Pages

Tuesday, January 17, 2012

Produk Tambahan yang Sangat Penting! Sila Amalkan.

Kuasa Krim Malam
Berfungsi untuk merawat sel-sel kulit wajah ketika sedang berehat. Krim malam yang bersesuaian dengan kulit perlu digunakan sekiranya anda mahu kulit wajah anda lebih daripada sekadar sihat dan cantik. Semakin meningkat usia, kadar kelembapan kulit kian berkurangan, kulit menjadi semakin kering dengan garis-garis halus mulai kelihatan. Pelembap wajah untuk kegunaan siang hari berbeza dengan pelembap wajah yang anda guna sebelum tidur. Masih malas pakai krim malam? Fikir semula. Pada waktu petang kulit kita berusaha keras untuk melindungi wajah kita. jadi apa salahnya pada malamnya kita bagi "upah" sedikit untuknya sebagai membalas jasa baik kulit kita. :-)

Jangan Lupa Pakai Pelembap!
Pelembap membantu melembapkan kulit dan menjaga kulit agar sentiasa halus dan fleksibel. Pelembap yang berkualiti biasanya mengandungi semua bahan bergizi yang diperlukan dan kelembapan yang membantu kulit tetao kenyal dan halus. Pelembap bukanlah untuk mereka yang berkulit kering sahaja, malah untuk kulit berminyak dan sensitif. Kulit berminyak memerlukan pelembap kerana minyak sangat berbeza dengan kelembapan.

Skrub Atasi Kulit Kusam
Wajah tak cukup hanya dibersihkan dengan pencuci muka siang dan malam. Kita juga seharusnya membuang sel-sel kulit mati dari wajah terutamanya di zon T supaya liang-liang roma tidak tersumbat sehingga akhirnya menghasilkan jerawat. Lakukan skrub wajah selang sehari agar tidak kelihatan kusam. Elakkan daripada skrub di bahagian jerawat kerana ia akan memburukkan lagi keadaan. Bahagian leher jangan dilupakan.

Pupur Muka Untuk Kulit Lebih Sihat
Pupur juga dikenali sebagai masker. Berguna untuk menegangkan kulit, mengelupaskan bekas jerawat, dan mencegah garis-garis penuaan awal. Lakukan paling kurang seminggu sekali.


ecece..pomot diri sendiri.. :-)
harap bila dah ada anak nanti, masih rajin berhias macam ni..xnak jadi makcik2...hihi ^^


No comments: