Pages

Saturday, August 24, 2013

Sebelum aku bernikah

Assalamualaikum Warohmatullohi Wabarakatuh

Pertama sekali ingin berbicara soal nikah, sebelum aku bernikah. Ustaz kata pernikahan adalah salah satu jalan syurga.

Aku sedar banyak tanggungjawab yang kena ditempuh kepada keluarga, suami dan adik-adik. Masa untuk diri sendiri kian suntuk. Orang kata bila berkahwin dah tak boleh hidup membujang, tak boleh enjoy dengan duit gaji sendiri, pikul tanggungjawab besar, bila dah ada anak hidup lagi susah nak biaya bil anak, anak nangis tengah-tengah malam kena bangun buat susu.

Baik. Pada aku kehidupan baru nak bermula bila kita berkahwin. Sebelum berkahwin kita mengharapkan kebahagiaan, suami berjanji akan membantu sama dalam menguruskan anak, bekerja mencari nafkah dan banyak lagi janji-janji manis yang ditabur. Tetapi selepas berkahwin mula rasa tertekan suami tiada kerja tak boleh beri nafkah, tak boleh membantu menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Suami hanya tahu nak senang di sahaja.

Baik. Aku banyak membaca dari majalah berkaitan soal rumah tangga dan melihat sendiri segala masalah rumah tangga yang berlaku di depan mata aku. Sebelum berkahwin kita tak menjangkakan perkara sebegini akan berlaku kerana kita mengharapkan keindahan sahaja.

Aku sudah terlalu bersedia dan mengambil banyak tauladan daripada kisah yang berlaku. Aku juga tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk mengecapi kebahagiaan kerana aku tahu lumrah kehidupan, manusia mana yang tidak diuji. 

Apa pun, letaklah Allah pada tahap tertinggi. Muhasabah diri kenapa jadi macam tu. Aku percaya kalau kita belum dapat apa yang kita mahukan maknanya ada sesuatu yang tak kena dengan hidup kita. Jangan menganggap kita terlalu sempurna dan setiap kesalahan terletak pada kesalahan orang lain. Umpamanya suami kita berlaku curang. Jelas-jelas dia bersalah dan kita tak bersalah langsung. Kita setia, menjaga anak-anaknya. Tetapi cuba kita fikirkan balik, macamana mulut kita terhadap orang di sekelililng kita? Redho kah orang yang "dikata" terhadap kita? Yakinlah Tuhan itu ada untuk membalas setiap perbuatan kita.

Soal mahu enjoy, selama ini aku hanya enjoy bersama dia. Tak ada kawan-kawan yang boleh menemani sikap rakus aku berbelanja, berjalan situ sini. Hanya dia yang sanggup menemani aku. Jadi tiada istilah enjoy dalam hidup aku kerana enjoy memerlukan teman. Dan aku mahu kami buat apa-apa sahaja atas redha Allah. Kami tak mahu berdua-duaan, berjalan-jalan dan enjoy tanpa ikatan yang sah. Aku tak ramai kawan untuk enjoy. Dan kadangkala aku travel seorang diri untuk memenuhi nafsu berjalan aku ni.

Mahu berkahwin awal adalah permintaan tunangku sendiri. Aku hanya menerima kerana yakin itu yang terbaik untuk kami berdua. Dan aku sedar, dia boleh menjadi jalan syurga buat aku. Jalan syurga melalui pernikahan. Aku sedar, bukan nikah sahaja yang memberi jalan syurga, patuh kepada ibu dan bapa juga merupakan jalan syurga. Sebelum bernikah pun dah boleh cari redho Allah melalui ibu. Tetapi bila dah besar panjang dan jauh dari ibu kini, dan ditemani pulak oleh lelaki bukan muhrim,aku rasa ada "sesuatu" yang tidak kena. Tanpa ragu-ragu aku memutuskan untuk menikah. Aku buang segala perasaan, fikiran dan aku tujukan perasaan ini demi mencari jalan syurga itu.

Keluarga tidak banyak membangkang tetapi pendapat dan nasihat tetap diberikan. Aku telan sahaja nasihat itu, aku terima.  Tetapi aku tak boleh berbuat apa-apa kerana aku hanya meletakkan perancangan pada takdir Allah tanpa berusaha apa-apa. Apa yang boleh aku usahakan? Aku masih belajar dan belum bekerja, jadi sejauh mana persiapan yang aku boleh buat? Banyak kejian dan makian yang aku terima tetapi aku yakin Allah berada bersama dengan orang yang benar.

"dan orang-orang yang berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan Kami, maka benar-benar Kami berikan hidayah kepada mereka (dalam menempuh jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik"

Maka pastinya proses pernikahan penuh dengan kesulitan. Maka seorang mujahid mesti menjalaninya dengan niat mencari keredhaan Allah, melaluinya dengan penuh semangat, dengan usaha maksimum, mempertaruhkan semua yang dimiliki dan hanya ada satu jalan, iaitu hidup mulia atau mati syahid. Menjalaninya penuh dengan kesabaran setapak demi setapak mencuba pelbagai strategi untuk melumpuhkan musuh.

Abang, bagaimana nanti orang akan memenuhi kewajipan, orang tak tahu. Tetapi orang akan usahakan semampu orang. Meskipun nanti ditolak atau dihina, orang redho.  Dan sekiranya orang gagal melakukan tanggungjawab ini, orang masih boleh bertaubat kepada Allah "ya Allah mohon keampunanmu atas kegagalanku ini, tetapi berpaksikanlah bahawa aku telah berusaha semampuku. Aku redho dengan ketetapan-Mu. 

Kerana permintaan Allah lebih tinggi berbanding permintaan abang sendiri. Dan janganlah menganggap perkahwinan ini orang bersetuju kerana abang tetapi hanya kerana Allah semata-mata.

Jika kita berhenti berusaha saat ini, maka Allah akan memandang rendah kita, kerana belum melakukan apa-apa dalam perjuangan ini. Abang, orang harapkan abang betul-betul menjadi mujahid, menjadi pejuang untuk merebut jalan menuju syurga Allah. Mari kita tempuhi rintangan, ujian dari Allah untuk merebut jalan syurga-Nya.

Comel-comel sokmo :-)

Sunday, August 18, 2013

Pertunangan yang tak dirancang

Assalamualaikum belog! ah-ha. lama sangat tak update blog lantaran kesibukan melanda. dahulu blog lah yang menjadi kesayangan aku tapi sekarang aku seolah-olah meminggirkan dia. jangan kecik ati ye blog.. senyum..


Baiklah. tajuk entry dah terang-terang orang tau aku nak tulis apa kan. sebenarnya aku nak bagitau statusku dah berubah menjadi tunangan orang. bhahahahaha.. lagi woahhaaaaaaaaaaa.. perasaan? mestilah suka kan. tapi tak dapat dinafikan ada jugak rasa tak suka tu.

pertamanya aku masih lagi kanak-kanak. rasanya belum layak lagi untuk memikirkan mengenai perkahwinan. duit sendiri pun tak ada. hidup pun orang taja..biasiswa kpm, papa mama dan sugar daddy. aku belum cukup bersedia nak memulakan fasa baru dalam hidup. tapi itulah, benda yang sudah ditakdirkan. tak usah disesali lagi. contohnya macam nie lah. masa kita mula mula dilahirkan, kita menangis sebab kita masih belum bersedia untuk hidup dan bangun dari perut ibu. syok je duk dalam perut ibu kan. lepas tu kita kena pulak pergi sekolah, masuk darjah satu mak kena teman, kawan-kawan lain syookk je tengah seronok-seronok main lompat getah.

jadi, maknanya sekarang aku pun kena bersedia. walaupun aku sendiri tak nak berubah, tetapi masa yang akan merubah aku. pertunangan terjadi hanya sekelip mata.

keduanya, aku pun ada jugak lah pasang impian tunang nak cantik-cantik sebabnya terpengaruh dengan kawan-kawan dan wall fb dan blog. takde pelamin pun tak pe asalkan ada baju cantik tudung cantik dan segala-galanya cantik lah.

semua nie tak dirancang dan tak sempat pun prepared untuk semua. hmm. tapi itulah. sebijak mana kita merancang tadbir, Allah juga yang mentakdir. mulai dari sekarang dah kena bersedia.. untuk jadi isteri dan.... IBU .. waaaaaaaaaa.. taknak taknak. bukan tak nak tapi tak nak lagi..hehehe.  



okeh. bakal menamatkan zaman anak dara hujung tahun nie. in shaa allah. hantaran Rm0. sebabnya apa? sebabnya sugar daddy aku terlalu bernilai untuk aku, tak payah rasanya nak membebankan orang yang paling kita sayang dalam hidup. hehe geli tak geli tak?

ok bai