpisah setelah rumah Rasimah terkena bom. Walau bagaimanapun, pencariannya tidak berjaya. Sudah takdir, Rasiman dan Rasimah terpisah terus. Rasiman pula masih tidak berkahwin kerana tidak ada sesiapa yang boleh menggantikan Rasimah dalam hatinya.

Nak tahu lebih lanjut betapa kejamnya askar Jepun, sila baca sendiri. okay..

Comel-comel sokmo :-)

Saturday, October 20, 2012

"Saya orang Kelantan dan saya cantik"


Assalamualaikum.

Perasan kan tajuk entry tu? okay xpayah nak mengumpat sebab aku memang perasan dan aku menyedari hakikat itu, Kuang3.

Tahniah buat pasukan TRW sebab menang Piala Malaysia 2012. Alhamdulillah syukur. Tapi ramai yang tak suka dengen kemenangan kami, kata main jahat la rasuah la itu la ini la. Xpe yang penting dah menang dan dah tentu xde rasuah-rasuah ni der... style lama tu rasuah. zaman jepun dulu, sekarang dah xde rasuah dah hahaha.. 

Okay, xpayah nak mengutuk orang kelantan. kenapa nak bermusuh sangat ngan kelantan. kenapa nak dengki sangat sampai kutuk kata macam-macam. hati-hati sebab orang kelantan ni semangat assabiyah tu kuat, sekali dia serang ngan geng dia, seluruh stadium terbakar.

Kelantan memang hebat. orang kelantan hebat-hebat. bola hebat, politik hebat, ce tengok pensyarah universiti Nik safiah karim, hamid mahmood, cik nik (masukkanlah jugak), dr. zul (pun termasuk) neelofa, fizo omar semua cantik dan hensem2 kan? hehee.. Baik. aku bukan perasan tapi berdasarkan kajian saintifik, memang dah terbukti benar bahawa orang kelantan hebat-hebat dan perempuan kelantan cantik-cantik semuanya. he-he-he.. kalau tak percaya baca nie.





Comel-comel sokmo :-)

Friday, October 19, 2012

Aktiviti Pandu Puteri Minggu ke-6 - Membuat gadjet

apa yang penting?? kerjasama!
Add caption
gigih
replika mini gadjet


Bila sugar daddy baca khutbah

Hai esok exam dan aku sedang bermalas-malasan kat umah. hehe. biasalah, kena datang mood study dulu barulah aku study. kalau x, x la. dan seperti biasa, sebelum aku study aku kena lepas gian update belog dulu. aku sengaja wat belog aku ngan tulisan pelik nie agar awk-awk semua xboleh baca heheheeeeee. aku nak orang yang mata dia rajin dia tengok huruf je yg boleh baca.


okey. pergi kepada tajuk asal. bila sugar daddy baca khutbah. aku tak tahu nape mak aku selalu mintak sugar daddy aku datang bacakan khutbah raya, dah xde orang lain ke? aku pun xharap sangat kat sugar daddy aku nie.. sebab aku tok guru dia, dia anak buah aku jer. hak hak hak.. dia tahu ape kan? wekkk.. tapi xpelah sebab dah xde pilihan lain. sugar daddy aku ape lagi, ibarat  orang mengantuk disorongkan bantal, tunggu masa je nak bersama dengan aku dengan kebenaran mak aku sebabnya aku memang selalu bengis ngan dia 24 jam. huh! kalau aku, lambat lagi nak keluar ngan sugar daddy aku, nak makan-makan, apatah lagi nak jemput datang umah. suke le tew awok tew..

ok baik. raya haji akan datang minggu depan. dan macam biasa xde orang nak baca khutbah raya, jadi mak aku mintak SD aku bacakan pulak. entah2 tahun depan dan tahun seterusnya dia jugak yg jadi mangsa. xpe. dia suka.

masa SD aku mengimamkan solat teraweh aku takleh semayang. Allah bagi cuti. masa raya aidilfitri SD aku jadi tok imam ngan khatib, aku cuti jugak. tapi nampaknya raya haji nie aku tak cuti. tapi, aku nak berpura-pura aku cuti dengan alasan xnak gi semayang raya sebab SD aku yang jadi khatib. Ha-ha-ha. Ada pulak lagu tu kan?

ye! ada. sebabnya? xtahu lah. tiba-tiba rasa malu. tiba-tiba rasa takut, kenalin, duk dak duk dak ada belaka. rasa macam dia tak boleh buat semua nie. haha walaupun kawan ni dah banyak pengalaman. malu. ah- serba tak kena rasanya.

aku teringat masa arwah ayah aku jadi imam solat hajat kat sekolah. macam tu jugak yang aku rasa. perasaan yang sama terhadap SD aku. padahal sudah terang lagi bersuluh ayah aku tu tok imam. ha-ha-ha. pelik betul aku ngan diri aku sendiri.

nampaknya raya haji kali nie giliran kat umah aku pulak. 

Comel-comel sokmo :-)

Monday, October 15, 2012

Memartabatkan Bahasa Melayu

15 dan 16 hb kami ada Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu. perasan x dlm blog aku tak sensitif sangat tentang bahasa melayu, rileks...rilekss... jangan nak serang aku sebab ni belog aku. blog peribadi dan sekadar cuma belog picisan. bukannya NORA_ANIZA dot EDU dot COM mahupun WWW.NORA_ANIZA.GOV.MY. okay??


Sebab ini adalah majlis rasmi maka perlulah buat gaya skema


Tapi kan, xamarika la kalau cikgu bahasa melayu xsentuh langsung tentang penggunaan bahasa melayu, PPSIM, MBMMBI, tak alert dengan perkembangan bahasa terkini. eh tak tak.aku bukan begitu. aku ada satu lagi belog yang konon2nya memperjuangkan bahasa melayu.. hee...heee...heee... sila masuk sini http://anizaabdullah.blogspot.com .


Pastu xamarika la kan kalau cikgu bahasa xjoin program, tahu nak duduk rumah jadi tepot kat umah je 24 jam xboleh jugak. kena aktif. jangan malu dengan status "SKEMA" demi mencari ilmu pengetahuan dan mencambah minda. ececececcecece..

Muna cantik giler, dan lembut giler.. hewhewhew

dan tak amarika la kan kalau cikgu bahasa melayu tapi xpernah kenal @ jumpa ngan pejuang2 bahasa seperti Prof Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, Prof Emeritus Abdullah Hassan, Awang Sariyan ataupun Asmah Hj Omar. kalau macam tu baik xyah jadi cekgu bm kan, duduk umah je bagi makan ayam itik lagi baik.

Antara orang yang datang awal sebab tak baca tentatif program betul-betul hehehehe

Tapi semalam aku dah jumpa Nik Safiah Karim, (walaupun xberkesempatan nak salam ke, gambar ke) dan masa semester dua aku dah belajar dengan Abdullah Hassan.

Jadi, ayuh kita sama-sama memartabatkan Bahasa Melayu. Melayu jangan malu dengan bahasa kita sendiri. Gunakan dengan yakin dan tanpa was-was. hehe..

Aku terfikir satu perkara. kenapa orang melayu nak gunakan bahasa orang putih? bukan setakat bahasa orang putih, tapi kena nak pakai pun macam orang putih? kenapa orang nak kulit putih macam orang putih? hebat sangat orang putih sampai semua benda orang nak tiru dia. kenapa nak bergaul bebas macam orang putih? fikir - fikirkan...

Comel-comel sokmo :-)


Sunday, October 14, 2012

Berangan tentang kad siswa

pelajar-pelajar universiti lain agaknya sedang enjoy menikmati diskaun drpd kad siswa. tapi pelajar UPSI xtahu apa masalahnya, belum diagihkan. dan dijangka 23hb 10 barulah dapat kad tu. tapi xbanyak jenama yang aku kenal yg dapat diskaun tu. kalau aku biasa naik air asia je, dia bagi diskaun utk firefly ngan MAS je. sebab tiket dua2 tajuk tu mahal. lagi satu semuanya jenama yg mahal2, xbanyak yg jenama murah yang rakyat biasa macam aku ni guna. ada sikit2 je macam kfc, rapid KL, chicken rice shop, bata.

tapi aku bukan nak membangkang @ mengkritik dalam blog pulak. tapi kan. kan best kalau kad siswa tu dapat diskaun untuk :

  • Ariani
  • bas mahligai
  • nasik kerabu abang wan asli dari kelate (haha)
  • Ismail tomyam
  • KLIA express
  • Air Asia
  • butik peace
  • butik sophie
  • kedai komputer BHL
  • kedai kasut esarli
  • KTM
  • minyak petrol 
  • kedai buku muda osman
  • econjaya (hahaha)
  • pizza hut
  • mcD
tapi, ape pun terima kacihhhh untuk benda nie.. yang selalu aku guna/beli

  • Bata
  • MPH bookstore
  • Kfc
  • A&W
  • The chicken rice shop
  • mydin
ok tu je. jenama/tajuk yang lain, mungkin sesuai untuk siswa anak orang kaya yg belajar oversea. hohhohohohohoho..

Thursday, October 11, 2012

Hari terakhir ku di UPSI




Macam tak percaya je kan. pejam celik pejam celik akhirnya aku berjaya jugak habiskan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian di universiti idaman sejak dalam perut mak lagi iaitu Universti Pendidikan Sultan Idris, legasi tempat belajar keluarga kami dekad berdekad. Tepat pukul 5 petang semalam selesai sudah perjuangan aku menuntut ilmu di UPSI yang mana, ia merupakan hari terakhir ku di sini sebagai seorang mahasiswi. Aku tak sangka sepanjang pengajian aku di sini aku akan berkenalan dengan ramai orang, belajar banyak perkara, dan tak lama lagi aku akan bergelar seorang guru, harapan mak ayah. aku nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu, yang sama2 berjuang menuntut ilmu, mengejar segulung ijazah. juga kepada keluarga yang memberikan sokongan (terutamanya sokongan kewangan..hehehe), kepada tenaga pengajar dan seluruh kaki tangan UPSI termasuk pok gad dan makcik cleaner kerana sudi mencuci tandas membuatkan "TANDAS BERKUALITI HIDUP BERKUALITI".

Bila direnung kembali segala susah-payah aku di UPSI. Dari Pasir Puteh naik bas ke Tanjung Malim, dari pekan naik teksi kadang-kadang jalan kaki nak balik ke rumah/ kolej. bawa beg berat2, sorang2 pula tu. dari pintu selatan aku jalan kaki tak kira panas, tak kira hujan, tak kira pagi dan tak kira malam. segala esaimen yang bertimbun-timbun akhirnya berjaya jugak aku selesaikan dan mendapat PNGK yang sangat (memberangsangkan?). dan aku menafikan sekeras-kerasnya tanggapan sesetengah pelajar kursus lain yang mengatakan bahawa bahasa melayu itu mudah. tak, sebenarnya ia bukanlah semudah yang disangka. ape ko ingat aku datang nak belajar tatabahasa ngan wat karangan je ke?

Alhamdulillah. aku berjaya melepasi semua halangan ini. sekarang banyak perkara tentang kehidupan aku sedang rancangkan. mahu menjadi guru, beli kereta, beli rumah, balas jasa mak je, bagi kat adik-adik, kawen, ada anak, naik pangkat hehe dan macam-macam lagi.

Tapi aku sedar masih banyak kekurangan pada diri ini. masih banyak ilmu yang aku kena cari. masih banyak buku yang nak kena baca. separuh perjalananku sudah berjaya, tinggal separuh lagi untuk capainya.

Comel-comel sokmo :-)


AMARAN! baca ini juga.

 #Entry di atas hanyalah sekadar angan-angan sahaja kerana pada hakikatnya pengajianku di sini masih  berbaki selama 2 tahun @ 4 semester lagi. Hak hak hak saje je nak feeling habis belajar macam orang "tu"... Mesti seronok!

 #Aku tak sabar nak tunggu 2 tahun lagi untuk update benda nie.

 #saje ngade2

 # jangan maroh..


Tuesday, October 9, 2012

Jom main cafe life

 Jom main cafe life di masa sibuk dengan esaimen kini!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

yang ni cafe aku. berkonsepkan tradisional, berdindingkan kayu dan lantai pun kayu. langsir ala-ala rumah kampung, perobot kayu jati tu tau.hehehe


 yang ini pula cafe adik aku. tapi aku yang design. berkonsepkan moden kontemporari. warna latar hitam putih.

macamana nak main? pertama sekali pergi ke aplikasi cafe life. start play. mula-mula kita akan diberikan sejumlah wang. dengan wang itu kita order kek dan minuman. masa untuk siap kek itu ada masa2 tertentu. kalau kek tu lambat kita toss maka kek tu akan basi. jadi, set masa dan angkat kek anda. anda akan dapat wang bila rakan2 anda mengunjungi cafe anda. point akan bertambah dan cafe anda semakin besar. dan semakin banyak kek dapat anda beli. dengan duit yang banyak anda boleh deko cafe anda sendiri. selamat bermain!

Comel-comel sokmo :-)

Sunday, October 7, 2012

Yang hitam tak semestinya hodoh, yang putih tak semestinya cantik

Panjang tajuk. sebenarnya panjang lagi yang berbunyi macam ni "yang hitam tak semestinya huduh, yang putih tak semestinya cantik. yang gemuk tak semestinya huduh, yang kurus tak semestinya cantik". haaa.. macam tu la tajuk sebenar dia.

Semua orang nak putih macam AdiraAf kan. ye betul kulit putih itu nampak lebih berseri, cantik, nampak bersih, semua orang nak. aku pun nak jugak. kalau tak nak, aku tak tonyoh pulak losyen tiap-tiap malam. belengas yoooooo.. tahu belengas? biasa la, aku orang sastera suka guna bahasa klasik kah kah. aku pun tahu awak2 semua pun nak putih jugak kan? masa kecik-kecik dulu awok-awok semua pakai bedak memutih dari muka sampai kaki sebab nak bagi putih kan? jangan tipu sebab aku pun perempuan. haha pecoh lubang.

menyedari diri ini tak berapa nak putih, dan sugar daddy lebih putih dari diri ini, maka diri ini menulis entry untuk memotivasikan diri sendiri. ha ha ha



norkys batista
ce tengok dia nie. walaupun hitam tetap cantik. hitam itu menawan kan?

priyanka chopra


setuju x kalau aku kata hitam itu cantik?



kan?

kan?

kan?

kan?

cepat jawab ya!
(paksa untuk menyedapkan hati sendiri ahahahahah)

dan bagi mereka yang gemuk @ berbadan besar pulak. tak usah bersedih hati sampai tiap2 malam termenung tangan duk atah dahi, mate kelip pah kelip pah tengok atas.. sebab orang berbadan besar ni cantik sebenarnya.

tengok nie...







kan?

kan?

kan?

kan?

kan?


apa???


kurus lagi cantik??


sure???


fikirkan sekali lagi..

sebabnya.......


taddaaaaaaaaaaa......


tak kisah kita kurus ke kita gemuk ke kita hitam ke kita putih ke, yang penting kita pandai membawa diri, pandai mix and match pakaian, pakaian tidak menjolok mata dan sesuai dengan diri kita sendiri. kita xleh tengok orang pakai baju putih tu cantik kita pun nak pakai baju putih jugaklah sedangkan orang tu putih, kita gelap. jadi kita pakai apa yg nampak cantik dengan kita. terima diri dengan seadanya. tak payah nak ubah2 ciptaan Allah. 

Comel-comel sokmo :-)