hai para peminat kipas-susah-mati semua..semua sihat? saya tak sihat..badan tak sihat mental pun tak sihat. biasalah..hidup ni kalau selalu saja gundah, hati akan jadi rawan..kalau selalu saja indah hati akan jadi bosan. jadi untuk mengobat hati yg rawan ini marilah adik kakok ke sini untuk mendengar cerita drpd penglipur lara ini..
pernah tak adik kakok abe sekalian jatuh cinta dengan cikgu yg ajar kita? hehehehe.. actually i malu nak berkongsi menda nie..tapi xkira..xkira xkira nak bagitau jugak!
mula2 saya jatuh cinta masa tingkatan 1 dengan cikgu matematik saya. hihihi..nama beliau terpaksa dirahsiakan. malu wei..masa tu saya tengok dia sebijik macam pelakon Korea dalam citer winter sonata..nama hape ntah..xingat dah..dan pada zaman itu cerita itu tengah popular..oh saya sangat dilamun cinta dengan beliau.. saya ni xpandai matematik.tulisan pun xcantik.jadi cikgu tu tengok la buku latihan saya.. dia pun bagitau..
"ya Allah tulise..tue comel tapi tulise po cakar aye"
hihihi..saya tak kisah dia nak kutuk tulisan saya.yg penting ada perkataan "comel" disitu.. kembang lubang hidungku.. tapi hari tu masa kem kepimpinan Puteri Umno (hak3) saya jumpa balik dengan dia. dia jadi ustaz.dia mengajar kat surau. dia ingat lagi saya tauu..tapi bila saya dah besar ni..xde la pulak cinta lama berputik kembali..dan saya tertanya2... "macamana la aku boleh jatuh cinta kat cikgu nie..cikgu dah tua".. hahaha.biasalah tingkatan 1 baru nak besar..haish..budak2 zaman sekarang.
kisah kedua..masa tingkatan 5 saya jatuh hati kat cikgu bahasa inggeris saya..cikgu ni nak kata semat jjetak tu tidak, ntah la.cinta itu buta kan..masa tu..saya je yg pandai bahasa inggeris dalam kelas dia..hihihi..jadi dia bagi perhatian lebih la kat saya..dia ada bini..ade ke patut saya cemburu dengan bini dia..hahahaha..ngok ngguh..ish3...dia ambik2 gambar saya sehingga membuatkan saya terperasaan..hahaha..dah la xnak citer lebih2. malu k bye.
kisah ketiga masa tingkatan 6..kat cikgu BM saya..cikgu ni dah tua..hahaha..tapi stylo..saya mula lah tak berpijak di bumi yg nyata dan mula memasang impian ************ hahahaha..masa tu kat sekolah saya ada jugak kawan saya kawen dgn cikgu.tu yg saya jadi ********** hahahaha. oleh sebab saya minat BM dan karang-mengarang ni, asyik muka saya je yg hantar karangan kat dia..dalam kelas muka ni je yg bacakan karangan..dan buku saya dijadikan contoh oleh beliau.dia tak nak buku yg cantik2, xde conteng2 sebab kata dia itu menandakan kami tidak membaca.beliau sangat memuji hasil karangan saya walaupun buku comot dan penuh dengan lukisan (biasalah kanak2 ini suka melukis dan menconteng tak kira tempat.dan saya amat bermusuh dengan permukaan kosong..hahahaha). saya tak kira, meja ke, buku nota ke buku latihan ke..cermin kereta yg ada habuk ke..saya akan monconteng dan melukis di mana-mana sahaja.ok.
kisah dengan cikgu ni..dia paling rapat dengan saya..dia kata saya mengingatkan dia kepada awek lama dia.hak3..dia kata muka sama, saiz sama..cara bercakap pun sama..tapi dia dengan awek dia cinta tak kesampaian sebab mak awek dia main la menantu cekgu nie..mula lah saya di awang2an dan menyanyikan lagu "kembali pulang"..kahkahkahkah..aaaaaa...
dan sekarang saya dilamun cinta dengan cikgu Matematik saya..hek3...
dahla ..saya dah malu nie..tak tahu nak letak muka kat mana..k bye-bye... jangan lupa solat yer..
1 comment:
Jangan jatuh cinta dgn cikgu yg dah kawin! Kesian dia! Mcm jadi kat aku! Budak jatuh hati, nasihat tak nak paham2! Pening!!!!
Post a Comment