Pages

Wednesday, October 30, 2013

Jungle Trekking - Part Puncak

Setelah tiga jam mendaki, akhirnya kejayaan kami capai bila sampai di puncak. Kat atas sana memang nyaman dan sejuk. =) Bila sampai, sangat letih. Semua murid mengeluarkan bekalan makanan masing-masing aku je keluarkan air mineral. Diet sebenarnya. Pastu murid-murid sibuk duk tawarkan aku itu ini, bila aku kata diet diorang marah dan kata aku dah kurus macam tengkorak idup. Lepas tu aku terfikir satu idea, kalau kata diet orang marah, ape kata kalau aku kata aku elergik dengan segala jenis makanan? Hahahaha. Dekpun duk tawar kat cikgu makanan segera, kalau tak diet pun cikgu bukan makan benda - benda macam tu. Mak cikgu tak ajar cikgu gituuu,, huhuhu.



penat sampai terjelir-jelir

manjee gitew.. hihi




gulp * telan liur

Dah la.. dah tak larat nak senyum. photographer asyik pakse kite senyum =(

 Apa pun, best. nanti update masa menuruni bukit okay, lagi-lagi mencabar.

Comel-comel sokmo :-)

Jungle Trekking ~ Bukit Changkat Belanga : Part Mendaki

1st moment of jungle trekking. sepanjang bergelar pelajar tak pernah berkesempatan untuk menyertai aktiviti lasak sebegini. tapi syukur alhamdulillah, dan terima kasih kepada SMKDZM kerana sudi menjemput kami cikgu praktikum untuk menyertai acara ini. sangat best dan menjanjikan pengalaman yang sangat berharga. pengalaman dan kenangan yang tidak boleh terbeli dengan wang ringgit dan silaturahim dan hubungan yang erat terbina setelah aktiviti ini. syukur.

baik. kejadian ini berlaku pada 29 oktober, disertai oleh seramai 108 orang pelajar tingkatan tiga, 7 orang guru pengiring dan 8 orang guru praktikal.


barisan yang bertanggungjawab menjaga kami. tenkiu cekgu saipul sebab belanja nasi lemak lantas menjejaskan projek diet aku tapi nasib baik juga kalau tak aku pengsan panjat bukit tak makan nasi 3 hari

kepala

yang kepala nie la yang bawa kami hehe. aku second kepala. aku ikut belakang cikgu nie masa mendaki. sebabnya apa? sebabnya aku penakut kalau duk kat belakang-belakang. aku memang penakut.
* padahal tugas guru melindungi murid tapi aku tengok murid lelaki yang lebih-lebih "melindungi" aku yang lembek ini kahkahkah

rakan setugas ewaahhh

mula mendaki


rehat jap. sementara tunggu yang lain sampai.

ada yg kata aku pakai macam nak gi shoping..aku pakai baju t je pun, seluar trek adidas, pelik. yg penting tutup aurat walau berada di dalam hutan. 

separuh perjalanan. nampak pemandangan yang sangat menakjubkan


sila-sila pegang kawan, tolak-tolak sikit agar kawan kita boleh naik dengan mudah. maaf ye murid-murid kalau cikgu terpegang kat mana-mana hua3



gambar tak menarik pun tp saja nak tunjuk gambar sendiri sebab gambar aku tak banyak ditangkap.. aku menjauhi kamera sebab terlalu famous hahaha

senyum sampai terkeluar-keluar gusi



tang paku pakis nie aku tak suka. aku kena lalu celah-celah tu. how teruk! habis kena muka aku pastu xnampak apa-apa melainkan melihat kaki orang di depan agar tidak kehilangan jejak.

pegang pokok elak tergelincir , tergolek kemudian jatuh gaung yang sangat curam

merangkak untuk lebih selamat. merangkak sambil memegang kuat akar-akar kayu yang mencengkam tanah.

semput. jantung bergerak laju.



 

akan bersambung pada part yang seterusnya. =)

Comel-comel sokmo :-)

Monday, October 28, 2013

Kesayanganku... 2KA

Kadang-kadang aku lupa bahawa pelajar-pelajar aku nieh baru sahaja tingkatan dua atau 14 tahun. Tapi aku layan mereka macam mereka nie coursemate aku kat UPSI.. hahaha. Ingatkan sama umur, ingatkan satu geng! Pastu aku selambe je ajak diorang keluar, jalan-jalan, memang aku betul-betul lupa bahawa mereka ini kanak-kanak lagi hahaha. Mana ada lesen nak drive keluar sendiri.. Dekpun bila bercakap dengan mereka ni, matured gila. Aku masa tingkatan 2 hingus meleleh lagi pastu sapu ngan tangan tarik sampai pipi pastu hingus tu dibiarkan kering dan menjadi tahik idung hahahaha.







Now u say macamana aku nak anggap mereka nie student aku kalau semuanya sama size? Maksud aku ketinggian la yang lebih kurang dari segi kelebaran tak ada siapa boleh lawan cikgu muahahahaha. OK cikgu tengah diet nih.

Lepas tu kan, mereka ni kemas, matang, bercakap topik-topik orang tua ngan aku.. tak macam aku dulu manjee je masa sekolah. Menangis tu dah memang jadi hobi aku hihihi.. Selalu kena buli sebab kecik, kalau beratur kena duduk di barisan paling hadapan. Bila ingat-ingat balik, kesian kat diri aku sendiri hahahaha.

Buat anak-anak murid cikgu, cikgu abadikan kenangan bersama kamu semua dalam bentuk 'online' agar kenangan ini tidak terhapus begitu sahaja. Alah, tanjung malim ngan slim river bukan jauh pun. nak jumpa helo-helo cikgu lah yer.. pastu kita gi lepak-lepak kat dapur-dapur =) sayang kamu semua tau mmmmuuahh..

Comel-comel sokmo :-)

Saturday, October 26, 2013

Xmo Xmo Xmo

Aku terjumpa gambar-gambar lama aku masa tengah godek-godek kamera huhuhu. Dan aku tak malu nak pamerkannya supaya gambar itu tak luput begitu sahaja dan semoga ia menjadi pengajaran buat aku dan para pembaca yang tak reti nak tinggal komen sekalian hihihi. Budak yang gemuk dan banyak jerawat itu adalah aku.

berat badan tertinggi yang pernah dicapai.. 53kg =)

jerawat paling teruk dalam sejarah

Gemuk dan jerawat terburuk dalam sejarah dicatatkan pada January - Julai 2013. Mesti awak tertanya-tanya kan, pakai apa hilang jerawat? Aku ada jawapannya. Tapi diet semua orang tahu aku buat diet atkins.

Sekadar selingan aku syukur jugak sugar daddy aku sentiasa berada di sisi tak kira aku gemuk ke kurus ke banyak jerawat ke tak ada jerawat ke. Dan dialah satu-satunya manusia atas muka bumi nie yang mengikut kehendak aku, melayan aku dengan lembut dan manje, tak pernah meninggi suara dan sentiasa bersabar dengan kerenahku ini. ;(

Xmo Xmo Xmo sejarah ini berulang kembali. Teruskan menjadi The Atkiner!

Comel-comel sokmo :-)

Wednesday, October 23, 2013

Punca Kegemukan

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak share punca yang menyebabkan aku gemuk dahulu.
  1. Sebagai mahasiswi yang tidak menentang AUKU, aku biasanya mempunyai jadual harian yang tidak teratur. Contohnya pagi-pagi aku tidur sampai tengah hari, petang ada kelas dan malam aku study sambil membuncitkan perut (makan). Jadual makan juga tidak menentu. Pukul 1 pagi pun aku masak jugak kalau lapar.
  2. Bila malam, dan malas masak, aku akan makan biskut dan roti tuna.Biskut sebenarnya boleh menggemukkan badan kita. Sekeping biskut ibarat 4 pinggan nasik. Selain biskut, aku juga suka makan roti letak tuna. Dan dua keping roti ibarat sepinggan penuh nasik. Terkejut?? Itulah hakikatnya. Sebab tu kita diet tak menjadi sebab walaupun tak makan nasi tapi kita ambil yang lebih bahaya daripada nasik.
  3. Semester lepas ada latihan drama, sampai pukul 11. Boleh dikatakan setiap malam aku makan lewat malam iaitu pada pukul 12 malam lepas tu kroooh3 tidur.
  4. Suka minum nescfe 3 in 1. Air tu kan bergula. Setiap malam nak buat esaimen mesti ambik secawan. Tu tak termasuk tengahari ambik air oren, milo, sirap dan lain-lain. Dalam sehari mengambil banyak minuman bergula yang boleh menggemukkan.
  5. Sugar daddy aku dekat. Jadi setiap kali dating pasti kami akan makan. Selalu makan dan kuat makan. Contohnya pergi jalan-jalan ke KL. Mula-mula kami akan bersarapan kul 10 di KLCC, lepas tu lunch di Masjid India kul 1 tengah hari lepas tu kami makan petang lagi pada pukul 3. lepas tu dinner pulak pada pukul 7. lepas tu supper pulak pada pukul 9.nak balik berhenti lagi di KL central untuk mencekik hahaha.
  6. Aku perasan dengan mengambil senamrobik boleh menguruskan badan tetapi aku cuma buat seminggu sekali je.
  7. Pastu aku ke kampus pakai motor padahal kalau jalan kaki dekat je ponn.
  8. Aku suka tidur lepas makan tengah hari. Balik kelas, roomate aku masak dan aku tukang makan je lepas tu tidur sampai lah petang untuk pergi ke kelas seterusnya.
  9. Kalau di kampung, aku bantu mak kat kedai dan di sekitar kedai-kedai tu banyak kedai yang makanannya sangat sedap. Masakan orang Kelantan memang marvelous. Kalau tak kerja pagi-pagi lagi pergi beli nasik kakwok 1 bungkus tak cukup kena beli 2 bungkus dan pelbagai jenis kuih yang sedap ngattt..
that's all. so sama-sama kita tinggalkan amalan gaya hidup yang tidak sihat ini untuk masa hadapan yang lebih sejahtera. bila sihat, boleh jaga suami dan anak-anak dengan jayanya. yeay!! (ntah pape haha)

Comel-comel sokmo :-)

Monday, October 21, 2013

Aku gemuk kalau sugar daddy dekat dan kurus bila sugar daddy jauh

badan aku umpama belon boleh kembang kecut. dan sugar daddy ibarat angin yang memenuhi jisim dan ruang belon tersebut. jadi konklusinya, kami ibarat angin dan belon. tanpa angin kecutlah belon. tapi kita mesti nak tengok belon kembang mestilah cantik kan.. =))

setelah balik kampung, aku telan banyak makanan. dua hari datang slim river, hujung minggu ke rumah abang aku.. faham-faham sahajalah ye macamana aku di rumah abang aku.

hari tu amal atkins diet turun 1 kg per week, balik kampung naik pulak 1kg dan menjadikan berat badan aku sekarang 49 kg. huhuhu. sia-sia rasanya. ok la.. aku taknak balik kampung dah, taknak balik umah abang dah.. nak duk slim river je agar menjadi lebih slim hehe..

dulu aku kurus je. pastu sejak kenal ngan sugar daddy aku gemuk haha. dan sebelum terlupa, aku juga gemuk disebabkan suka makan biskut tiap-tiap malam kalau aku lapar. aku cicah dengan nescafe 3 in 1. serius masa tu tak tahu benda-benda nie boleh menggemukkan badan. bila dah study tentang atkins diet barulah tahu sos cili pon menjadikan kita gemuk dan sebarang minuman yang ditambah gula.

masa sugar daddy ada kat KL. tiap-tiap minggu dia datang jumpa aku, kami jalan-jalan dan suka sangat mencari makanan. gambar di bawah semasa aku gemuk. masa nie kami menuju ke tanjung malim.3x kami berhenti makan untuk menambahkan lemak badan. aku perasan baju nie dah makin ketat dengan aku. pada mulanya aku tak perasan tapi sebab ambik gambar, barulah aku sedar..


 

budak gemuk yang hodoh. semasa aku gemuk nie.. (macamlah sekarang nie kurus sangat haha).  semasa gemuk nie, aku juga mengalami masalah kulit berjerawat yang teruk. mungkin sebab stress dan makan yang tidak terkawal. masa nie kan latihan drama setiap malam. tak sempat makan malam. balik latihan kul 12 malam baru sempat makan. makan pulak makanan yang berminyak dan berkarbohidrat. aku juga kuat makan nasi yang mana pakar kulit, Dr Hassenah kata nasi adalah punca jerawat. aku juga kurang minum air putih sebab masa nie air rumah aku selalu berkarat.

so that aku takkan ulang kesalahan yang lalu untuk menjadikan hidup lebih sihat dan skin yang lebih glowing, semua ini untukmu sugar daddy.. nanti sugar daddy nak angkat tak mampu *** oppss tersyasyul le pulak hahahaha..

awak janganlah kata tubuh aku xde perubahan sebab masa nie aku 53 kg tau. sekarang 49 dan akan susut ke 45kg sedikit masa lagi. memang dengan mata kasar tak nampak ketara sangat perbezaannya, tapi sedar la jugak dulu gemukkk kahkahkah. bye.

Comel-comel sokmo :-)

Thursday, October 17, 2013

Walimatul Urus Shahmi dan Raja Noraniza

Seperti biasa, title dan content entry adalah tidak seiring sama sekali.

Ini bukanlah nak membicarakan mengenai walimatus urus cuma sedikit banyak mengenai kisah kami. KISAH KAMI okay bukan kesah u olss gitu.. u ollss.. haha. dan seperti biasa, sila baca kalau nak baca dan tiada paksaan untuk terus membaca kerana membaca adalah hak anda, dan menulis hak saya. i cakap mengenai i olss so janganlah sesekali nak terasa hati rasa aku mengata kat u olss padahal awal2 lagi dah kaboo ini tentang i olss..haha. dan peringatan, aku butang X untuk ditekan kat atas tuuu..

Baiklah, mula-mula tengok sugar daddy aku, kira macam jatuh cinta pandang pertama la.. wah gituu.. tapi dia laa, aku tak. aku ada jugak simpan perasaan sikit-sikit cuma tak nak tunjuk sajee.. gila xsyok muka comel lote bercahaya blink3..hahaha. cuma biasa ar kan perempuan jual mahal sikit padahal di sebalik tabir selalu duk intai-intai mamat gebu tuu haha.

bila dah sebulan dua bulan kenal macam tu laa, aku pun dah lupa sebab aku tak layan sangat..lepas tu, setiap hari dia mesej aku dan pm aku di fb cakap "salam", salam, salam tapi sekali pun aku tak pernah jawab muahahaha.kalau call pun, cakap pasal kerja jer.. padahal saje2 dia jer cari modal nak call aku.padahal aku dengan kojo nyo takde kaitan langsung. sajee nak pancing aku dengan cara ilmiah sikit..mungkin sebab dia tengok aku macam budak berjurus kan, jadi respek lebih haha.

pastu kalau lama-lama dia xmesej, dia tak tegur di fb, aku rasa lain macam. tapi entah macamana hari tu, aku terlayan la jugakk sebab kononnya entah bila pulak dia nak stat dulu..xkan aku nak stat dulu nak tegur dia, memang TAK laaa..dapat je peluang last tu aku pon layan jelah hihi.. lama-lama dia menyatakan hasrat untuk jadikan aku teman special dia aku pon on je padahal hati masih berbelah bahagi. yelah, masa tu baru semester dua,umur 20 manalah aku reti nak feeling-feeling nie.. tapi aku tetap teruskan berkawan macam biasa. time baik, aku layan. time xbaik aku tak layan. perasaan susah nak cakap.

lepas tu ayah sakit dan meninggal, barulah terbuka pintu hati aku. sangat mengambil berat tentang aku dan bersungguh-sungguh menunjukkan keikhlasannya. tapi aku tak pernah hargai semua tu. ada aku ambik berat pasal dia? nehi nehi babujee.. pastu aku insaf dan layan dia molek-molek. then kami memutuskan untuk berkahwin. aku semester tiga dah gatal nak kahwin. dia selalu nasihat aku, tak baik nie couple-couple kita couple tahun nie entah bila kita akan kahwin..tengok kawan-kawan ramai yang dah kawen masa study. tipulah kalau tak rasa nak kawen huhu. tapi tak berani nak nyatakan hasrat pada keluarga. aku pun tak suka couple-couple ni teringat ayah dalam kubur. tapi pada masa yang sama masih belajar dan masih belum ada kemampuan. aku pun kurang sikit matangnya.

selalu aku teragak-agak memberitahu ibuku yang aku nak kawen tapi aku pikir tentu ibu aku akan gelak guling-guling tak pun kejar aku dengan belakang parang sebab mintak yang bukan-bukan hahaha. tapi kami pendamkan hasrat itu, dan meneruskan hubungan jarak jauh selama 2 tahun. aku sem 3,4,5,6 lama tuu..sekarang masih meneruskan hubungan jarak jauh. takkan la sama-sama  belajar nak kahwin.nak ambik duit dari mana? mengharapkan sponsor keluarga sahaja kah? oh, di situ pun dah nampak ketidakmampuan kita untuk berkahwin. bukan soal nak bagi makan bini nasik sekawah sehari tapi lebih daripada itu kena fikirkan. dulu selalu pikir nak kawen tak payah duit kawen jelah tapi bila dah sampai tahap nie baru sedar yang duit sangat penting nak jamu tetamu makan pun dah 5k tak termasuk hantaran mas kahwin bayar tok imam pelamin apa semua tu.. memang tak membazir tetapi duit sikit-sikit kena ada jugak. dan lagi satu kalau dah lepas fasa majlis perkahwinan, kena pulak pikir lepas kawen macamana. stress jugak hidup suami isteri kalau tak berduit nih. dulu masa belajar memang la banyak duit mak ayah tanggung tapi bila dah kawen tak ke malu nak lagi keluarga tanggung? dan kita sendiri akan dipandang rendah sebab xberduit dan orang lain yang terbeban dengan kita.

aku selalu pikir macamana nak nyatakan hasrat untuk kahwin kat mak,keluarga, tak berani. tapi aku lebih berani menyatakan benda tu daripada aku berani melakukan perkara yang keji dan mungkar. aku tak tahu macamana nak luahkan sehinggalah pada suatu hari sugar daddy kata nak datang merisik yang sebenarnya bukan merisik tetapi meminang. itu pun tidak dirancang. alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.

bila kata nak datang meminang off courselah dengan sendirinya kita kena bagitau mak kan,dan aku pun bagitau la mak aku...mak aku kata, "emmm datang jelah".. what??? segampang itu? sebelum nie macam-macam aku fikirkan. baiklah kawan-kawan, begini caranya kalau nak kahwin. kita tak boleh syok sendiri  nak kawen bila, sedangkan yang lelaki tak berusaha apa-apa. sebenarnya kalau lelaki itu dah betul-betul bersedia, dia akan datang jugak meminang. dan bila dah meminang takkan mak nak tolak pulak kan..ini bukan zaman pak kaduk dulu. dan bila dah bertunang, takkan nak bertunang sampai setahun dua tahun.. haa.xbaik tunang lama-lama.orang kata banyak cabaran tunang nie tapi sampai hari ini setelah 2 bulan jadi tunangan orang, aku masih belum jumpa dengan "cabaran" yang dimaksudkan itu. baik, bila dah tunang tentulah nak bawa ke fasa seterusnya iaitu pernikahan. mudah sahaja kan..tambah lagi bila jodoh dah sampai.. gitu..

ok takat tu dulu tau. tarikh perkahwinan akan diberitahu kelak, iaitu selepas berbincang dengan tok imam. =)

Comel-comel sokmo :-)

Tuesday, October 15, 2013

Bingkisan AidilAdha : Satu Pengorbanan

Baiklah, sama-sama kita menghayati apa makna korban. ringkas sahaja set induksi aku hari ini. haha. enjoy tengok gambar nie. tp tahun nie beraya tanpa suami di sisi. =)



 
pagi raya masih berada di kampungku di pasir puteh, sembahyang raya, menikmati juadah raya, dan melawat kubur arwah ayah. lepas tu fly to slim river from my hometown white sand. inilah pengorbanan yang sebenar, yang aku takkan lupakan sampai bila-bila.

abang, adik-adik dan anak-anak menghantar aku ke airport


en tunang beli tiket beserta makanan sekali, nasi beriyani ayam. aku asyik menikmati makanan sementara mat salleh di tepi aku syok bercium.. emm dak emmm..

peneman di sepanjang perjalanan

baik. bila dah sampai di LCCT, ambik bas ke KL Central. harga rm 9. sejam jugak. lenguh punggung bas buruk.


pastu melantak lagi Mc D, GCB. harga rm15.10 satu set.
 
yang ini aku membazir. tak kena dengan selera.
 aku menjamu selera sementara menunggu pelepasan ke slim river 2 jam lagi. tiket ets, rm23.
 

bila sampai di stesen, jalan kaki balik. tak ada teksi. sambil jalan sambil menangis ketakutan.

hantu. anjing. perogol. peragut. penyamun.

semuanya tidak mustahil.

tetapi pada allah kita bertawakkal.

sangat berkorban. aku sangat penat. aku korbankan wang ringgit, tenaga, masa, maruah diri, kesucian diri dan keselematan diri dengan berjalan kaki meredah malam pekat seorang diri. 

itulah pengorbanan aku untuk family tercinta.


Comel-comel sokmo :-)