Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.
Mula-mula datang ke Tanjung Malim, aku terpaksa berpindah ke rumah baru setelah kawan baikku menconteng arang ke muka keluarganya. hahahaha (suka jahat). ok cukup tahu setakat itu sahaja yer.
Aku berpindah ke rumah teres yang mana penghuninya ada 7 orang dan aku terpaksa berkongsi bilik dengan 2 orang lagi. Hari kedua, aku pergi ke Putrajaya mengambil barang yang ada kat sana. Bila sugar daddy nak hantar ke Tanjung Malim, aku menangis sebab tak nak balik. Bukan tak nak balik sebab nak bersama sugar daddy! Amboi.. Tapi tak nak balik sebab duk fikir tentang rumah. Aku tak biasa dengan suasana baru.
Aku sibuk fikir tentang bilik yang aku terpaksa berkongsi. Di kampung bilik kat umah ada 8 buah, dan aku tak berkongsi dengan adik beradikku. Bilik aku seorang. Aku bebas berbuat apa sahaja. Masa semester lepas pun aku macam nie jugak di Tanjung Malim. Aku rela menyewa bilik mahal-mahal semata-mata nak kan kesinglean itu. (sekarang bila kira balik dah sejuta ringgit malaysia aku rugi, hahahahaha).
Aku sedih malam tu. Bilik dah la xde perabot. Tak ada katil, tak ada almari, tak ada meja study. Takkan aku nak tido atas toto. Alahai. Baju aku yang banyak-banyak nak sumbat kat mana. nak study kat mana. Aku ada meja kecik je, tak muat. Haaaaaa..macam-macam yang aku fikirkan. Tetapi sugar daddy kat tepi tak berhenti meminta aku bersabar hehehehe.
Bila lama-lama.. Semua berlaku tak seperti yang aku fikirkan. Aku fikir dengan penghuni yang ramai aku akan gaduh-gaduh, tido tak tutup lampu, membuat bising semasa kita tido. Tapi sebaliknya tak macam tu. Bila aku nak tido, roomate ku akan padamkan lampu. Dan bila mereka balik dari kelas lewat malam, mereka akan buat kerja dalam gelap tanpa membuka lampu tu. Alhamdulillah..
Aku melarikan diri daripada roomate hanya disebabkan lampu terpasang semasa tido. Aku tak boleh tidur. Tapi roomate dan housemate aku kali nie baik-baik semuanya. Kenapa awal-awal lagi aku tak bertemu dengan kalian semua? Hanya ada 1 semester sahaja yang sempat kita bersama. =(
Takdir menemukan kita semua pada penghujung semester. Nanti semester 8 kita menyewa sekali pulak ye. I love u very much, mmmuuaaahhh3.
Maaf kak Roza xde gambar. :D. Perasan tak nama panggilan orang perempuan banyak na, za, ja ma,. hahahaha :p
Adakah kalian tahu tentang apa yang aku terpaksa alami sebelum ini? Aku keseorangan, kesunyian. Ada kawan tetapi macam xde kawan, tak pernah aku dianggap sebagai kawannya. Aku hanya digunakan untuk kepentingan dirinya, digunakan untuk memudahkan kerjanya, sedangkan segala kesusahan terpaksa aku tanggung seorang diri. Aku selalu berdoa agar suatu hari nanti aku ditemukan dengan kawan yang baik, yang boleh dijadikan sahabat. Aku tak minta sahabat untuk berada disisi aku ketika aku susah tetapi cukuplah kalau berada di sisi aku ketika aku senang. =)
Alhamdulillah ya Allah atas anugerah ini.
Comel-comel sokmo :-)