Pages

Monday, July 22, 2013

Komen Saya Tentang Ibu Tinggal Anak Dalam Kereta

Pertama sekali, diucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Dah ajal sampai nak buat gana. Pastu tuhan pilih anaknya meninggal dengan cara macam tu. Kalau ibu letak di rumah pengasuh mungkin mati di rumah pengasuh. Lepas tu kena kaitkan pulak dengan pihak sekolah dan pentadbir. Aku rasa sekolah pun tak salah. Orang lain pun kerja jugak tapi tak ada jadi macam ni. Bukan salah siapa-siapa.Tapi tak boleh juga terlalu bergantung pada nasib dan ketentuan sebab semua yang berlaku pasti ada sebabnya. 

Aku nak komen sebabnya aku pun tak suka jadi cikgu. Haha, baru seminggu semangat dah down. Apa awak ingat jadi cikgu ni best ke? Tolong mak jual kain kat kedai lagi best. Orang kata kerja cikgu ni sesuai dengan orang perempuan. Nampak tak masyarakat kita betapa mata duitannya.Tak dapat dinafikan gaji cikgu banyak lepas tu kalau nak cari menantu, orang cari bini cikgu sebab katanya banyak cuti. Tak pun sebenarnya.Yang dipandang hanyalah gaji.

Kadang-kadang aku tengok anak cikgu nie ramai tak berjenis. (MAAF). Maknye sibuk duk menjaga anak orang lain sampai terabai anak sendiri di rumah. Kenapa?Kerana mak kepada mak. Semua mak nak anak gadisnya berjaya sekurang-kurangnya jadi seorang cikgu. Kenapa? Kerana setiap bulan elaun pada mak akan masuk. Macam aku, kena paksa kat mak jadi cikgu. Aku tahu, mak fikir masa depan aku, tak nak bagi aku susah di masa hadapan.

Suami pulak? Ah-ha, suami sangat suka kalau dapat beristerikan seorang cikgu. Duit poket suami tak payah keluar banyak dah sebab bini ada gaji kadang-kadang gaji bini lebih banyak daripada suami bolehlah suami tumpang sekaki. Nate apo la. Pastu yang tak adilnya, kerja sama kerja. Jaga anak, bini. Belanja rumah pun bini. Baru bini sorang dah tak berlaku adil dengan bini. Malam-malam keluar lepak, tengok bola. Adil ke? Semuanya salah!! Semua orang salah! Dunia yang tamak pada hari ini salah! Kerajaan salah! Mak kepada mak salah! Mak budak salah! Suami pun salah!

Kenapa kita tak ikut ajaran agama yang sebenar-benarnya. Suami cubalah kerja, jangan malas-malas. Manakala isteri pulak jaga rumah tangga. Tak payah nak keluar sana sini, tayang bodi, mengumpat mengata. Duduk je kat rumah, jaga makan minum suami, hantar anak pergi sekolah. Adil. Semua orang tak kalut dan tak penat.

Try to be fair on your life. Kesian la kat diri sendiri. Apa kalau suami je kerja tak leh hidup ke? Lastly, bertanya pada diri, kalau aku tak nak kerja tak boleh ke? Ada tak sape2 yang sudi berkahwin dengan suri rumah? Tapi bukan sebarang suri rumah tau, ini suri rumah ada degree. =)

Comel-comel sokmo :-)

1 comment:

Anonymous said...

suri rumah ade degree pendidikan lagi bagui...