Pages

Tuesday, January 17, 2012

Produk Tambahan yang Sangat Penting! Sila Amalkan.

Kuasa Krim Malam
Berfungsi untuk merawat sel-sel kulit wajah ketika sedang berehat. Krim malam yang bersesuaian dengan kulit perlu digunakan sekiranya anda mahu kulit wajah anda lebih daripada sekadar sihat dan cantik. Semakin meningkat usia, kadar kelembapan kulit kian berkurangan, kulit menjadi semakin kering dengan garis-garis halus mulai kelihatan. Pelembap wajah untuk kegunaan siang hari berbeza dengan pelembap wajah yang anda guna sebelum tidur. Masih malas pakai krim malam? Fikir semula. Pada waktu petang kulit kita berusaha keras untuk melindungi wajah kita. jadi apa salahnya pada malamnya kita bagi "upah" sedikit untuknya sebagai membalas jasa baik kulit kita. :-)

Jangan Lupa Pakai Pelembap!
Pelembap membantu melembapkan kulit dan menjaga kulit agar sentiasa halus dan fleksibel. Pelembap yang berkualiti biasanya mengandungi semua bahan bergizi yang diperlukan dan kelembapan yang membantu kulit tetao kenyal dan halus. Pelembap bukanlah untuk mereka yang berkulit kering sahaja, malah untuk kulit berminyak dan sensitif. Kulit berminyak memerlukan pelembap kerana minyak sangat berbeza dengan kelembapan.

Skrub Atasi Kulit Kusam
Wajah tak cukup hanya dibersihkan dengan pencuci muka siang dan malam. Kita juga seharusnya membuang sel-sel kulit mati dari wajah terutamanya di zon T supaya liang-liang roma tidak tersumbat sehingga akhirnya menghasilkan jerawat. Lakukan skrub wajah selang sehari agar tidak kelihatan kusam. Elakkan daripada skrub di bahagian jerawat kerana ia akan memburukkan lagi keadaan. Bahagian leher jangan dilupakan.

Pupur Muka Untuk Kulit Lebih Sihat
Pupur juga dikenali sebagai masker. Berguna untuk menegangkan kulit, mengelupaskan bekas jerawat, dan mencegah garis-garis penuaan awal. Lakukan paling kurang seminggu sekali.


ecece..pomot diri sendiri.. :-)
harap bila dah ada anak nanti, masih rajin berhias macam ni..xnak jadi makcik2...hihi ^^


Saturday, January 14, 2012

10 Impian yang takkan menjadi kenyataan

1. Jadi pengacara untuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Suka sangat sebab saya seorang yang sangat kuat makan. Nolok buruk.. huhuhu

2. Disolek cantik-cantik, diberi persalinan cantik-cantik pastu ada fotografer ambikkan gambar.

3. Menari-nari di atas awan dengan kekasih. Pakai baju bling2..

4. Memetik bintang di langit.

5. Menjadi bidadari yang boleh terbang, kulit putih, pakai baju seba putih macam Nora Danish dalam Sumpah Bunian.

6. Berjaya mencipta henset sebesar duit syiling untuk meniru dalam peperiksaan.

7. Mempunyai pintu Doraemon, imagine je nak g mana-mana, terus sampai.

8. Menjadi halimunan, boleh kacau orang dan tahu semua rahsia orang.. hi..hi...hi...

9. Makan Dorayaki

10. Kahwin dengan Sheikh Muszaphar.. wiewwiitttttttttt..

Thursday, January 12, 2012

Suka dan Tak Suka

Tak suka
  • Dikir barat
  • Sukan, SUKMA/OLIMPIK
  • Durian
  • Jagung
  • Kacang
  • Sikat rambut
  • Baca buku Bahasa Melayu
  • Kucing
  • Binatang-binatang lain
  • Lady Gaga
  • Manusia over skema
  • Menonton TV
  • Tidur
  • Gajet
  • Air manis
  • Warna pink
  • Mee
  • Maggi
  • T-Shirt lengan pendek
Suka
  • Mengorat
  • Makan
  • Skrub
  • Facial
  • Blogging/Blogwalking
  • Cooking
  • Roti Canai
  • Pizza hut
  • Budak-budak
  • Majalah
  • Fresh Orange
  • Wangian Jasmin
  • Edit gambar
  • Menulis idea
  • Air kosong
  • Nasik
  • Ayam
  • Mix and Match
  • Kurung moden
  • Daging kambing
  • Bendi
  • Maher Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Stacy
  • The Red Warrior
  • Buat rambut
  • Melukis
  • Dancing
  • Senamrobik
  • Fotografi
  • Shopping
  • Ariani
  • Pearl Haya
  • Warna hijau, putih, hitam, coklat, kelabu
  • Ros
  • Mekap
  • Google
  • Tidur tanpa bantal
  • Bau petrol

Tabiat buruk yang sukar dikikis
  • Berangan-angan sebelum tidur
  • Setiap masa tangan bergerak untuk melukis sesuatu
  • Berfikir di luar batasan kadang2 xlogik langsung
  • Explore komputer sampai rosak

*AWAS ! JANGAN TERGODA DENGAN KANAK-KANAK DI ATAS. TOLOL NIH BUDAK NIH..TENGOK GAYA PUN DAH TAHU TOLOL..

Keluarga bahagia hidup bahagia...

keluarga bahagia Singer..













*sila abaikan kanak-kanak tudung pink yang tak cukup kromosom tersebut. :p


















Karangan :

Saya mempunyai sebuah keluarga yang sangat besar. Kami tinggal di Pasir Puteh, Kelantan. Kami terdiri daripada 11 orang adik beradik. 5 lelaki dan 6 perempuan. Kini sistem pembiakan keluarga kami semakin aktif..kih5..hahahaha xbaik. Ayah saya sudah tiada lagi. Dan kini tinggal ibu saya menguruskan perniagaan. Bermula dengan kesusahan, kami akhirnya mencapai kesenangan. Tiada harta yang ditinggalkan, cukuplah ilmu pengetahuan sebagai bekalan untuk hidup di dunia yang sementara ini. Hanya ilmu yang ibu dan ayah boleh berikan sebagai harta buat kami. Semoga kisah Nora Aniza berakhir dengan kebahagiaan. Amin...

Wednesday, January 11, 2012

48 hari...

Semasa saya sedang study untuk kertas Kajian Manuskrip Melayu, dapat panggilan daripada rumah mengatakan ayah dah xde..saya cuba bertenang.. saya tak terkejut..saya redha dengan kehendak Allah kerana semuanya milik Allah..sakit, hidup dan mati hanya untuk Allah.. Saya tak menangis lagi masa tu.. Sebabnya pada saya ayah dah tak ada 48 hari yang lalu ketika arwah mula2 lemas di kolam ikan belakang rumah. Masa tu lah saya menangis.. Saya sudah cukup bersedia untuk menghadapi saat2 begini..

Saat saya sedang berperang dengan peperiksaan, masa tu lah ayah pergi..padahal esoknya paper last, saya terpaksa balik.. oleh sebab itu saya telah menangguhkan peperiksaan  sebanyak 2 kertas.. ecelli saya pun tak tahu macamana nak urus hal penangguhan nie..dah la sorang2, xde kawan...waaaaaaaaaaaaaa.... sunyi jer rasa hidup nih....

bila saya dgr cerita kawan2 yg ibu/bapa mereka meninggal semasa mereka kat universiti, saya selalu imagine saya di tempat mereka. apa yg saya akan rasa.. tapi saya puas, dalam masa 48 hari ni, saya pulang ke kampung tiap2 minggu.. saya puas dapat berbakti kepada ayah..saya puas dapat mengaji di telinga ayah..saya puas dapat mencuci najis ayah..tukar pampers ayah..bagi susu pada ayah, jaga ayah siang dan malam di hospital...saya puas dapat suapkan ayah ubat..sapu losyen pada seluruh tubuh ayah...dapat melihat ayah yang tersenyum ketika dikafankan,.. ketika dikebumikan, gelombang banjir ke3 di kelantan seolah2 merestui bila pada hari itu langsung tak hujan..

apa2 pun saya akan update esok ya, macamana prosedur2 dia..sebagai panduan untuk anda semua di kemudian hari.. :-)

ku rindu kasih sayangmu..
kau pergi tinggalkanku..
masih lekang di hati ini..
kau bilangku mutiara hati..

ku ingin berjumpa denganmu
ayahanda telah menghadap ilahi
biarkanlah hanya dalam mimpi
untuk menghapus semua rinduku..

ya Allah kurniakanlah aku suami yang berhati mulia
sebagai ganti ayah yang pergi
untuk membimbing menuju redha-Mu..

pancarkanlah cahaya-Mu pada jiwaku ini
untuk dapat rahmat kurnia-Mu..

*suami beriman, saham akhirat.. ^^

(adapatasi lagu mutiara hati..hihi)

Sunday, January 8, 2012

Ayah...

Saatku titipkan tinta ini..air mata tak mampu ku bendung lagi..ayah sudah pergi meninggalkan aku, dan keluarga.. Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Semoga kesakitan yang Allah beri selama 2 bulan ini sebagai penghapus dosa-dosanya.. Kita pun mesti besedia menghadapi hari itu.. Kerana maut tak pernah mengenal usia... Al-Fatihah...

*Sedang menunggu abang dari Kampar, Perak datang menjemput di Tg. Malim. Semoga selamat sampai untuk melihat arwah buat kali terakhir. Amin...

Saturday, January 7, 2012

Kredit Tuhan bagi

Kata seseorang kepada saya, menulis biarlah memberi manfaat kepada orang lain. Pembaca ni ada pelbagai jenis. Jadi kena jaga apa yang kita tulis itu. Dan sudah tentu kita akan disoal mengenai apa yang kita tulis. Baiklah bos, baiklah. Saya ikut kata-kata bos ya.

Sedang saya membaca buku Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar untuk peperiksaan hari lusa,sekejap- sekejap saya berhenti. Baru membaca muka surat satu, saya banyak berhenti daripada membaca. Baca satu ayat, saya "blogwalking". Sejam kemudian saya buka buku lagi, baca dua tiga ayat, saya berhenti kemudian "facebooking". Dan macam itulah seterusnya. Saya keluar makan, tidur, dan semua perkara yang tidak memberi faedah langsung kepada saya. "Cousework" saya untuk subjek ini hampir-hampir dapat A. Dari sini saya mula berfikir, kenapa saya mengorbankan A itu untuk "blogwalking, facebooking, jalan-jalan, layan hindustan, tidur dan makan yang ternyata takkan memberi manfaat untuk paper ini? Mungkin sekarang saya seronok, suka melayan perasaan malas daripada membaca buku. Tetapi bila melihat keputusan paper ini bukan A, tentu hampa saya nanti. Kenapa saya tak korbankan keasyikan ini untuk mendapat A itu? Mungkin saya tak nampak lagi A itu, dan tak merasa betapa bahagia saya saat keluar keputusan nanti. Nora, janganlah kamu mengejar kebahagiaan yang sementara.

Macam itu juga dunia ini. Di dunia, kita leka dengan maksiat. Kita bangga dengan pakaian menjolok mata, kita mudah tewas dengan godaan syaitan yang menghasut jangan solat 5 waktu, dan kita selalu berperang dengan hasutan syaitan yang akhirnya kita kalah lalu tersungkur. Itulah dunia. Dan kita lupa kepada akhirat yang berkekalan. Kita hanya mahu mengejar keseronokan yang sementara, tapi kita tak mahu mengejar akhirat yang kekal abadi.

"Mereka itu orang yang membeli kehidupan dunia dengan akhirat, maka tidak akan diringankan seksaan ke atas mereka dan mereka tidak akan diberi pertolongan." (Surah Al-Baqarah, ayat 86)

Itulah tamsilan yang dapat dibuat, daripada rasa malas ini. Sekarang, pukul 11 malam. Nora nak study dulu tau. Tiba-tiba semangat datang. Bubey, mmmuuuuuuuahhhhh! (Ciuman penuh ghairah)

Friday, January 6, 2012

Retorik Orang Malas Solat _ macamana mahu menjawabnya

Semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak nie, solat aku dah tak tahu ke mana..xtahu apa yg aku baca.. macam2 yg aku fikirkan ketika solat... fikirkan nasik, pakwe yg dah hilang entah ke mana, fikirkan exam, fikirkan ayah.. macam tu lah.. bila kita fikirkan dan sibuk dgn hal dunia secara automatik hal akhirat kita abaikan.. agaknya lah, berbaloi tak aku solat tunggeng tunggik tunggeng tunggik 5 waktu tu? memang la kita tak boleh fikir sama ada solat kita diterima atau tak, itu semua kerja Tuhan, tapi kita kena jugak muhasabah diri, dan berusaha memperbaiki solat..

Amalan~ bila sesuatu amalan itu kita selalu buat, maka kita akan anggap ia sebagai amalan harian, yang tak sah kalau tak buat. xsenang duduk.. dan amalan yg kita buat hari2 itulah yg lama-lama akan jadi kebiasaan. solat itu kebiasaan?

Renungilah..hidup ini untuk apa..hidup ini untuk siapa?baik, kalau tak tahu, mari aku jelaskan. hidup ini untuk Allah.. hidup ini untuk memperhambakan diri kepada Allah.

"tidak aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk menyembah aku"

kenapa anda masih tak nak solat? atau solat jarang2? Subuh tinggal, asar solat.. maghrib solat, isyak tinggal sebab mengantuk..kenapa? itu kan suruhan Allah. kenapa banyak sangat alasan? kalau aku kata A, kau jawab B.. bila aku jawab B, kau kata C.. kau tahu tak? yg kau cuma pandai beretorik saja. hanya pandai berkata2..

1. "Kubur masing2 lah.."
(sebab kubur masing2 lah aku ingatkan nieh! kalau kubur sama, dapat juga kita saling membantu! hari ni kau solat, esok kau xpayah solat, aku pulak solat. macam tu?)

2. "Awak jgn paksa saya solat, saya bimbang saya tak cukup ikhlas..nanti saya solat kerana awak, bukan kerana Allah"
(aku cuma ingatkan..jadi kalau kau ikhlas kerana Allah..buat sajalah.. Allah tu der..kau jgn main2.. suruhan pemimpin pun kita wajib buat, apatah lagi suruhan Allah. kau takut kan kalau pemimpin marah, dan ambik tindakan undang2, tapi kau tak takut dgn Allah, dan undang2 Allah? balasan Allah?mungkin benda tu kau xnampak lagi, jadi kau tak takut..ingatlah, hari depan lebih dahsyat seksaannya)

3. "Awak salah tau, hukum org tak solat nie masuk neraka, syurga neraka Allah sahaja yg tahu.."
(bukan aku yg menghukum, tapi dalil Quran dan hadis nabi..)

"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orang orang yang bersembahyang." (AlMudathsir:42,43)


mari kita buat analogi :

Nabi kata : sesiapa yang tak solat, orang itu akan berdosa dan akan masuk neraka.
isunya : apakah Nabi tu suka-suki nak hukum orang lain berdosa masuk neraka? atau sekadar baginda memberi GARIS PANDUAN?

analogi lain, andaikan ana tidak bersolat, lalu enta pun sound ana. "Nora, kalau tak solat, nko masuk neraka"
isunya : apakah enta kat sini sedang menghukum atau sedang memberi GARIS PANDUAN yang Nabi cakap?

al-Quran dan as-Sunnah adalah garis panduan untuk kita berhukum. yang HALAL itu JELAS dan yang HARAM itu JELAS. jadi, benda yang tak betul memang jelas tak betul dan kita perlu kata benda tu tak betul.
 

4. "saya tak solat bukan bermakna saya jahil..saya bukan nak kejar syurga neraka tapi nak cari redha Allah"
(nak cari redha kok celah mana kalau tak solat? solat nie perkara pertama yg dihisab.. kalau kau la, kau suruh buat sesuatu tapi aku tak buat..kau bagi macam2 kat aku, kau sediakan aku tempat tinggal, makan minum, saat aku sakit kau jaga aku, tapi benda kecik yg kau suruh aku buat, aku tak buat, apa yg kau rasa? kau redha ke? )

5. "aku sibuk, tak ada masa, tak sempat nak solat"
(kamon la bro..tuhan bagi kat aku masa dalam sehari 24 jam. ke tuhan bagi masa kat kau 5 jam je? sibuk mana pun, xkan 5 minit 5 waktu xboleh nak luangkan? memang jenis tak ambik berat sal solat, memang macam tu..tp org ustaz2 ada pulak masa)

Bila aku berdepan dgn manusia2 lagu nie, kecik besar kecik besar je rasa.. org lagu nie, memang patut kena sedasss dua.. Sabar , Nora sabar..itu bukan caranya.. mereka itu pintu hatinya sudah tertutup dgn hidayah Allah. kita hanya perlu menyampaikan, bukan memaksa.. hidayah milik Allah.. kita sudah jalankan kewajipan kita untuk membimbing, berdoa agar Allah membukakan pintu hatinya..mereka tak rasa sebenarnya hati mereka hitam..

saya menulis bukan bermakna saya sempurna segalanya..sekadar menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi.. :-).. pesanan untuk diri sendiri, terutamanya... dan para silent reader.. semoga beroleh manfaat.. maaf, kalau terkasar..peace, no war~


Thursday, January 5, 2012

Biarlah aku pergi membawa hati yang terluka ini..

Biarlah aku pergi, dengan membawa hati yg terluka ini..sesungguhnya diri ini tak diperlukan lagi.. huuhuhu.. tak.. kali ni saya bukan nak bermadah, atau berjiwang atau meratap merayu.. Xrock ar kalu macam tu.. mintak jauh drpd post benda2 gitu.. Nora Aniza mesti nampak Rock di mata dunia.. kamon bebeh... hihi.. Kisah duka jangan dikongsi, kisah indah je yg boleh dikongsi...

Bila dengar ayat nie, saya teringat kat Ustaz Azhar. bukan Ustaz Azhar yg tu, tp ustaz azhar kat sekolah saya dulu.. Kisah dia macam ni.. Masa tingkatan 5 dulu, ramai pelajar yg mula berjinak2 dengan dunia percintaan..termasuklah budak tu.. Ustaz baik je dia.. pada satu hari, dia meminta kami mengeluarkan sehelai kertas dan pen merah..jgn pen biru, atau pen hitam, pen merah je ok.. Dia kata, tulis apa yg saya cakap nie..

"SETAKAT INI SAHAJA PERHUBUNGAN KITA.. JANGAN GANGGU SAYA LAGI. SAYA TAK MAHU DIGANGGU, KALAU ADA JODOH, BERTEMU DISEMBER... "

lucu..dan surat itu mesti dihantar kepada pakwe/makwe masing2.. ustaz mahu kami fokus pada study sebab nak exam..tp alhamdulillah sekarang saya berada di UPSI, jeng3..kebanggaan ayahanda dan bonda..



i love u sama ustaz..sekarang masih rapat lagi nie..dia panggil saya Ja..hehehehe (tanda mesra..kih3)


Wednesday, January 4, 2012

cita-cita saya : Cita-cita awak pula apa?

Ok lah..cinta..~ dah penat aku nak jelaskan segalanya..biarlah aku diam saja..bukan bereti menyerah..tapi dah penat bersabar..dan menjelaskan, kalau tak mahu terima apa boleh buat.dah la..tak nak fikir lagi..benda nie bukan boleh memajukan hidup aku..tak dapat bagi apa-apa keuntungan pun..selama nie aku bagi dengan ikhlas tanpa meminta balasan, aku nak bagi jadi aku bagi jer.. masih banyak perkara yang perlu difikirkan. Pelajaran, bisnes, family... cinta tolak ke tepi buat masa sekarang.. Study baik2, kejar anugerah dekan lagi untuk semester ini.. barulah maju hidup nie.. kita kena memandang jauh ke hadapan. kena ada cita-cita..dan kejar cita-cita itu..

ok sebenarnya aku nie bukanlah seorang yg bercita2 tinggi..cita2 pun cikgu jer..dan kalau boleh nak suami pun cikgu je lah..aku ada cita2 besar sebenarnya, tapi biarlah cita2 itu hanya ada dalam hati aku jer..tak nak kongsi dengan sape2..kalau orang tahu cita2 aku, mesti orang tergelak guling2 punyer sampai tertelan gigi palsu nenek..hahaha.. tunggu lah, kalau ada rezeki, dan memang Allah tetapkan aku untuk jadi seperti yg aku idam2kan itu, satu hari nanti semua orang pasti akan tahu apa cita2 sebenar aku..nak tahu tak apa cita2 murni aku tu?

dan cita2 aku itu bukanlah untuk memajukan bisnes ke sampai kaya raya..bukan juga nak jadi model ke penyanyi ke pelakon ke..bukan juga doktor atau ahli akademik..bukan ahli politik...cita2 aku nie kurang jadi pilihan..dan terletak di pilihan paling last sekali...terutama golongan berpendidikan tinggi langsung la xpandang cita2 aku nie..tapi di Barat, cita2 aku memang dipandang mulia, disanjung..entah la kenapa dah terbalik. sepatutnya orang Islam sendiri yang menyanjung cita2 aku nie..tapi cita2 nie lah yg dikutuk dicaci dihina dan dimaki...emm..mungkin kalau aku pasang cita2 nie kegemaran membeli Ariani, bersarapan setiap pagi di McD akan terhalang..

bolehkah kalau aku kata nak jadi surirumah sepenuh masa? mesti kecewa mak ayah penat2 bekerja cari rezeki hantar anak masuk u, itu je kerja yang dia nak? bertuah anak aku, kurang asam jawa extra tanpa bijik sungguh budak nieh! hahaha.. maafkan Milah, mak!tapi kenapa nak jadi surirumah je? nanti xde duit la.. xleh pakai handbag mahal2, xleh beli kereta, xleh pakai Ariani..anak2 nak makan apa? penat weh nak jelaskan semuanya.. aku selalu baca belog ustaz zaharuddin dan isterinya ummu husna. isterinya pun belajar tinggi, jadi suri rumah. dan yg paling best mereka kawen masa tengah belajar..kalau orang alim2, ustaz2 mesti bini mereka suri rumah kan? dan mesti kawen awal2 kan..memang nampak macam kuno/style lama/tak up to date..tapi rasa2 kita hari nie yg berfikiran sempit sangat.

kenapa? aku kesal tengok perempuan turut sama berdemonstrasi, melalak melaung tengah jalan, memperjuangkan hak mereka.  konon mereka sangat moden, berfikiran terbuka. yeah! wanita islam kini mampu membuat apa saja..tanpa batasan.. wanita sekarang berpendidikan tinggi, mampu membuat apa saja, perlu berkhidmat kepada masyarakat demi keamanan negara.. KEAMANAN? mereka lupa, atau buat2 xtahu?

"sebesar-besar jihad bagi wanita ialah di rumah sendiri"

rasa2 nenek kita lebih manis, duduk di rumah terutamanya malam2 drpd duduk berjihad benda lain.

ada orang, rumah dah ada cuma kecil cket, cuma nak ditambah "teguhkan" dengan membeli yang besar, kerana itu perlukan isteri bekerja? kereta dah mampu beli VIVA, cuma untuk "keteguhan ekonomi" iaitu beli CAMRY, isteri bekerja? Apakah tanda aras keteguhan ekonomi? Sampai bila mampu tercapai? akhirnya kebahagiaan rumah tangga tergadai dan bercerai kerana asyik mencari "keteguhan ekonomi".
- Ustaz Zaharuddin.

memang benar kan apa yg ustaz cakap. hidup tak pernah cukup.walaupun cukup..tapi untuk apa semua tu, kalau bukan untuk mendapat pengiktirafan drpd manusia, saling berlumba2 untuk bermegah2..aku juga kesal bila ada lelaki, yang bila cari isteri, mereka nak yg bekerjaya. mungkin ini boleh dinamakan lelaki dayus.bukan aku yang kata, ustaz yg kata.. jadi untuk sape2 yg bakal menjadi suamiku jgn harap kau pilih aku sebab aku cikgu..untuk lebih jelas baca sini..aku bagitau kang korang taknak dengar pulak..hukum wanita bekerja dan wanita ingin hak sama rata.

best kan kalau dapat suami macam ustaz nie.. semua pandangan dia aku setuju..dan suami yg soleh mesti bersetuju dengan pendapat aku ini. nak suami yg soleh, kena terlebih dahulu solehahkan diri.. dan kata ustaz, memang patut isteri bekerja , bukan apa..takut ada sesuatu perkara yg tidak terduga berlaku nanti, bolehlah isteri belajar berdikari. :-)..

"Xpelah. kerja surirumah tu mendidik, mengajar, mengasuh dan melatih. kerja aku sebagai cikgu pun macam tu jugak, walaupun mendidik anak2 murid.. kalau jadi cikgu ok la cket..ada duit, boleh balas jasa mak ayah..tapi kalau ditakdirkan jadi benda lain, maka terhalanglah niat murni ini.. muehehehe.."



sila komen..
kalau tak setuju komen jugak k..
kalau setuju komen panjang2..




Kenapa Allah suruh tutup...

Assalamualaikum.. Malam ini malam sayu..rindu..malam biru, juga malam kelabu..malam ini malam duka, malam hiba dan malam penuh air mata, bila aku kehilangan seorang teman bicara..

Sekarang musim peperiksaan. Jadi, sibuk sikit walaupun saya bukanlah seorang pelajar yang rajin membaca buku.. hehehe.. saya suka baca buku sebenarnya, tetapi buku tentang ilmu bahasa Melayu saya kurang minat bacanya. Novel pun saya tak minat.. Saya lebih suka baca buku agama, dan motivasi. tapi sayangnya, itu bukan bidang saya. dan saya terpaksa merajinkan diri untuk membaca buku dalam bidang yang saya ambil..

Berbalik kepada tajuk, kenapa Allah suruh tutup.. Allah SWT berfirman :

"wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah maha pengampun, lagi maha mengasihani"

(al-Ahzab : 59)

Saya banyak memerhatikan orang sekeliling. Saya suka perhatikan orang lain, dan belajar dari pemerhatian itu. bukanlah saya ingin menetapkan hukum, mereka tak tutup aurat itu xbaik, dan masuk ke neraka. tetapi apa yang saya perhatikan...

Pada suatu hari..

Saya berada di dalam bas. Di perhentian bas ada seorang perempuan sedang duduk di bangku, bukan duduk menunggu bas sebab dia tak naik bas tu. Jadi, dari atas saya dapat melihat kakinya. Hitam, ada kudis, parut. Sangat tak cantik. Saya terdengar seorang lelaki berkata berkata kepada kawannya..

"Tengok kaki dia...Kalau ya pun, pakai lah stokin kan.. Nak jugak tunjuk atas kakinya ada kudis. Kalau kaki cantik xpe la.."

Bukankah dah jadi fitnah di situ? Dan apa pula hukum mengata pada orang lain?

Situasi kedua..

Saya berada dalam bas. Saya duduk. Bas itu penuh membawa pelajar..dan ramai pelajar yang terpaksa berdiri dalam bas. Di depan saya ada seorang perempuan. Dia memakai baju sendat atas punggung dan jeans ketat.. Biasalah, ada suara-suara lelaki yang mengata...

"Cuba kau tengok, keciknye punggung dia. Leseh (dialek Kelantan) Macam papan playwood..Huhuhu.."

Malunya saya sebagai perempuan mendengarnya. Selain dua situasi tersebut, saya juga memerhatikan mereka yang memakai baju lengan pendek, kulit langsung tak mulus, siku hitam. dan persoalan saya...

Perlukah kita tunjukkan kekurangan diri kita?
Atau kita berasa kita sangat cantik, semua aset yang kita miliki perlu ditayangkan?
Kalau cantik, mungkin boleh dimaafkan.. (bukan pada pandangan Allah)
Padahal "barang" itu tak cantik.
Ada yang "barang" kecik,
Ada yang "barang" besar..

Maaf kalau terkasar.. Allah suruh tutup untuk menjaga kehormatan diri dan maruah kita juga.. Ambil masa, dan renungkan..