Pages

Saturday, May 12, 2012

Berlalu sudah musim duka..

Hehehe..berlalu sudah musim duka.. Alhamdulillah... Sehari lagi akan masuk ke minggu 12.. 2 minggu lagi kuliah dan 2 minggu musim peperikasaan. Sejak minggu ke8 aku sibuk sangat sibuk.. Hari nie baru rasa free sikit.. Lepas hantar buku log pandu puteri.. Tapi masih ada beberapa perkara yang belum selesai.. Teori Sastera belum bentang, Morfologi bahasa Melayu belum siap.. Minggu depan ada 3 test.. Nak kata merdeka tu tidak lagi tapi ok sikit la.

Sibuk sampai tak sempat nak update belog.hehe..tapi sesibuk mana pun aku, aku tak pernah melupakan yang tersayang..hik3..ada orang sibuk sampai xleh nak luangkan sedikit masa pun dengan orang penting dalam hidup. bagi aku, kalau kita penting dalam hidup seseorang, sesibuk mana pun dia, dia takkan lupakan kita.

Aku nak ucapkan terima kasih kepadanya kerana tolong aku siapkan esaimen.. Terima kasih sebab sabar ngan aku. Kena marah ngan aku. Dekpun, banyak songeh. Tak kisah lah dia tak ikhlas nak tolong tetap nak ucap terima kasih jugak. Nanti saya belanja awak makan di Alamanda. hehehe..

Aku nak ucapkan takziah untuk kawan baik aku, Nor Halilah @ Lylo yang baru sahaja kehilangan ayahnya, Ust Alwi .. Selama nie dia duk chatting ngan aku. Dia tanya ayah aku. Dia kata ayah dia pun tengah sakit, setiap hari nangis teringatkan ayahnya yang sakit. Aku faham sangat apa yang menimpa dia. Aku bersyukur ayah aku sakit tak lama. Tapi redha, semua dah lepas. Akan tiba giliran kita pulak. Pasti berlaku. Yang aku simpati sangat2, kawan aku belajar di Unimas. Dia ke Sarawak sampai pukul 6 petang. Pagi esoknya, ayah dia meninggal. Terpaksa balik pulak jauh2.. Erm.. kalau boleh aku tak nak duduk jauh2 dengan keluarga. Keluarga di sini kita di sana. Kalau ada emergency susah nak balik, tiket mahal pulak tu. Ambik masa untuk cek in lagi.. Kalau kat semenanjung, ada duit Rm100 dah boleh balik kampung wat isi minyak kereta. Kalau takde kereta boleh naik bas. Xpelah.. sama2 kita sedekahkan alfatihah.. Nampaknya tahun nie bukan sahaja aku yang jadi anak yatim.. Ada beberapa orang yang senasib denganku.. Apa pun kena terima. Dan kena bersedia untuk hari terakhir kita pulak.. :(

1 comment:

shahfalah said...

Sama2...hehehe..ikhlas tolong...
dan tolong sekadar yang termampu je..
InsyaAllah...

Sekarang kena tumpu pada exam pulak...lepas ni giliran Nora Aniza pulak kena fokus pada exam...

Semoga Allah permudahkan urusan kita dan kita sentiasa mengingatiNya...