Pages

Tuesday, February 28, 2012

Macamana nak bagi perangsang

kita selalu dengarkan apa itu perangsang..
atau dengan nama lain, sokongan..
atau dengan kata lain lagi, motivasi..

kita sebolehnya mahu memberi sokongan kepada orang yg berada di sekeliling kita..
kawan-kawan kita..anak murid kita..
adik beradik kita..

Contohnya adik kita xlulus Matematik
kita pun cuba bagi sokongan padanya..
"Dik, usaha sungguh2 ya..usaha yang tanpa hentinya pasti akan berjaya"
ah-ha.. nak tergelak ada la bila mendengarnya..

tapi yg saya nampak, kita GAGAL!

Macamana mak ayah saya bagi sokongan pada saya?
Macam nie, saya bawa balik keputusan SPM yang teruk..
lalu mak kata..
"APA NAK JADI DENGAN KAU NI MINAH? KAU NAK KERJA APA DENGAN KEPUTUSAN MACAM NI?NAK JADI KERANI PUN TAK LAYAK! DAH3... MAK TAK BAGI TENGOK TV LAGI..MAK TAK BAGI KAMU KUNCI KERETA LAGI!



kata-kata mak itu akan membakar semangat saya..
kalau mak saya kata..
"TAK APA..BOLEH CUBA LAGI" :-)
agak2 kita termotivasi x?

Contoh yg kedua.
saya pulang membawa keputusan 6A daripada 8A kat mak saya..
macam mak kata.dengan garangnya
"HABIS MANA 2A TU LAGI??? SIMPAN KAT SIAPA? MULAI HARI NI JANGAN JALAN2 LAGI! MAK AKAN HANTAR KAMU KE TUSYEN DAN UPAH CIKGU TERBAIK UNTUK AJAR KAMU!!"
bawa balik keputusan yg cemerlang pun kena marah
tapi sebenarnya kat belakang mak sibuk menceritakan kisah kejayaan anaknya..hehehe

Ok! pada saya itulah sokongan yg sebenarnya.
mak saya akan membakar semangat saya dengan cara memarahi/memperli saya
maka saya akan berasa nak marah, tak puas hati dan lebih bersungguh2..untuk membuktikan kepada mak bahawa,......
AKU BOLEH!!!!!!!!

apa yg salahnya..
semasa kita sedang berperang dengan peperiksaan
lalu kawan datang memberikan sokongan..
dengan kata2..
"SEMOGA BERJAYA!"
agak2 terangsang x?
boleh tak kita kata yg kawan kita memberikan sokongan pada kita?
sebenarnya langsung tak membantu..

jadi, macamana nak bantu?
pertama, study sama2,
ajar apa yg dia tak faham..
memberikan sokongan dari bentuk kewangan contohnya untuk dia membeli buku
memberikan sokongan dari segi masa, masa untuk bersama dengannya pergi menuntut ilmu..

lagi..
katakanlah saya nak buka bisnes..
lalu saya tanya pakwe..
"Abang nak sokong saya tak?"
"Ok, abang sokong Sayang.. Semoga sayang berjaya"
kkikikikikikikikiiki..
Apa sebenarnya sokongan?
bukan hanya dengan kata2..
yg sepatutnya ialah..
sama2 cari jalan untuk buat bisnes
bagi sokongan dari segi modal
tolong promote produk bisnesnya..
tolong dia daftarkan perniagaannya..

haaa..macam tu..
faham???

contohnya lagi..
bila seorang lelaki tak berjaya
bercinta dengan wanita berkerjaya..
maka cara untuk wanita itu memberikan sokongan kepadanya..
pertama, bagi amaran nak tinggalkan dia kalau dia tak berjaya
jadi dengan sendirinya dia akan berusaha bersungguh2 untuk berjaya bagi mendapatkan wanita pilihan hati..
kedua, bantu dari segi kewangan..
awak nak ternak kambing?saya bagi modal..
ketiga, bersama2 dengannya menempuh apa sahaja cabaran..

Berhenti bercakap kosong..
konon2 sokongan..




Sunday, February 26, 2012

Kalau tak jadi cikgu, nak jadi apa?

Sejak akhir-akhir ini timbul isu posting. Ramai yg dah posting, ada yg sedang menunggu. Kalau tak jadi cikgu, nak jadi apa? Kamon la.. janganla menyempitkan fikiran kita tu.. banyak lagi benda yg kita boleh teroka.

Kalau saya..

Berkahwin..hehehe.

berkahwin dan jadi surirumah sepenuh masa...
inilah cita2 murni dan matlamat utama saya
kalau boleh sekarang pun nak kahwin terus
tapi nak buat macamana kan, terikat dengan kementerian pelajaran
kalau kahwin tak amanah pula..
kata ustaz, jangan mempergunakan agama untuk nafsu..
baheklah! kalau begitu, sebaik sahaja saya habis belajar saya terus kahwin..boleh?hehehe
 nampaknya, MR. XXXXX sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk mengahwini saya..
hemmmmm (*letak tangan atas dahi, mata tengok atas)


Aish..saya akan jadi surirumah yg terbaik untuk dia..
pagi2 saya akan kejutkannya dengan penuh cinta dan romantis
menggosok bajunya..menyediakan sarapan untuknya..
dan bila dia balik kerja,
makanan sudah terhidang di atas meja..dengan satu senyuman yg paling manis dari isteri tercinta..
hahaha...aaaaaaaaaaaaaaaaa..
dan banyak masa boleh kami habiskan bersama2..
menjaga, mengasuh dan mendidik anak2nya..
perrrggghhhhhhhhh!!!!! ayat xtahan..hihihi

Jual kain

kalau mak saya tak bagi kahwin,
kompom la dia suruh saya jual kain..
mak saya mengamalkan gaya kepimpinan autokratik
saya pula anak yang patuh..
"baiklah mak..baiklah, baiklah...."
hihihihi..
memang tak sehebat cikgu
tapi sepanjang saya tolong mak kat kedai,
pendapatannya dalam sebulan RM3000 +++
bolehla setakat banglo sebijik, kereta 2 bijik, van sebijik, motor 4 bijik..
lebih kurang cekgu je..kalau rajin, pergi bekerja,
kalau malas tak de sape nak paksa..
boleh cuti ikut suka je..

Belajar Menjahit

nama lagi jual kain kan..
kena lah pandai menjahit..
sementara tunggu posting atau tak dapat langsung,
boleh belajar menjahit
kedai kami menjual pelbagai jns baju, dan menerima tempahan menjahit baju kurung, baju melayu
tapi oleh sebab saya nak lebih "advance"
maka saya kena belajar menjahit kurung moden, kebaya, tudung express dan langsir..
mane tahu kot2 jadi jutawan langsir kekg..
(angan2 je budak nih)

ok..tu jer yg saya nampak..hahaha
dan minta dgn Tuhan, semoga dimurahkan rezeki..
amin....

Ruginya Wanita Berkerjaya

Keluarnya perempuan Islam dari rumah untuk bekerja adalah menyahut seruan dekalarasi Yahudi di dalam satu muktamarnya di Mesir dalam era penjajahan British mengatakan “Keluarkan wanita islam dari rumah mereka nescaya terbukalah aurat mereka dan tersebarlah gejala sosial “.

Jumlah Gaji

SPM : RM 1500
Diploma : RM 2500
Ijazah : RM 3000

Rugi dari segi ekonomi
Katakan gaji Diploma.

Upah pengasuh jaga anak : RM 200 (seorang)
Pergi balik tempat kerja : RM 200
Makan di tempat kerja : RM 100
Ansuran kereta : RM 600
Pinjaman PTPTN : RM 200 (anggaran)

Rugi dari segi sosial
-remaja rosak akhlak
-anak-anak kurang kawalan
-anak-anak kurang didikan agama ibu bapa

Rugi dari sudut psikologi
-terpaksa berpisah dengan suami dan anak-anak bila sambung belajar/berkursus
-hilang sifat-sifat kewanitaan

Rugi dari segi ekonomi negara
-Pengangguran dalam kalangan lelaki (pastu mula berdemonstrasi xdapat posting kan?kih3)
-Kerajaan membayar gaji cuti bersalin (setiap tahun bersalin, xboleh naik tangga pejabat/ke kelas/ kalau cikgu murid sempat bertumbuk sebelum cikgu sampai ke kelas/kelas terpaksa dibuat di tempat lain cikgu tak larat nak naik tingkat 3)
-Mengimport bibik menyebabkan pengaliran keluar wang negara

Rugi dari segi agama
-bertambah dosa bila wanita ke tempat kerja dengan bertabarruj
-percampuran lelaki dan wanita
-bertukar2 FB, SMS
-curang suami isteri
-suami ditinggalkan dengan pembantu rumah
-buka aurat
-jihad utama ditinggalkan


*bayangkan seorang wanita bekerja dalam keadaan senggugut, mengandung dan menopous?

*kalau lelaki jer yg bekerja mungkin tak timbul isu posting.

*isteri bekerja dengan tak bekerja, sama jer xkukuh2 ekonomi keluarga.





Saturday, February 25, 2012

Ubah Diri Sendiri Sebelum Mengubah Orang Lain

RAMAI orang minta orang lain berubah. Remaja sering ditanya kenapa degil tidak mahu berubah? Kenapa ekonomi tidak berubah, politik tidak berubah-ubah?

Pendek kata, semua kena berubahlah. Sebenarnya rahsia perubahan bermula dengan merubah diri sendiri. Jika hendak ubah keluarga, ubahlah diri dulu. Jika diri berubah barulah keluarga terubah, masyarakat pun berubah. Malah, hendak ubah negara pun bermula dengan perubahan diri sendiri. Jika hendak ubah orang lain, tetapi kita sendiri tidak mengubah diri kita maka orang akan ketawakan kita. Bagi mereka yang tidak mahu berubah mereka banyak menghabiskan waktu, tenaga serta fikiran untuk perkara memikirkan kesalahan orang, keburukan orang dan kelalaian orang, tetapi lupa membetulkan diri sendiri. Ada yang berani membuka keaiban orang, membincangkan keburukan orang, tetapi jarang sekali berani melihat keaiban diri sendiri. Tidak ramai orang berani mengakui kelemahan diri. Amat sedikit orang berterima kasih apabila ditegur dan dinasihati, sedangkan Islam didasari dengan saling nasihat-menasihati. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya Islam itu nasihat." Kita perlukan jiwa-jiwa yang hebat untuk mewarisi negara dalam menghadapi cabaran global yang kompleks. Remaja berjiwa besar adalah mereka yang boleh berkongsi serta kekuatan dengan orang yang lebih berpengalaman. Orang tua hebat juga ialah mereka yang memahami serta menghormati perasaan remaja. Kegigihan mengubah diri sendiri membuatkan orang lain melihat dan merasakannya, memberi pengaruh kepada orang sekitarnya. Dia menjadi dorongan kepada orang lain untuk berubah. Kita tidak boleh menguasai hati orang untuk berubah dan orang pun payah untuk menguasai diri kita. Yang penting kita menggunakan kekuatan yang ada untuk dimanfaatkan orang yang rapat dengan kita. Mula-mula ubah diri kita, isteri kita dan anak kita. Jika semua bertindak proaktif begini tersebarlah perubahan itu. Ramai orang berkata: "Payahnya hendak ubah remaja", "isteri degillah", "pekerja keras kepalalah". Jawapan sebenarnya perlu melihat dalam diri kita, jangan terlebih dahulu menyalahkan orang lain. Mereka memang tetap melakukan kesalahan, tetapi kita pun ada silap juga. Mungkin cara penyampaian yang tidak kena. Rasulullah diutus bagi mengajak dan memberi contoh terbaik buat umatnya. Kita banyak juga mengajak, tetapi kurang contoh baik. Banyakkan ajakan, kurangkan ejekan. Berinteraksilah, jangan berkonfrantasi. Sayangilah, jangan membenci. Perubahan bermula dari diri sendiri.

Copy from : Portal Mukmin

Wednesday, February 22, 2012

Kepada yang tersayang...



Pertama kali aku melihatmu, aku sudah jatuh cinta padamu. Kau seakan-akan dapat memahami aku, kau memahami kehendakku, menepati citarasaku. Sudah lama aku mencari yang sepertimu, akhirnya aku jumpa. Masihkah kau ingat saat kali pertama kita berjumpa? Aku senyum padamu, dan kau seolah-olah turut tersenyum padaku. Dengan bantuan kakak, aku berjaya mendapatkanmu. Walaupun kau tidak sempurna, tetapi padaku kau cukup indah.

Sayangku, selama kau berada dengan aku, tidak pernah sedikit pun kau menyakiti aku. Aku juga berusaha untuk tidak menyakitimu. Aku menjagamu dengan baik. Aku juga bimbang kalau-kalau kau tidak bahagia denganku. Tetapi tidak, kau terus bersama aku sehingga setahun setengah lamanya. Aku sangat selesa bersama denganmu. Kemana-mana sahaja aku pergi, pasti akan bersama kau. Kau juga tidak kisah melayan tabiatku yang suka berjalan-jalan. Kau mengikut saja tanpa banyak alasan. Engkaulah tempat aku menggantung harapan, yang boleh melindungi aku daripada panas hujan.

Sayangku, sungguh, aku sangat sayangkanmu. Aku harap kau akan berada di sisiku selama-lamanya. Bertahanlah dengan aku, kerana hanya denganmu sahaja aku gembira, selesa, dan tak pernah sedetik aku melupakanmu. Aku janji tidak akan menyakitimu. Dan aku berjanji, hanya engkaulah satu-satunya sayangku, dan aku mahu setia padamu. Aku tidak akan mencari yang lain lagi.

Sayangku, walau pada pandangan orang lain kau buruk, tetapi padaku kau jugalah yang terbaik. I will love u till the end of the time. Ever after.

Duhai kasut burukku, kini walaupun kau sudah buruk, tetapi aku makin selesa bersamamu. Kihkihkihkih hahahhahaha...Memperkenalkan!!!!!!! Inilah sayangku..



-pertama kali berjumpa di kedai Bata, Putrajaya.
-harganya murah je.
-kakak yg belikan.
-sangat selesa dipakai.
-makin tua makin perrrgghhh!!
-dah rosak di bahagian depan
-tapaknya dah licin
-bila berjalan ibu jari kaki cium tar

Saturday, February 18, 2012

Deko Bersama Nora

Assalamualaikum..

Pagi nie sampai ke Tanjung Malim, bertolak dari Jerteh pada pukul 8.30 malam.
Sesampainya saya di bumi Murabbi, bumi Ibu Kandung ini, saya buka pintu bilik....
Warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!! Bilik macam sarang beruk. (Beruk ada sarang ke?)
Oleh sebab saya duduk di bilik single maka sesuka hati saya untuk buat apa sahaja dengan bilik saya..
Lalu, saya feeling2 Eric Leong sekejap mempunyai ilham untuk deko sarang beruk ini untuk menjadi sarang maknusia..



mari kita "MENAMPAR DIVIDER" (*menampar ialah Menampal tetapi bila bahasa Kelantan diKLkan menjadi menampar)..
dan mari kita pasang langsir hijau..
hijau warna syurga..


Langsir ini mencecah lantai..
Divider xcukup..
nanti balik kampung ambik lagi stok divider ini..okk..


Mari kita selongkar apa yg dibawa dari kampung.
Berdiri dari kiri.. :
Minyak wangi enchanteur paris Adore (manis2 je bau dia), Pentene Total Damage (kalau rambut panjang, kering, dan mudah gugur cubalah sendiri), Losyen Garnier Light, Pencuci muka Garnier jugak, Lifebuoy, Sumber Ayu Rose (Cubalah sendiri..akan meninggalkan kesan bau ros yg berpanjangan, selamat digunakan setiap hari), Ubat Gigi Darlie dan..

Berdiri di hadapan : Minyak Daun Ubat TYT.. hahaha..hok ni penting nih, sakit perut ke sakit gigi ke luka kat mana-mana ke..


ok seterusnya susun buku kemas2..


seterusnya.. susun baju mengikut warna..hak3..ayoyo pongda..almari kecik xmuat nak menampung harta karun yg banyak..



nyawa..xlengkap sehari tanpanya..


hobinya mengumpul kasut buruk..haha


dan hasilnyaa.....tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

huhuhuhu..xcantik langsung..kosong jer..
xpe2..nanti tambah bunga orkid kat atas meja, letak akuarium ada ikan mas dalam tu..
letak karpet, boleh beli dengan abangla jual dengan motor
gambar2 dilarang digantung


hahaha.. tangkap muat jer,
nanti saya buat tema 1 kaler je k..
biasalah bilik bujang..
bila ada suami nanti.. ehem3... (tersipu2)


masih belum dihias.. campak jer campak je asal kemas!

*Gambar ini diambil menggunakan kamera Panasonic Lumix hadiah hari jadi daripada "seseorang"...
*baru sikit tuh, nanti saya panggil Eric, saya akan update lagi




Bajet 2012

rindunya nak berblog..dan semester ini saya dah masuk semester 4, berumur 22 tahun.. bukan lagi kanak-kanak riang yang terloncat sana-sini..ada lagi..tapi sikit2..hahahaha..

Biasiswa dah masuk.. mari kita buat bajet 2012..

Masuk : RM 4550
Bayar hutang adik : RM 100
Rumah : RM 820
Wifi : RM60
Yuran : RM 729
Bayar hutang kat diri sendiri : RM 200
Bagi kat adik-adik : RM100
Tabung haji : RM1000
Baki nak hidup selama 4 bulan : RM 1541

*Belum tolak buku, esaimen, seminar, bil air, letrik, makan minum, minyak motor,
*Saya janji akan jimat sem nih.. janji2.. tak buat lagi..
*Makan gitu2 je xnak makan banyak lagi.. dari 45 ke 55 kg.. biar betulllll...xcantik2..??

Kalau ada masa saya akan tulis lagi..daaaaaaaaaaa.....nak tidur sampai suami pulang dari sekolah.. ^^