Pages

Monday, July 22, 2013

Komen Saya Tentang Ibu Tinggal Anak Dalam Kereta

Pertama sekali, diucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Dah ajal sampai nak buat gana. Pastu tuhan pilih anaknya meninggal dengan cara macam tu. Kalau ibu letak di rumah pengasuh mungkin mati di rumah pengasuh. Lepas tu kena kaitkan pulak dengan pihak sekolah dan pentadbir. Aku rasa sekolah pun tak salah. Orang lain pun kerja jugak tapi tak ada jadi macam ni. Bukan salah siapa-siapa.Tapi tak boleh juga terlalu bergantung pada nasib dan ketentuan sebab semua yang berlaku pasti ada sebabnya. 

Aku nak komen sebabnya aku pun tak suka jadi cikgu. Haha, baru seminggu semangat dah down. Apa awak ingat jadi cikgu ni best ke? Tolong mak jual kain kat kedai lagi best. Orang kata kerja cikgu ni sesuai dengan orang perempuan. Nampak tak masyarakat kita betapa mata duitannya.Tak dapat dinafikan gaji cikgu banyak lepas tu kalau nak cari menantu, orang cari bini cikgu sebab katanya banyak cuti. Tak pun sebenarnya.Yang dipandang hanyalah gaji.

Kadang-kadang aku tengok anak cikgu nie ramai tak berjenis. (MAAF). Maknye sibuk duk menjaga anak orang lain sampai terabai anak sendiri di rumah. Kenapa?Kerana mak kepada mak. Semua mak nak anak gadisnya berjaya sekurang-kurangnya jadi seorang cikgu. Kenapa? Kerana setiap bulan elaun pada mak akan masuk. Macam aku, kena paksa kat mak jadi cikgu. Aku tahu, mak fikir masa depan aku, tak nak bagi aku susah di masa hadapan.

Suami pulak? Ah-ha, suami sangat suka kalau dapat beristerikan seorang cikgu. Duit poket suami tak payah keluar banyak dah sebab bini ada gaji kadang-kadang gaji bini lebih banyak daripada suami bolehlah suami tumpang sekaki. Nate apo la. Pastu yang tak adilnya, kerja sama kerja. Jaga anak, bini. Belanja rumah pun bini. Baru bini sorang dah tak berlaku adil dengan bini. Malam-malam keluar lepak, tengok bola. Adil ke? Semuanya salah!! Semua orang salah! Dunia yang tamak pada hari ini salah! Kerajaan salah! Mak kepada mak salah! Mak budak salah! Suami pun salah!

Kenapa kita tak ikut ajaran agama yang sebenar-benarnya. Suami cubalah kerja, jangan malas-malas. Manakala isteri pulak jaga rumah tangga. Tak payah nak keluar sana sini, tayang bodi, mengumpat mengata. Duduk je kat rumah, jaga makan minum suami, hantar anak pergi sekolah. Adil. Semua orang tak kalut dan tak penat.

Try to be fair on your life. Kesian la kat diri sendiri. Apa kalau suami je kerja tak leh hidup ke? Lastly, bertanya pada diri, kalau aku tak nak kerja tak boleh ke? Ada tak sape2 yang sudi berkahwin dengan suri rumah? Tapi bukan sebarang suri rumah tau, ini suri rumah ada degree. =)

Comel-comel sokmo :-)

Saturday, July 20, 2013

Fraser Hill.. Saat-saat terakhir kami bersama


Assalamualaikum. Ini cerita lama sebenarnya. Tapi tak la lama sangat, baru je sebulan. Lepas habis je final exam semester 6, terus sugar daddy kite bawa kite gi Bukit Fraser. dah lama nak pergi, sekarang baru dapat. hehe. dengan sugar daddy kiter, segala impian akan tercapai =)

Pergi jalan bukit fraser pakai selipar jepun rm10. yang penting selesa =)

Mata membengkak bukti study kuat hehe.


Pemanduan agak mencabar. tetapi aku syok menikmati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t. sugar daddy kat tepi xdapat nikmati sebab memandu kat sini kena fokus 100%.


Isi minyak penuh penuh sebelum sampai ke atas. cek minyak hitam, takut kereta berasap. tapi aku bangga betul dengan Sang Kanciil aku. dia mampu mendaki bukit ini, syabbas bete. papa bangga. haha.


dari kuala kubu baru, awak akan jumpa nie dulu.







kami main "bot gatih" di Allan Water. xde la best sangat tapi yang jadi best sebab boleh cuba benda baru. aku ni xkira best ke tak kalau benda baru bagi aku semuanya best!


hensem la abang tok syeikh kat atas nieh. hai, nak berkenalan boleh?


awek kat atas nie pun cantik. haha. 


inilah Scotland Malaysia. oh yeah!


pastu hari hujan. kami terpaksa berteduh dalam kereta sebelum balik ke Tanjung Malim. pada aku, tempat nie memang sangat best. lagi best daripada cameron dan genting. sebab takde pencemaran,orang pun tak ramai. sejuk pulak tu.sesuai untuk destinasi bulan madu atau nak release tension sebab kerja. udara pun bersih dan segar.

ok bai




Comel-comel sokmo :-)

Wednesday, July 17, 2013

Saya dah jadi cikgu!

Beberapa minggu yang lalu sugar daddy aku jadi cikgu. Kali nie aku pulak jadi cikgu. Ini karilah..tapi jadi cikgu tak de gaji. Sugar daddy gaji pergghhhh. Abang, kite kongsi nak? nak? nak? apa? tak nak? taik idung masin! 

dah lama tak blogging. sibuk sangat. hari nie nak curi masa untuk blogging. pesan sugar daddy , orang tak curi masa untuk blogging, facebooking tapi orang curi masa untuk mengaji dan berzikir. itulah katanya bila aku kata tak ada masa nak mengaji sebab sibuk sangat. hihihi.

Baiklah. pertama sekali, perasaan memang ektaised lah. sape tak ektaised kalau dari kecik cita-cita nak jadi cekgu. tapi penat. kelas pertama aku masuk, kelas tingkatan dua no 4. pelajar baik, buat kerja tapi mulut potpetpotpet macam dalam pasar. dengan kelas kat tepi-tepi lagi bising, terutama pelajar India.yang Cina terlampau pasif. alahai. bila cikgu cakap, diorang menyampuk.

Rakan setugas (ceh) di SMK DZM SR

aku ajar karangan, tatabahasa dan komsas


sibuk giler. kena rancang pengajaran, study, buat rph, jurnal relfleksi dan kajian tindakan. kos lain xde macam nie tau.

ragging dan praktikum student tak dapat dipisahkan.

pengetua pesan, letakkan SMK DZM dalam hati. tapi sampai hari nie masih belum dapat perasaan tu. tapi cikgunya memang baik-baik semuanya. budak pun baik gak. =) terima kasih kerana banyak membimbing.

Comel-comel sokmo :-)

Thursday, July 4, 2013

Penantian Seorang Kekasih

assalamualaikum.

nak muntah dengan tajuk entry.

alhamdulillah. setelah 7 bulan menunggu akhirnya baby aku keluar jugak. eh tak tak. gurauan bodoh apakah itu? ada ke orang mengandung 7 bulan? baheklah. setelah 7 bulan menunggu, akhirnya guru-guru baharu telah dipostingkan termasuk cik abamku sayang (sayangla sangatkan). tapi majoriti dipostingkan ke Sarawak. sedih woo.. aku akan berpisah dengannya di seberang laut tuu. huhuhu. dan dijangka dia akan balik ke kampung cuti sekolah nanti. raya tak balik.. xnak raya tahun nie taknak raya  =(

mula2 dapat berita aku masa tu tengah sibuk drive iswara buruk adik aku. aku pun tak layan mana lah panggilan dia. 

ya Allah. Sarawak, pedalaman pulak tu. gaji beribu-ribu tapi langsung tak ada maknanya pada aku waaaaa.. (ok tak payah nak tunjuk perasaan sangat dalam blog kan), its okay. cuba tenangkan diri dan bagi motivasi pada diri sendiri. tak lama lagi aku akan ikut dia ke Kanowitt tapi kali nie bukan sebagai kawan tetapi sebagai isteri hahaha. baru ingat nak jadi orang bandar tapi kena jadi orang hulu.

tak apa. tak apa. orang bercinta kata, lautan api sanggup direnangi tapi nak ke sana tak payah lautan api pon, dan tak payah berenang pon sebab aku memang tak pandai berenang. tapi aku akan tetap merentasi lautan Sulu dengan cara naik flight. aku sebenarnya sedih ngat-ngat tapi nak buat macamana, takdir. ada hikmah di sebalik semua tu. dah la xde line telefon waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrgghhhhh. x kira xkira habis praktikum nanti terus gi ke Kanowit :)

buat cik abamku sayang, abang jangan risau. walaupun kita tak berhubung tapi orang akan tetap setia pada abang dan tunggu abang balik. (ok setakat itu saja. nak lebih, dalam mesej haha)

Comel-comel sokmo :-)