Pages

Wednesday, May 29, 2013

Congratulations on your graduations!

assalamualaikum.



to my dear, my love, Mohd Shahmi al-Amir, i wish congratulations on your graduations! i am pround of u, i hope we together forever and ever, bersama dalam bidang pendidikan, berjuang untuk memanusiakan manusia, bukan sekadar mengajar mata pelajaran. =) tahniah untuk Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pemulihan.


untuk umi. tentu umi bangga dengan anak umi. janganlah umi berasa berat hati untuk melepaskan anak umi. in sha allah, kami berdua akan membahagiakan umi. semua ibu di dunia aku anggap seperti ibu sendiri. aku sayangkan insan yang bergelar ibu, tapi pada ibu sendiri aku sayang lebih. dan aku akan anggap umi sebagai ibuku sendiri.


satu-satunya adik. sudah lengkap keluarga besar kita. =) walau tidak pernah merasa kasih sayang seorang ayah, tapi cukuplah dengan kebahagiaan yang dimiliki, alhamdulillah..






in shaa allah, tahun depan huhu




congratulations
on your graduation
you deserve it!
all those sleepless nights
studying, early mornings
running off to kuliah
all the ups and downs
and finally its over
welcome to the real world
now earn you keep!

congratulations on
making your parents proud
on your graduation day
i can just see how happy
there are when u finally get
that degree.
Comel-comel sokmo :-)

Sunday, May 26, 2013

Aerobic Dance

assalamualaikum para peminat tegar semua!!! wah, ramainya.. ilek. ilek. tepi sikit tepi sikit I rimaslah.

baheklah. awak semua nak tahu tak, semester ni I join kelas senamrobik. sebagai subjek KO di UPSI. kelas setiap minggu je. itu yang aku tak kurus-kurus tu. kalau setiap hari mungkin la boleh kurus. nak harapkan aku exercise sendiri memang TAK la. setiap minggu aku "serban" betis, saloh urat atau dalam bahasa kelantan nya, kekejangan la senang cerita. (aih, payah la I nie orang KL)

masa sebelum cuti mid sem aku pergi kursus senam seni 1 malaysia, sehari bengkel, macamana tak kejang sampai jalan pun terkangkang-kangkang. Yoe siap marah kat aku tak bagi aku jalan terkangkang dia kata malu kat orang. eh, dia ingat aku sengaja nak terkangkang macam tu.

minggu trakhir nie pun jadi macam tu jugak, sebab terlalu sibuk dengan pementasan drama, jadi aku terpaksa berlatih dalam masa sehari je. hari jumaat dari pukul 9 pagi sampai 11 malam campur lagi tak buat stretching ngan xkena buat step, campur lagi ngan lama tak exercise memang sakit giler la. nasib baik masa pertandingan aku tak kejang. aku tahan sampai keluar air mata dan tak bagi tau sesiapa. kat blog je aku bagitau sebab blog aku orang sepesel.




tiba-tiba rasa sayang kat mereka walaupun pada mulanya kumpulan kami sangat bermasalah..hahahahaha




ZA, KAK IRA, ASIAH, TASYA, MISDA, INA DAN FATIHAH




AKU YANG TERPINGGIR..


kami dapat no2.... dari belakang. kahkahkahkah


Mrs. Simple bersama tenaga pengajar, Kak Shida
baiklah, aku nak tido. esok kelas KPD. pastu drive ke Putrajaya cik abang konvo kat PICC. macamana la nak jumpa mak mertua jalan pun kekpah kekpah. huhuhuhu

Comel-comel sokmo :-)

Friday, May 24, 2013

Luahan Perasaan

ya Allah. penat sangat hidup nie. semakin hari manusia semakin sibuk. tak tau apa yang manusia cari. bila kaya, nak lagi kaya. belajar tinggi-tinggi, ijazah berlapis-lapis.

satu demi satu kerja datang. tak cukup dengan perah otak buat esaimen, kena perah keringat lagi untuk latihan drama. sehabis drama, kena pulak buat latihan senamrobik, huhuuuuu loose skru lutut aku. itu pun aku frust cuti-cuti sekolah nie semua adik beradik ada kat kampung, aku je yang ada di perantauan. siap nak honeymoon kat terengganu lagi tuh. tak bawa aku ;(

semakin lama semakin bz..
lebih baik orang dulu. ada pensyarah aku bagitau, umat dulu solat 50 kali sehari. tapi tu dulu. sekarang 5 waktu je kan, itu pun hanya sempat buat yang wajib je sekarang nie. kata beliau lagi, orang dulu tak ada aktiviti sangat. tak ada the mines, tak ada alamanda, tak ada empire, the curve atau pavillion. bangun pagi, cari makan, kemudian buat @#$%^&^%$#@ je. OoooPPpppssssss..

pagi-pagi kuliah, perbincangan, esaimen, tesis. malam pula latihan. pukul 12 baru balik. barulah sempat mandi, makan. itu yang naik 3kg tu huhu. dan aku terfikir jugak, macamana kalau aku nie ada anak masa sedang belajar macam nie. ayoyoyoy..nyanyo ko anok aku kan. hehe.

penat la. sepenat-penatnya. untuk apa aku buat semua nie? tak baik kan fikir macam tu. meh dengar satu cerita.
semoga kisah ini menjadi teladan buat aku dan pembaca sekalian.

ada satu kisah, seorang lelaki yang kaya lagi sibuk. dia sedari bahawa kesibukannya menghalang dirinya daripada beribadat kepada Allah. (macam aku sekarang nie la, sempat buat yang wajib saja). pastu dia berdoa kepada Allah, dia nak kehidupan yang aman, bebas daripada segala kesibukan agar dia boleh beribadat dengan tenang. kemudian, lelaki kaya itu difitnah dan dipenjarakan seumur hidup. di dalam penjara, dia menghabiskan masanya hanya dengan meratap dan bersedih atas apa yang menimpa dirinya.

baiklah puan-puan. perasan tak ada perkara yang tak dibuat oleh lelaki kaya itu? Allah dah makbulkan doa dia dengan cara meletakkan dia di tempat yang jauh daripada kesibukan agar dia boleh beribadat. tapi, dia tidak sedar.

hmmm..
manusia sentiasa mencari.. cari apa ya.

Comel-comel sokmo :-)

Wednesday, May 22, 2013

Pementasan Jejak Pahlawan

Alhamdulillah.

Pementasan drama JEJAK PAHLAWAN sudah berlangsung dengan jayanya. ceh skema giler ayat sejak jadi guru besar yang tak berapa nak besar. spek je besar. ah.lega rasanya bila habis sahaja pementasan. tak sia-sia berlatih setiap malam selama 12 minggu dan dapat bagi persembahan yang terbaik. bukan perasan tapi kenyataan. bukan aku lah yang terbaik tu, tapi pelakon lain. kadang-kadang aku rasa kalau aku xde dalam cerita tu x menjejaskan kronologi cerita pun..huhuuuu.. ayat belas.. tengok betapa humble nye aku kan? hehe.

Alhamdulillah krew Jejak Pahlawan dapat menghiburkan hati penonton. tak berhenti mereka gelak sebab lucu, sampai babak aku yang tak lucu pun mereka gelak jugak. dan aku nak berterima kasih kepada kawan-kawan yang sudi hadir. yang mana bila aku duk atas pentas mereka duk jerit-jerit nama aku ZA! ZA! ZA! hahaha. tak sangka ramai peminat kan. kuang3.(syok sendiri adalah tabiat buruk yang sukar dikikis).

Aku puas hati sangat, apa yang penting persembahan kami adalah tulen, asli dan original. kami tak import pelakon luar, tak import penari luar. dan kostum kami pun biasa-biasa sahaja. aku nie lagi lah, cuma guna baju gi kuliah je. tapi hasilnya??? ah..taknak takabur. hehehe.




Tak banyak gambar aku. biasanya aku giler bergambar kan. tapi xtau nape malam pementasan kamera tak nak masuk dekat aku atau, aku mengelak kamera. bukan ape, aku takut terkenal nanti. nanti tak laku lisa surihani. hakkkkk.



hantu pocong, langsuir, pontianak, hantu raya dan hantu komunis hihi

Askar Melayu dan pelancong





suka sangat bila penonton dapat ingat hampir kesemua skrip JEJAK PAHLAWAN dengan sekali tengok je. dah macam cerita hantu kak limah pulak kan, semua orang boleh ingat skrip ye. dan apa yang penting, penonton tak balik semasa pementasan sedang berlangsung. takde pun yang balik, masing-masing teruja untuk menunggu babak yang seterusnya. hihi..

dan aku terharu sangat bila kawan datang. terutamanya Abby and the gang sanggup sewa kereta semata-mata nak datang ke dewan besar sebab nak tengok teater Jejak Pahlawan. dan terima kasih kepada semua penghuni rumah aku sebab semua datang tengok. huhuhu. terharunya saye! dan juga kawan-kawan yang datang memberikan sokongan especially to Hani, Ika dan Zura yang sentiasa memberikan sokongan tuk aku.walaupun keluarga tak dapat datang, hmmmm tak pelah. nak buat macamana, jauh (la sangat).

terima kasih tak terhingga kepada pengarah dan kesemua krew yang terbabit. maafkan aku kalau aku tak buat yang terbaik. sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia biasa, yang suka makan mee segera.

Aiman @ Pak Leman @ Orang tua biul

i love u all
Dan, ini pula dikatakan sebagai cinta di set penggambaran. wah wah macam artis gitu, macam erra fazira  lisa surirumah  hani ngan yusry pulak kan. xpun macam neelofa ngan shah jazsle je kan. (ho-ho-ho pandai-pandai buat cerita, sejak bila dua orang tu ada skandal eh)


dan lagi. huh! glemer la Sadam Husin lepas nie sebab masuk blog aku. (Ha? Izati ngan Afza pun nak glemer jugak ke? Ok. dah sebut nama korang berdua. hak hak hak)


ewah-ewah, jangan salah faham ye. hubungan kami cuma ibarat anak ngan ayah je. huhu..

Comel-comel sokmo :-)

Wednesday, May 8, 2013

Jerawat Oh Jerawat!

lagi seminggu pementasan drama akan berlaku. tapi polkadot di mukaku semakin membuak-buak naik. menjerit-jerit seumpama minta disodok dengan sikul, alahai. kalaulah boleh guna sikul untuk sodok semua jerawat nih..

tapi bukan drama yang membuatkan aku nak kelihatan cantik. tapi sebab lagi dua minggu konvo cik abang aka sugar daddy. nanti malu keluarga belah sana nak tgk aku.. (wekkk..nak tgk lah sangat kan..huhuhu..anggap sahaja begitu, atau biarkan aku je yang syok sendiri).

apa yang aku haruskan lakukan dalam masa dua minggu ini untuk menghilangkan segala noda-noda yang bersarang di muka ku ini? malu nanti, entah siapa aku nak jumpa. adik dia,ummi dia, mak sedare dia, pak sedare dia, sepupu sepapat dia, kawan-kawan dia,.. kesian kat sugar daddy aku nanti,.. nanti kat mana dia nak sorok aku. yelah, aku kan selama nie tak pernah diiktiraf sebagai awek dia. dia sorok aku tau huhu sedih.. (ku akui kelemahan diri, justeru aku redha walaupun cuma dianggap sebagai kekasih gelap)

agaknya lah kan, kat mana sugar daddy aku nak sorok aku nanti? adakah beliau akan meminta aku cuma berada dalam kereta? sementara dia dirai oleh keluarga dan kawan-kawan? atau mintak aku pergi jauh-jauh, belakang bangunan sana tu... atau dia suruh aku gi shopping kat alamanda dulu? nasib baik konvo kat Putrajaya, aku boleh duduk kat umah aku je, sehingga diberi keizinan untuk keluar.. huhu sedih kan.

walaupun aku dianggap sebegitu, tapi aku tetap bangga dia menjadi sugar daddy aku walaupun dia pend** haha tak kate tak kate.. aku selalu jer bawa dia jumpa family walaupun aku tak pernah rasa dihargai sedemikan rupa. tak pe. redha je jadi macam perempuan simpanan.

dan aku memutuskan hanya tinggal di rumah pada hari kejadian, dan keluar bila diizinkan. (maksudnya bila keluarga dan kawan-kawan dah balik, dia akan ajak aku untuk bergambar)

hah!tragis tak?tragis tak kisah cinta aku? tambah-tambah jerawat membuatkan aku hilang keyakinan diri dan mula merendah diri.

macamana nak hilangkan jerawat dan parut dalam masa dua minggu nih? sekarang tengah cuba Set Jeruk Sari Ayu. bulan depan kite tengok kesannya ye... ^^

Comel-comel sokmo :-)

Monday, May 6, 2013

PRU-13

 assalamualaikum.

alhamdulillah BN masih pegang Malaysia. penat-penat aku undi biru, orang kata biru penipulah, macam-macamlah.  mereka ingat semua rakyat Malaysia nie macam dia,nak undi hijau semuanya. kasihan orang yang undi biru macam aku. huhu. dan, undi aku tu langsung tak bermakna sebab xdapat tukar kelantan pong. dalam umah aku 9 orang undi, tak menang2..ahhhhh hampa.

dan aku rasa tak asyik sebab takde pape perubahan. walaupun aku undi biru, tapi aku nak Malaysia jatuh ke tangan PR. dan aku nak tgk Kelantan jatuh ke tangan BN.. orang kate, acu test sepenggal, hehehe. xsedap la, kalau keputusan macam nie, xpayah wat PRU pun xpe.. cih.

ok takat tu saja, bye. satu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Comel-comel sokmo :-)