Izinkan aku berada di sisimu
memegang erat tanganmu
dan pimpinlah cintaku
kerana cintaku buta
tidak mengenal destinasinya
Izinkan aku mencintaimu
berpandukan mukjizat penghulu ummah
berpaksikan sabda junjungan mulia
dambakan sebutir hakikat
untukku semai menjadi sepohon makrifat
moga dapat berteduh di rendang kasihmu
Izinkan aku bertakhta di hatimu
menjadi ratu, menjadi ibu
untuk zuriatmu
dan pakaikan aku mahkota indah
dari mutiara keimanan bersalut istiqamah
Izinkan aku di sini
mencari sinar itu
sinar kuharap tidak akan sirna
kuserahkan cinta ini kepadamu insan yang mencintai Ilahi
insan yang sentiasa haus akan pahala
insan yang zuhud akan dunia
Izinkan aku mencari syurga
di bawah redhamu
kerana syurgaku terletak di bawah
telapak kakimu
maka izinkan aku menciumnya
kerana hanya darimu,
turunnya redha Ilahi kepadaku..
1 comment:
just nice.. :)
Post a Comment