Tadi g teman Shima ke klinik gigi
Shima kata klinik kerajaan boleh cuci gigi..
hah! aku tak tahu pun selama nie.
macamana nak cuci gigi tuh?
ketinggalan zaman sangat ke aku nih sampai tak tahu apa itu cuci gigi di klinik gigi
menggunakan khidmat doktor gigi?
ok fine aku mengaku last jumpa doktor gigi masa sekolah dulu
tu pun misi yg gi sekolah
hehehe..lupa la darjah berapa atau tingkatan berapa..
jadi, aku nak try la...
gi klinik pergigian tanjung malim
mula2 tanya misi kena bayar ke kalau nak cuci gigi?
dan rawatan2 lain?
nasib baik tanya..
misi kata setiap rawatan ada bayaran
*ceh!banyak cantik kau nak free
ok..kalau nak free, fotostat kad matrik.
lalu kami fotostat kad matrik.
buat kad klinik sebab nie 1st time g klinik
*remaja tak ada kesedaran
aku masuk dulu..
doktor tanya,
ada masalah apa?
aku jawab tak de masalah, nak cuci jer..hak3..
*saja menambah kerja kepada doktor sebab tak ramai kat klinik gigi tadi
doktor cek punya cek sebijik2 gigi aku
tak ada masalah
cek lagi..
"gigi awak semua dah ok..cantik..tak ada apa2 rawatan yg awak patut buat"
alah..nak cuci takleh jugak ke?
*gelepar dode2 nak cuci jugak! aku nak pengalaman itu!
"saya rasa tak perlu..ok.."
hah...
lalu doktor memberikan nasihat kepada saya
"sebab ada geraham bongsu kiri dan kanan, awak terpaksa menganga mulut luas2 untuk menggosok bahagian itu. saya cadangkan agar awak membeli berus gigi kanak-kanak untuk gosok geraham bongsu itu. nanti kalau tak kena betul2 akan rosak jugak. masa gosok jangan nganga luas2 sangat yer"
hahahaha..
jadi. dengan bangga dan riak sekali, gigi aku tak ada masalah. aku suka. walaupun masa sekolah dahulu dipanggil hantu gigi dan dikatakan pakai gigi palsu!
memandangkan doktor dah mengiktirafkan gigi aku sehat maka sekali lagi dengan riak takabbur nya aku nak bagi tips kat silent reader blog nieh! kih40x (jangan marah yer.. kita kan
1 MALAYSIA)
yang pertama...
aku nak semua sayangi gigi..jangan ambik mudah pasal gigi..sebab gigi mencerminkan peribadi kita, dan perkara pertama yg orang tengok mestilah senyuman kita kan..takkan nak senyum tutup mulut setiap masa sebab nak cover line gigi rongak..kalau rongak sila pakai gigi palsu.biarlah berhabis duit sekalipun, gigi kena jaga..
yang kedua..
rasanya kalau gigi tak cantik tak perlu kot nak pakai braces melainkan ada org panggil anda dengan gelaran halimah jongang. tak payah ubah kejadian Allah yer..yang penting, senyum dengan yakin walaupun gigi macam pagar kena tanduk kat lembu. hehe...gurau jer..yang penting gigi sihat, tak cantik tak apa..
yang ketiga..
jumpa dulu doktor gigi.mana tahu ada gigi rosak, contohnya gigi berlubang. bila gigi rosak, akan menghasilkan bakteria dalam mulut. menyebabkan masalah bau mulut, sakit, dan sebagainya. apa2 pun, jumpa dulu dengan doktor gigi..
yang keempat..
tips mudah.. bangun pagi gosok gigi guna kodomo lion..hehe
tak la.jangan guna kodomo lion ya..gunalah ubat gigi berflourida..
dan ubat gigi yang disyorkan oleh doktor2 gigi seluruh dunia ialah Colgate Total..
lengkapi rejim penjagaan gigi dengan menggunakan Colgate Plax mouthwash..
tapi saya menggunakan Darlie All shiny White..konon nak putihkan gigi..
tapi dengan menggunakan ubat gigi pemutih, gigi anda sebenarnya tak akan jadi putih macam kertas A4 tu,
melainkan anda membuat rawatan yang mahal2 beratus2 sampai beribu2 atau anda menggunakan Colgate Simply White.. ah-ha.. Colgate Simply White saya tengah nak cube2..nak putihkan lagi gigi..
yang kelima,
gosok gigi setiap pagi, dan yg paling penting sebelum tidur.
gosok gigi sebelum tidur lebih penting daripada sejurus bangun tidur
*gosok gigi setiap kali sebelum ambik wudhuk
*gosok gigi setiap kali selepas makan
semasa tunggu shima mendapatkan rawatan, budak skema ini mengambil risalah di kaunter,
di sini saya kongsikan bersama anda,
macamana peringkat2 kerosakan gigi berlaku :
- kita makan, atau bangun tidur, terhasillah plak gigi (taik gigi)
- bila plak gigi tak dibersihkan betul2, plak akan bertambah , dan menjadi keras lalu membentuk tartar
- bakteria ini akan menjangkiti tisu gusi dan tulang yang menyokong gigi.
- gigi akan menjadi semakin longgar
- gigi perlu dicabut
- kalau tak rongak, poket gusi iaitu satu ruang akan terbentuk di antara gusi dan gigi, dan membenarkan lebih banyak bakteria berkumpul.
kalau nak putihkan gigi :
1. gunakan ubat gigi berflouria.
2. elakkan kopi dan teh
3. elakkan merokok
4. paling senang gunakan pemutih gigi khas.
5. kalau nak selamat, tak nak guna bahan kimia, gunakan kulit limau diasah pada batang gigi.
6. gosokkan gigi menggunakan sodium bikarbonat. amalkan 3-4 kali seminggu
7. pada berus gigi, titiskan jus lemon, campurkan dengan garam.kemudian gosok gigi seperti biasa.
8. kunyah epal
selamat menjaga gigi anda. :-)
1 comment:
Assalammualaikum, sya ada menjual Produk Pemutih Gigi dari USA (CREST 3D WHITESTRIPS PROFESSIOANAL EFFECT) !!Mampu memutihkan gigi dalam masa yang singkat dan bertahan selama 12 bulan. Boleh lawati ke laman ini untuk mengetahui lebih lanjut : https://www.facebook.com/pemutihgigicrest3dmalaysia
http://crest3dwhitewhitestrips.blogspot.com/
Post a Comment