Pages

Monday, February 25, 2013

Pengajaran Mikro

Assalamualaikum murid-murid. hehehe.

Entry aku dalam blog nie tak pernah pun menunjukkan bahawa aku ini seorang cikgu "to be" hehehe. Entry entah ape-ape dan tak memberi manfaat kepada makhluk yang ada di dunia ini meliputi langit mahupun bumi, apetah lagi negeri Dika di bawah laut. Tak pernah pula aku menulis tentang bidang perguruan yang aku ceburi ini. Kali nie pun tak nak tulis jugak. Tapi kalau ada yang nakkan nota, aku bereh je, sila tinggalkan komen atau emel je pada aku ye.

Hari ni takde nak bagi nota ape pun, tajuk je nak kasi gempakk gitu hehe. Bila berada dalam semester 6 barulah kami diberi pendedahan tentang dunia pendidikan. Semester sebelum nie tak macam tu pun, belajar je ilmu-ilmu bahasa dan linguistik.





Gambar blurr sangat jadi aku edit nak bagi naik seri sikit. Kami adalah barisan bakal cikgu bahasa melayu dan aku bercita-cita mahu menjadi cikgu bahasa melayu tingkatan enam. Aku pakai hijau sempena kempen PAS  Pelihara Alam Sekitar. Dan ros merah di bahu adalah perkara wajib, Cikgu kan, kenalah "jangok" sikit gagagagagagaga.

Ada bakat tak?

Comel-comel sokmo :-)

Saturday, February 23, 2013

Kelebihan ibu dan bapa


bila tengok gambar nie, aku bayangkan aku anaknya. dan ayahnya ialah ayahku. agaknya apa yg aku rasa masa tu? mestilah sakit kan. ya. sakit memang sakit dan tak boleh nak gambarkan betapa sakitnya.

tapi tahukah anda bahawa seorang ayah ada kuasa magik. kalau sakit, kita bersama ayah kita secara automatiknya menjadi tak sakit. kalau aku takut, pada masa yang sama ada mak kat tepi, aku akan rasa tenang. (takut kat mak tu lain cerita).hehe. 

kalau mak cakap buat, terus aku buat. kalau aku nak buat sesuatu, aku akan mintak restu mak. kalau aku buat jugak tanpa mintak restu mak, seakan-akan tak menjadi rancangan aku tu.

mak nak guna kereta jap nak gi jalan2. kalau mak kata boleh baru pergi dengan suka hati. tapi kalau dia kata tak boleh dan curi-curi keluar, maka musibah melanda. kereta langgar lembu lah, jam tangan hilanglah. minyak kereta habis lah. macam-macam.

tapi kalau keluar dengan izin, tak payah nak pikir tentang semua tu. kalau bagitau awal-awal nak keluar ke mana, ngan sape.. kalau terjadi apa-apa pun boleh call mak. dan dia tak marah dah.

sebab tu aku jenis tak reti nak menipu. aku tak pandai nak simpan rahsia. aku takut rahsia terbongkar jadi aku bukanlah jenis yg suka berahsia dan aku langsung tak ada rahsia. haha.

xde motif entry nie. tapi itulah kelebihan ayah dan mak. segala perkara yang kita tak mampu buat, dengan sokongan mak dan ayah, kita akan menjadi mampu. hebat kan? =)



Comey-comey sokmo =)

Thursday, February 21, 2013

Muhasabah Diri



Assalamualaikum.

Betapa sedih hati aku bila mengetahui seorang teman aku yang terpaksa dirahsiakan identitnya mengandung 6 bulan. Kalau orang lain, berkahwin dengan sambutan yang meriah, dengan kehadiran sanak-saudara, kawan-kawan, tetapi tidak bagi beliau. Aku memahami situasi yang beliau hadapi sekarang. Percayalah, aku masih berfikiran terbuka kalaupun orang lain masih menghukum di atas keterlanjuran. Meskipun aku sendiri tidak pernah menghadapi situasi sebegitu tetapi aku juga manusia yang sering melakukan kesilapan. Setiap kali aku melihat dosa yang dilakukan oleh orang lain, membuat aku kembali merenung diri sendiri. Aku perlu melihat kepada dosa dan maksiat untuk menginsafkan diri yang serba kekurangan ini. 

Aku juga tidak baik. Selama ini aku cuba memperbaiki diri. Aku terlalu taksub ingin mengubah apa yang aku tak boleh ubah iaitu menjaga aurat dengan baik. Tetapi aku lupa, pakaian hanyalah luaran tetapi apa yang  perlu dibersihkan terlebih dahulu ialah dalaman. 

Aku takut melihat zina yang berleluasa. Aku menjadi takut dengan istilah "couple" kerana zina tidak mengenal sesiapa. Manusia terlalu bernafsu untuk itu, dan disalurkan melalui ikatan yang tidak sah. 

Aku selalu ingin menjauhi "couple". Aku juga terfikir, kalau tak "couple" masih berkawan dengan lelaki. Bila berkawan masih ada bertumbuk tampar, bergurau senda, tambahan lagi belajar di universiti menuntut kita belajar secara berkumpulan. Tapi, bila bersama "kawan", kita tidak merasa dosa itu. Status "couple" membuatkan rasa berdosa meskipun si dia hanya menelefon bertanyakan khabar. Astaghfirullah..




Comel-comel sokmo :-)

Monday, February 18, 2013

Selamat Hari Jadi Sugar Daddyku =)

Hari nie dah 19hb Feb 2013, tetapi ini cerita pada 11 Feb 2013. Saje nak peram "wish" lama-lama sebab nak kasi surprise. Maaf ye abang, sebab lambat wish hehehe. Aku harap akulah orang yang terakhir wish hari jadi dan menjadi orang yang terakhir dalam hidupmu. =)

Jangan terasa hati ye, sebenarnya buat-buat lupa saja. Mana boleh hari istimewa macam nie tak ingat. Tapi orang nak mintak maaf sebab belum berkesempatan untuk membuat parti harijadi seperti yang dirancang pada mulanya. Sebab sibuk dengan holiday dan persediaan kuliah. Orang janji akan buat bila tiba masanya kelak ye sayang hehe..

Selamat hari jadi ke-24. Dah tua nampaknya. 



Buat sugar daddyku, ingatlah bahawa abang selalu ada di dalam setiap kali doa orang. Selamat hari jadi, semoga dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik. dimurahkan rezeki, disegerakan posting (haha), cepat kawen, dan sentiasa berada di sisi orang dalam suka dan duka. 

Comel-comel sokmo :-)

Kehidupan

Aku dah pindah umah baru tahu. bila pindah rasa macam ada "kehidupan". Ada peti ais walaupun kecik, ada TV walaupun xde beyond dan ada mesin basuh walaupun tak automatik. hehehe. ada roomate tapi aku tak tahu boleh ke tak aku hidup dengan roomate ku itu hehe. dua orang pulak tu. aku bereh je asalkan tidur aku tak terganggu dengan silauan lampu.

roomate aku ustazah yoo. semoga dapat membimbing aku yang serba kekurangan ini. suami dah ustaz, tinggal kite sorang je masih terumbang-ambing haha :p. okay cukup.

Semester lepas aku seperti xde kehidupan bila sampai di Tanjung Malim nie. pagi bangun, pergi kuliah, balik kemudian meneruskan hidup di alam maya sahaja. =)

Semalam, ada budak hitam, mata sembab hidung bengkak, gemuk lagi lebar dibawa oleh budak putih lagi pendek lagi gemuk buncit ke... Taman Negeri Selangor. BEST!  Kami bersarapan di Empangan Batu, jalan menghala ke Ulu Yam, kami bersarapan dengan nasi berlauk kedai "Tu Dokko" yang budak gemuk putih pendek belikan di Batu Caves. hehe.


tangan belah atas putih manakala tangan belah bawah hitam hehehe. aku dah tonyoh losen banyak-banyak tapi tak nak jadi. dua orang makan, 3 bungkus nasi heheheheheeee..


Cara makan bagi menikmati makanan dengan lebih ni''mat.hehee. caranya tutup mata dan kunyah perlahan-lahan. jangan lupa untuk mengeleng-ngelengkan kepala sambil berkata sedap haha

Makan sampai ke tulang. xbaik membazir tau

Taman Negeri Selangor

Suami saya sedang membeli barangan dapur untuk kegunaan rumah kami, inilah suami mee tali. hahahaha wekkkkksssssss luga wokyoss
Kemudian, kami pergi makan di Rodeo Steakhouse dekat sekitar Batu Caves jugak la. Kira makan malam romantik kami berdua la hehehehe. Rasa macam nie, aku pun boleh buat sendiri. =)



Kemudian beliau menghantar aku balik ke Tg. Malim. penat kemudian terus pengsan. TQ sayang memberikan aku makna "kehidupan" ini.

Comel-comel sokmo :-)

Saturday, February 16, 2013

TIP MENDAPATKAN KEREDAAN ALLAH KETKA MELANCONG


  1. Niat melancong kerana Allah, bukan kerana semata-mata "makan angin" atau menunjuk-nunjuk.
  2. Membuat persediaan daripada segi mental dan fizikal, sebagaimana dalam ibadat haji. Bukannya memulakan perjalanan tanpa perancangan atau arah tujuan.
  3. Sentiasa memohon agar dipelihara oleh Allah daripada segala bentuk maksiat dan terhindar dari kemurkaan-Nya.
  4. Memulakan perjalanan dengan solat. Perbanyakkan solat sewaktu melancong, agar tempat sujud menjadi saksi kepada kita di akhirat nanti.
  5. Bawalah buku-buku doa sekiranya tidak hafal doa.
Dalam al-Quran Allah SWT berfirman dalam surah al-An'am ayat 11, maksudnya : "Katakanlah wahai Muhammad, mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa orang-orang yang mendustakan (risalah Allah SWT)"

Comel-comel sokmo :-)

Wednesday, February 13, 2013

Honeymoon Part III (Gua Tempurung, Perak)

Dari Negeri Sembilan aku drive melalui lebuhraya PLUS dan sampai ke Kampar, Perak. Bermalam di rumah abang aku yang sulung. Kalau kami bercuti kami tak payah nak tempah hotel ke homestay ke sebab kami ramai adik-beradik. Di mana-mana sahaja kami bebas pergi tanpa risaukan tempat tinggal. =) jimat. :p




Saat kaki menjejak satu-satu anak tangga, saat itulah bibir tidak berhenti mengucapkan subhanallah, terlalu cantik kejadian Allah. nie kali pertama aku masuk gua. gua bukit keluang tu selalu la tu pun xde ape-ape. tapi gua nie cantik. tak apat digambarkan pun walaupun dengan gambar. bila masuk je, rasa berada dalam fairy tale, rasa macam dalam citer merlin ada, citer hobbit pun ada. 


Anak-anakku yang masih kecil , mampu mendaki beribu anak tangga. berpeluh sampai basah baju. hehe. best! tapi lagi best kalau pergi tak bawak budak-budak. hehe. kesian anak-anak aku kepenatan turun naik tangga.


Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini, kalau mereka yang sukakan aktivit yang lasak, bolehlah datang sini. best! best! best! best! best! best! best! best! best! best! best! best!best! best! best! best! best! best!best! best! best! best! best! best!!
haha.
nak oyak bahawa tempat nie best sangat.


Maasha Allah.
Allahuakbar.
Subhanallah.
Lailahaillallah.

Comel-comel sokmo :-)

Honeymoon Part II (Negeri Sembilan)

Hari ketiga, kami masih berada di Sri Menanti, baru berkesempatan untuk melawat Istana lama Sri Menanti @ Istana Chandramukhi. Dalam istana nie cantik sangat-sangat. Tapi sayang tak boleh bergambar. Aku tak nak taip panjang-panjang, datanglah sendiri ye.. Atau google je sendiri kalau mahukan info yang lebih menarik. =)

Gemuk dan kurus di depan istana

Comel di depan istana. hak hak hak

comel dan gemuk

comel dan manje


Comel dan keluarga comel


Inilah Chandramukhi yang sebenarnya. hahaha



Cita-cita gemuk nak jadi permaisuri negeri sembilan. :p






Gemuk berbibir besar

Duduk di atas tempat menguji bakal raja.




Bila siap bergambar di Istana lama Sri Menanti, aku dengan gemuk dan kurus mahu ke Port Dickson, ape yang glemer sangat kat PD tu.. Kali nie aku drive sendiri jugak tau. Orang lain sakit-sakit belaka, haha. Jadi orang lain tak ikut.

Indah khabar dari rupa. Pantai bisikan bayu belakang rumah aku jauh lebih cantik. PD kotor je! Bukti di tempat kejadian.








Entah hape-hape orang sini. Aku kat pantai timur banyak je pantai yang bersih-bersih dan cantik-cantik. Dah la nak datang sini pun jem. Kat PD nie kalau nak tempat yang cantik kita kena tempah resort-resort yang ada kat sini. Banyak.

Comel dan Kurus.




Comel yang semakin menggebu, kekekeke.




Bai. Bertemu di Perak pula ye!

Chandramukhi "penjaga" istana lama sri menanti. haha gurau je gurau.

Comel-comel sokmo :-)