Pages

Tuesday, November 29, 2011

Lagu untuk ayah_the one that inspired, motivated me

kau begitu sempurna
di mataku kau begitu indah
kau membuat diriku akan selalu memujamu

di setiap langkahku
ku kan selalu memikirkan dirimu
tak bisa ku bayangkan hidupku tanpa cintamu..

janganlah kau tinggalkan diriku
takkan mampu menghadapi semua
hanya bersamamu ku akan bisa..


kau adalah darahku..
kau adalah jantungku..
kau adalah hiduku lengkapi diriku
oh sayangku kau begitu sempurna..


kau genggam tanganku..
saat diriku lemah dan terjatuh
kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku..


janganlah kau tinggalkan diriku
takkan mampu menghadapi semua
hanya bersamamu ku akan bisa..

kau adalah darahku..
kau adalah jantungku..
kau adalah hiduku lengkapi diriku
oh sayangku kau begitu sempurna..

*kepada ahli keluargaku, selamat berkampung di HUSM.. nasib baik kan semua cikgu..time cuti sekolah boleh balik..tinggal lah saya seorang diri di perantauan..mengejar impian, dan harapan ayah bonda..terpaksalah berulang-alik dari Tg. Malim-Pasir Puteh-Bachok-Kota Bharu..terima kasih kawan2 yg ambik berat..terima kasih pada yg memahami..pada Hani yg tolong hantarkan esaimen..pada Dilah yg tolong tanda kehadiran..hehehe..pada Shima yg banyak membantu..terima kasih semua..

Monday, November 28, 2011

Dari Za untuk ayah

satu entry sedih dari Za untuk ayah...hanya mereka yang sudah melaluinya sahaja yang akan faham..



saya nak ayah bangun. bukan sekadar bangun..nak ayah sihat! boleh drive dari pasir puteh ke ipoh, kampar, tanjung malim dan putrajaya dan sekian..sekian..sekian.. nak ayah boleh pergi berniaga. jual baju sekolah, baju kurung..kain pasang..kain tudung...kain itu kain ini..ambik upah baju kurung baju melayu..boleh buat rawatan pinggan putih..boleh ke Kota Bharu tiap2 selasa, rabu dan sabtu..nak tengok ayah pergi ke Mekah buat kali ke2...dan kali ke3, 4, 5 dan seterusnya....

Za nak ayah tengok za terima ijazah Pendidikan..harapan ayah selama ini..harapan yg diletakkan atas belakang, atas bahu dan atas kepala za..nak tengok anak dia yg no8, jadi cikgu yg ke6.. ayah bangunlah..tengok za konvo...tengok za kahwin..tengok za kawen dengan lelaki yg boleh menggantikan ayah menjadi imam...tengok anak-anak za nanti yang comel2...tengok kereta apa yg Za akan pakai nanti..tengok rumah apa yg Za duduk nanti..ayah bangunlah..bercakaplah..berjalanlah... marah lah..marah bila Za boros..marah lah bila Za jalan2 balik lewat.. marah lah bila Za tengok TV malam2 buta..marah lah bila Za tak naik ke surau..za sanggup mendengar semua itu..

apa saja untuk ayah..Za akan tunaikan..tapi bangunlah ayah..ayah bangunlah dengan sihat..ayah..za akan tinggalkan lidah maksiat, akan tanggalkan pakaian maksiat, za sayang ayah..za tak nak sebab za ayah yg menanggung dosa anak2..za akan jaga adik baik2..nasihati mereka, jangan tinggalkan solat..selalu mengaji al-quran..pakai pakaian sopan..tapi tolong lah bangun..angkatlah tangan ayah..walaupun sikit..tunjukkan respon yg positif...tunjukkan!

ya Allah..terlalu berat ujian-Mu kali ini..ampunkan hamba..hamba menyedari kekurangan diri ini..kerana Kau menjadikan manusia ini serba kekurangan..dan sentiasa berada di dalam lingkaran ujian-Mu..ya Allah..sihatkanlah ayah..jangan Kau bagi dia rasa sakit walaupun sedikit..aku akan bersabar..sabar..sabar..semggu, sebulan..setahun..2 tahun,..aku akan tunggu doaku ini dimakbulkan..aku takkan berhenti berdoa..aku takkan berhenti meminta..aku takkan berhenti memaksa...sihatkan ayah!

Wednesday, November 23, 2011

Tips Penjagaan Miss V (18sx-untuk perempuan sahaja)

jangan muka je nak cantik.halus, mulus..yg satu itu pun kena jaga tau.. antaranya...

1) Adalah disyorkan agar membersihkan bahagian luar selepas buang air kecil atau air besar,seeloknya menggunakan air.

2) Ketika haid,wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah.Ini kerana darah merupakan media yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarkannya.

3) Seluar dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan, lebih baik memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

4) Elakkan dari menggunakan sabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabka n kekeringan dan iritasi kulit dan menjadi gatal. Sesetengah wanita sensitive dan alah pada pewangi dan buih sabun.

5) Pasangan suami isteri diggalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan kelamin untuk kebersihan yang optimum. Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing.

6) Elakkan dari sering mengamalkan douching iatu iatu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bacteria loctobacili dari faraj di samping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.

7) Selain dari itu,bengkak nanah dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mengadu sakit serta demam.Rawatan adalah secara incisional dan drainage untuk menggeluarkan nanah dan pengambilan antibiotic. Bisul juga boleh terjadi pada wanita yang sering bercukur. Oleh itu kebersihan pencukur perlu dititikberatkan.

8) Wanita yang mengalami keputihan dengan penjagaan alat sulit seharusnya perlu tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit. Keputihan normal boleh berlaku pada waktu waktu berikut seperti beberapa hari sebelum haid, ketika ghairah seks, kehamilan dan klimakterik ataupun selepas menopause.

9) Kebanyakan wanita sebenarnya tidak memerlukan produk atau ubat penjagaan alat kelamin sekiranya langkah-langkah yang disarankan di atas diikut dengan bijak. Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang tidak normal.

10) Seelok-eloknya wanita yang mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak, supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit lebih serius.

11) Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih,putih kekuningan atau kehijauan atau berdarah.Sekiranya keputihan terlalu banyak, berketul-ketul kecil,gatal dan berbau,tanda-tanda bengkak,pedih atau sakit pada alat kelamin. Sekiranya jangkitan merebak ke pangkal rahim atau system peranakan,wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta demam.

12) Segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran. Mereka dinasihatkan memikirkan bahan pencuci yang tidak mendatangkan kesan sampingan,yang tidak mengubah ph faraj dan telah diuji kebersihannya.

...jagalah diri dari hujung rambut sampai ke hujung kaki... 

Tuesday, November 22, 2011

tetamu yang tak diundang

pernah kah awak jangka..satu hari awak dapat panggilan kecemasan dari kampung?
dan perkara tu dah berlaku pada saya..apa yang saya takutkan dah terjadi.. ayah dimasukkan ke hospital dan masih tak sedarkan diri..cobaan...dalam keadaan esaimen banyak, kuiz lagi..pembentangan lagi..tiba2 jadi macam ni pulak...xpe..kena sabar...sabar dulu yg penting..sama2 doakan agar ayah cepat sembuh... =(

*kalau tak puas hati dengan diri ni, xperlu nak publish kat fb..jumpa saya, dan terus terang dengan saya. itulah cara memberi teguran yg paling baik dan berhikmah..

saya jatuh cinta dengan cikgu saya

hai para peminat kipas-susah-mati semua..semua sihat? saya tak sihat..badan tak sihat mental pun tak sihat. biasalah..hidup ni kalau selalu saja gundah, hati akan jadi rawan..kalau selalu saja indah hati akan jadi bosan. jadi untuk mengobat hati yg rawan ini marilah adik kakok ke sini untuk mendengar cerita drpd penglipur lara ini..

pernah tak adik kakok abe sekalian jatuh cinta dengan cikgu yg ajar kita? hehehehe.. actually i malu nak berkongsi menda nie..tapi xkira..xkira xkira nak bagitau jugak!

mula2 saya jatuh cinta masa tingkatan 1 dengan cikgu matematik saya. hihihi..nama beliau terpaksa dirahsiakan. malu wei..masa tu saya tengok dia sebijik macam pelakon Korea dalam citer winter sonata..nama hape ntah..xingat dah..dan pada zaman itu cerita itu tengah popular..oh saya sangat dilamun cinta dengan beliau.. saya ni xpandai matematik.tulisan pun xcantik.jadi cikgu tu tengok la buku latihan saya.. dia pun bagitau..

"ya Allah tulise..tue comel tapi tulise po cakar aye"

hihihi..saya tak kisah dia nak kutuk tulisan saya.yg penting ada perkataan "comel" disitu.. kembang lubang hidungku.. tapi hari tu masa kem kepimpinan Puteri Umno (hak3) saya jumpa balik dengan dia. dia jadi ustaz.dia mengajar kat surau. dia ingat lagi saya tauu..tapi bila saya dah besar ni..xde la pulak cinta lama berputik kembali..dan saya tertanya2... "macamana la aku boleh jatuh cinta kat cikgu nie..cikgu dah tua".. hahaha.biasalah tingkatan 1 baru nak besar..haish..budak2 zaman sekarang.

kisah kedua..masa tingkatan 5 saya jatuh hati kat cikgu bahasa inggeris saya..cikgu ni nak kata semat jjetak tu tidak, ntah la.cinta itu buta kan..masa tu..saya je yg pandai bahasa inggeris dalam kelas dia..hihihi..jadi dia bagi perhatian lebih la kat saya..dia ada bini..ade ke patut saya cemburu dengan bini dia..hahahaha..ngok ngguh..ish3...dia ambik2 gambar saya sehingga membuatkan saya terperasaan..hahaha..dah la xnak citer lebih2. malu k bye.

kisah ketiga masa tingkatan 6..kat cikgu BM saya..cikgu ni dah tua..hahaha..tapi stylo..saya mula lah tak berpijak di bumi yg nyata dan mula memasang impian ************ hahahaha..masa tu kat sekolah saya ada jugak kawan saya kawen dgn cikgu.tu yg saya jadi ********** hahahaha. oleh sebab saya minat BM dan karang-mengarang ni, asyik muka saya je yg hantar karangan kat dia..dalam kelas muka ni je yg bacakan karangan..dan buku saya dijadikan contoh oleh beliau.dia tak nak buku yg cantik2, xde conteng2 sebab kata dia itu menandakan kami tidak membaca.beliau sangat memuji hasil karangan saya walaupun buku comot dan penuh dengan lukisan (biasalah kanak2 ini suka melukis dan menconteng tak kira tempat.dan saya amat bermusuh dengan permukaan kosong..hahahaha). saya tak kira, meja ke, buku nota ke buku latihan ke..cermin kereta yg ada habuk ke..saya akan monconteng dan melukis di mana-mana sahaja.ok.

kisah dengan cikgu ni..dia paling rapat dengan saya..dia kata saya mengingatkan dia kepada awek lama dia.hak3..dia kata muka sama, saiz sama..cara bercakap pun sama..tapi dia dengan awek dia cinta tak kesampaian sebab mak awek dia main la menantu cekgu nie..mula lah saya di awang2an dan menyanyikan lagu "kembali pulang"..kahkahkahkah..aaaaaa...

dan sekarang saya dilamun cinta dengan cikgu Matematik saya..hek3...



dahla ..saya dah malu nie..tak tahu nak letak muka kat mana..k bye-bye... jangan lupa solat yer..

Saturday, November 19, 2011

Bukti Cinta kerana Allah

Ada 5 bukti penting dan tanda utama yang dapat dikenal pada seseorang yang benar-benar mencintai kita kerana Allah SWT. Ini dapat dilihat dari hasil taddabur kita kepada ayat-ayat Al-Quran dan melalui penilaian kepada hadis-hadis nabawiyah.
Pertama :
1. DIA adalah seorang yang amat mencintai Allah
Adalah mustahil seseorang itu berkata dia mencintai kita kerana Allah SWT tetapi dalam masa yang sama dia amat jauh dari jalan Allah dan seringkali melakukan dosa dan maksiat kepada Allah SWT.
Cinta itu dibuktikan dengan perbuatan maka lelaki dan wanita yang mengatakan kepada anda bahawa dia mencintai kerana Allah juga akan membenci kerana Allah SWT dan membenci segala apa yang dimurkai oleh Allah SWT dari segala jenis dosa dan maksiat.
Nabi salallahualaihiwassalam bersabda : “Tiga perkara yang jika terdapat pada seseorang maka dia pasti akan merasai kemanisan Iman. Iaitu Dia mencintai Allah dan rasul-Nya lebih dari selainnya. Dia mencintai atau membenci sesuatu hanya kerana Allah dan dia amat membenci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia tidak suka dicampakkan ke dalam api.” (hadis riwayat Bukhari)
Lihatlah pada diri lelaki yang mencintai anda kerana Allah itu apakah dia seorang yang teguh agamanya, kukuh aqidahnya, penyabar, kuat tawakkal, selalu mencintai anak yatim dan membela yang lemah atau dia sebenarnya seorang yang hanya pandai berborak sahaja.
Lelaki yang soleh pasti akan kelihatan di masjid dan ketika ada orang yang berada dalam kesusahan maka disitulah dia akan dapat ditemukan.
Perkara yang sama terjadi kepada kepada lelaki yang benar-benar mahu mengenali para wanita muslimah solehah itu. Ianya tidak hanya dengan sekadar ucapan di bibir atau pada teks sms dan copy paste di blog dan Fb si gadis.
Lihatlah auratnya apakah ditutup, lihatlah peribadinya apakah terpelihara dan dijaga kemudian lihatlah pemikirannya apakah dia seorang Muslimah yang hidup untuk dirinya atau dia hidup untuk Allah SWT.
Caranya tidak susah. Mana-mana muslimah yang hidup untuk Allah akan sanggup menerima poligami dan menghormati hak-hak lelaki yang Allah berikan kepada mereka . Si DIA akan tunduk serta patuh kepada hukum Allah dan lebih banyak bertolak ansur serta berusaha memahaminya dari berusaha mempertikaikannya.
Jangan terleka dan tergoda oleh rupa dan pakaian kerana syaitan itu amat bijak dengan tipudaya dan jalan-jalan kesesatan.
Kedua :
2. Cinta kerana Allah terbit dari sebab ketaatan
Pasti ada sebab si DIA cintakan kita kerana Allah dan apakah sebab-sebab itu adalah terhasil dari kerana ketaatan kita kepada Allah SWT atau kerana kemaksiatan kita kepada-Nya ?
Jika cinta yang diungkapkan itu adalah kerana ketaatan kita kepada Allah SWt maka ianya adalah jenis dari bahagian cinta-cinta yang suci dan datang atas kerana rahmat daripada Allah SWT kepada hamba-hambaNya.
Ada wanita jatuh cinta kerana si lelaki itu kuat berdakwah dan menjadi Imam sukarela secara percuma. Ada lelaki terjatuh hati kerana melihat si wanita itu tegas dan teguh mempertahankan maruah dan auratnya dari dicabuli. Maka jenis-jenis cinta seperti itu memenuhi kehendak cinta yang dilakukan kerana Allah SWT.
Tanyakan SI DIA kerana apakah kamu mencintai saya ?
Jika jawapannya memenuhi jenis cinta yang berdasar dari ketaatan kepada Allah SWT maka ianya adalah dari Allah dan jika ianya berdasarkan dari sebab-sebab kejahatan dan kemaksiatan maka ianya dari syaitan.
Ini dapat diketahui dengan mudah jika kita sendiri menyedari akan kesalahan yang telah kita lakukan. Misalnya jika wanita itu tidak menjaga auratnya, tidak memelihara dirinya dari fitnah seperti tampil di khalayak ramai dalam rancangan TV menjadi wanita pilihan dengan bertabarruj dan “berposing kiri dan kanan” memaparkan kecantikan maka jika datang lelaki menghulurkan cinta kerana tertarik dan jatuh hati atas kecantikan itu maka ianya bukanlah dari ketaatan bahkan kemaksiatan dan berpunca dari kedegilan kita dalam mentaati syariat Allah SWT.
Wanita yang solehah tidak akan mendedahkan kecantikannya seperti lelaki yang bertaqwa tidak akan murah menampilkan kebaikan dirinya atau menunjuk-nunjuk kewarakan dan kesolehannya.
Tanyalah diri anda, apakah dosa atau ketaatan yang telah dilakukan sehingga melayakkan diri ini menerima ungkapan AKU CINTA DIRMU KERANA ALLAH !
Ketiga :
3. Mencintainya kembali menambah kebaikan dan kemuliaan serta mendekatkan kita kepada Allah
Orang-orang yang benar dalam cintaNya kepada Allah mereka ini mempunyai kelebihan dan merupakan orang-orang yang benar-benar beriman. Mencintai mereka itu nescaya akan memberikan kebaikan dan menambahkan kemuliaan serta menambahkan kedekatan kita dengan tuhan.
Ini disebabkan di dalam sebuah hadis dari jalan Abu Hurairah ra yang menyebutkan bahawa Nabi Salallahualaihiwassalam pernah bersabda : “Jikalau Allah Ta’ala itu mencintai seseorang hamba, maka Dia pun memanggil Jibril lalu memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu (Wahai Jibril) si Fulan itu. Jibril pun lalu mencintainya, kemudian Jibril menyeru kepada seluruh penghuni langit seraya memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu semua (Wahai penghuni-penghuni langit) si Fulan itu. Maka para penghuni langit pun kemudian mencintainya. Setelah itu dijadikan seluruh penghuni bumi pun ikut menerimanya (mencintainya).” (hadis Muttafaq alaih)
Lihat dan perhatikanlah apakah di wajah orang yang mengatakan Aku cinta pada-Mu kerana Allah itu membuatkan anda teringat kepada ajaran Islam, kepatuhan kepada Allah SWT, kedahsyatan hari akhirat serta dosa dan pahala atau sebaliknya hanya mengundang kepada ingatan nafsu syahwat dan pelukan serta dakapan di atas tilam.
Cinta yang suci tidak akan mampu dibakar oleh api sebaliknya ia hanya akan memadamkan api demikianlah cinta yang sejati tidak akan datang kerana syahwat tetapi ianya pasti akan mampu memenuhi keperluannya.
Ke-empat:
4. Cinta dan hubungan dengan Si DIA jauh dan terpelihara dari kelalaian dan dosa
Diantara ciri-ciri yang mustahak di dalam penilaian kebaikan seseorang ialah ianya tidak mengundang bahaya atau kemudharatan. Daripada Abu Said Al-Khudri ra bahawa rasulullah SAW pernah bersabda : “Tidak boleh melakukan kemudharatan dan tidak pula boleh mengundang kemudharatan (melalui perbuatan yang dilakukan).” (hadis riwayat Daruquthni, Al-Hakim dan Baihaqi)
Ini kerana tipu daya dan muslihat syaitan itu amat licik. Terkadang dia sengaja memalsukan kejahatan itu agar dilihat sebagai kebaikan atau kemuliaan.
Syaitan itu sendiri tahu untuk mengoda orang yang soleh itu tidak harus dengan maksiat dan kejahatan tetapi digoda dengan kebaikan dan kezuhudan agar si soleh itu menjadi sesat kerana riya’ atau ujub (kagum)dan ghurur (tertipu) dengan dirinya sendiri.
Mujahid bin Abi Mu'ammar meriwayatkan bahawa suatu hari pernah ada seseorang yang memuji seorang pemimpin. Kemudian Miqdad ibnul-Aswad pun menaburkan tanah ke mukanya, lalu berkata:"Rasulullah memerintahkan kami untuk menaburkan tanah kemuka orang yang suka memuji." (riwayat Muslim)
Imam Ibn Jauzi al-baghdadi dalam kitabnya Talbis Al-Iblis ada menyebutkan mengenai cara Iblis membelit ahli ibadah dan menjadikan mereka jauh daripada Allah melalui menampakkan kebaikan dan kelebihan diri mereka sehingga menjadi ujub dan kagum atau ibadah mereka lalu menjadi lalai kepada Allah dalam keadaan mereka menyangka bahawa mereka itu sedang beribadah.
Sabda rasulullah salallahualaihiwassalam : "Kamu tidak akan selamat hanya oleh amalanmu sahaja." (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Apabila anda berhadapan dengan lelaki atau wanita yang mengucapkan kata-kata cinta yang suci menggunakan nama Allah SWT maka lihatlah apakah ianya membawa fitnah dan kelalaian atau memberikan manfaat kebaikan dan menjauhkan diri dari dosa.
Ramai orang terkena belitan syaitan apabila terpedaya kononnya bercinta kerana Allah SWT namun apabila sudah ber“couple” dan bercinta semua larangan Allah dilanggarnya.
Bertudung labuh dan berkopiah tetapi berdua-duaan ditempat yang tidak diredhai Allah kerana cinta dan perasaan akhirnya syariat Allah menjadi gadaian.
Ada orang yang baik, lelaki muslim dan wanita yang muslimah pada asalnya mahu bercinta kerana Allah tetapi dipertengahan jalan mereka ditipu oleh syaitan. Akhirnya kerana sudah pun terlanjur berpegangan tangan, bercium dan melakukan maksiat ringan masing-masing berpendapat kita sudah tiada jalan kembali kecuali terus terjebak dalam hubungan haram ini.
Allah itu maha pengasih dan pengampun, setiap kali terlanjur dan tersilap dalam perjalanan maka segeralah lakukan U-TURN sementara nyawa masih dikandung badan. Pintu taubat sentiasa terbuka dan segeralah rayu dan memohon keampunan daripada-Nya.
Janganlah terpedaya oleh syaitan yang sentiasa merayu peluang kedua dari manusia agar sekali lagi melakukan dosa. Sekali lagi sahaja, Cuma sekali lagi katanya yang merayu supaya terus melakukan dosa lalu terperangkap di dalamnya.
Kelima :
5. SI DIA tidak mengharapkan balasan kecuali dari Allah
Cinta yang suci itu ialah cinta yang hanya tahu memberi tetapi tidak mengharapkan apa-apa sebagai balasan. Mereka ini seperti yang disebutkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud : Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.” (Al-Insan : 9)
Jika benar si DIA mencintai Mu kerana Allah maka bergembiralah kerana kalian benar-benar mahukan syurga dan tidak kisah dengan siapa berakhirnya hubungan ini. Apakah dia menjadi milikmu atau kamu menjadi miliknya hal itu bukanlah isunya tetapi apakah Si DIA dan kamu masing-masing beroleh kasih sayang dan keampunan dari Yang Maha Esa.
Sabda nabi salallahualaihiwassalam : “ Barangsiapa yang mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah serta memberi kerana Allah atau menghalang kerana Allah maka telah sempurnalah Imannya.” (hadis riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh Syeikh Albani)
Lelaki dan wanita yang saling mencintai kerana Allah SWT lebih takutkan Allah dan lebih mencintai Allah dari diri mereka sendiri dan secara pastinya mereka mencintai satu sama lain hanya semata-mata kerana hubungan masing-masing dengan Allah SWT.
Lelaki yang beriman dan benar-benar mengasihi seorang gadis kerana Allah akan sentiasa mahu wanita itu terpelihara dari dosa dan mahukan kebaikan serta rahmat Allah SWT ke atasnya.
Jika dia mahu mengahwini gadis itu maka hasratnya itu adalah kerana mahu melindunginya, mahu mengasihi dan memanfaatkannya di jalan Allah SWT. Adapun jika ada lelaki lain yang terlebih dahulu hadir dalam kehidupan wanita itu maka dia akan sentiasa mendoakannya dan mengharapkan kebaikan di antara kedua-duanya.
Hatinya Ikhlas dan hanya mengharapkan balasan dari Allah SWT.
Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda :“Doa seorang muslim kepada saudaranya di belakang pengetahuan saudaranya pasti dimakbulkan. Di atas kepalanya akan ada malaikat yang menjaganya dan setiap kali dia berdoa untuk kebaikan kepada saudaranya itu maka malaikat pun ikut berkata “Amin” dan mendoakan supaya baginya juga mendapat serupa apa yang telah didoakan kepada saudaranya.” (riwayat Muslim)
Inilah sifat orang yang beriman dan menjadikan Allah sebagai matlamat dan tujuan. Mereka tidaklah menjadikan cinta kepada wanita, lelaki, teman dan kekasih mereka itu sebagai sekutu atau saingan dan tandingan kepada Allah SWT bahkan sebaliknya ia menjadi baja dan air yang menyuburkan keimanan mereka serta sokongan kepada ketaqwaan mereka.
Firman Allah yang bermaksud : “Dan (aku telah diperintah): "Hadapkanlah mukamu kepada agama dengan tulus dan ikhlas dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang musyrik.” (Yunus : 105)
Mereka inilah yang termasuk dalam hadis nabi yang bermaksud : “ Manusia yang paling bahagia di hari akhirat dengan syafaatku kelak ialah yang berkata “Lailahaillallah” Ikhlas daripada hati dan dirinya.” (hadis sahih riwayat Bukhari)
Syaitan tidak mampu menggoda mereka bahkan oleh wanita yang paling cantik jelita atau oleh lelaki yang paling kacak dan tampan sekalipun. Takala dikatakan oleh Syaitan tidak takutkan kamu jika jarang bertemu atau bersms dengan kekasihmu itu nanti dia akan mencari atau dipikat oleh lelaki lain ?
Orang ini akan berkata : “Alhamdulillah, daripada Allah kita datang dan kepada Allah-lah kita akan kembali. Jika benar begitu maka saya akan mempermudahkan urusannya, membantunya agar dapat menikahi gadis yang ku sayangi ini jika benar lelaki yang lain itu adalah yang terbaik untuknya.”
Sesungguhnya saya mencintainya hanya kerana ALLAH !


31 hari mencari cinta

saya nak menyepikan diri..
ternyata diri ini tak diperlukan lagi..
saya nak lari ke dalam hutan
biar tak siapa boleh cari..
saya nak deactive fb..
dan privacy blog..
tukar no celcom ke no Digi..
saya nak lari..nak lari...
lari setempat atau lari berganti-ganti?
nak lari dari kehidupan ini..
hidup yg tak bahagia dan penuh tekanan ini..
kebahagiaan saya bukan terletak di sini lagi..
saya nak cari sesuatu yang baru..
pakwe baru..mungkin..kahkahkah...hahahahaha..
suka2 je kan...hihihihihihihihihii...hahahaha..
tampar baru tau..
kita tengok, siapa yg kena...

saya nak cari kebahagiaan yg hakiki, sejati..
saya mahu dicintai dan mencintai..
tapi tak siapa yg sudi..
kalau dia sudi saya pula tak sudi..
memang saya nak cari yg mencintai saya..dan saya cintainya..
adakah di situ terletaknya bahagia?

saya nak lari..sambil mencari..
setakat ini sahaja yg saya mampu beri..
saya tak mampu lagi..
semoga apa yang saya cari saya temui...
babai.

Thursday, November 17, 2011

entry tentang esaimen

hari ini saya ada lagu untuk ditujukan ke hadapan esaimen yg dicintai.iaitu yg bertajuk "biar hati mencintai"..

kau..yg membuatku buntu
membuatku tak tentu
terus memikirkanmu
biar tiada jalanku..
jalanku...

cket2 dah la ye..

simptom2 yg dialami oleh mereka yg sedang kemaruk esaimen:
1. tak tidur malam
2. tak sempat nak makan
3. tak sempat update blog
4. tertekan kepala otak
5. buntu..xtahu nak fokus yg mana dulu
6. tak boleh jalan2..
7. selalu terkejar-kejar
8. letak status kat esaimen yg berbunyi begini..

situasi 1 :
"rase mcm nak kluar release tension je..arrrrrggghhhhhhhhhh!!!!!!!!!!"

situasi 2 :
"bersekang butir mata malam ini untuk menyiapkan esaimen"

situasi 3 :
"rasa nak putar waktu dunia utk menyiapkan esaimen yg bertimbun2, berbukit2, bergunung"

(status diatas dicetak rompak daripada fb rakan2)

langkah mengatasi :
1. mulakan tugasan dari awal, jgn tangguh2 lagi (sumpah sem depan xbuat lagi..janji saya sejak dari sem 1 lagi tapi xdikotakan lagi)
2. kurangkan berjalan2..
3. kurangkan layan lagu hindustan

kenapa tak siap esaimen?sebabnya kebanyakan esaimen perlu dihantar minggu ke 10.kalau dia mintak minggu ke5 ke, ke 6 ke..konpom dah siap kan..huk3..atau semua esaimen kena hantar esok, mesti malam ni dah siap..

dan..minggu ke10 akan berakhir xlama lagi..
boleh la saya berYES dengan family...
Ariani sem ni xbeli lagi...

YES! tunggu kedatanganku...26hb 11 ini...saya nak shoping gila2, nak pau witt sugar daddy..siaplah dia nanti..hehehhehehehehhehehhehehe (senyum dengan niat jahat)

Monday, November 14, 2011

diari hari ini

hari ini saya berasa amat kecewa.
hari ini saya berasa amat letih.
hari ini saya berasa amat sedih.
hari ini saya berasa amat tertekan.



















minggu depan saya akan berasa sangat kecewa.
minggu depan saya akan berasa sangat letih.
minggu depan saya akan berasa sangat sedih.
minggu depan saya akan bertambah tertekan.















walau bagaimanapun, hidup mesti diteruskan!
senyum....................