Pages

Sunday, March 16, 2014

Tahun Melawat Sabah 2014 : Kota Kinabalu/Kundasang/Kudat

Enrty dah berbulan-bulan lamanya tapi baru nak hapdet hehe. Ok, masa awal-awal tahun hari tu, aku ditinggalkan suami untuk bertugas ke Sarawak. jadi untuk mengurangkan kesedihan aku beli tiket ke Sabah iaitu Kota Kinabalu. Aku ke sana dalam 2 minggu jugak lah. Aku travel sorang-sorang je. Aku duduk secara haram di UMS iaitu di kolej adik aku. Sebenarnya pemergian aku untuk bercuti nih tak dirancang pun, tapi sebab terlalu stress aku pun planlah saat-saat akhir. Masa tu juga adik aku tengah exam, tapi ada jugalah gap 5 hari untuk kitorang merayau-rayau di Simpang Mengayau. Hehehe.

Pada aku Sabah sangat cantik, ohsem dan mengkagumkan. Pantainya biru muda yang kita tak pernah lihat di semenanjung. Untunglah orang-orang Sabah. hehehe. Tapi dah tentu orang Sabah dah jemu tengok pemandangan yang sama setiap hari. Kalau pertama kali pergi mesti terpukau gila. Sangat cantik. Ini kali kedua lawatan aku ke Sabah.

Baik, tempat pertama yang kami pergi ialah Kundasang. Kami pergi ke sana dengan menyewa sebuah kereta Viva. kami travel berdua je. Hohoho berani sangat kan? Aku memanglah, excited bab-bab jalan tak kisah walaupun mengancam nyawa huhuhu.

Dari KK, kami menggunakan perkhidmatan Google untuk mencari jalan ke Kundasang. Jangan risau, jalan di Sabah nih mudah je cari. Tak banyak jalan, ada satu jalan je. Korang takkan tersesat punye. Cuma stesen minyak payah sikit. Jadi, kenalah isi minyak kereta penuh-penuh kalau terserempak tengah jalan tuh. Sepanjang perjalanan ke Kundasang, anda anda melihat pemandangan yang sungguh mempesonakan terutamanya sekitar Gunung Kinabalu. Setiap empat rasa nak berhenti bergambar. Nasib baik adik aku separuh perempuan separuh lelaki ni sporting aku gila bergambar. Yelah, tak bergambar nanti rugi tau.


Cantik kan. Suhu pun sejuk sangat. Tak macam Cameroon Highland mahupun Genting Highland. Tapi tak payah  ar korang bajet nak datang sini kena pakai sweater tebal-tebal. Aku kata tak payah, so tak payah!! Aku pakai tudung bawal, baju adik aku buat pergi mandi, dan selipar jepun sahaja. Aku memang hantu selipar Jepun Muahahaha.



Ini kat puncak bukit dah. kalau kat semenanjung macam kat puncak titiwangsa gitu la. sejuk giler. angin kuat giler. (giler adalah kata penguat pada zaman kini)

Dejavu di Kinabalu

Sebenarnya kami pergi sini, tak tahu pun arah tujuan nak pergi mana hahahaha. Nak pergi mana? Nak pergi ke Kundasang. Kundasang kat mana? Tak tahu. Huhuhuhu. So aku google, "TEMPAT MENARIK DI KUNDASANG" tapi tak jumpa maklumat yang bagi tips 100%. So aku pun call abang aku. Aku tanya dia, tempat tengok lembu kat Kundasang apa namanya ye? Macam darat tak pernah tengok lembu. Hahahaha. Jadi tempat tu namanya Desa Dairy Farm ok! Aku duk tanya penduduk setempat, mana ye tempat nak tengok lembu? Hahahahaha. Pulas punya pulas stereng jumpa gak. Masuk dalam sikit. Jalan terlalu curam macam naik Fraser Hills. Pastu kena mendaki. Aku sangat-sangat takut tetapi adik aku sangat-sangat berani. 

Dan kami sampai. Yeayyy boleh tengok lembu! Hahaha.


Betullah orang kata, Kundasang ini ibarat New Zealand of Malaysia. Pokoknya hijau lain, sangat sejuk, rumput warna lain yang kita tak pernah nampak pun di Semenanjung nih. Excited sangat nak meneroka.

gemuk @ montok?

Macam New Zealand kan?


But sorrylah. Kami bawa kamera cap ayam je. Aku yakin kalau bawa kamera DSLRSTUVWXYZ konpem cantik gambar.

Next, kami pergi ke Rumah Terbalik. Tapi tak sedap sangat datang sini. Tak  nak cerita. Huhuhu.






Dan, kami pun nak balik. Tiba-tiba, kami perasan bahawa minyak kereta baru luak 2 bar. Kalau hantar rugi. Jadi kami pon stopkan kereta tepi jalan. Aku google tempat-tempat menarik di Sabah. dan jumpa Tip of Borneo, Simpang Mengayau Kudat. Kami buat keputusan saat-saat akhir untuk ke Kudat dan berbekalkan Google, kami jumpa. Perjalanan ke Kudat adalah selama 3 jam. Kami sampai dah lewat petang. Masha-Allah, cantik sangat! Ombak kuat sangat! Di sini adalah dimana laut dua benua bersatu. Iaitu laut cina selatan dan laut sulu. Bersatu tapi tak bercampur. Kita boleh tengok ombak dari dua arah. Amazing! Kejadian Allah yang sangat mengkagumkan. Allahuakbar!





Warna pantainya aku janji tak serupa langsung dengan pantai di Semenanjung. Sumpah! Hijau daun juga tak sama. Sangat tak sama. So korang rajin-rajinlah berjalan di muka bumi ini untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah Taala. Alhamdulillah. 

Dan kini tengah berusaha untuk melawat negara asing pula. Suami aku pilih negara-negara Eropah, aku pula lebih suka negara yang tak jadi tempat orang untuk melancong seperti Afrika Barat, Pulau Seychelles dan Bermuda Triangle. Nak pergi tengok ye tak tempat tu misteri ada dajjal. Aku tengok  dajjal ni kat Malaysia pon berlambak. Kalau ye ada dajjal, misteri, pusat graviti bumi, ada black hole, aku nak tengok dan merungkaikan misteri tersebut sebab kat sana pun ada pembangunan, ada airport dan sebagainya. =)

1 comment:

Anonymous said...

syokkan jln2 sabah..tu blum lg kepulau2 skeliling.....mkanan msakn.semnanjung pun ada d kk..sy juga ada mnyediakn prkhdmtn kreta sewa pndu sbdri..jika bemnat bole cntct 0194287236