Pages

Wednesday, May 30, 2012

I am Kampung Girl

suka atau tidak, inilah aku. aku hanya gadis kampung, seorang yang biasa, serba sederhana, seperti anda semua.. ceh ceh ceh ayat lagak neelopak betul la. ciri-cirinya.



  • bertudung, 
  • pakai baju kurung, bukan seluar pendek nampak paha gebu
  • makan menggunakan tangan, bukan sudu
  • sarapan dengan nasik bukannya roti.
  • memang aku tinggal kat kampung bukan kat KL,
  • ibu bapa orang kampung bukan orang putis...
  • rumah kampung bukan istana yang ada orang gaji
  • berkulit hitam bukan putih gebu

walau siapa pun kita, bersyukurlah. seperti aku bagitau sebelum nie, membangga diri lebih baik daripada tak sedar diri. ada orang tak mengaku bapa, tak mengaku ibu sebab ibu dan bapa orang susah. ada orang, malu kalau ayah hantar ke sekolah dengan motor buruk, mintak ayah turunkan jauh2 dari kawasan sekolah bimbang kawan2 nampak.

ada orang, tak bagitau ayah bila ada mesyuarat PIBG di sekolah. seboleh2nya tak nak publishkan ibu dan ayah. malu bila ayah dan ibu datang ke sekolah pakai selekeh dengan motor atau kereta buruk. malu sebab ibu tak pakai Ariani 2 layer huhuhu dan macam2 lagi kes. 

alhamdulillah aku tak seperti yang aku sebutkan di atas. kalau ayah datang ambik aku di sekolah, aku bangga. ayah, ibu. segala2nya bagi aku. setiap kali menerima anugerah, pasti aku bawa mereka. aku tak malu untuk mengaku siapa aku sebenarnya. 

kalau aku nie anak orang kaya, tak ada nya aku nak duduk kat UPSI jadi cikgu yang gaji 10 sen. kalau aku anak raja, anak datuk, aku dah masuk universiti kat luar negara. wat apa jadi cikgu kalau selama nie aku dah hidup dalam kemewahan? sebab aku orang kampung jadi aku usahakan. gaji cikgu tu dah banyak dah bagi orang kampung macam aku. kalau aku anak orang kaya, gaji cikgu setahun pun tak mampu nak beli handbag aku. huhuhu.. aku xde mercedez pun kudis ada la. nak tengok? aku ke kelas ngan motor je. u see u see betapa humblenya aku. ada aku ke kelas naik Porche ke?aku tak suka berlagak. aku lakukan apa yang aku mampu sahaja. pada aku, tak payah nak berlagak kalau tak mampu, tak payah nak control ayu kalau tak mampu.

ok.. terima diri sendiri seadanya, barulah orang lain akan menerima kita seadanya. sampai bila hidup perlu dalam kepura-puraan? rela berlagak sebab nak nampak hebat di mata orang lain, sedangkan ada yang sedang menanggung kesusahan akibat kita.  apa yang aku dapat, sebenarnya kebanyakannya atas usaha sendiri. alhamdulillah sejak masuk UPSI aku tak pernah membebankan ibu aku, tak pernah mintak duit setiap bulan.

aku adalah aku. tak siapa boleh mengubah aku, aku tak sombong, tak agah. aku berkawan dengan semua orang yang nak berkawan dengan aku dan menolong setiap orang yang perlukan pertolongan aku. jadi, inilah aku. suka atau tidak, ia tetap aku. kalau tak suka aku, aku tak kisah sebab orang yang tak suka sebenarnya tak memberi faedah dalam hidup aku. aku tak suka aku dibanding2kan dengan orang lain sebab hanya ada seorang aku dalam dunia nie.

dalam cinta, cececece..kalau mahu aku, inilah aku. kalau tak mahu, aku lagi tak mahu. jangan ada di sisi aku kalau dalam hati ada orang lain. aku jenis tak heran pada sesiapa pun. dan tak ambik kisah pada sesiapa pun. kerana aku hanya ada pada orang yang memerlukan aku.




4 comments:

inche hlovate said...

aku pun budak kampung.. best ape jadi org kmpung kan..

Nora_Aniza said...

memang best :p

Nora_Aniza said...

memang best :p

Fatkhurrokhman said...

tulisan bagus... biar anak kampung yang penting taqwa...itu mulia..