Pertama kali aku melihatmu, aku sudah jatuh cinta padamu. Kau seakan-akan dapat memahami aku, kau memahami kehendakku, menepati citarasaku. Sudah lama aku mencari yang sepertimu, akhirnya aku jumpa. Masihkah kau ingat saat kali pertama kita berjumpa? Aku senyum padamu, dan kau seolah-olah turut tersenyum padaku. Dengan bantuan kakak, aku berjaya mendapatkanmu. Walaupun kau tidak sempurna, tetapi padaku kau cukup indah.
Sayangku, selama kau berada dengan aku, tidak pernah sedikit pun kau menyakiti aku. Aku juga berusaha untuk tidak menyakitimu. Aku menjagamu dengan baik. Aku juga bimbang kalau-kalau kau tidak bahagia denganku. Tetapi tidak, kau terus bersama aku sehingga setahun setengah lamanya. Aku sangat selesa bersama denganmu. Kemana-mana sahaja aku pergi, pasti akan bersama kau. Kau juga tidak kisah melayan tabiatku yang suka berjalan-jalan. Kau mengikut saja tanpa banyak alasan. Engkaulah tempat aku menggantung harapan, yang boleh melindungi aku daripada panas hujan.
Sayangku, sungguh, aku sangat sayangkanmu. Aku harap kau akan berada di sisiku selama-lamanya. Bertahanlah dengan aku, kerana hanya denganmu sahaja aku gembira, selesa, dan tak pernah sedetik aku melupakanmu. Aku janji tidak akan menyakitimu. Dan aku berjanji, hanya engkaulah satu-satunya sayangku, dan aku mahu setia padamu. Aku tidak akan mencari yang lain lagi.
Sayangku, walau pada pandangan orang lain kau buruk, tetapi padaku kau jugalah yang terbaik. I will love u till the end of the time. Ever after.
Duhai kasut burukku, kini walaupun kau sudah buruk, tetapi aku makin selesa bersamamu. Kihkihkihkih hahahhahaha...Memperkenalkan!!!!!!! Inilah sayangku..
-pertama kali berjumpa di kedai Bata, Putrajaya.
-harganya murah je.
-kakak yg belikan.
-sangat selesa dipakai.
-makin tua makin perrrgghhh!!
-dah rosak di bahagian depan
-tapaknya dah licin
-bila berjalan ibu jari kaki cium tar
1 comment:
ia suruh tuan ia beli wat baru doh tue...hehe..
Post a Comment