apa rasa bila kepercayaan dikhianati? selama ini kita percayakan dia. yakini dia dia suci 100% tanpa alkohol tanpa bahan pengawet tanpa campuran bahan kimia. selama ini kita masih belum kenal dia dengan baik lagi. pada mulanya segalanya sempurna. tak ada kekurangan, tak ada cacat celanya. tapi kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi apa saja kemungkinan yang tak terjangka. sakitnya bila kepercayaan dikhianati. kejujuran dibalas dengan kecurangan, susu dibalas tuba. dalam hati kita hanya ada dia, tapi dalam hatinya masih tercari-cari siapa yang terbaik. mungkin ada kekurangan kita yang dia xleh terima. mungkin juga kerana memang dia diciptakan tak cukup dengan satu. kita memasang angan-angan setinggi gunung bersama bulan dan bintang. mengimpikan mahligai bahagia dibina bersama atas dasar cinta, kasih, dan yang utama kerana Allah. perempuan, apa saja tentang pakwe nak diceritakan dalam fb..dalam belog. tapi sebaliknya bagi dia. haram untuk dia publishkan kita dalam fb atau blognya, mungkin bimbang sahamnya jatuh, tapi bersungguh2 mahu kita publishkan dia, dengan harapan semua orang tahu, kita gilakan dia.
fikirlah sebaiknya. tak payah nak setia sangat lah. tak payah nak romantik2 sangat. semua nie palsu belaka. kalau orang yang disisi boleh bertindak curang, kita pun boleh. masih ramai yang pegang di pinggang dan merayu2 di kaki. untuk apa mengharap pada yg tak sudi. xyah nak jiwang2 sangat bila putus cinta konon berakhirlah hidup pastu nak gi terjun b.e-learning tingkat 4.. xpayah!!! relakslah. bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor..
*untuk suami saya nanti...walau siapa pun kamu, (sebab belum jumpa/kenal lagi) aku janji akan setia padamu. wahhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
aw.. geli cakap pasal nie..
aw.. geli cakap pasal nie..
No comments:
Post a Comment