Pages

Wednesday, December 14, 2011

BOTAK~~~~

Sape peminat botak sila angkat tangan tinggi2.. tapi entry kali ni bukanlah mengenai Johan botak...

Bukan juga mengenai cerita Cinta Elisa..

Bukan tentang Fasha Sandha..

Bukan juga botak sebab dah kehabisan duit pada penghujung semester..

Tapi botak disebabkan keguguran rambut yang sangat banyak!

Biasalah rambut panjang lebih mudah gugur dan putus..dan terpaksa menghabiskan sisa hidup dengan menyapu lantai..




Macam ni la rambut saya cuma kaler je lain...



Ayuh kita berkenalan dengan syampu yang bakal menjadi kawan baik kita. Sila pilih mengikut jenis rambut anda :

Rambut kering
Pilih syampu dengan nilai pH yang rendah. Syampu dengan nilai pH tinggi hanya akan membuka kutikel rambut seterusnya menyebabkan asid lemak terkuap.

Rambut berminyak
Pilih syampu yang bersifat deep cleansing dan sapukan perapi pada hujung rambut.

Rambut kusut
Pilih syampu dengan pelembap atau moisturizing shampoo, dan guna syampu dan perapi yang mengandungi protein.

Rambut mudah gugur
Guna syampu dari bahan semula jadi dan kurang kandungan kimia.

Rambut berkelemumur
Pilih syampu yang dilengkapi dengan ekstrak bunga matahari, tea tree oil, pirokctone olamin, sebaril dan thyme.

1 comment:

azwa amani said...

bagus jugak ada org nak ajarkan guna syampu ni.. huhuhu :).. paling bagus guna minyak zaitun kak.. tapi mahal sikit la..