Helo assalamualaikum warahmatullahiwabaro kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tuh.. (ingat masa sekolah rendah dulu...)haha..
dan salam 1 Malaysia..
sangat buruk belog ini bila memasukkan berita mengenai ayah pin. Ayah pin itu asalnya dari kampung saya. hahaha..tumpang glemer ayah pin lah entry kali nie,hahaha.. Aku betul2 fikir dia ke langit, yelah..masa tu aku kan kanak-kanak lagi..mana faham masalah negara dan masalah orang dewasa ni..
Dalam harian metro ada berita pasal ayah pin. Ayah pin telah kembali ke bumi setelah beberapa ketika berada di langit. Tetapi kini ayah pin dalam keadaan lumpuh separuh badan setelah terkena serangan angin ahmar.. Dia juga sempat berkahwin dengan gadis berusia 18 tahun. Hey!! Kita sama2 doakan agar Ayah Pin bertaubat sebelum masanya tiba. Insya-Allah.
tapi ada sesuatu di sebalik kisah ayah pin nie..
Almarhum ayahanda saya mengasaskan surau ini 3 tahun lalu di sebelah rumah. Ramai pengikut Ayah Pin Ketua Kerajaan Ultra datang ke surau ini selepas Ayah Pin kembali ke langit. Walaupun sudah 3 bulan ayahanda saya tiada, bekas-bekas pengikut Ayah Pin masih lagi datang ke surau ini untuk berjemaah dan banyak perubahan yang boleh dilihat pada mereka. Surau ini kini diimamkan oleh adik lelaki saya, satu-satunya adik-beradik kami yang berjumlah 11 orang yang tidak dihantar ke universiti sebaliknya ke sekolah pondok.
-pinjam status abang-
hehehe..
dulu mereka pangikut ayah pin..
biasalah dekat kampung2 mesti ada politik kan..
ada satu surau yg konon2 digunakan oleh "orang islam" nescaya orang2 hijau yang mereka menyangka mereka masuk syurga..
tetapi surau tu xnak terima bekas2 pengikut ayah pin yang telah bertaubat, sampai kubur salah seorang pengikut pun tak dibenarkan ditanam di dalam kawasan perkuburan..
begitulah taksubnya "orang islam" ini kepada parti politiknya..
sehingga menghukum orang lain masuk neraka..
dan tak nak terima orang lain..
sepatutnya membimbing mereka, bukan menghukum...
Ayahanda sempat mengajar mereka, dan mereka kini dah berubah. alhamdulillah..
tetapi masa mula2 memang kelakar...
mereka langsung tak pandai solat, baca quran dan buta huruf.
pegang yasin pun terbalik..hehehe....
ada makcik kata, dia bukan xkenal huruf, cuma mata xberapa nampak..
esoknya makcik tu datang dengan spek hitam sebab xnampak..hahaha
sama2 kita membimbing orang yang tersesat, bukan menghukum...
1 comment:
Alhamdulillah.. ^_^
Post a Comment