Pages

Sunday, March 2, 2014

Kalau Aku Kaya

Seronok betul aku godek2 blog jutawan emas tadi. dan aku impikan aku di tempat dia hahahaha. tapi aku siapalah sangat. hanya insan biasa yang suka makan mee segera, yang suka bermimpi di siang hari haha.

kalau aku kaya, off course paling utama aku akan bagi kesenangan pada family dulu. pada mak, adik-adik, anak-anak, anak-anak sedare, kakak-kakak dan abang-abang. dan ayat klise wajiblah bayar zakat, sedekah dan bantu orang miskin. 

okay yang itu taknak cerita lebih-lebih kang 1 hari nanti aku kaya, aku bersedekah asyik nak menunjuk kat orang je. bak kata Rasulullah, tangan kiri tak tahu pun yang tangan kanan bersedekah, apetah lagi korang-korang semua muahahaha. 

biar orang kata kita kedekut jimat dan sebagainya kerana ikhlas itu biar Allah sahaja yang tahu. aku pun taknak pikir dah pandangan manusia nih. pesen orang kalau nak bersedekah menunjuk-nunjuk. sedekah baju selai pun geger sekampung atau kalau ikut era kini geger dalam fesbuk takpun dalam whassap hahaha.

okay. kalau aku kaya, aku nak upah seorang perunding imej untuk aku sendiri contohnya aku mengupah hatta dolmat takpun calvin khoo xpun dian pelangi dan aku akan bayar gaji mereka setiap bulan semata-mata untuk mempersiapkan aku setiap hari. hahaha #gelak jahat.

aku suka tengok pesen baju siti nurhalija. aku selalu khayal aku balik kampung, aku pakai baju macam siti nurhalija. semua pesen dia aku sukalah dari penggunaan material, design dan fashion.

nanti nak pakai baju macam ni, mak aku pakai macam mak dia 


ni beberapa contoh baju la.. korang jangan ingat bila aku kaya aku nak jadi seksi hokay.. ku akan menutup aurat macam nie jugak. eleeee... kau ni asal dari kampung pergi KL kerja pasaraya mula nak buka tudung siti yang famous kaya nie pun reti menutup aurat. bak kata ustaz azhar idrus sultan brunei yang kaya raya pun laksanakan hudud tapi kita yang dapat BR1M setahun sekali nie pon nak tolak undang-undang Tuhan. tak malu?

cantik dia punya design dan material. nanti kaya nak buat baju macam ni jugaklah. hihi. comel. very adore u tok ti. nanti saya kaya kita jadi kawan nak tak? ok set. hahaha.

pastu aku ni peseng tak suka kereta, rumah mewah sebab tu bukan tujuan utama aku la. kedua aku nak round the world. aku ada ajak suami aku jalan-jalan kashmere dia kata aku punya low taste. dia high taste nak round london, switzerland amarika hahahaha. cakap besar je setakat indonesia tak pernah sampai lagi. lagi classy mamat indon yang kerja cuci jamban dah banyak kali sampai Malaysia eheeee malu malu..


soryy ahkak i curi gambar belog ahkak. tu la, sape suruh ambik gambar view yang subhanallah sangat cantik? Kashmir dikatakan syurga dunia. tapi suami aku taknak pergi. dia terpengaruh dengan provokasi media masa kata tempat nie tak aman. masih belum ada rezeki nak datang. in shaa Allah akan diusahakan. kalau suami taknak pergi aku pergi sorang-sorang hahaha. niat di hati nak datang sini dgn cik abam nak joget lagu pyar kiya to darna kya.

aku suka jalan-jalan di tempat cantik-cantik sebagai utk melihat kejadian ciptaan Allah yg sangat amazing. dengan melancong dekatlah hati aku dengan sang Pencipta. dalam al-Quran pun ada sebut Bahkan ajaran Islam menyuruh penganutnya melancong lebih-lebih lagi sekiranya ia mempunyai tujuan yang mulia. Al-Quran sendiri banyak mengandungi ayat-ayat yang menyeru manusia supaya berjalan-jalan di atas muka bumi bagi mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku kepada umat terdahulu.

Antara ayat tersebut ialah firman Allah s.w.t dalam surah Muhammad, ayat 10 yang bermaksud : Maka apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi sehingga mereka dapat memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Allah telah menimpakan kebinasaan atas mereka dan orang-orang kafir akan menerima (akibat-akibat) seperti itu.

kan, itu pun salah satu suruhan Allah gak la. kena jalan-jalan selain tengok keindahan ciptaan Allah harus melawat tempat yang dinyatakan di atas macam laut merah, xpun laut mati dan lain-lain yang ada nilai sejarah. em, begitulah. Ya Allah, mampukanlah hamba untuk menjejak kaki ke seluruh bumi ciptaan-Mu agar bertambah kuat ketakwaanku kepada-Mu. aaameeen.

ke3, aku pergi shopping di dubai. orang kata kain kat sana kualiti memang tip top. mahal-mahal. barulah padan dengan orang kaya macam aku. #hahaha! padahal nak beli kain pasang rm50 pon pikir 4,5 kali. agak-agak tak boleh tidur baru pergi beli. tu pun ngan duit suami huahuahua. tak salah kan pasang angan-angan dan berusaha sekuat mungkin.

ok la. takat ut jelah dulu. aku nak buat thesis untuk masa hadapan yang lebih cerah. nanti nak pi kashmere kan. hihi babai.


No comments: