Pages

Sunday, April 29, 2012

Masalah tak pandai bergaya

Macamana nak belajar bergaya? Aku tengok orang lain cantik je dengan pelbagai gaya? Aku? Aku nie memang zero bab nie. Pakai apa yang ada je, tangkap muat orang kata. Simple pahtu selekeh pulak. Aku tak pandai nak mix and match dan aihhh memang tak pandai la. Aku pakai je apa yang aku rasa selesa. Lagipun aku memang suka yang simple2 dan tak terlalu bergaya. Akhirnya jadilah aku budak comot yang selekeh. Sekian. Eh, belum habis lagi.

Kalau orang lain ke kelas dengan mekup, aku lebih suka pakai sunblock dan lips balm jer. Yelah, senang nak solat xpayah cuci2 muka banyak-banyak kali untuk buang mekup tu. Kalau rasa nak pakai bedak, aku hanya pakai bedak baby jer xpun bedak mineral dari avon, tak tebal pun bedak tu. Boleh ke jadi cikgu kalau tak pandai bergaya? Eh sape kata tak boleh? Cikgu yang bagus bukan kerana pakaian dan mekupnya tetapi pada kerjanya. Kena rajin, disiplin, dan sentiasa cari ilmu. Tapi bukanlah bermakna kita kena tampil terlalu selekeh. Kita kena pakai pakaian yang kemas, bersih dan wangi. Apa yang penting, tak menjolok mata dan menutup aurat. Ye tak? Sebenarnya, pakai cantik-cantik nak tunjuk kat siapa? Ada orang pakai cantik2, bukan leh pikat datuk pun. Yang dapatnya buruh binaan je. Hohoho. Gurau je gurau. 

Tapi ni tak bermakna aku tak setuju dengan orang yang pandai bergaya. Aku suka tengok kawan-kawan yang pandai bergaya, cantik. Tudung belit-belit kaler sama ngan baju. 

Apa pun, terimalah apa sahaja kurniaan Allah pada kita. Dan percayalah bahawa semua ciptaan Allah itu cantik-cantik belaka. Sabda Rasulullah s.a.w :

"wanita hiasan dunia, seindah hiasalah adalah wanita solehah"

Cantik dan berhias memang dituntut dalam Islam. Islam tidak suka umatnya yang selekeh, kust masai dan tidak terurus. Rasulullah itu sendiri seorang yang sangat kemas, kacak dan menarik sekali. Malah, senang mata apabila melihatnya. Dan Islam menuntut isteri berhias untuk suaminya. Tapi sekarang ni x, rata2 berhias masa nak g kerja je. Ye dak? Di rumah pula pakai baju lusuh ada polkadot, kain sarung. Parfum pulak bau belacan, bawang putih dan ikan kering. Rambut pulak rambut kak limah.

Pilihlah pakaian yang sesuai. Sape kata berfesyen tidak boleh tutup aurat? Boleh je. Islam pun tak halang umatnya berfesyen asal tak berlebihan dan tak melanggar hukum menutup aurat. Bukankah kita nak pamerkan imej Islam di mata dunia? Kalau tak cantik, macamana orang bukan islam nak tertarik dengan islam. biar agama2 lain tertarik dengan kita. bukan seksi je boleh bergaya. tutup aurat pun boleh bergaya. tengok nie..




ha..manis je kan?







2 comments:

azwa amani said...

cantik tu subjektif.. ada org tengok cantik pada gaya, dan pembawaan diri, pada gaya bercakap... tapi bg saya, sejauh mana di mengamalkan Islam..itulah yg paling cantik. bergaya dengan Islam je pun xde gunanya.. Islam itu dinilai dalam amalan dan bukan sekadar gaya amalan :) kite pun x pandai bergaya. huhuhu

gua jambu said...

=)