Pages

Thursday, April 26, 2012

Mari belajar bersyukur


  1. Pertama sekali aku bersyukur kerana dikurniakan nikmat Islam dan Iman oleh Allah s.w.t. Aku sangat takut sekiranya kehilangan nikmat ini.
  2. Kedua, aku bersyukur kerana dikurniakan mak ayah yang garang. Mereka telah membawa aku ke sini.
  3. Aku bersyukur kerana Malaysia negara yang aman. Insya-Allah.
  4. Aku bersyukur dilahirkan oleh mak dan ayah aku.
  5. Aku bersyukur mempunyai adik beradik yang ramai. Boleh kawan dengan mereka dan hujung minggu dating dengan mereka.
  6. Aku bersyukur ada keluarga besar jadi ekonomi pun kukuh, ngeh3..
  7. Aku bersyukur dikurniakan fizikal dan mental yang sihat dan sempurna. Alhamdulillah..
  8. Aku bersyukur dapat belajar di UPSI.
  9. Aku bersyukur aku tidak dilahirkan di Amareka, kalau x pakai seluar pendek dah sekarang.
  10. Aku bersyukur bila ada yang jealous pada aku, memfitnah dan mengata aku kerana mereka telah memberi pahala percuma kepada aku (amalan aku tak banyak jadi, terima kacihhhh..)
  11. Aku bersyukur dapat berbakti pada ayah saat hari-hari terakhirnya.
  12. Aku bersyukur ayah garang tak bagi derak kokse.
  13. Aku bersyukur ayah tak ajar aku pakai jeans ketat.
  14. Aku bersyukur ayah tak ajar aku pakai baju adik.
  15. Aku bersyukur rambut aku panjang dan lurus.
  16. Aku bersyukur kerana aku bertudung.
  17. Aku bersyukur kerana aku tahu bersyukur.
  18. Aku bersyukur dikawal ketat oleh mak dan ayah.
  19. Aku bersyukur zaman remaja aku terbatas.
  20. Aku bersyukur walaupun aku lepas daripada kawalan ibu bapa tetapi aku boleh kawal diri sendiri.
  21. Aku bersyukur kerana belajar Tasawwur Islam, Sejarah Islam dan Geografi.
  22. Aku bersyukur aku takut kepada azab Allah.
  23. Aku bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan.
  24. Aku bersyukur aku pandai mengaji.
  25. Aku bersyukur aku banyak cakap.
  26. Aku bersyukur aku makan banyak.
  27. Aku bersyukur aku jadi best student SMK Gaal dan SMK Tok Janggut.
  28. Aku bersyukur aku tak ambik diploma.
  29. Aku bersyukur aku tak masuk kelas sains.
  30. Aku bersyukur kalau dapat jadi cikgu.
  31. Aku bersyukur walaupun tak pandai Matematik tetapi selalu dapat markah penuh Bahasa Melayu.
  32. Aku bersyukur semua adik beradik aku cikgu.
  33. Aku bersyukur aku dah lepas lesen kereta motor 5 tahun yang lalu.
  34. Aku bersyukur dilahirkan menjadi perempuan.
  35. Aku bersyukur aku tak hisap rokok.
  36. Aku bersyukur aku selalu dapat nombor 1.
  37. Aku bersyukur jadi orang Kelantan.
  38. Aku bersyukur dengan kesihatan aku yang tak pernah sakit.
  39. Aku bersyukur aku pandai kawal emosi.
  40. Aku bersyukur walaupun aku boros dan tak pandai jimat duit.
  41. Aku bersyukur masih ada 2 tahun lagi untuk aku menghabiskan pengajian ini.
  42. Aku bersyukur ada kawan-kawan yang baik.
  43. Aku bersyukur aku ada blog untuk menulis list kesyukuran ini.
Banyak sangat nikmat Allah kalau hendak dihitung.. Kalau ada lagi, aku akan tambah. okey......

2 comments:

gua jambu said...

ucapkan Alhamdulillah...=)

gua jambu said...

ucapkan Alhamdulillah...=)