Sejujurnya, semester nie, sem paling berat untuk aku. pertama, aku ambik drama dan amali seni lakon. pastu ditakdirkan pulak jadi pelakon. setiap malam latihan, penat. orang kata tak penat sebab berlakon je, tak guna tenaga. ewah-ewah. awak tak jadi pelakon tak rasa. mental dan fizikal kedua-duanya kena guna tau. malam-malam bawa air seberat 3-4 kg jalan kaki gi tingkat 5 e-learning. memang la naik tingkat 5 pakai lif, bukan kena panjat tapi rumah aku dengan be jauh jugak, jalan kaki. lenguh. pastu bila sampai, duduk atas sofa sambil buat esaimen. tak cukup dengan esaimen aku sendiri, ambik upah buat esaimen PJJ. bila sampai babak aku, kena bangun pastu berlakon. aku buat gaya nie, pengarah kata xjadi. buat gaya lain, kata tak jadi lagi. cuba lagi gaya lain, kata tak jadi lagi. akulah pelakon paling teruk kena maki hamun pastu kena komen huduh-huduh kau ingat seronok semua tu? haha. berpeluh ketiak aku asyik ulang benda yang sama 5,6 jam.
pastu aku ambik kelas senamrobik lagi. setiap minggu aku kekpah kekpah sebab kekejangan. sakit kaki, paha, betis. pastu dalam semester nie aku 3x tak boleh jalan sebab banyak eksiden berlaku. pertama kena dera buat senamseni 1 Malaysia dari pukul 9 pagi sampai 6 petang. bila balik kampung jalan terkangkang-kangkang. kedua aku jatuh kat dapur. aku lari nak selamatkan air yang penuh dalam mesin basuh tak automatik. aku lari tiba-tiba tak perasan lantai licin dan air dah penuh, aku jatuh kuat umpama dihempap oleh menara KLCC dan jatuh pulak dari tingkat 66. huh. kuat. sakit seluruh tubuh. pastu sebab kejadian tu aku tak leh jalan, tak leh gi drama pastu kena marah kat pengarah dan kawan-kawan yang langsung tak memahami kesakitan yang aku tempuhi. wahai pembaca sekalian.boleh tak, kalau apa-apa menimpa orang lain, cuba kita letak diri kita di tempat beliau, jangan main cakap ikut sedap gigi je.
pastu semester nie aku banyak mengenali kekurangan diri. kurang apa. tak nak share ah. rahsia. hehe. dari segi kesihatan memang tak baik. tapi seronok dengan romate2 aku sekarang tapi sayang dah nak berpisah lagi 3 hari.
erm.. apa lagi ek. okay aku bakal berpraktikum bulan depan, semester depan di SMK Dato Zulkifli Muhammad Slim River. sedia atau tak sedia, aku redah je. asal lepas. aku nak godam habis-habis anak murid aku. sampai pandai buat karangan dengan menggunakan ayat yang gramatis, kosa kata yang luas dan frasa yang menarik hahaha. menyampah ngan diri sendiri. oh yeah. bulan depan aku jadi cikgu. cikgu raja @ cikgu noraniza. hik3. semoga aku dapat murid-murid yang baik, guru pembimbing yang baik, pengetua yang baik dan penyelia yang baik.
dan berharap agar status bertukar pada tahun nie. tapi tu la. hanya dapat mengharapkan keajaiban sahaja berlaku.
walau bagaimanapun, alhamdulillah.aku berjaya menghadapi semester yang penuh mencabar ini. syabbas bete, syabbas!
Comel-comel sokmo :-)