Pages

Sunday, October 16, 2011

Petua kecantikan reka sendiri tetapi berkesan

whoooaaaaaaaaaaaaarrhahhaaaaaaaaaa..

panjangnya tajuk.. hari ni saya nak kongsikan beberapa petua kecantikan yang saya reka sendiri dan saya amalkan. tetapi bukanlah semua saya reka, tapi petua2 ini saya ambil daripada majalah rapi. ok.. sape yang nak kulit putih macam kertas A4, sila angkat tangan. hihihi...xlogik2..untuk pengetahuan semua, kulit kita takkan jadi putih walaupun betapa canggihnya produk yang kita gunakan itu. produk pencerah hanya akan mengembalikan warna asal kulit, bukan mencerahkan sampai jadi albino. jadi sangat penting kita menitikberatkan soal kecantikan dan kesihatan kulit. baiklah, sebelum cantik, kena la sihat dulu. kalau tak sihat, xkan jadi cantik.

untuk kesihatan, minumlah air kosong sebanyak-banyaknya. pastikan buang toksin setiap hari. kalau tak nak keluar juga, ambik vacum, sedut.haha...kalau tak nak keluar, awak minum la apa2 yang boleh mengeluarkannya macam teh herbal orang kampung ke, innershine ke, faber max ke..atau makan saja nasi basi. confirm cherry berry dan lawas.

ok..kita cuba buat sesuatu yang lain dari yang lain, memang pelik tapi benar dan sudah terbukti keberkesanannya. kalau tak berkesan, jangan saman saya pula ya.. saya kan kanak-kanak lagi.. ini pun KPM yang tanggung..huhuhu.. (anak2 ptptn jangan jealous...wekkkk!!!) riak sikit!

PERHATIAN : penulisan dalam blog ini bebas daripada agenda Yahudi, ajaran sesat atau mewakili mana2 parti politik melainkan parti Gajah Bersatu..

pertama, cuci muka dengan shower gel.. tapi xelok buat selalu. kalau kulit terlampau berminyak bolehlah cuba. kedua, lumurkan perapi rambut ke seluruh tubuh untuk melicinkan dan melembapkan kulit. ketiga, ketiga, selepas mandi dan mencuci muka, sapukan losyen tangan dan badan ke muka. keempat, minyak zaitun. bila sebut minyak zaitun, mesti anda akan sangkakan ia hanya boleh digunakan untuk rambut. saya menggunakannya sebagai pelembap wajah dan sapukan ke seluruh badan, tapi ketika saya duduk kat rumah saja..dan juga setiap malam sebelum tidur..kelima, pakai masker wajah pada kaki untuk mencantikkan kulit di sekitar kaki.

siapa yang muka dia putih, tapi tangan dia hitam? kaki tak payah cakap, xdok gamok nak tengok.. cuba angkat tangan...huhuuh...biasa la 2..jangan pelik,

pertama, rajin2 lah skrub badan. cuba guna bunga tanjung.. berkesan untuk membuang daki, kotoran degil atau apa2 sahaja yang melekat kat kulit. bancuh dengan air jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair..sental dengan tangan sampai puas hati. untuk hasil yang menakjubkan boleh sental dengan menggunakan berus jamban.kedua, setelah menyental..amalkan mandi susu..ala..guna je Johnsons baby milk bath,. lepas mandi, guna pulak losyen yang mengandungi SPF..

cuba la, lepas ni awak akan jadi putih putih melati ali baba...merah-merah jelita mioww2... kalau fizo omar tengok mesti dia ajak jadi bini dia.. nak tak jadi bini dia?

laju je tangan taip benda2 ni..tapi time taip esaimen, slow....

No comments: