Pages

Sunday, March 18, 2012

Salah Faham Mengenai Golongan Miskin di Syurga

"Aku telah meninjau syurga dan aku dapati kebanyakan penghuninya ialah kaum miskin, dan aku juga meninjau neraka dan aku dapati penghuninya ialah kaum wanita." (HR. BUKHARI)

Itulah kefahaman kita mengenai golongan miskin yang mendapat kejayaan di akhirat. Oleh sebab itu saya banyak memerhati golongan miskin sangat popular seperti ayat begini.

"Tak apalah... Kita miskin di dunia, jangan miskin di akhirat"

"Allah tak memandang kepada harta, tetapi kepada amalan kita"

  1. Soalnya, adakah dengan mengharapkan rezeki jatuh ke riba itu merupakan amalan orang mukmin? Mereka hanya menunggu takdir mengubah nasib mereka tanpa berusaha dan menggunakan ayat di atas untuk menyedapkan hati sahaja. Apakah Islam itu memandang kemiskinan sebagai satu kelebihan dan kekayaan boleh menjauhkan seseorang itu dari syurga.
  2. Untuk memahami hadis ini perlulah dirujuk nas-nas yang bersangkutan dengan pandangan Islam mengenai kekayaan dan kemiskinan. Kekayaan merupakan nikmat dan rahmat yang dikurniakan Allah kepada manusia. Kalau tidak, masakan kita diajar agar berdoa memohon rezeki yang banyak? Diajar untuk solat Dhuha dan mengamalkan surah al-Waqiah? Tetapi kekayaan itu bukanlah kelebihan, melainkan digunakan ke jalan Allah.
  3. Orang-orang miskin yang disebutkan dalam hadis di atas ialah orang miskin lagi bertaqwa. Bukan semata-mata miskin kerana malas bekerja atau berusaha. Tidak semua orang miskin itu baik kerana kemiskinan boleh menyebabkan kecurian. Manakala kekayaan pula menyebabkan penyelewengan. Ini dapat dilihat melalui situasi yang sedang berlaku sekarang walaupun orang atasan mempunyai banyak harta, tetapi banyak lagi yang diselewengkannya kerana sifat tamak haloba.
  4. Dalam hadis lain nabi bersabda : "Kemiskinan itu hampir-hampir membawa seseorang itu kepada kekufuran",
  5. Oleh sebab itu tak wajar seseorang menganggap kemiskinan sebagai alat untuk ke syurga, kerana alat utama ke syurga ialah amal soleh. Persoalannya, bolehkah si miskin beramal soleh tanpa kekayaan? Kehidupan muslim penuh dengan ibadat yang memerlukan kewangan yang stabil seperi zakat, ibadat haji, jihad, sedekah, menolong fakir miskin, menyediakan mas kahwin, menanggung nafkah anak dan isteri, membalas jasa ibu bapa,  mengadakan kenduri seperti akikah, hari raya, korban hari raya haji, dan banyak lagi.
  6. Oleh itu, "orang-orang  miskin yang dimaksudkan di sini ialah orang yang menjadi miskin sebagai akibat dari penglibatan mereka dalam kegiatan infaq dan fisabilillah, bukannya miskin kerana tiada harta, apatah lagi miskin kerana malas dan kurang berusaha.
  7. Mari kita lihat jenis-jenis amalan yang akan kita tinggalkan bila dah meninggal esok lusa.
  • mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanaman untuk kebajikan umum.
  • mewakafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, rumah anak yatim, sekolah dan sebagainya.
  • mendirikan masjid
  • mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat
  • mendirikan tempat perhentian bagi musafir
  • bersedekah kepada orang yang betul2 tak berkemampuan untuk bekerja
  • membayar zakat
  • menunaikan haji, mengerjakan umrah
  • membeli wheelcha dan sedekahkan kepada hospital
  • menghantar anak menuntut ilmu-nanti anak yang soleh akan mendoakan bapanya
Bukankah semua ini memerlukan wang? Oleh itu, orang Islam wajib kaya!

5 comments:

shahfalah said...

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Miskin dan kaya harus syukur kepada Allah dan harus menjadi insan pemurah tidak kira murah harta atau murah jasa demi untuk jalan Allah...

shahfalah said...

Kemiskinan di dunia tak bererti kau terhina
Itu hanya di pandangan mata
Kemewahan tidak bermakna hidupmu
akan sentosa
Kesempurnaan, Tuhan menilainya...

shahfalah said...

Walaupun harta di tangan, tetapi akhirat tetap menjadi matlamatnya. Itulah prinsip hidup orang kaya yang bertakwa.Hati mereka lebih qanaah, lebih bersyukur daripada orang miskin yang tidak bertakwa.

Ada juga orang miskin dan tidak mempunyai harta, tetapi ketamakan, kedengkian, kemarahan dan sifat-sifat negatif yang lain menguasai hati mereka. Sudahlah mereka ini miskin hartanya, miskin pula jiwanya.Ya, Allah tidak melarang kita meraih harta dunia dengan syarat hati kita tidak terpaut dengannya dan cara kita mendapatkan serta membelanjakannya mestilah “halalantayyiban” (halal dan baik)

shahfalah said...

Harta di Tangan, akhirat dihati

Walaupun harta di tangan, tetapi akhirat tetap menjadi matlamatnya. Itulah prinsip hidup orang kaya yang bertakwa.Hati mereka lebih qanaah, lebih bersyukur daripada orang miskin yang tidak bertakwa. Ironinya, ada juga orang miskin dan tidak mempunyai harta, tetapi ketamakan, kedengkian, kemarahan dan sifat-sifat negative yang lain menguasai hati mereka. Sudahlah mereka ini miskin hartanya, miskin pula jiwanya.Ya, Allah tidak melarang kita meraih harta dunia dengan syarat hati kita tidak terpaut dengannya dan cara kita mendapatkan serta membelanjakannya mestilah “halalantayyiban” (halal danbaik)

Orang yang bertakwa sentiasa mendapat taufik dan hidayah, samaada mereka dalam keadaan berharta mahupun tidak. Mereka sentiasa menjiwai pesan Allah ini, mafhumnya: “Negeri akhirat itu Kami jadikan untuk orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan (maksiat) di muka bumi, dan kesudahan (yang baik) itu (syurga) adalah bagi orang yang bertakwa. “Surah al-Qasas 28:83)

Dalam menguruskan harta, jiwa mereka sentiasa takut, berharap serta bimbang sekiranya Allah berpaling darpiada kehidupan mereka.Justeru, dalam konteks ini Rasulullah s.a.w telah mengajar doa ini, mafhumnya: “Ya Allah, janglah Engkau jadikan malapetaka (kerosakan) yang menimpa kami dalam agama kami, dan janganlah Engkau jadikan dunia (harta dan kedudukan) sebagai tujuan utama kami.” (Riwayat al-Tarmizi)

Islam Tidak Anti Kekayaan

Tegasnya, Islam bukan anti kekayaan asalkan ia dimiliki oleh orang yang bertakwa. Rasulullahs.a.wbersabda yang bermaksud: “Tidak apa-apa dengan kaya bagi orang yang bertakwa. Dan sihat bagi orang yang bertakwa itu lebih baik daripada kaya.Dan bahagia itu sebahagian daripada kenikmatan.” (RiwayatIbnMajah)

Kaya dan miskin disisi agama bukanlah soal pertama dan utama.Yang lebih penting ialah takwa.Jikal si kaya bertakwa, kekayaannya akan digunakan dengan cara baik dan tidak melalaikannya daripada beribadah kepada Allah. Manakala jika simiskin bertakwa, dia akan bersabar dan terus berusaha untuk mencari keperluan hidupnya tanpa meminta-minta apatah lagi melakukan kejahatan seperti mencuri, merompak dan sebagainya.

Sejak dahulu lagi telah wujud perbezaan pandangan antara para ulama, siapakan yang lebih utama di sisi Allah, samada orang kaya yang bersyukur ataupun orang miskin yang sabar? Maksudnya, ada ulama yang mengutamakan orang kaya yang bersyukur dan ada pula yang mengutam akan simiskin yang sabar. Masing-masing mempunyai hujah yang kuat bersandarkan kepada al-Quran dan Sunnah. Hingga dengan itu, pakar-pakar Islam yang begitu teliti dalam mengeluarkan pendapat telah sepakat untuk menggabungkan kedua-dua pandangan ini.

Bagaimana? Mereka memutuskan bahawa sesiapa antara mereka (si kaya dan simiskin) yang lebih takwany akepada Allah, dialah yang lebih utama. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Sesunguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa antara kamu.” (Surah al-Hujurat 49:13)

Maksudnya, jika tahap kesyukuran orang kaya lebih tinggi daripada tahap kesabaran simiskin, maka si kaya itulah yang lebih tinggi darjatnya. Namun, sekiranya kesabaran simiskin lebihtinggi daripada kesyukuran si kaya, maka simiskin itulah yang lebihutama.Tegasnya, sesiapa yang lebih bertakwa (yakni lebih bersyukur atau lebih sabar), maka dialah yang lebih mulia.

Namun perlu diingat, keadaan diri manusia tidak sama. Ada yang begitu sempurna takwanya, sehingga dia boleh bersyukur apabila kaya dan bersabar apabila miskin.Tokoh-tokoh seperti Rasulullah s.a.w dan Abu Bakr al-Siddiq misalnya, boleh hidup dengan ketakwaan dalam apa-apa situasi dan kondisi sekalipun; jika kaya mereka bersyukur, jika miskin mereka bersabar. Akan tetapi, ada orang yang lebih baik baginya hidup kaya kerana dengan itu dia mampu bersyukur daripada hidup miskin yang dia tak mampu bersabar. Begitu juga sebaliknya, ada orang yang lebih baik baginya miskin kerana dia mampu bersabar, tetap ijika dia kata dia lupa diri dan tidak mampu bersyukur

Nora_Aniza said...

ye sayang.. itu pakej masuk neraka yg ustaz bagitau,,dah la miskin, xada ilmu, jahat pula tu. solat entah ke mana.. ruginya..miskin di dunia dan miskin di akhirat.