Pages

Sunday, May 6, 2012

Ibu

Perasan tak? aku tak pernah post pasal ibu aku..semuanya pasal ayah aku..
entry kali nie untuk ibu aku pulak..yang aku panggil "cik"..
biasanya kat Kelantan orang panggil "cik" kat ayah..
tapi sebab keturunan raja ibu dipanggil "cik"..

cik aku nie bekeng ya amat..
tahu bekeng? mengikut google translate bekeng ialah garang..
memang garang betul tak kira siapa..
sebut je menteri mana, penguatkuasa, polis, JPJ, cikgu, wakil rakyat, 
lawyer, doktor, majestret semua tunduk kat dia...
sekali dia singsing lengan baju semua diam..hehehe..

kalau dia marah, dia akan brabrabrabrabrabrabra
sampai orang lain terdiam..
paling terbaru, cik aku telah ke sekolah kerana ada cikgu mengaibkan adik aku
dan menuduh tanpa bukti..
kes berat nie kalau bawa gi mahkamah kompom kena jel cikgu tu
kalau ikut hudud pula boleh disebat 80 kali..
jadi cik aku gi makin hamun cikgu..peduli apa kan..?
nak tuduh pun tengok orang laa..tengok keturunan..
nasib baik tak kena pindah gua musang cikgu tu...

hairan..adik aku yg ganas macam nie pun boleh dituduh yang bukan-bukan

sambung-sambung...
cik aku tak payah nak masuk universiti untuk berjaya
dia berjaya menggaji beberapa orang tukang jahit untuk membantu perniagaan dia.

bagi aku cik aku adalah pengurus terbaik di dunia ni
dan sangat rajin..
pagi-pagi dia akan solat subuh berjemaah di surau tepi rumah
kemudian dia akan uruskan anak-anak untuk ke sekolah, 
menyediakan sarapan, 
dan bersiap untuk keluar meniaga..
bila balik, masak untuk tengahari..
petang-petang pulak memotong baju..
malam di surau..
macam tu lah rutin dia setiap hari..

kalau aku?
aku rasa aku tak mampu nak mengurus seperti itu..
dalam masa 6 pagi-7 pagi..
mesti semua kerja aku jalankan akan lambat..
nak urus diri sendiri pun tak mampu
apatah lagi nak urus adik2..
nak kejutkan amir, aisyah dan kak nor bangun pagi..
dah la liat sekor2..
xmacam aku yang rajin bangun pagi.. (kat TM je tengahari xcelik2) haha
nak suruh amir mandi..
nak gosokkan baju amir..
bukan setakat gosok baju, gigi dia pun kena gosok..
pastu kena ikat tali kasut..aduh!
kena salin jadual amir..
kena letak songkok dalam beg..alahai..
pastu nak kena hantar amir ke sekolah..
amir pulak, tak nak aku hantar kalau pakai baju huduh2
nak aku pakai cantik2 baru boleh hantar dia ke sekolah
aish!!! pandai la amir 
baru darjah 3,
tinggi betul taste dia..hahaha

cik akan marah kalau aku :

-bangun lambat-
-pakai tak senonoh-
-tak buat kerja rumah-
-apatah lagi kalau tinggal solat-
-derak kokse-

nape la gambar kepala tu xleh nak crop..
ni lah cik aku..
cantik x? xde la cantik pun..lebih kurang neelofa je, hak3...
walaupun aku jauh, tapi ada 3 orang adik aku di rumah
dan seorang abang..

aku tak leh bayang macamana kehidupan tanpa cik
semua benda kena cik uruskan..
aku hanya boleh tolong sikit2 jer...
aku tak pandai nak urus semuanya.

macam aku kata tadi, cik sangat bekeng..
dan sebab bekeng lah anak-anaknya berjaya (insya-allah)
kalau baik, tak lah aku sampai ke tahap nie..
jadi, terpaksalah menadah telinga untuk mendengar semua leteran cik..
jangan sesekali  terasa hati dengan ibu..
mungkin aku belum ada anak aku tak faham hati seorang ibu..
tapi aku akan usahakan agar aku tak melukakan cik dengan perbuatan yang bukan2..

tapi setakat nie ok..
aku dah banyak kali membuat cik bangga dengan aku..
tiap kali terima anugerah aku akan bawa cik dan ayah...
insya-allah konvo nanti cik masih ada untuk tengok aku..
uruskan perkahwinan aku (uhuk3 minumlah ubat batuk cap ibu dan anak)

semoga cik panjang umur..
ada yang tanya :
"sejauh mana anda sayangkan ibu anda?"
lalu ramai yang menjawab
"lebih dari nyawa sendiri"
jawapan itu mungkin sangat lazim..
tapi hakikatnya, memang itulah jawapan yang sebenar..
sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata..
dan rasa sayang itu akan bertambah kuat bila ayah dah tak ada...
semua orang pasti akan melaluinya....pastiiiiiiiiiiiii

moral of the story : 
sentiasa doakan kedua ibu bapa kita.. untuk ibu yang masih hidup..

"ya Allah ya tuhanku. ampunkanlah dosa2 kedua orang tuaku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, dan lindungilah mereka.. Ameeenn.. "








No comments: