tahukah anda apa itu bau hang jebat? aku tak pasti orang luar panggil apa kat bau ni, tapi orang kelantan panggil bau jebat. hahaha..
masyaallah tadi dalam kelas ada bau hang jebat seseorang. kalau ada bau hang kasturi xpe la..aromanya menusuk kalbu..membuat aku terpaksa menahan nafas selama 2 jam...bila lect tengah buat lawak aku xde mood nak ketawa sebab hangit sangat baunya.
walaubagaimanapun, suspek tidak dapat dikenal pasti sehingga kini..
kepada gadis2 yang cantik sekalian, tak ada gunanya bergaya sakan kalau ketiak busuk. jadi sila jaga ketiak anda betul2..
pertama, sila cabut/cukur/veet bulu ketiak anda. nanti anda menternak kutu babun. bulu ketiak juga akan menyebabkan ketiak berpeluh.
kedua, pakailah deodorant yang bersesuaian..deodorant dapat menghilangkan bau tengik, dapat mencerahkan bawah lengan dan menahan peluh. ada yg berpendapat tak perlu pakai deodorant katanya ketiak dia tak berbau. hey! hey! hey! saya nak jelaskan di sini bahawa kita takkan dapat mencium bau kita sendiri melainkan orang di sekeliling kita yang akan berasa tak selesa dengan kita. petua mudah, lepas balik kelas/kerja, anda mandi dengan sabun. pastu anda cium balik baju anda tadi, pasti anda akan menyedari bahawa hang jebat itu kepunyaan anda sendiri. kalau tak percaya, cubalah.
ketiga, kadang2 bau hang jebat ini ada pada pakaian kita. tak guna rendam baju dalam downy passion berbulan2, kalau tak berus bahagian ketiak tu tak ada gunanya jugak. jadi basuh, bilas dan sidai betul2 pakaian anda tu.
selain daripada ketiak, hang jebat juga berpunca daripada : MISS V..
saya sarankan kepada para wanita, tolonglah bersihkan alat sulit anda tu, kadang2 benda tu akan mendatangkan bau yang tak terduga, cepat2 pergi Watson beli sumber ayu ros. jangan risau, dia bebas alkohol dan selamat digunakan walaupun digunakan tiap2 kali mandi 3x sehari.
hang jebat juga berpunca dari bau rambut. sila shampoo rambut anda selang sehari.
2 comments:
malunyer gmbar tu..huhu..
Hahaha... Bau hg jebat... Bolehla guna term bau hangjebt lepas ni ;D
Post a Comment