Pages

Thursday, November 22, 2012

Beza Makanan di Tanjung Malim dan Pasir Puteh

Sebagai orang Kelantan, tambah-tambah orang kampung macam aku ni, makan nasik sebagai sarapan pagi pada pukul 7 pagi adalah kebiasaan dan amalan seharian. Tak lengkap hidup kalau tak makan nasi pagi. X ada pulak mak aku sediakan aku sarapan pagi roti dengan inti tuna atau apa-apa sahaja ala western. Kalau ada tu ada, tetapi nasik akan menjadi keutamaan. Lepas makan nasik kena ada kuih muih, barulah ditambah dengan roti, penkek McD dan sebagainya. Menu sarapan pula seperti nasi minyak, nasik lemak, nasik goreng, nasi beriani, pulut nasik, nasik berlauk dan semuanya yang berasaskan nasik.

Lauknya sangat istimewa, mesti ada ayam pedas, ayam kicap, ayam gulai, ayam bakar, daging bakar, daging goreng, daging black paper, ikan bakar, ikan gulai yang macam-macam pesen dan banyak lagi. X ada istilah "saya tak makan pagi" dalam kamus hidup orang Kelantan.

Kalau mak aku malas nak masak sekalipun, sarapan nasik akan dibeli dari luar. Di sepanjang jalan di negeri Kelantan anda akan mendapati ada orang jual nasik pagi di mana-mana sahaja. Seawal pukul 6.30 pagi orang dah setat meniaga, dan seawal pukul 8 pagi semua nasik akan habis dijual. Jadi, bangun Subuh awal-awal dan terus bersiap untuk mencari nasik.

Gambar hiasan


Dan nasik putih (dalam kuantiti yang banyak) + ayam pedas (1 ketul besar) + acar (pun banyak jugak), anda hanya perlu membayar RM1.50- RM2.00 untuk nasik yang mengeyangkan sampai petang tersebut. 

Tapi kat Tanjung Malim, pukul 10 kedai nasik tak buka lagi. Apelah kan, aku pagi-pagi aku lapar. Kul 10 tu kalau kat kampung aku makan tengahari dah tu. Tapi di Tanjung Malim kul 10 baru aku sarapan. Sangat tidak baik untuk kesihatan dan menjejaskan projek diet aku!

Kenapa orang sini tak serajin orang Kelantan? Pastu nak kaya macam orang Kelantan, tapi kijo malas. Patut aku tengok pakcik tu pelajar UPSI berduyun-duyun ke kedai dia tapi tak kaya-kaya pun, duk pakai je Wira buruk dia tu, itulah. Pagi-pagi tu pintu rezeki terbuka luas. Tapi orang Melayu kita? Pagi-pagi kul 7 mata pun tak terbukak lagi! Tak macam orang Kelantan puok nih! Geram aku!

Kenapa aku geram? Sebab aku takleh sarapan nasik pagi. Kenapa tak masak sendiri? Tak sempat la. Kul 8 dah setat kelas. Kalau ada mak boleh mak masakkan. (alasan yang munasabah kan)

Pastu kat Tanjung Malim nie makanan mahal-mahal. Contohnya nasik lemak bodoh-bodoh, dijual RM1.50. Awak tahu tak apa itu nasik lemak bodoh-bodoh? Yang dijual kat depan kampus tu, macam tu la. Nasik lemaknya mengandungi hanya sedikit nasik, telur 1 bijik yang dibelah 6, sambal bilis yang bawangnya lebih banyak daripada bilis (kadang-kadang bilis sekor pun takde), timun 1 kerat, kacang 4 bijik dan sambalnya berminyak! Macam tu jual RM1.50. 

Aku bukan nak tipu tapi ini kenyataan, dengan serendah RM1.50, di Kelantan anda akan mendapat nasik lemak cerdik bukan nasik lemak bodoh-bodoh macam kat sini. Nasiknya banyak dan sudah tentu berlemak, sambal bilis dengan ikan bilis, telur sebijik dibahagi 2 dan rasanya sangatttttt sedap.

Kalau awak orang Kelantan, awak akan cakap, betul betul betul. Tapi kalau awak orang bukan Kelantan, silalah lawati sendiri negeri Kelantan. Orang Kelantan masak sedap jadi silalah cari calon isteri orang Kelantan. 

Info Tambahan :
Kenapa orang Kelantan ramai di IPTA di Malaysia? Salah satu faktornya ialah kerana mereka mengambil sarapan berasaskan nasik. Dan kajian telah pun membuktikannya. Sarapan nasi membuat tubuh mendapatkan pasukan glukosa yang cukup kerana nasi mengandung karbohidrat yang tinggi. Glukosa ini akan dialirkan ke otak melalui darah sehingga otak dapat bekerja optimal.

Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi kepada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

Nampak tak? Apa kaitan nasi dengan otak? Jadi, makanlah nasik untuk kebaikan otak.

Comel-comel sokmo :-)

Wednesday, November 21, 2012

Berkat (Pesanan Untuk Bakal Guru)

Tadi semasa kelas Sintaksis, lect aku menghabiskan masanya untuk memberi kesedaran kepada para pelajarnya. Semuanya tentang berkat. Mungkin apa yang beliau cakap nie kita tak nampak, kita buat kita tak rasa itu salah, tetapi sebenarnya memberikan kesan yang besar dalam kehidupan kita.

Pertama, awak tak datang kelas, awak pemalas. tahu nak tidur , penat, tidur, penat. berfesbuk dan bertwitter je tahu. pastu awak tak hadir kelas. awak suruh kawan awak tolong tandatangan kat awak. awak tahu tak itu menipu? dengan kehadiran awak yang tak seberapa itu awak grad, awak dapat posting. awak cari makan. agak-agak berkat ke x rezeki yang awak terima hasil dari awak menipu itu?

Kedua, dalam kumpulan atau berpasangan, awak tak buat kerja. awak hanya mengharapkan ahli kumpulan awak atau kawan awak yang buat. awak hanya menumpang sahaja. awak tak buat kerja pun tapi nama awak ada dalam kertas kerja. agak-agak kawan awak redha tak dengan perbuatan awak? boleh jadi awak tersekat di neraka jahanam sebab kawan awak dan kawan awak tersekat sebab awak je. (bermakna setiap manusia ada tanggungjawab masing-masing). 

Awak nampak benda ni kecik, remeh temeh tetapi sebenarnya ia besar. Setiap perbuatan kita walau sebesar zarah pun akan disoal di akhirat nanti. Apa awal fikir terima rasuah tu je ke duit haram? Awak tak hadir kelas, awak menipu dalam kehadiran, dan awak dapat kerja dengan menipu, itu pun duit haram sampai bila-bila.

Kemudian di sekolah, awak malas. Awak tak buat laporan, awak tak buat persediaan. Bila masa tak ada kelas, awak di bilik guru sibuk bermain henset, mungkin layan fesbuk, twitter. Dan ada yang letak earphone sebab tengah syok dengar lagu. 

Bila dah kerja, orang yang macam ni selalu ambik cuti. Kalau mengajar malas-malas. Selalu sakit-sakit. Dan, setiap tahun mengandung! hahahahaha.. nak naik ke kelas aras 4, tak larat. budak-budak sempat bertumbuk sebelum cikgu sampai ke kelas.

Makna berkat itu luas, makna haram itu luas. Fikirlah setiap tindak tanduk kita sebelum melakukan sesuatu.
 
Comel-comel sokmo :-)

Tuesday, November 20, 2012

Why?


Sudah kehabisan kata, sudah kering air mata apabila melihat gambar ini. Yang berdoa di FB tak kurang banyaknya. Boikot itu, boikot ini. Biasanya, apabila keluar berita Palestin diserang hebat oleh tentera Israel, barulah kempen boikot barangan Yahudi berjalan. Lepas tu bila serangan dah reda, kempen boikot pun reda, kita pun perlahan-lahan membeli semula barangan jualan mereka.

Yang berdoa di FB, selalu kata : 

"KITA TAK MAMPU JIHAD MENGANGKAT SENJATA"

Tanya pada diri, kalaulah kerajaan Malaysia tidak menyekat rakyat pergi ke Gaza, dan negara mereka membuka sempadan, adakah kita akan turut sama berjihad? Tepuk dada, tanya iman. 

Lalu kita mengatakan, kita hanya mampu mengangkat tangan untuk berdoa kepada mereka. Lihat diri kita sendiri. Adakah cukup kita solat 5 waktu? Terimakah tuhan doa orang yang tidak bersolat? Kita masih melakukan maksiat, dosa yang berulang-ulang. Adakah doa orang yang membuat dosa mudah untuk dimakbulkan tuhan?

Adakah dengan derma kita dapat hentikan semua ni? Pada pandangan aku, saat-saat genting macam sekarang hanya kuasa magik Allah sahaja yang dapat mengubahnya!

Sebelum angkat senjata, angkatlah dulu tangan untuk berdoa. Sebelum berdoa, angkatlah takbir Allahuakbar.

Comel-comel sokmo :-)

Thursday, November 15, 2012

Hurin Humaira as a model



Masa cuti deepavali aku duduk je Putrajaya kemudian bercuti ke Kuala Pilah. sempat gi sekejap ke Hutan Lipur Ulu Bendul, dan selebihnya bawa anak-anak gi shopping je.


Model saya pada hari ini bernama Hurin Humaira binti Ahmad Fanizal. Berumur 3 tahun. Bajunya sangat korea dan mukanya sangat cina, haha








Baby alive yang dipegangnya bernama Amila Balqis. Dia pulak ialah "mummy". ke mana-mana mummy pergi tak boleh tinggal Amila Balqis. hehe. yang aku tak tahan sekali, mummy pulak yang mintak susu bukannya baby. jadi terpaksalah aku bancuhkan kedua-dua susu, untuk mummy satu dan untuk baby satu.

kalau nak tahu, mummy dan baby amila berkongsi pampers yang sama, haha
 Aku ada 13 orang anak buah.

Comel-comel sokmo :-)

Hurin Humaira' dan Maher Zain Malaysia

Selepas pulang dari rumah anak yatim, aku sebagai wanita besi memandu kereta Gen2 biru yang bernama Linda pulang ke Putrajaya untuk bercuti. Tak payah bercuti jauh-jauh, tengok muka anak-anak pun dah rasa release ckt tension.

Linda sangat menawan..



Apatah lagi dipandu oleh seorang gadis yang cantik...

berkulit mulus dan berbibir seksi aw aw


dan ditemani penyanyi bersuara katak



 sampai jer Putrajaya, hurin nangis sebab dia kata takut kat Maher Zain. Bawa gi taman permainan bawah rumah, nak bagi dia bermesra dengan bakal pak sedare haha.. xtau kali ke berapa ajak bermesra. sekejap je leh baik.




sesi mengambil hati sedang dijalankan...mula-mula agak dingin.




mula-mula ringan-ringan sekarang ehem-ehem eh tak tak. sekarang makin rapat siap buleh dukung-dukung lagi




 dan akhirnya.........

~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
 pegang-pegang tangan la pulok...hehe


pada masa yang sama di tempat kejadian...

Fahrin@ Ayin, 7 tahun sebenarnya tapi kena tolak 5 tahun = 2 tahun je baru. haha

yang nie umur kena tolak 5 tahun jugak,

yasmi, hurin dan aina

Oh abang.. oh abang pendek.. hihi jangan marah



5 tahun dari sekarang, insyaallah

sila muntah sekarang :p
 
Sekadar selingan, sugar daddy bersama Amin Idris, Saiful Islam dan (???), mempersiapkan diri untuk menjadi seorang pakar motivasi.  Aw yeah babies. Gud luck!



Comel-comel sokmo :-)

Monday, November 12, 2012

Lawatan ke rumah anak yatim

Hai semalam aku dan kumpulan aku membuat satu kajian untuk memenuhi tugasan kursus modal insan kami. kami telah membuat satu kajian di Baitul mahabbah yang terletak di Tanjung Malim perak. rumah nie ada 19 orang anak yatim yang berumur dari 7-12 tahun.


ini ialah penjaga anak-anak yatim tersebut

kumpulan kami


ada rupa cikgu tak? apa? rupa artis? hewhewhew lebih-lebih la u nie. haha perasan

suka lukisan ni. bila ditanya kenapa lukis macam nie dia jawab "sebab saya mengimpikan dapat isteri cantik macam nie"


suka gambar nie. geng-geng cantik sedang bergambar. ahaks!

geng gila bergambar

disini mereka diajar berdikari.

aktiviti


barisan AJK ahli jung kako

kediaman mereka
apa yang aku dapat tahu, mereka sebenarnya bukan anak yatim tetapi anak yang terbiar. teruknya kan ibu bapa macam tu, tahu nak buat anak je, jaga anak tak reti. nasib baik ada insan cakna seperti ustaz sudi untuk menjaga mereka, seperti anak sendiri.

semoga kanak-kanak ini akan membesar dengan baik, menjadi anak-anak yang berjaya, mengenang budi dan tak melupakan budi ustaz kepada mereka semua. pada aku tak penting siapa yang melahirkan kita, tetapi yang penting ialah siapa yang menjaga kita. melahirkan hanya sakit sekejap sahaja, tetapi menjaga anak memerlukan masa yang lama, fikir-fikirkan.

Comel-comel sokmo :-)

Friday, November 9, 2012

Kad KTM 1 Malaysia

Semua barang sekarang memang jenama dia 1 Malaysia ek? Semalam aku dah dapat kad diskaun 1 Malaysia. Tapi kad diskaun macam tak berapa best je. Tapi xpe la, syukur. Lebih baik dapat daripada tak dapat kan. Tak kisah la orang kata jenama 1 Malaysia tu nak pancing undi ke, rasuah ke ape ke, yang penting kita sebagai rakyat terima sahajalah hak kita, tak yah nak bising-bising. Sape yang tak suka sila jangan mintak apa-apa yang jenama dia 1 Malaysia. Berdosa makan rasuah tau hahahaha :p

Yang best sekarang ialah kad KTM 1 Malaysia. Dengan kad KTM ini anda mendapat diskaun 50%. Gila, bukan? Apa????????? 50%??????????? Biar betul? Yawn, betul kawan-kawan. Menurut sumber yang boleh dipercayai anda boleh membuat kad anda di stesen-stesen komuter terpilih seperti di Tanjung Malim, KL Sentral, Sungai Gadut dan banyak lagi, sila ke KTM sekarang juga!


Sebagai pelajar seperti aku, KTM lah yang menjadi pengangkutan utama untuk ke KL, Putrajaya, Senawang, Klang, dan Shah Alam. Kalau ke KL Sentral tambangnya sebanyak RM7, jadi dengan kad ini anda cuma perlu bayar RM3.50. Ok ar kan.. Banyak tuuuu..

Tapi aku rasa tak payah nak diskaun-diskaun sebab memang itu harga patut bagi KTM sebab, lembab, bentak, slowwwwwwwwww..! Hahahahaha ;p.. Abe Jib jange maroh. Kito gura jah! Nanti kito undi Abe Jib manyok2, kite conteng manyok2.. Btw, Abe Jib kelihatan sangat encem dalam kad ini. ;p




Diskaun ini akan diberikan mulai 1 November 2012- 31 Oktober 2013, hanya pelajar, OKU dan yang berpendapatan rendah (bawah RM3000) sahaja yang layak memohon. Sugar daddy cepat pohon sebelum January tahun depan sebab awak akan berpendapatan RM3000++!!!

Yeay, saya dah buat! 

Gambar nie saje wat mengong-mengong dalam KTM. 

ni tiket ye kawan-kawan bukan kad KTM 1 Malaysia, dok


pakai baju sugar daddy yang besar


Yang sebelah aku tu tok sheikh  karpet mengganggu aku bergambar

haa..gambar nie sangat kena dengan entry, gambar klasik untuk masa depan

Comel-comel sokmo :-)