Pages

Monday, December 31, 2012

Makna Tahun Baru 2013 Untuk Aku

Assalamualaikum..

semasa ku sedang menulis entry nie aku baru sampai ke Tanjung Malim untuk menghadapi peperiksaan semester 5. Insya-Allah pada bulan depan aku akan berada dalam semester 6, kemudian ke sekolah untuk praktikum pada bulan 6/7.. Kemudian masuk semester terakhir pada bulan 2 2014.. Kemudian sehabis pengajian terus kahwin. Kuang3.. Dah jauh benar aku pikir nie.. Biasalah, kalau nak berjaya kena fikir jauh ke hadapan.

Aku belum terfikir apa azam baru untukku tahun nie. Rasa-rasanya aku tak pernah ada azam tahun baru selama nie haha. Sebabnya aku memang jenis seorang yang berdisiplin sejak dari kecik. (Perasan ialah tabiat yang sukar dikikis) Pastu aku lebih sukakan berdoa agar tahun baru lebih baik daripada tahun sebelumnya, tak fokus sangat tentang azam-azam nie. Sebab pada aku, walaupun manusia nie tak berubah tetapi masa akan merubah manusia.

Mengimbas kembali kenangan sepanjang tahun 2012...

Keluarga. 

Iya, ayah meninggal semasa awal tahun 2012.. dan sampai sekarang alhamdulillah semua ahli keluarga sihat-sihat belaka. Kesihatan adalah satu anugerah. saya sayang keluarga saya. saya sayang mak ayah saya, saya sayang 3 kakak saya, saya sayang 4 abang saya, saya sayang 3 adik saya. saya sayang 13 anak saudara saya. Mereka ialah keluarga saya, mereka ialah kawan saya. 

Nasi Arab Cyberjaya.

Kawan..

Nasib aku dalam berkawan mungkin tidak berapa baik.tapi xape, aku tak kisah. kepada semua, tersilap memilih kawan, nescaya hidup kalian. baruku sedari, kawan yang baik sukar dicari. di kala dia susah, dia mencari kita, menumpang kite, tetapi saat dia gembira, dia akan meninggalkan kita begitu sahaja, walaupun agak sedih tetapi syukur masih ramai kawan yang 'ada dengan aku, sudi mendengar masalah aku dan memberikan bantuan kepada aku,insyaallah tahun depan akan dapat lebih ramai kawan baru yang mungkin lebih spoting-spoting untuk aku ajak enjoy!

Sugar daddy..

Selepas mengenali pada awal tahun 2011, kami mula rapat pada awal tahun 2012 ehem tak nak cerita banyak-banyak sebabnya malu. he-he. Apa pun bersyukur ditakdirkan bertemu dengan insan ini. aku hanya mampu berdoa, takdir ini buat kita.. menuju bahagia, kita miliki cinta, huah3 muntah!


Pelajaran..

Pelajaran aku agak okay, bagus dan baik (ecececece) dan aku tak akan berhenti berusaha dan berdoa agar aku berjaya dalam pelajaran dan menjadi guru bitara satu hari nanti. mahu ada kerjaya sendiri, mahu membalas jasa ibu dan keluarga. aku mahu jadi "somebody" bukan "everybody".


Sunday, December 30, 2012

Hari jadi adik kesayangan

hai.. semalam aku balik kampung.. masa dalam perjalanan aku tengok ternampak budak-budak upsi dah datang ke upsi.. diorang konvoi ramai2 dengan motor.. best betul.. dan jantan betul kan, buleh naik motor dari kelantan sampai bumi muallim, jauh tu.. dengan kerete pun dah 8-10 jam. huh.

sesampainya aku di kampung yang haif dengan jalan berlubang-lubang macam gigi atuk aku, mak dan kakak sudah menyediakan parti harijadi adik bongsu kami yg dilahirkan pada 30 disember 2003. harijadi yg ke-9. namanya Raja Amir Sharifuddin. haaaaaaa... masa cuti sekolah tahun nie. Amir dah sunat.. hehehe..sekarang baru sembuh.. dah sunat tu, dah boleh kawen la tu. hew hew hew...

Jalan di Kelantan tak ubah macam gigi Opah.. huah3

kek beli je xsempat buat sendiri..


Mak aku yg pakai tudung oren + baju pink.. jangan main2 sekrang jaman colour block kahkahkah

Terpotong separuh badan mak dan birthday boy,



antara tetamu VIP yang hadir..haha

Kami buat simple je yg penting seronok untuk kanak-kanak. aku pon kanak-kanak jugak. selamat hari jadi amir. semoga cepat membesar dengan sihat dan tinggi. belajar rajin-rajin deh..nak hadiah, tunggu kakja jadi kaya dulu :p

Comel-comel sokmo :-)

Wednesday, December 19, 2012

Aku stress giler

Aku stress giler. stress sebab kehidupan, terpaksa belajar tentang sikap manusia. aku bukanlah perfect sangat tetapi bila aku kaji-kaji balik aku dapat tahu bahawa manusia yg perfect ialah manusia yg bersabar terhadap manusia yg lain.

kenapa aku kata begitu? memetik tema blog hanis zalikha "you can't make everybody like you. you don't even like everybody". jadi tak suka kat manusia lain, itu masalah kita bukanlah masalah dia. dan tak semua orang akan suka kita walau seperfect mana pun kite. sebagai manusia biasa, kita cuba buat baik dengan orang lain, kalau sekali jerrrrrrr kita wat silap, haaaaaaaaaaaa yang silap tu lah yg orang nampak. selama nie kita duk bagi makan ayam dia  xnampak pun segala kebaikan kita. dan sebagai manusia biasa yang sedang belajar tentang kehidupan nie , mestilah ada benda yg kita buat sangat tak kena. maklumlah sedang belajar.haaaaaaaaaaaa yang tak kena itulah yg akan dikutuk-kutuk. kalau kita jenis tak kuat mesti kita stressssssssss giler. tapi orang yang penyabar memang tabah betullah.! 

Aku bukan penyabar sebabnya aku memang pemarah. aku tak leh nak pendam-pendam dalam hati aku sembur keluar je semuanya. pastu sehari dua lepas tu aku akan rasa menyesal. kenapalah aku sangat tak sabar.. aku kena bersabar, biar orang wat jahat ngan kite, kite jangan wat jahat ngan orang. kita patut sabar je. xapa manusia tak balas segala kebaikan kita tetapi Allah ada, dia yang akan balas semuanya.

Dan kepada awak yang selalu menyusahkan hidup orang lain, selalu bergantung pada orang lain, tolonglah cermin diri terlebih dahulu. tolong sedarlah sebelum terlambat. hargai orang yang selalu kau menumpang nie. aku dah bagi banyak at least tolong cakap bahawa kau hargai. esok-esok kalau kau susah tolong jangan cari aku. aku memang stressssss giler nih.

Aku tak suka sembur-sembur orang dalam blog nie. blog aku suci dalam debu tak ada peperangan, yang ada cuma kasih sayang. tapi aku nak jugak buat entry nie sebagai kenang-kenangan sebab kau membawa perubahan yang TERLALU besar dalam hidup aku. kesilapan yg besar adalah memilih dirimu sebab aku terlalu kesianmu. tapi ternyata kau membawa malang dalam hidup aku.

Sudah! cukup. aku tak mahu tengok muka kau lagi. kalau ada jodoh kite bertemu lagi tetapi bukanlah dalam perhubungan macam sekarang nie.

Comel-comel sokmo :-)

Tuesday, December 18, 2012

Kursus Kawen =)

Assalamualaikum.

lama giler aku tak update blog rasanya. semua orang mesej aku kat FB suruh update blog, tu baru FB dalam emel penuh notification mereka kata mereka rindu kat aku suruh cepat-cepat update belog. ada yg mandi tak basah tidur tak kenyang sebab rindu kat aku. isk,, dasat betul za!

baiklah. perenggan pertama aku tipu. xde sape pon nak baca monolog aku nie. hehe. aku sibuk jugak kebelakangan ini. minggu lepas aktiviti aku menghadiri kursus kawen dengan BFF. dia nak kawen bulan 3 nanti, aku pulak kawen lagi 3 tahun hihihi..

ya Allah, Berikan kebahagiaan kepada pasangan ini  amiiiin....

aci ar dia dah kerja aku pulak masih belajar calon pun xde, nak harapkan sugar daddy xtau lah dia. dia kata aku budak kecik baru datang haid jadi xleh kawen lagi. giler ann..



Eh-eh pandoknya Za. Ah..tinggi tak penting yang penting cantik. hak3..

apa pun jodoh itu rahsia Allah. janganlah awak-awak semua tengok aku detim saje duk tanya "bila nak kawen?" . aku sensitif betul soalan tu. jangan tanya macam tu. aku mana tahu bila aku nak kawen. sekarang pun aku nak. kalau kawen tu semudah pandu kereta auto dah lama aku kawen. tapi kena la pikir duit xde, mak ayah xbagi. 

pastu se lagi senang je duk oyak. "ala..kawen xyah pakai duit pun xpe". habih tu tak pakai duit nak pakai hape? nak bagi apa kat isteri sebagai tanda penghormatan? xcukup ngan batu 2 bijik, yang tu je ade la. haaaaaaaaaaa..kan dah mencarut.

sape kat sini yg kawen tak pakai duit? mas kawen dah berapa? hantaran berapa? makan-makan berapa? kalau yg tengah belajar nie tak mampu, sekurang-kurangnya kite tak mengharapkan sponsor orang lain atau menyusahkan mak bapak. kite yg gatal kite usaha sendiri.

masa aku gi kursus kawen hari tu ustaz ada kata hantaran bukan bermaksud jual body dengan harga ribu-riban tetapi sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada para isteri. selama nie duk jaga body untuk suami semata-mata. jaga diri, belajar tinggi-tinggi, beli deodorant, beli bedak lecu itu semua. sebelum suami sape yang tanggung? mak ayah kan. jadi kena la bagi hantaran tu sekurang-kurangnya yang perempuan boleh bagi kat mak ayah sebagai hadiah. kesian ayah penat-penat jaga anak dara dia. perempuan bukan mudah nak jaga, salah bentuk sikit buruk padahnya. bila ayah dah jaga molek-molek tak kan kite lelaki dengan sewenang-wenangnya nak ambik free2 je? macam tu? x betul x betul.

Kalau ada jodoh tu ada la.. lalalalalalalalalalalalalala ya habibi ya maulana...

Comel-comel sokmo :-)

Monday, December 10, 2012

Aktiviti Hujung Minggu : Jalan-jalan Genting Highlands dan..... macam biasa, Alamanda

Panjangnye tajuk...wahhh..banyaknya duit.. asyik jalan je kan...hihihi..

Ok nie kali pertama aku ke genting..sebab tak de orang nak bawak. kali nie percutian kami berdua, gi bercinta sambil nyanyi joget lagu kuch-kuch hota hai tempat sejuk kan.. dan kali kedua sugar daddy gi, kali pertama dia gi sebelum sunat. whateverlah awak! haha

kami ke sana guna pengangkutan awam je. tapi lain kali sumpah tak gi. kalau nak gi dengan kenderaan sendiri kena spare minyak petrol banyak2.. aku gi kul 10 lagi kat KL Sentral tapi sugar daddy sibuk menguruskan "skandal" dia terpaksa pergi lewat itu pun dah pukul 1.30 petang. Silap besar kat situ, bila sampai terpaksa terkejar-kejar.

Aku yang salah sebab tak beli tiket awal-awal. sebabnya tak pandai. nak beli tiket pun tak pandai nak oyak. hehe.

Sampai sana pukul 3 petang sebab jalan jem. Pastu nak kena beratur lagi naik kereta kebal kabel. beratur sampai 2 jam sebab hari minggu, orang ramai. aku pelik la. orang lain sibuk je nak datang. time aku gi lah mereka nak gi.. aku nie memang la tak pernah sampai ke sini.

Bukti di tempat kejadian :

Perhatikan pasangan cina di belakang sugar daddy sebab dia akan menjadi salah satu watak di dalam cerita ini.


Ramai kan orang.. =(


Syukur dilahirkan sempurna fizikal, cantik dan manis walaupun pada pandangan sendiri.. ahakss..

ye. saya nak menunjukkan kulit muka yang sihat. rahsianya minumlah air sebanyak-banyaknya. tahi lalat di tepi bibir sebagai tanda cakap banyak. yeah right!

Setelah 2 jam beratur akhirnya kami berjaya naik kereta kebal. Gayat, takut, excited, macam-macam ada.


Masa naik tak berhenti istighfar, baca doa termasuk doa makan, doa tido dan alif ba ta.


Gayat. Dalam otak pikir macamana la kalau jatuh kat sini.. Dah la tak bertaubat lagi. Huhuhuhu..


yeay! kat bawah inilah pasangan cina tadi. mungkin dari China sebab tak pandai cakap bahasa malaysia. oleh sebab takut maka aku pegang tangan yang perempuan tu, haha. (perhatian : ini bukan tun siti hasmah, jauh lagi rosmah mansor)


 kami dah sampai. akhirnya berjaya menggapai awan. bulan dan bintang je tak capai lagi. =)



Okeh, kami tak banyak masa sebab kena balik cepat. Jadi kena jalan cepat-cepat lepas angin nak joget kuch-kuch hota hai dulu.


Rani Mukherjee sedang menunggu Rahul untuk berjoget.

Tum pase air... haha
Hah, semua Chinese, Japanese Koreanese, Pakistan dan Mat Salleh menjadi kameraman kami pada hari nie



Merasai hawa sejuk semulajadi.. Ok lepas nie aku tak datang sini dah. Penat. Kena banyak jalan dan tanya-tanya orang tempat tu kat mana tempat nie kat mana.. Malu bertanya sesat jalan. =)


Kami tak masuk. takut bayar tapi tak berbaloi. sebabnya? sebab aku penakutt..pernah main di Sunway bayar bukan main ghairah tapi takut nak main. Dan tujuan utama kami datang ialah nak ke..... Snow World!!!


Masuk cuma RM25. Kite akan diberikan baju sejuk, kasut but dan sarung tangan. Yang sedihnya tak ada gambar untuk diabadikan dalam blog, sebabnya dilarang membawa masuk kamera dan hepong. Nak bergambar ngan hepong tak boleh sebab hepong kami same2 "canggih". Kameraman dia bukan main ghairah ambik gambar kita kat dalam tu, bila kita dah keluar, kalau nak gambar tu kena bayar RM40 sekeping. Gambar 8 keping jadi RM320.. Gila, cekik darah betul. Baik aku wat beli buku ke, derma kat Palestin ke, buat modal niaga ke.. letak tabung haji ke.

Jadi oleh sebab tak boleh abadikan dalam bentuk gambar, biarlah aku abadikan dalam bentuk "words" jer. Mula-mula masuk, sejuk sangat sampai sesak nafas. Darak mugo. biasalah kita kan orang malaysia tak biasa dengan salji-salji walaupun salji buatan. Rasa masuk dalam peti dengan suhu -6 darjah celcius. Pastu kite pun main salji lah, macam dalam cerita Winter Sonata tu lah..hehe..

Bukti di tempat kejadian :


Beberapa jam sebelum masuk bergambar dengan gajah pink biru ni. agak-agak perempuan ke lelaki eh dalam ni? dia ramas-ramas tangan aku, dia pusing-pusing kepala aku.




gambar dari luar je boleh ambik. huh sedih betul.

Pastu. kami datang tak beli tiket balik pun. kul 9 malam pergi tanya tiket bas dah habis semua. kami berpandangan antara satu sama lain. macamana nak buat? nak bermalam kat hotel ke? hah...hotel? dalam kepala aku, satu hotel ka, dua hotel ka.. banyak sangat duit awak nak ambik dua bilik? kalau nak tido hotel aku nak yang ada swimming pool ngan jakuzi dalam bilik. sugar daddy kata saat-saat genting macam nie jangan nak ngada-ngada.

kami pergi tanya teksi ke KL sentral, dia cakap RM90. gila. lagi baik aku tidur hotel baru RM80 yang paling murah. esok boleh jalan-jalan lagi kat taman bunga atau ladang strawberi. kami buntu. akhirnya kami berjaya mendapatkan bas terakhir iaitu pada pukul 9.30 malam tanpa tiket. hanya menggunakan budi bicara driver bas jer. nasib baik bas tu tak penuh kalau tak, tak baliklah haku.

Pada pukul 10.30 malam sampai KL Sentral. nak balik Tanjung Malim dan terlalu lewat. train pun sampai kul 11 malam je. Jadi aku ke Putrajaya dan tido kat sana. Tido tak mengucap sebab terlalu penat.

Esoknya, aktiviti menghabiskan duit dengan membawa anak-anak ke Alamanda tengok wayang dan main game. Kami tengok cerita Life of Pi. besta very good! pemandangan dalam cerita tu Subhanallah sangat cantik.

Comel-comel sokmo :-)

Thursday, December 6, 2012

Berakhir sudah Pandu Puteri

 Bahawa dengan sesungguhnya, 
saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya..
menunaikan kewajipan saya kepada tuhan
raja dan negara saya Malaysia
menolong orang setiap masa
dan mematuhi undang-undang Pandu Puteri



Masa semester yg lalu, aku tercari-cari apa unit uniform yang xada kawad tengah-tengah panas, yang tak ada kem-kem yang tak ada kena angkat senjata berat-berat, dan yang paling penting tak ada lelaki. lalu ramai kawan yang mencadangkan ambik Pandu Puteri sebab kawad pun dah macam catwalk. dan lelaki suah semestinya tak ada sebab sume puteri bukan pandu putera.. jadi aku pun dengan bersungguhnya add dengan cara berperang di mysis. 

ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.. memang tak kawad tengah panas tapi kerjanya banyak la pulak. xape yang penting aku dah lepas dengan jayanya oh yeah.

Selama dua semester hujung minggu aku terbatas gara-gara kelas pada hari sabtu. entah-entah senamrobik semester depan kelas hari sabtu jugak..huhuhuuuuuuu.. tapi nak buat macamana. aku nak ambik senamrobik sebab aku tak suka sukan lasak-lasak, aku lembik jew..hewhewhew.. aku tak nak main bola jaring, bola tampar, futsal dan pelbagai jenis bola sebab aku jenis penakut kat bola. nanti bola kena ke muka ke, kat dada ke, tak pasal-pasal aku nangis jugak atas padang nanti..huhuuuuu

lagi sebab dalam senamrobik tak ada lelaki. eh, apsal aku anti sangat ngan lelaki? macamlah ada lelaki nak ngorat kan, tuhhhhhhiii perasannya awek nih. haha. bukan perasan tapi aku memang perasan. aku tak suka kalau dalam persatuan atau permainan ada percampuran antara perempuan dan lelaki. bayangkan kalau perempuan duk melompat-lompat sampai gegarrr semua organ.. tak ke rasa malu? contohnya main lompat tinggi, mula-mula berlari-lari, dah gegar dah kat situ, kemudian lompat kemudian dengan tak senonohnya jatuh atas "katil" yang telah disediakan. kawan-kawan lelaki tengok je kita jatuh.. tanpa kita sedar kain tudung terselak, baju terselak nampak underwear..

dan aku dapat tahu tak banyak lelaki yg ambik senamrobik kalau ada pun yang separuh lelaki dan separuh perempuan. baik yang macam tu pulak, mereka memahami jiwa seorang perempuan.

aku sebenarnya sangat pemalu. nampak je berkeyakinan dan macam muka tak malu, aku sangat sensitif terutamanya mengenai aurat, dan percampuran perempuan-lelaki. aku kalau boleh sentiasa mahu elakkan daripada bercampur dalam persatuan atau apa-apa program.

Comel-comel sokmo :-)