Pages

Tuesday, November 5, 2013

Walimatul Urus Aniza & Shahmi Part II

Terdidiknya seorang isteri adalah daripada suaminya. Dan aku bersyukur dikurniakan seorang bakal suami yang sangat baik. Alhamdulillah. Begini ceritanya :

Dulu masa couple kami nak sangat berkahwin agar halal semuanya dan memudahkan kerja kami nak jalan-jalan, makan-makan, pindah rumah dan sebagainya lah. Masa tu fikir nak kahwin je tak ada pelamin pun tak apa. Pastu kononnya nak ikut syariat Islam yang memudahkan segala, seperti tak payah hantaran tinggi-tinggi, tak payah pelamin, tak payah tabarruj memakai pakaian yang menjolok mata dan mahal sehingga si suami terpaksa berhutang dan menanggung hutang selama bertahun-tahun.

Tapi bila dah dekat dengan tarikh perkahwinan, semakin banyak belanja yang perlu dikeluarkan. Jamuan tetamu sahaja dah kena sediakan RM5k itu tak termasuk kad jemputan, kanopi, pelamin, upah tok imam mas kahwin dan sebagainya. Yelah, aku masih belajar. Mana ada duit sebanyak itu. Aku dapat biasiswa cuma 3k tu pun kena bahagi dengan 6 bulan. Nak mintak dengan keluarga? Ok keluarga banyak duit tetapi nak dapatkan persetujuan pun punyalah payah dan aku kami nekad, kami tak mahu menyusahkan keluarga. Oleh itu, segala perbelanjaan ditanggung oleh si suami.

Tetapi biasalah kita manusia dan aku nie perempuan, tentu banyak kehendaknya. Aku mengimpikan semasa akad nikah aku memakai persalinan yang sangat cantik warna dusty pink menjadi pilihan. Tetapi timbul pula masalah nak menyewa baju sangatlah susah mencari size yang bersesuaian, dah la pendek kurus pula. Bila ada baju yang muat-muat tubuh wow terlalu over. Nak buat sendiri mahal la pulak dan tak reti nak tambah beading lace bagai. Bila kira-kira pakaian untuk buat nikah, habis jugak dalam RM500 satu set. Itu belum lagi jamuan untuk rombongan lelaki datang.

Tak cukup memikirkan soal baju aku pikir pulak nak mini pelamin tempat sarung cincin untuk upacara batal air sembahyang. Akad sahaja dah habis 2k. Tak ke membazir macam tu? Semalam sugar daddy aku telefon dan membatalkan segala tempahan pelamin dan mekup yang aku buat. Aku sedih sangat. Idaman setiap wanita untuk menjadi raja sehari, semasa akad dipersiapkan secantik-cantiknya. Begini.


Katakan, siapa yang tidak mahu begini? Memakai baju putih dan memegang sejambak bunga semasa akad sedang berlangsung. Tapi impian hanya tinggal impian, bila aku kata begini, ada suara-suara yang mengatakan, "itu lah, sape suruh kahwin awal, kerja pun belum lagi". Yes, sepatutnya aku cermin diri dulu. Kalau tak mampu katakan tak mampu, dan suami tidak memberikan peruntukan untuk ini.

Kemudian, aku merenung diri, bermuhasabah diri, menggoogle kata-kata motivasi dan nasihat untuk meredakan resah di hati. Aku terfikir, cuba recall balik, apa tujuan aku kahwin pada mulanya???

Aku nyatakan apa yang terbuku di hati kepada suami, menyatakan impian dan kehendak hati. Agar hatiku lebih tenang apabila ada yang mendengar. Tetapi luahan hati tidak terbalas malam tadi. Then, when I woke up from my sleep (Bahasa Inggeris berterabur haha), aku jumpa ini di muka buku bakal suamiku. =(


Dan aku insaf. Aku tahu suamiku juga sedaya upaya untuk memberikan apa sahaja yang aku mahu. Dia juga mahu melihat aku gembira. Aku perlu menjadi isteri yang solehah yang tidak membebankan suami. Cukuplah dengan segala yang dia bagi selama ini. Usahanya yang tidak ternilai. Aku perlu memahami kemampuannya. Banyak lagi duit yang nak dipakai masa majlis nanti, dan apa yang penting selepas berkahwin nanti.

Aku tahu apa yang bakal suamiku buat adalah yang terbaik untukku. Tenkiu sayangku. Sayang kamu dunia akhirat.In shaa Allah......

Oh ye, tarikh nikah kami 28/11/2013 dan reception akan berlangsung pada 23/3/2014. 

Comel-comel sokmo :-)

Friday, November 1, 2013

Jungle Trekking - Turun Bukit

Kami mendaki selama 3 jam. oleh sebab kami mahu mempercepat masa, maka kepala kami mengarahkan kami untuk turun menggunakan jalan short cut katanya. dia kata, jalan short cut nie sangat curam jadi kena berhati-hati.




main gelongsor





to be continue..

Comel-comel sokmo :-)

Wednesday, October 30, 2013

Jungle Trekking - Part Puncak

Setelah tiga jam mendaki, akhirnya kejayaan kami capai bila sampai di puncak. Kat atas sana memang nyaman dan sejuk. =) Bila sampai, sangat letih. Semua murid mengeluarkan bekalan makanan masing-masing aku je keluarkan air mineral. Diet sebenarnya. Pastu murid-murid sibuk duk tawarkan aku itu ini, bila aku kata diet diorang marah dan kata aku dah kurus macam tengkorak idup. Lepas tu aku terfikir satu idea, kalau kata diet orang marah, ape kata kalau aku kata aku elergik dengan segala jenis makanan? Hahahaha. Dekpun duk tawar kat cikgu makanan segera, kalau tak diet pun cikgu bukan makan benda - benda macam tu. Mak cikgu tak ajar cikgu gituuu,, huhuhu.



penat sampai terjelir-jelir

manjee gitew.. hihi




gulp * telan liur

Dah la.. dah tak larat nak senyum. photographer asyik pakse kite senyum =(

 Apa pun, best. nanti update masa menuruni bukit okay, lagi-lagi mencabar.

Comel-comel sokmo :-)

Jungle Trekking ~ Bukit Changkat Belanga : Part Mendaki

1st moment of jungle trekking. sepanjang bergelar pelajar tak pernah berkesempatan untuk menyertai aktiviti lasak sebegini. tapi syukur alhamdulillah, dan terima kasih kepada SMKDZM kerana sudi menjemput kami cikgu praktikum untuk menyertai acara ini. sangat best dan menjanjikan pengalaman yang sangat berharga. pengalaman dan kenangan yang tidak boleh terbeli dengan wang ringgit dan silaturahim dan hubungan yang erat terbina setelah aktiviti ini. syukur.

baik. kejadian ini berlaku pada 29 oktober, disertai oleh seramai 108 orang pelajar tingkatan tiga, 7 orang guru pengiring dan 8 orang guru praktikal.


barisan yang bertanggungjawab menjaga kami. tenkiu cekgu saipul sebab belanja nasi lemak lantas menjejaskan projek diet aku tapi nasib baik juga kalau tak aku pengsan panjat bukit tak makan nasi 3 hari

kepala

yang kepala nie la yang bawa kami hehe. aku second kepala. aku ikut belakang cikgu nie masa mendaki. sebabnya apa? sebabnya aku penakut kalau duk kat belakang-belakang. aku memang penakut.
* padahal tugas guru melindungi murid tapi aku tengok murid lelaki yang lebih-lebih "melindungi" aku yang lembek ini kahkahkah

rakan setugas ewaahhh

mula mendaki


rehat jap. sementara tunggu yang lain sampai.

ada yg kata aku pakai macam nak gi shoping..aku pakai baju t je pun, seluar trek adidas, pelik. yg penting tutup aurat walau berada di dalam hutan. 

separuh perjalanan. nampak pemandangan yang sangat menakjubkan


sila-sila pegang kawan, tolak-tolak sikit agar kawan kita boleh naik dengan mudah. maaf ye murid-murid kalau cikgu terpegang kat mana-mana hua3



gambar tak menarik pun tp saja nak tunjuk gambar sendiri sebab gambar aku tak banyak ditangkap.. aku menjauhi kamera sebab terlalu famous hahaha

senyum sampai terkeluar-keluar gusi



tang paku pakis nie aku tak suka. aku kena lalu celah-celah tu. how teruk! habis kena muka aku pastu xnampak apa-apa melainkan melihat kaki orang di depan agar tidak kehilangan jejak.

pegang pokok elak tergelincir , tergolek kemudian jatuh gaung yang sangat curam

merangkak untuk lebih selamat. merangkak sambil memegang kuat akar-akar kayu yang mencengkam tanah.

semput. jantung bergerak laju.



 

akan bersambung pada part yang seterusnya. =)

Comel-comel sokmo :-)

Monday, October 28, 2013

Kesayanganku... 2KA

Kadang-kadang aku lupa bahawa pelajar-pelajar aku nieh baru sahaja tingkatan dua atau 14 tahun. Tapi aku layan mereka macam mereka nie coursemate aku kat UPSI.. hahaha. Ingatkan sama umur, ingatkan satu geng! Pastu aku selambe je ajak diorang keluar, jalan-jalan, memang aku betul-betul lupa bahawa mereka ini kanak-kanak lagi hahaha. Mana ada lesen nak drive keluar sendiri.. Dekpun bila bercakap dengan mereka ni, matured gila. Aku masa tingkatan 2 hingus meleleh lagi pastu sapu ngan tangan tarik sampai pipi pastu hingus tu dibiarkan kering dan menjadi tahik idung hahahaha.







Now u say macamana aku nak anggap mereka nie student aku kalau semuanya sama size? Maksud aku ketinggian la yang lebih kurang dari segi kelebaran tak ada siapa boleh lawan cikgu muahahahaha. OK cikgu tengah diet nih.

Lepas tu kan, mereka ni kemas, matang, bercakap topik-topik orang tua ngan aku.. tak macam aku dulu manjee je masa sekolah. Menangis tu dah memang jadi hobi aku hihihi.. Selalu kena buli sebab kecik, kalau beratur kena duduk di barisan paling hadapan. Bila ingat-ingat balik, kesian kat diri aku sendiri hahahaha.

Buat anak-anak murid cikgu, cikgu abadikan kenangan bersama kamu semua dalam bentuk 'online' agar kenangan ini tidak terhapus begitu sahaja. Alah, tanjung malim ngan slim river bukan jauh pun. nak jumpa helo-helo cikgu lah yer.. pastu kita gi lepak-lepak kat dapur-dapur =) sayang kamu semua tau mmmmuuahh..

Comel-comel sokmo :-)

Saturday, October 26, 2013

Xmo Xmo Xmo

Aku terjumpa gambar-gambar lama aku masa tengah godek-godek kamera huhuhu. Dan aku tak malu nak pamerkannya supaya gambar itu tak luput begitu sahaja dan semoga ia menjadi pengajaran buat aku dan para pembaca yang tak reti nak tinggal komen sekalian hihihi. Budak yang gemuk dan banyak jerawat itu adalah aku.

berat badan tertinggi yang pernah dicapai.. 53kg =)

jerawat paling teruk dalam sejarah

Gemuk dan jerawat terburuk dalam sejarah dicatatkan pada January - Julai 2013. Mesti awak tertanya-tanya kan, pakai apa hilang jerawat? Aku ada jawapannya. Tapi diet semua orang tahu aku buat diet atkins.

Sekadar selingan aku syukur jugak sugar daddy aku sentiasa berada di sisi tak kira aku gemuk ke kurus ke banyak jerawat ke tak ada jerawat ke. Dan dialah satu-satunya manusia atas muka bumi nie yang mengikut kehendak aku, melayan aku dengan lembut dan manje, tak pernah meninggi suara dan sentiasa bersabar dengan kerenahku ini. ;(

Xmo Xmo Xmo sejarah ini berulang kembali. Teruskan menjadi The Atkiner!

Comel-comel sokmo :-)