Pages

Tuesday, May 8, 2012

Tingkatan 6.. atau Diploma

Sebelum tu aku nak jelaskan terlebih dahulu kat sini bahawa aku tak berniat nak kondem sape2 kat sini. yang ambik diploma tu, maafkan aku sebab aku hanya nak bagitau pengalaman aku.

aku tahu sekarang keputusan UPU dah keluar. dan budak2 pun dah pening lalat sebab nak buat pilihan.

Masa aku masuk tingkatan 6, tak ramai antara kawan aku yang berjaya. Tak kurang jugak yang berjaya ke UITM, UM, UUM,.. aku pulak masih berada di sekolah.. kena bangun pagi-pagi, ke sekolah pakai baju sekolah, salin jadual, pikul beg berat..kena tempuh 8 km dari rumah aku.. pergi sekolah pukul 7.45 balik pukul 3.. kelas tambahan lagi, kokurikulum lagi..kerja sekolah bertambun-tambun.kena marah ngan cikgu.. berbeza dengan universiti.. kelas kul 8-10.. kemudian 5-7 ptg.. banyak free..masuk kelas ikut suka je pensyarah tak marah..nak ke kelas boleh nak poteng pun boleh..xde sape kisah..dalam kelas nak main mesej boleh, nak main FB pun boleh sampai nak update belog pun boleh..

Mula2 aku masuk ke tingkatan 6, ada kakak2 dan abang2 dari UPSI datang buat ROS kat sekolah aku. dia kata dia faham perasaan kami. terkilan sebab tak dapat universiti. Aku sebenarnya, tak mintak pun. dan aku memang tak nak ambik Diploma kerana melihat adik-beradik aku yang berjaya, tak ada yang ambik diploma. kalau diploma perguruan tu okay la kan.. aku juga terpengaruh dengan abg dan kakak2 aku agar jangan ambik Diploma. Rugi kata mereka. mereka juga tak bagi aku masuk kelas sains.. katanya, kalau betul2 pandai xpe la..kalau tak berapa baik xpayah nak berlagak.. kata mereka laaa, bukan aku yang kata.aku hanya menurut.. dan memasang azam untuk masuk ke UPSI seperti mereka semua.

Mula2 tu rendah diri sangat kan? kawan2 dah di u, kita sekolah lagi. masa buat reunion, semua mereka mahasiswa..aku je budak sekolah..memang rendah diri sangat2..tapi demi persahabatan aku sanggup meluangkan masa bersama mereka, lagipun mereka baik.. werk..masa tu dia bercakap cara mahasiswa bercakap la.. study week la, esaimen laaa, cuti sem la..pendrive la..aku tak tahu ape2..kesian aku...masa sem 2 baru kenal pendrive..hahaha..pastu dia keluarkan istilah tu, cakap sesama mereka.aku dengar je, macam ayam dengar kambing bercakap bukan tahu apa pun..

tapi bagi aku memang betul ambik Diploma nie rugi.. Dip 3 tahun.. tingkatan 6 pulak setahun setengah. orang kata kalau dip nak sambung ijazah jadi leh pendekkan masa ambik ijazah tu.. xjugak.. kawan2 aku sekelas ramai yang umur 24, 26, tapi baru semester 1. dahsyat tak dahsyat! mungkin ada betulnya masa dapat dipendekkan.. tapi kalau tu pun kita ambik kursus yang sama. kalau awak ambik dip hotel katakan, nak sambung pendidikan ERT, sama je 4 tahun 8 sem jugak tempoh dia..lagi rugi ada. 3 tahun + 4 tahun = 7 tahun sedangkan tingkatan 6 1 1/5 tahun + 4 tahun = 5 1/2 tahun.. adik2, kenapa kita nak toleh ke belakang sedangkan ada jalan pintas untuk berjaya.

Now, aku semester 4, dan insyaallah 2 tahun lagi aku akan habiskan pengajian nie..lagi satu, bila ambik dip kena ambik ptptn, ambik ijazah tambah lagi hutang..berapa byk hutang?? sekarang, aku bukan nak menghina sape2 sedangkan masa depan aku pun belum tentu lagi.. tapi ni hanya pendapat aku sendiri.. berdasarkan pengalaman aku dan kawan2 aku.. sekarang aku tengah seronok2 menghabiskan duit biasiswa sambil tunggu 2 tahun lagi untuk habis belajar. tapi, bila aku tanya kat kawan2 dulu..yang dah habis diploma, kita tanya.. "tengah watpe sekarang?? kerja kat mana??" lalu mereka menjawab, kerja kat Mall..jadi cashier, jadik saler..macam tu lah..

pandanglah jauh ke depan..tetapkan matlamat kita, apa kita nak jadi. jangan tak tahu pulak, atau lebih teruk tak ada cita2.. pahatkan kukuh2 cita2 tu, kemudian cari jalan macamana nak mencapai tujuan tu.kena tahu saluran yang betul..apa minat kita,,sejauh mana keupayaan kita, yang penting tetapkan matlamat awal2 lagi..

contoh aku la..masa tingkatan 4 aku dah buat keputusan nak jadi cikgu. aku tahu saluran yang betul nak jadi cikgu. aku minat subjek sastera melayu. dan aku angan2kan aku nak jadi cikgu sastera melayu. bagi aku kalau nak jadi cikgu bm ke, sastera ke, kelas mana2 pun boleh..apa guna kerah otak masuk kelas sains kalau sedar kita tak mampu. jadi, ambik kelas sastera. kemudian betulkan saluran kita, aku nak jadi cikgu sastera, tak kan aku nak mintak uitm kursus hotel pulak kan..mesti lah langkah seterusnya ke ting6.. masa tingkatan 5, 6 usaha sungguh2,..buat geram! geram pada buku! bila nak buat permohonan, tengok la apa yang kita nak tu sesuai ke tak ngan keputusan kita. Last sekali sastera aku dapat A. yeah! dah boleh jadi cikgu sastera nie..kemudian, apply la..insyaallah dapat..asalkan matlamat jelas. bukannya sekejap nak jadi cikgu, sekejap nak jadi misi, sekejap nak jadi polis,,xleh gitu..xleh2....

yang ambik dip, bukan semua tak berjaya,, tak semua..yang berjaya pun ada..cuma lambat sikit.. jadi janganlah anggap kita terlalu rendah berbanding orang lain..kita lambat sikit masuk u, memang kita lambat sikit, tapi mereka terlambat banyak..hutang pun banyak..memang nampak berlagak orang U...kita yang tingkatan 6 nie xkurang hebatnya.. kita banyak belajar.. Hampir semua benda kita dah belajar di Tingkatan 6.. contohnya aku ambik bahasa melayu..sekarang dah semester 4, aku tengok aku belajar benda yang sama je macam bahasa melayu tingkatan 6 dulu.. memang level tinggi... jangan risau, tingkatan 6 memang tinggi ilmunya..

dan sistem baru tingkatan 6 yang akan bermula nanti, dijangka pelajar akan lebih menguasai kemahiran matapelajaran. dijangka jugak, pelajar tingkatan 6 bacth baru nie kualiti melebihi Dip. 

sekian..


2 comments:

Anonymous said...

setuju sgt2 kak....
ore dlu pom xaply mne2 u pas abez spm .. mugow mikir stpm ny dpt bkak blik plue hk kto nok... laen la mce diploma... law diploma kte amik certain2 kos meme mjurus dh,, ny law stp law kto xleyh 1-1 kos kto leyh plih hop laem plop...meme r mse dlu pom rse rdh dri jerk blo jupo ngn ore.... nk oyp ngji mno pom malu...

Nora_Aniza said...

ye betul..kita leh cover spm..leh pilih kos yang sesuai dengan kita... hehe..xpayah malu.. bangga pulak.. xde beza pun sebenarnya. cuma ting6 nie dia buat di sekolah je..tempat je lain..