Pages

Monday, June 25, 2012

Handbag Besar

Gambar di atas gunung ape tak tahu.. yang pasti bila naik bukit nie nampak pemandangan bandaraya Miri yang sangat mengkagumkan. Nampak pantai dan pulau sama tinggi dengan langit.


Assalamualaikum...

Hari ni nak cakap tentang handbag. Aku suka handbag besar. Kalau ada yang sebesar guni tapi cantik pun aku beli lagi. Hehehe. Ada orang tanya, nape suka bawak beg besar-besar? 

Sebab aku jenis bawak barang banyak. Apa yang kena ada dalam handbag?

-Beg duit yang semestinya berisi duit, kad bank,lesen memandu, gambar sugar daddy dan macam-macam lagi.
-Handphone.. Kalau tak letak dalam beg, leh letak dalam poket seluar tapi time nak masuk tandas, susah la. Boleh elak daripada tercicir.
-Pampers..he...he..he.. (segan2 tutup muka).. Pampers org dewasa tau. Yg ni wajib bawak lain la kalau dah menopous.
-Tisu atau sapu tangan.
-Pen dan kertas.
-Bedak baby. Time muka berminyak atau ketiak berpeluh sapu je.. hahaha
-Kamera digital.
-Telekung solat.

Aku kalau jalan-jalan memang kena bawak semua tu. Sebab tu aku tak ada handbag kecik-kecik. Lagi satu, time shopping memang wajar sangatlah bawak handbag besar. Nanti barang yang kita beli tak tercicir, sumbat je dalam handbag.

Sugar daddy aku pernah beli baju. Kemudian aku kata meh aku letak dalam handbag. Dia tak bagi. Pastu dia nak cucuk duit, dia letak baju dalam plastik tu atas mesin ATM. 2 jam pusing-pusing baru dia perasan yang dia tertinggal baju atas mesin ATM. Gi balik, dah tak ada. Haaa.. sebab tu kena bawak hangbag besar-besar. 

Dan handbag besar jugak berguna untuk bawak gi kelas. Wat isi buku, air mineral, telekung solat, kotak pensil.


Comel-comel sokmo :-)

Monday, June 18, 2012

Jalan Masjid India

Hari ini dalam sejarah, buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Jalan Masjid India. Kahkahkah! Semua kawan-kawan, pelajar-pelajar UPSI selalu shopping di sana kan? Banyak baju, handbag, kasut, aksesori, mainan kanak-kanak dan macam-macam ada lah, murah giler semuanya. 4 semester aku di Upsi aku tak pernah outing ngan kawan-kawan kat sini. Yelah, aku tak ada kawan, apetah lagi Geng! 

Aku kaki jalan, tapi dapat kawan tak suka jalan. Asyik xde duit dari awal sem sampai akhir sem. Kalau ajak jalan2 awal sem, katanya nak jimat duit untuk semester nie, kalau ajak hujung semester pulak kata dah habis duit.. hihihi.. Tak apa lah. redha. Nasib baik sugar daddy kaki jalan2. Jalan tanpa henti dari pukul 9 pagi sampai 11 malam. Tak ada kamera nak tangkap gambar sebab sengaja tinggal kenong kahkah di Putrjaya. Berat nak usung and bawak merata-rata, hihihih.. sebab tu kena beli Iphone4s.

Aku gi pun sebab nak jenguk2 BFF aku yang kerja di Jakel di sana. Hihihi, kalau tak memang xgi dah. Terkejut beruk tengok barang murah giler. yelah, memang barang cap ayam tapi jauh lebih murah daripada tempat lain. (dengan muka terkejut & excited nak report walaupun orang lain dah lama tahu..haha).. 

Tapi frust giler sebab tak leh beli apa-apa. Beli baju polkadot untuk Uyen jer, dan makan kat gerai yang orang ramai, kedai sempit nak mamp tapi sedap dan murah tu. Kami makan nasik, sayur ngan daging masak merah and ikan pari bakar dengan teh o ben sugar daddy bayar. Nak datang sangat kan, aku dah bagitau aku tak ada duit nak jalan2 hujung2 sem ni, ada sikit je lagi simpan nak gi jalan Bintulu minggu depan tu pun duit sugar daddy jugak kahkahkah! aku nak beli baju nie, sugar daddy kata tak leh. nak beli baju tu, kata xleh. semua xleh. sebab banyak baju yang xlulus SIRIM, bila pakai nampak punggung tonggek Neelofa. hahahaha. frust tak leh beli apa-apa. =( =(..

Kemudian, tak tahu nak tuju ke mana, kata kawan aku gi Times Square je. yang nie selalu la gi..mula gi tengok wayang, Ghost on Air tapi aku tutup mata je masa tengok sebab malamnya semua rumit dah balik kampung jadi tinggal aku sorang2 kat bangunan usang nie. huhuhu.. lepas tu, shopping2 beli baju, kasut, handbag, peneflex sebab sakit belakang, pastu tak ingat dah beli apa..haha.. tengok. ajak aku jalan2 kan aku dah shopping sampai habis beratus2. ganti balik! ganti balik! hahaha..

bila dah siap shopping, gi makan tak ingat ape dah nama dia chicken rice butter black pepper apa entah macam tu la haha..pastu penat sangat2 gi KL sentral duduk atas kerusi urut nak hilangkan sakit-sakit sendi. kemudian sampai di Tg. Malim berenti di kedai mamak, makan roti boom, mee goreng mamak. semalam dah makan roti boom. aku makan sebjik roti boom, 2 bijik roti canai kosong, dengan ayam kari mamak dan kari kambing. sugar daddy pulak aku tak benarkan dia makan banyak2, makan roti boom sebijik cukup la sebab dah buncit,,hahaha.

Masa sugar daddy datang umah aku, aku turun, dia terkesima tengok aku kahkahkah tak biasa tengok aku bermekup macam mejoh, pondan kampung aku. biasanya kalau jumpa dia aku pakai bedak baby jer ngan baju biasa2 macam bibik. tapi hari nie sepesel sikit. alah, baru pakai eye liner ngan letak sikit lipstik dan kerongsang bunga ros besar dah terkesima, tu tak pakai blusher, eye shadow ngan bulu mata pelesu lagi. ihihhihih.. aku biasa gi kelas pakai mekap la, tapi nak wat macamana aku tak sekelas ngan sugar daddy aku. hahaha..sebab tu dia terkejut beruk..seronok! hahaha..

Esok pulang ke Putrajaya, dan lusa ke Bintulu, Sarawak! Bye-bye Tg mAlim, jumpa bulan 9 yer.


Friday, June 15, 2012

Pendengki

Assalamualaikum...

Hari nie nak ceritakan perihal pendengki. Walau siapa pun kita, tak boleh lari daripada dengkikan orang dan orang dengkikan kita. Bila dengki, mula mengumpat, bila mengumpat boleh membawa fitnah.

Situasi 1 :

Seorang pelajar kelihatan mewah bergaya dengan kereta/ pakaian mahal-mahal. Lalu diumpat di belakang2. "Ek eleh, kalau nak berlagak guna duit mak bapak, tak yah arrrrr".

Sekurang2nya duit mak bapak dia, bukan duit mak bapak awak. Dia tak ganggu hidup kita pun kan?

Situasi 2 :

"Eh, pakwe kau kerja ape?"

"Pakwe aku cekgu je"

"Dok rok eh cekgu, gaji 10 sen!"

Biar ar.. pakwe ko polis prebet xpun kerja kilang aku tak pernah pulak nak menghina2 kerja orang. Biar gaji sepoloh sen pun sekurang2nya ada ilmu. Aku ada. Ko ada?

Situasi 3 :

Situasi paling pelik. Walaupun dia serba lebih daripada kita tapi tetap dengki ngan kita, bimbang satu hari nanti kita pulak lebih daripada dia. Dan mula mengata dengan harapan akan mematahkan semangat kita yang sedang berusaha nak senang macam dia. Contohnya :

"Eh, anak aku kerjaya drebar lori ayam gaji mahal macam PM, anak kau pulak tengah belajar kat universiti, belajar tinggi-tinggi kerja belom tentu.. Ngeh3!"

Situasi 4 :

"Ek eleh, pakai tudung Pearl Haya bukan cantik pun. Berlagak macam mahal. Kalau macam tu 10 bijik pun aku boleh beli laaaaaaaaaaaaa "

"Habeh tu nape xbeli?"

"Xsesuai ngan muka"

Kihkihkih...

*Aku tak kata kat sape2..sapa yang makan KFC spicy dialah yang terasa pedasnya. Kalau orang tak ganggu hidup kita, janganla kita ganggu hidup orang. Kalau dengki, simpan dalam hati. Xyah tunjuk yang kita tu dengki. Malu kokram abe yoh. Kalau tak puas hati dengan seseorang, PM dia kat FB, nasihat elok2.. Bukan dengan mengata2, mengutuk atau memfitnah. Lagi haru kalau orang tu xpernah kita kenal, kita nak ngumpat dia. Sengaja nak bagi pahala free kat dia betul x? Kita dengki kat orang, tu masalah kita. Hati kita. Bukan masalah dia. Jadi, pandai2 la kita selesaikan masalah kita sendiri.

Tuesday, June 12, 2012

Kesimpulan semester 4 dan harapan untuk semester 5

ohayogozaimash!

eh.. tu ucapan selamat pagi.. nie pukul 12 malam.. jadi

konbawa!

overall, semasa mengalami semester 4 nie, aku cukup berpuas hati dengan kehidupan dalam semester 4 nih. tak banyak masalah. yelah. ayah aku pergi semasa aku semester 3, tu pun tengah exam. aku benci semester 3! tapi bersyukur dengan semester 4, alhamdulillah syukur kepada Allah. semester ni aku ambik Pandu Puteri menyebabkan hujung minggu aku terbatas jadi aku boleh save money ihsan KPM sebanyak RM700.. Semester lepas kering sampai kena mintak dengan mak! hehe..tapi sem lepas sebab aku balik kampung tiap2 minggu tengok ayah sakit. redha. dan aku tak sabar nak balik cuti semester di kampung tahun ni. 

yeay!!!
tahun nie dapat puasa kat kampung. tahun lepas aku jadi baby sitter di putrajaya, tahun sebelumnya puasa kat kolej dan tahun nie puasa kat rumah. tak sabar nak tolong mak jual baju raya dalam bulan puasa sebab gaji lumayan tahu. gaji kuli batak macam aku, rm100 sehari boleh dapat. kumpul untuk beli iPhone4s nanti semester 5. hahaha... mak aku macam tu lah. sebab masa aku kerja dengan dia, dia dah bagi banyak jadi tak ada alasan dia kena transfer duit tiap2 bulan untuk aku di UPSI. ok mak. anakmu ini faham. sejak kecik lagi aku tak mintak duit, kalau nak duit, gi jual kain. kena rasa penat lelah bekerja, barulah lebih menghargai rezeki yang dapat.

harapan untuk semester 5 :

-semoga aku cemerlang keputusan semester 4... (target 3.8 ++ tapi oleh sebab kewujudan paper 2p dan english communication membuat aku kurang berkeyakinan)

-semoga sem depan aku dapat jimat macam semester ni (target rm1000 untuk wat kawen.kihkihkih)

-semoga dapat beli iPhone4s (malas nak usung kamera gi sana sini..jadi guna iphone je)

-bertunang (hahaha)

-semoga keluarga aku sihat selalu...(tuhan jangan uji aku lagi..aku tak mampu nak lalui semua nie..tengah study nie..okk okk nanti dah kerja ke, kawen ke...nanti aku tua ke... )

-semoga diberikan kesihatan yang baik

-fokus study!

-semoga masih hidup.. =(

-semoga diberi kekuatan untuk berubah

Wassalam..


Motivasi Maksiat "Islamik"

Assalamualaikum

Pertama sekali jangan cepat nak marah dengan apa yang aku nak bagitahu. Bare nyato! Bakpo nok marahnya? Aku cuma nak bagi pendapat sahaja. Bab ngomen no1 kan?  Dan sebelum kita pergi lebih lanjut, aku nak mintak maaf berbilion2 andai ada yang terasa hati, jantung, paru-paru, limpa dalam entry aku kali nie. aku tak berniat nak memburukkan mana2 pihak. sekadar menyatakan kebenaran. sabda Rasulullah : 

"hendaklah kalian tetap berkata benar sekalipun menghadapi bahaya. Sebab di dalam kata-kata yang benar terdapat keselamatan" (HR. Ibnu Abi Ad-Dunya)

Sebenarnya, banyak sangat-sangat kem motivasi atau kem-kem lain yang lebih kurang sama sahaja maksudnya. Kem kepimpinan ke, kem kesedaran ke, kem dakwah ke.. cuma nama sahaja berbeza. Tapi sebenarnya banyak menganjurkan maksiat. Hah???? Maksiat??? Yawn, maksiat! 

Dan jangan salah faham. Bukan aku tulis nak tujukan kepada kem-kem tarbiyyah yang benar-benar menjaga syariat dan membentuk golongan soleh dan solehah! 

Tapi tak banyak yang benar-benar menjaga batas. Mungkin namanya islamik. penganjurnya ustaz dan ustazah, namanya pun islamik tapi kebanyakannya tak mampu nak menjaga betul-betul kem yang dikendalikan.

Pada asalnya matlamat nak lahirkan remaja yang punya keyakinan yang tinggi, tapi yang dapatnya.. seorang remaja yang hilang rasa malu, lebih bersosial dan lebih "berfikiran terbuka".. lagu lagu mana pun, matlamat tak menghalalkan cara.

apa yang salahnya..
fasilitator duduk dengan peserta dalam keadaan yang agak rapat dan saling bertentangan. katanya : "alah. bukan bersentuhan pun. berbincang dalam kumpulan je pun". Inilah dia, bersukan sama-sama, latihan dalam kumpulan sama-sama, bahkan masa makan pun masih nak semejakan peserta lelaki dan perempuan. terkikisnya nilai rabbani dalam program "islamik" tersebut.

satu lagi, tak menghormati waktu solat. dan ada kem yang aku sertai, solat sendiri-sendiri je. solat berjemaah langsung tak ada! kadang-kadang padatnya program yang dirancang terpaksa membuat aku, solat pun nak cepat sebab terpaksa mengejar masa. seolah-olah, slot lain lebih penting daripada solat itu sendiri.Mengapa pihak penganjur tak mementingkan solat, berbanding slot-slot lain yang dianggap lebih berkesan untuk membentuk peribadi? Apakah tak percaya dengan firman Allah?

"Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar"
(al-ankabut : 45)

lagi, bila buat aktiviti ahli kumpulan dibahagi-bahagikan. terdapat percampuran antara lelaki dan wanita. di situ, mereka akan mula berpegang-pegang, bersentuh-sentuhan. bila ditanya kenapa campur lelaki dan perempuan, jawabnya cuba nak dedahkan praktikal komunikasi bersama kaum bukan sejenis di samping nak kukuhkan "ukhuwwah" sesama muslim (tengkorak betul! shit shit shit!!), membentuk kerjasama antara ahli pasukan serta membiasakan diri antara muslimin dan muslimat! 

kemudian, aktiviti masuk dalam air! yang nie paling syok!
peserta bertudung labuh masuk dalam air. yang tak tudung labuh?? kemudian nampak ketat. baju-baju dalam semua nampaklah pendek kata. bonjol2 pun turut nampak. kemudian dalam keadaan seksi naik kayak bersama2 peserta lelaki, ada peserta perempuan dalam keadaan terkangkang lah, menonggeng lah. yang jauh sangat daripada fitrah seorang wanita. molek sangat lagu tuh?

lagi, paling tak boleh blah sekali, bila malam bagi ceramah agama! ptuiiiiiiii! ingat mati pulak yer..
konon islamik lah ko punya program. niat nak lahirkan golongan soleh solehah tapi lain pulak jadinya.

Aku rasa, penganjur takkan mampu nak menjaga semuanya, kompom! namun, usaha ke arah itu perlu ada. asingkan peserta lelaki dan perempuan. jangan sesekali berselindung di sebalik nama islam.

aku elakkan tinggal di kolej sebab faktor nie lah.

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang2 lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci daripada mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan"
(an-Nur :31)

Lebih syok gi kem Puteri Umno sebab semuanya perempuan. Ustaz yang bagi ceramah je lelaki. Ko ingat UMNO2 nih xde slot agama ke heh?????
*tapi xde pulak kitorang nak gunakan nama islam



Sunday, June 10, 2012

Jangan Lupa Namaku

Assalamualaikum

Ini lagu Jangan Lupa Namaku daripada Pompa Bensin. Pada aku, lagu nie mempunyai maksud tersendiri. Maklumlah, aku selalu berfikiran lain daripada orang lain. Jarang sekali aku nak temui manusia yang fikir apa yang aku fikir. Lagu nie membawa maksud, seseorang yang menunggu pakwe dia masuk meminang (????????) tentu tertanya-tanya betul ke otak aku nie.. Ok, mari kita explore! Aku dah exticed (ektaised) nih!

Walau aku tidak bersamamu
*walau aku tidak couple denganmu
Jangan engkau lupakan diriku
*jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
*walau aku tidak bersamamu, bukan kerana ku tak sudi
Jangan engkau lupakan namaku
*jangan engkau lupakan aku yang setia menunggumu
Kerana aku mengingatimu
*kerana aku akan selalu mengingatimu
Kerana aku mencintaimu
*kerana aku mahu jaga imanmu, lantas imanku juga

Andai aku bisa bertemumu
*andai suatu hari nanti, kau datang untuk mengahwiniku
Dengan senyum ku tadah syukurku
*aku terima dengan hati yang terbuka dan bersyukur kepada yang maha esa
Andai aku bisa menyentuhmu
*andai aku sudah halal bagimu
Air mata pasti deras gugur
*aku akan sangat bahagia
Kerana aku merinduimu
*kerana penantianku selama ini tidak sia-sia
Kerana aku sentiasa menyintaimu sepenuh hati
*kerana aku mencintaimu kerana Allah

Walau kamu jauh di mataku
*walau kini kita jauh
Jangan aku hilang dalam kalbu
*jangan kau lupakan aku dalam hatimu
Saat kamu samar mengingati
*dan cuba mencari cinta lain kerana tidak meyakiniku
Jangan aku terus kau lupakan
*jangan kau sia-siakan penantianku, kalau cintamu benar
Kerana aku sentiasa mengingatimu
*kerana aku sentiasa mendoakanmu,
Kerana aku sentiasa menyayangimu sepenuh hati
*kerana aku sentiasa menyayangi hubungan ini

Andai aku bisa memelukmu
*bila aku sudah halal bagimu
Pasrah aku tabah diujimu
*aku akan cuba menjadi yang terbaik buatmu
Andai aku bisa dicintai
*andai aku sudah dinikahi
Dengan rela menyerahkan hati
*dengan rela menyerahkan hati pada yang berhak
Kerana aku merinduimu
*kerana selama ini aku menunggumu
Kerana aku sentiasa menyintaimu
*dan akan sentiasa mencintaimu


Banyak kali aku berfikir. Aku bukan bengis, cuma aku kurang minat nak couple2..hehe.. (yelah tu). iye.. luaran je nampak gediks tapi dalam hati penuh daun2 mohabbatein (yak boktannnnnn).. cuba korang baca petikan blog nie : 

"Ingin ditegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah "ringan-ringan" atau "terlanjur" sebelum kahwin ketika bercinta, tanpa taubat yang sangat serius,  rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan "ringan-ringan" dengan orang lain pula.

Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalang aktiviti mungkar itu daripada melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih "ringan-ringan" dan "terlanjur" ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas!! "

Oleh sebab itu, aku mengambil keputusan untuk mengelakkan couple2 nih! Lantak lah nak bunuh diri sekali pun. Ada aku kesah? Tunggu bila dah bersedia, datang umah aku, mintak elok2.. Kalau dalam masa menunggu nih rasa xsyok ngan aku sebab xleh dating2 pegang tangan, maknanya tak ikhlas lettew..  Aku bengis bukan sebab aku tak sudi tapi sebab aku sayangkan "rumah tangga" aku kelak. Aku tahu sangat lah, kalau dah couple2 nie xde baiknye der.. Walaupun aku tak solehah tapi aku mengimpikan seseorang yang soleh. Dan akan cuba untuk solehahkan diri. Insya-Allah.

Comey-comey sokmo :-)


Hot

Assalamualaikum


Aku yakin semua orang mahu berubah ke arah kebaikan. Itu fitrah. Tapi tak semua mampu. Kerana kelemahan kita sendiri tak boleh melawan hawa nafsu. Tak apa. Tak apa. Ada niat nak berubah tu dah cukup baik daripada tak ada langsung. Tapi, sampai bila kita nak duduk dalam niat tu? Last-last mati dalam niat tanpa sempat bertaubat. Oh taubat senang jer. Buat 2 rakaat solat sunat taubat! Senang-senang kau Jijah. Apa yang dimaksudkan ialah taubat nasuha. Semua mahu berubah, tapi banyak halangannya kan? Sebab diri sendiri masih belum bersedia, sebab orang-orang sekeliling yang memandang rendah. Maklumlah : Islam datang dalam keadaan asing, dan akan kembali asing. Jadi kalau kita pilih jalan Islam yang benar, orang sekeliling mula pandang rendah pada kita. Tengok orang pakai purdah dah takut macamlah di sebalik purdah tu askar Israel !

Aku yakin semua perempuan fikir seperti mana aku fikir. Inilah yang terkandung dalam hati setiap gadis :

"Aku suka upload gambar banyak-banyak dalam FB, kemudian buat album beralbum-album yang mengandungi gambar aku dengan macam-macam gaya, dengan mulut muncung, tangan "peace", atau tangan 1 Malaysia ala ala datuk Najib gitu. Aku sengaja publish kepada semua dengan harapan nak orang "like" dan komen kata cantik. Aku suka bila "like" mencecah 30, kemudian 40, kemudian beratus-ratus. Aku sangat bangga!"

Betul x? Hahaha noti noti!

Suka sangat. Pakai tudung sekadar pakai tudung. Pakai tudung pakai jeans ketat. Pakai tudung, baju lengan pendek. Pakai tudung tak tutup dada. Pakai tudung lipstik merah. Pakai tudung baju sendat.

Entah kenapa kini aku merasakan yang diri aku terlalu menyimpang jauh dari reda Allah. Kerana apa? Kerana aku tidak mampu menjaga auratku dengan sempurna. Aku cemburu melihat wanita solehah. Mereka disayangi Allah, para penduduk bumi dan langit malah sentiasa didoakan dan sentiasa hidup dalam redha Allah. Kalau mati tiba-tiba pun tak adalah berdosa sebab tak tutup aurat. (Dosa lain tu mungkin sebagai manusia biasa). Aku tak kisah dengan tanggapan sesetengah orang "alah, yang tudung labuh tak semestinya baik, belakang-belakang apa tak buat" tapi sekurang-kurangnya satu kewajipan dah ditunaikan. Sekurang-kurangnya aku dah berusaha untuk melepasi seksa sebagaimana sabda baginda :

"Adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki bukan muhrimnya." 

dan satu lagi...

"Adapun perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain serta bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya."

Aku menangis, meraung, bersedih menangisi dosa-dosa tetapi aku paling sedih kerana aku hanya mampu bersedih tetapi tak mampu untuk berubah!

Kadang-kadang rasa sendirian. Tak ada kawan yang boleh mengingatkan. Rasa keseorangan, tak ada sokongan. Tak ada siapa nak terus bagi galakan pada setiap masa dan setiap ketika, dan orang-orang sekeliling seolah-olah suka bila dapat membiarkan aku hanyut mengikut hawa nafsuku sendiri. Tapi bila difikir-fikir balik, aku tak boleh salahkan sesiapa. Mak ayah dah ajar elok-elok. Aku sendiri kena pandai fikir. Kubur masing-masing. Walaupun tak dapat galakan/teguran daripada manusia tapi aku ada Allah kan?






Saturday, June 9, 2012

Terasa Kehilangan

Nak cuti semester nie mula la teringat pada seseorang yang dah pergi jauh daripada hidup aku. Apa tak nya.. Paling tak boleh lupa ialah time aku on the way nak balik kampung, aku naik bas. Kalau dahulu, masa dalam bas, dalam pukul 5 pagi akan ada seseorang yang akan menelefon aku setiap 5 minit.

Dia : Halo, Za dah sampai mana?
Aku : Sampai Gua Musang
Dia : OooOO.. Gua Musang baru..

5 minit kemudian.........(telefon berbunyi)

Dia : Halo Za, dah sampai mana?
Aku : Kan dah kata tadi, nie masih lagi di Gua Musang..
Dia : Oooo Gua Musang lagi...

5 minit kemudian... (telefon berbunyi)

Dia : Halo za.. Dah sampai mana?
Aku : Gua Musang lagi, baru masuk bandar Gua Musang, jauh lagi...
Dia : OooOO jauh lagi...

5 minit kemudian....(telefon berbunyi)

Dia : Halo za... Duk di Gua Musang lagi ke?
Aku : Em, Gua Musang lagi..
Dia : Ok k k.. ayah nak gi semayang subuh.. Nanti nak sampai, call ye..

Tapi sekarang balik kampung, dah tak de orang nak call aku setiap 5 minit masa aku dalam bas.. Selain kenangan dalam bas, aku pun dah hilang seseorang yang aku boleh tunjuk riak depannya. Biasanya tentang pelajaran. Aku suka tunjuk result exam kat dia. Sebabnya, dia akan bagitau kat semua kawan-kawannya tentang aku, puji aku depan kawan-kawan dia sampai kembang lubang hidung aku. Aku dah tunjuk keputusan STPM, keputusan semester 1 dan semester 2 kat dia. Tapi tak sempat untuk semester ke3.. Aku tak ada hati nak menunjuk result aku kat orang lain melainkan kat dia jer.. 

Sekian T_T


Makan

Assalamualaikum..



kalau sahabat aku call, tanya wat apa aku jawab "makan".

sahabat aku mesej, tanya buat apa, aku jawab "makan."

yawn! memang kerja aku makan je.. sejak kecik lagi aku suka makan. tapi xde pun badan aku nak gemuk (belum lagi).. maybe umur nie tahap metabolisma masih tinggi. telan banyak mana pun tak gemuk. tapi xsemua makanan aku makan. aku pilih yang berkhasiat je! aku jenis makan nasik tak makan benda lain. ada orang kata aku kuat makan..biar ar..aku makan tanda bahagia, lain la xmakan sebab makan ati..aku tahu mereka jeles aku kuat makan.hahaha..

aku juga lalu xkira masa.kalau orang lain xlalu masa sahur, aku boleh makan dengan banyak dan habiskan semua makanan. dan lagi satu, aku tak suka membazir makanan. sebab tu aku habiskan..hehe.. (nilai murni daripada blog aku). aku juga boleh makan selepas makan. pukul 9 malam dah makan nasik. kemudian kawan call ajak makan pukul 10, aku ikut jer..yelah, rezeki jangan ditolak.

aku sangat bertuah kerana dikurniakan seorang "sahabat" yang kuat makan (cecece kaver-kaver..xnak cakap pasal pakwe jadi tukar kepada "sahabat"). omg omg sama geng! lebiu mmmmuahh3... tapi kan. aku kuat makan xgemuk sahabat aku makan jadi gemuk haha jangan marah ye sayang nanti kena jual tu pun kalau ada orang nak beli la..haha..

time keluar ngan sahabat aku, yang pertama sekali kena cari ialah kedai makan. kemudian order makanan macam2 jenis xingat mati. pastu melantak sama2. biasanya dia akan habiskan makanan aku. tapi yang syoknya..aku selalu dapat makan lauk dia.buli buli. kalau makan tomyam aku makan sotong, udang dia..dia pulak makan kuahnya jer..kesian..xpe..tu tanda pengorbanan seorang sahabat kepada sahabat ye x?

aku nak diet sebenarnya. bukan sebab nak kurus tapi sebagai langkah berjaga-jaga xnak gemuk bila dah kawen nanti. tapi aku tak nak kurus sangat sampai takde punggung haha..kalau montok lebih cantik..(malu, k bye). aku tak leh nafsu makan. aku nak maintain kurus tapi tak nak diet.. apa cara yang paling sesuai?

punca utama aku makan banyak ialah "KEBOSANAN". kalau aku sibuk, aku lupa nak makan. kalau aku xde kerja, aku makan jela untuk menghilangkan kebosanan tu.


Oxy 10

Assalamualaikum


sebelum...


selepas pakai oxy...hehe (sekali ngan rambut berubah)


baiklah. sebelum aku setat setadi untuk sabjek komsas dan morfologi bahasa melayu aku kena lepas gian aku terlebih dahulu iaitu gian update belog.hehe.. hari nie nak cakap pasal oxy 10.. oxy glemer sebagai ubat jerawat.. aku dah cuba..hasilnya memang berkesan.. cuma kulit jadi kering giler dan jadi kedut macam nenek kebayan kalau pakai. dah 2 minggu aku pakai. masa setadi week. masa tu cuti, aku duk umah jer.. aku pakai oxy10 setiap masa.. lepas cuci, pakai. lepas solat, pakai. memang berkesan! nie kali pertama aku cuba. memang pedih & panas cket.. aku nekad menggunakan oxy lepas tia amelia dah tak sudi dengan aku..



ubat nie mengandungi 10 gram. oxy10 merawat jerawat degil, tolol, bahlul, lol, dan macam2 lagi. ia digunakan untuk :

-membunuh bakteria akne yang menjadi punca jerawat
-membantu menyerap minyak berlebihan
-membantu membebaskan liang2 tersumbat
-mudah digunakan, tidak kelihatan sebaik sahaja disapu



selain daripada ubat jerawat oxy10, aku jugak gunakan pelempab oxy.. syok pelembap nie berasaskan air.. oh baru tahu macam nie rupanya pelembap berasaskan air.. langsung tak berminyak. bila pakai memang jadi lembap, tapi tak berminyak macam pelembap lain. try! try! try!

memang bukan untuk mencerahkan, tapi xkesah la. bukan nak kulit putih macam cinderella pun kan..asalkan xde jerawat yg menyakitkan. sape2 yang banyak jerawat xkira jerawat halus atau besar..sila la try.. xkenal maka tak cinta kan.. sabar la cket..mungkin makan masa nak sembuh. hendak seribu daya, tak hendak xapa.

sekian.



Thursday, June 7, 2012

Pesanan Untuk Bakal Suami

Dituju untuk dia yang ..aku pun tak tahu lagi sape... hekhekhek...

"walaupun aku tak ucap sayang, tak ucap i love u, tak bagi bunga, tak ucap rindu , itu tak bermaksud aku tak sayang atau tak setuju dengan kamu. kalau semata-mata tak ucap sayang boleh jejaskan hubungan kita, terserah lah. awak boleh cari yang lain yang romentik, berdene2 dan boleh ucap sayang selalu. aku memang bengis dan pemarah. tapi fahamlah aku bengis bukan sebab aku benci. tapi belum tiba masanya lagi. aku tak kisah kalau kau nak sedih, kecik hati atau nak bunuh diri sekali pun. dan aku tak kisah kalau kau nak cari perempuan yang boleh buat kau happy, yang boleh ucap i love setiap hari, yang selalu buat surprise, silakan sila. sebab aku pasti, lelaki yang baik akan temankan aku. temankan aku mencari redha Allah. cecece ceeeeewah (muntah)."

aku percaya, lelaki yang soleh tak kan kisah kalau aku bengis dengan dia. lelaki soleh takkan ajak aku "couple", tak suka dating2, tak suka SMS2, tak suka bergayut macam kera, tak kan menjalinkan hubungan cinta dengan mana2 perempuan yang tak halal baginya, tak bergaul bebas dengan perempuan, berusaha mengelakkan zina hati.

dan kalau aku tak romantik, aku pasti lelaki soleh boleh menahan rasa cintanya kepada seseorang perempuan apabila sudah halal baginya. dan lelaki soleh selalu bermohon pada Allah supaya bertemu dengan wanita solehah.

tapi aku juga yakin bahawa, tak ada manusia sesempurna itu. ustaz yang mengajar kat masjid sekalipun takkan mengaku yang dia pernah bercouple, pernah SMS gadis idaman, pernah bergayut. bila mengajar, asyik je bunyinya macam segala2 nya sangat sempurna.

aku sedar, lelaki soleh macam nie memang susah nak cari. jika kita belum bertemu lelaki soleh, bermakna diri kita belum cukup solehah. insyaallah, bila kita baik maka Allah akan memberikan yang baik buat kita. jika ingin bertemu lelaki solehah, maka solehahkan diri terlebih dahulu kerana lelaki soleh berdoa untuk bertemu dengan perempuan solehah.

aku juga sedar. aku tak hot, aku tak vogue, tak pandai bergaya tak pandai bermekup yang boleh menarik perhatian ramai. tapi aku percaya lelaki yang baik tak kan tergoda dengan yang hot, yang vogue dan yang bergaya sakan itu. dan pasti akan memilih wanita2 yang baik, yang menutup auratnya, menjaga batas pergaulannya. memang sekarang, lelaki yang buta mata lebih ramai daripada lelaki yang buta agama. sebab itu, yang hot menjadi pilihan.

aku juga sedar aku tak cukup solehah, belum punya kekuatan untuk mensolehahkan diri. aku juga tak mengharapkan seseorang yang terlalu sempurna. tapi cukuplah kalau dia dapat menemankan aku mencari redha ilahi. menjaga pandangan mata, menjaga hati, dan menjaga batas pergaulan. apa-apa pun, nak romantik ke, nak tunjuk sayang ke.. tunjuk lepas kahwin. kalau nak tunjuk sekarang pun boleh, usahakan cari duit untuk masuk meminang. :p

Comel-comel sokmo :-)

Telekung Solat

kali ni nak bincang mengenai telekung solat. kita di Malaysia memang terikat dengan telekung solat, seolah-olah tak sah kalau solat tanpa telekung, tapai kali nie aku bukan nak kata tak wajib pakai telekung solat ke sunat ke harus ke bukan. cuma nak kita sedarkan diri kita. betul ke cara pakai telekung solat tu?

Biasanya, gadis-gadis cantik sekalian, lepas mandi dalam keadaan berkemban kain batik ataupun kain tuala, lalu menyarungkan telekung, betul tak? jadi anda beranggapan tak apa sebab anda dalam keadaan bersendirian dalam bilik. lebih haru bila telekung anda tu nipis, sedikit kekuningan sebab dah buruk.. huhuhu.. itu lah, pakaian mahal2 leh beli, telekung baru nak beli pun pikir berpuluh2 kali.

bukan masalah pakai telekung atau tidak. apa yg penting ialah wanita hendaklah menutup aurat nya ketika mendirikan solat. memakai telekung dapat menutup aurat daripada bahagian rambut sehinggalah kaki. tak mengapa kalau telekung itu tebal, tidak menampakkan bentuk badan, atau warna kulit kerana kebiasaannya telekung berwarna putih dan telekung yang buruk menipis sehingga menampakkan warna kulit (ayat belit2).

Tapi apa yang aku perhatikan, ramai yang tak ambik peduli mengenai perkara ini. mereka beranggapan, sape nak tengok, nak sembahyang je pung, bukan nak jumpa orang ramai. ok ok. kalau macam tu. cuba kau keluar rumah dalam keadaan berkemban kat dalam, pakai telekung yang dah lusuh di luar. jadi, kita kena sedar bahawa pakaian bukan sahaja etika sesama manusia tetapi juga etika seorang hamba yang sedang mengadap tuhannya.

kena perhati pada telekung, jangan nipis atau boleh menampakkan warna kulit. kadang-kadang telekung yang ada di pasaran tidak menggunakan material yang sesuai. kalau telekung yang dibuat daripada kain murah tu memang sah2 nipis.kalau kita pakai pakaian lengkap sekalipun di dalamnya tetapi telekung nipis, masih boleh nampak bahagian leher, maka tidak sah solatnya. namun, kalau berkemban sekalipun, tapi telekung tebal dan labuh tak menjadi masalah.


budaya kita memakai telekung. sekiranya pakaian harian kita untuk bekerja, belajar sudah menepati syarak (menutup aurat), maka pakaian tersebut boleh dipakai ketika solat tanpa perlu telekung. 


perkara kedua ialah kebersihan telekung. kalau pakaian kita jumpa manusia kita boleh basuh hari2, tapi pakaian nak mengadap Allah kita basuh sebulan sekali itu pun time period betul x? telekung hendaklah bersih daripada najis. ia juga merupakan faktor mendapat solat yang khusyuk. tapi cuba tengok, kat surau2 awam, RnR, masjid-masjid yang menyediakan telekung solat. semuanya berbau busuk, nipis dan kekuningan. mereka menjadikan telekung tu syarat solat je! dah tak pikir bersih ke tak, tutup aurat ke x..mungkin sebab budaya kita dan menjadikan kita terikat dengan telekung solat. kalau singgah kat surau untuk solat, rela pakai telekung busuk dan nipis tu, padalahal pakaian kita sendiri lagi ok! 

aku pun tak faham kenapa orang Islam tak jaga kebersihan yang dituntut dalam Islam itu sendiri.




Solat Cara Rasulullah SAW (Siri 5)

Oleh
Mohd Sukki Bin Othman (Ust Shauqi)
(Artikel ini telah disiarkan dalam majalah Milenia Muslim bulan Februari 2008)


Aurat menurut pengertian syarak ialah sesuatu yang wajib ditutup dan diharamkan melihatnya. Menutup aurat merupakan syarat sah solat. Aurat hendaklah ditutup ketika menunaikan solat walau berada jauh daripada pandangan mata manusia atau berada dalam kegelapan. Para ulama’ bersepakat mengatakan bahawa batal solat orang yang tidak menutup aurat sedangkan dia mampu berbuat demikian.

Sempadan menutup aurat bagi lelaki ialah di antara pusat dan lutut. Manakala bagi perempuan ialah menutup seluruh tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangan (pergelangan tangan). Allah swt telah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 31, bermaksud: ”Wahai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah pada setiap kali (memasuki) masjid...”. Ibnu Abbas telah menyatakan bahawa maksud daripada ayat ini ialah memakai pakaian (menutup aurat) ketika menunaikan solat. (Sila Rujuk Mughni Muhtaj dan al-Fiqh al-Islamiy Wa Adillatuh).

Al-Tirmidhi meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah, katanya: Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: ”Tidak diterima solat perempuan yang telah baligh melainkan dengan kain yang menutup kepalanya”. Apabila kepala wajib ditutup, maka menutup seluruh badan adalah lebih utama.

Daripada Ummu Salamah, bahawasanya beliau pernah bertanya kepada rasulullah saw: ”Apakah seseorang wanita itu boleh menunaikan solat dengan memakai baju panjang dan penutup kepala tanpa memakai kain sarung?”. Jawab baginda Rasulullah: ”Boleh sekiranya baju itu luas yang boleh menutupi bahagian atas telapak kakinya”. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud).

Terdapat beberapa syarat tambahan yang perlu dipatuhi di samping menutup antara pusat dan lutut bagi lelaki dan menutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan pergelangan tangan bagi perempuan. Syarat-syarat tersebut adalah seperti yang berikut:-

Wajib memakai pakaian tebal yang sekurang-kurangnya boleh menutup warna kulit badan. Sekiranya pakaian yang dipakai itu nipis dan menampakkan warna kulit, maka ia tidak dianggap menutup aurat dan solat tidak sah.

Pakaian yang dipakai tidak terlalu ketat yang boleh menampakkan susuk tubuh pemakainya.

Oleh yang demikian, hendaklah dipastikan bahawa pakaian yang dipakai untuk menutup aurat ketika menunaikan solat menepati kriteria yang ditetapkan oleh hukum syara’ agar solat yang ditunaikan itu menjadi sah dan diterima oleh Allah. Bagaimana pula hukumnya sekiranya aurat terdedah secara tiba-tiba ketika menunaikan solat akibat tiupan angin dan seumpamanya?

Para ulama’ ketika membincangkan persoalan ini telah menyatakan bahawa tidak batal solat apabila orang yang sedang menunaikan solat itu bersegera menutup kembali auratnya setelah menyedari ianya terdedah kerana tiupan angin. Akan tetapi sekiranya seseorang itu cuai dengan tidak mempedulikan auratnya yang terdedah atau ia mengambil masa yang agak lama untuk menutup auratnya kembali, maka solatnya itu dianggap batal dan tidak sah. Inilah pandangan yang telah dikemukakan oleh ulama’ aliran mazhab Syafe’i dan Hanbali. (Sila Rujuk al-Fiqh al-Islamiy Wa Adilatuh karangan Syeikh Dr Wahbah Zuhayli, jilid 1, halaman 582, cetakan Dar al-Fikr, Damsyik, tahun 1989).


Sempadan Aurat Di Luar Solat

Sempadan aurat seseorang itu apabila berada di hadapan orang yang bukan mahram ketika berada di luar solat adalah sama seperti keadaan auratnya ketika berada dalam solat. Oleh yang demikian seseorang yang mempraktikkan menutup aurat dalam kehidupan hariannya, sudah tentu akan memudahkannya untuk menunaikan solat walau di mana sahaja dia berada.

Kadang-kala berlaku kekeliruan terutamanya bagi wanita yang menganggap bahawa solat tidak sah tanpa memakai ’telekung sembahyang’. Oleh itu, apabila seseorang wanita itu terlupa untuk membawa ’telekung sembahyangnya’, maka dia akan meninggalkan solat dengan alasan tidak dapat menutup aurat!. Ini merupakan persepsi yang salah terhadap aurat. Sebenarnya, apabila seseorang muslimah itu beriltizam dengan menutup aurat apabila berada di luar rumah iaitu dengan menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan pergelangan tangan, maka dia boleh menunaikan solat dengan menggunakan pakaian tersebut asalkan ianya bersih, tanpa diperlukan ’telekung sembahyang’!.

Akan tetapi sesuatu yang amat menyedihkan berlaku dalam masyarakat kita ialah apabila sebilangan umat Islam hanya menutup aurat di dalam solatnya sahaja, tetapi apabila selesai menunaikan solat, kewajipan menutup aurat terus dilupakan. Seolahnya seseorang itu hanya mengabdikan diri kepada Allah ketika menunaikan solat sahaja, sebaliknya ketika tidak menunaikan solat, dia terus melakukan penderhakaan kepada Allah. Fenomena ini merupakan sesuatu yang amat malang dan perlu diperbetulkan segera agar solat yang ditunaikan itu dapat membina keperibadian muslim yang unggul yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah swt.

Di samping itu, terdapat juga kekeliruan terutama dalam kalangan wanita Islam tentang konsep aurat di luar solat. Ada yang menyangka bahawa apabila sudah ditutup kepalanya dengan tudung, maka ia sudah menutup aurat. Ramai remaja perempuan pada hari ini yang semakin keliru dengan pelbagai fesyen tudung yang wujud, lalu menganggapnya ianya sudah cukup untuk menutup aurat. Asalkan ada tudung di kepala, maka ia dikira menutup aurat! Kekeliruan yang timbul dalam isu tudung ini perlu di ambil perhatian oleh wanita muslimah yang prihatin terhadap hukum-hakam di dalam Islam. Janganlah kita hanya sekadar menjadi ’pak turut’ atau ’mak turut’ yang tidak tahu apakah yang kita lakukan itu benar atau salah. Akibatnya, ramai juga didapati wanita Islam yang memakai tudung tetapi tidak menutup aurat!


Al-Quran telah menjelaskan batas aurat bagi wanita muslimah. Antaranya ialah firman Allah yang bermaksud "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya (muka dan pergelangan tangan); dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka....." [Surah An-Nur:31} Dalam ayat yang lain, Allah menjelaskan melalui firmanNya yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]


Sebelum turunnya ayat ini, kebiasaannya wanita Arab keluar rumah dengan memperlihatkan rambut, leher, telinga, dada dan sebahagian daripada kecantikan dan perhiasan yang ada pada mereka. Lalu ayat ini diturunkan dan memberi penjelasan kepada wanita muslimah agar menutup aurat mereka dengan sewajarnya. Ayat ini juga diturunkan oleh Allah sebagai penyelamat kepada wanita muslimah agar tidak diganggu oleh orang munafik dan fasik.

Ajaran Islam tidak pernah menyuruh wanita Islam bertudung semata-mata, tetapi dikehendaki menutup aurat. Sekiranya sekadar memakai tudung sahaja, ia tidak dinamakan menutup aurat mengikut kehendak Islam. Justeru, didapati bahawa wanita bertudung yang ditangkap ketika melakukan maksiat dan perkara-perkara tidak senonoh hampir kesemuanya atau majoritinya tidak menutup aurat walaupun mereka bertudung!

Masyarakat Islam wajar memahami perbezaan di antara tudung fesyen dan tudung yang menutup aurat. Boleh dikatakan amat ramai sekali wanita Islam pada hari ini memilih untuk memakai tudung fesyen daripada tudung untuk menutup aurat.Apa tidaknya, kelihatan amat ramai wanita yang memakai tudung, tetapi dalam masa yang sama mengenakan seluar ‘jeans’ yang ketat yang menonjolkan bentuk tubuh. Begitu juga mereka yang bertudung, tetapi juga dibaluti dengan baju ketat yang menonjolkan bentuk dada mereka dengan begitu jelas. Tidak kurang pula wanita yang bertudung ini memakai pakaian yang jarang menampakkan tubuh badan mereka. Kalau beginilah tudung yang dipakai, ia hanya boleh dianggap sebagai tudung fesyen, bukannya tudung yang menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki di dalam ajaran Islam.

Kalaulah perkara seumpama ini terus berlaku, maka jelaslah bahawa kekeliruan dalam persoalan aurat dalam kalangan wanita pada hari ini telah membawa kepada penyakit barah yang semakin lama semakin parah. Sehubungan dengan itu, perlulah disuntik kesedaran dengan segera berasaskan ilmu agar umat Islam kembali menghayati peraturan dan sistem aurat yang wujud dalam syariat Islam yang bertujuan membawa kebaikan dan keharmonian hidup individu mahupun masyarakat.

Sekian..

Amnesia

Semenjak, dua menjak, tiga menjak, empat menjak, lima menjak, enam menjak, dan tujuh menjak ni aku mengalami satu masalah tak boleh tidur malam. Dah beberapa bulan aku mengalami masalah nie. Mungkin awal tahun nie lagi. Jam di jamban menunjukkan pukul 4.00 pagi, tapi mata aku masih tak nak tidur. Tubuh aku tak dapat dinafikan lagi sangat keletihan. 

Aku bukan suka-suka tak mau tido, aku dah guling2 pejam mata, zikir, mengatib membaca mengaji sejak pukul 12 malam lagi. Dah 5 jam berlalu tapi mataku degil masih tak nak tidur. Tolonglah, bukan salah aku tak nak tidur. Aku dah paksa. Dah tutup lampu, pasang ubat nyamuk, peluk bantal ape pastu imagine peluk Akashah..Semua aku dah buat. Apa lagi? Minum susu pun dah. Ah! Degil mataku ini! Degil!!!

Sekarang nie musim peperiksaan. Kalau aku tak tidur lagi masa nie, aku akan mengantuk lepas Subuh nanti. Ataupun aku taak bangun subuh! Kalau mak aku tahu aku tak bangun subuh, berambak ngan belake cok lah jawabnya. Dah tu nak wat macamana.. =( Aku tak mintak jadi macam nie...

Masalah yang menghantui diriku ini juga sebenarnya boleh menjejaskan kehidupan. Boleh jadi esok lusa terlepas paper sebab tidur pagi atau tidur dalam dewan peperiksaan. Ada yang kata, aku tak leh tidur malam sebab aku dah banyak tidur siang. Tahu-tahu je! Semalam aku tak tidur. Paginya pulak bertolak dari Putrajaya naik KTM, siap gi round2 KLCC lagi. Semalaman dan seharian aku tak tidur. Badan penat, cuba tutup mata tak boleh tidur jugak! Jadi, memang tak betul fakta aku tidur siang sebab memang aku tak tidur siang.

Aku rasa, lebih baik kalau aku jumpa doktor. Kenapa lah energy aku banyak sangat sampai tak boleh nak tidur..



Exam

Tak tahu nak tulis apa sebenarnya. Sekarang sedang berperang menentang musuh-musuh keganasan yeah! Eh tak, bukan musuh. Aku kan sweet mana ada musuh. Huh! (Naik lif, tekan sendiri). Hari nie dah start exam, semoga dapat jawab dengan baik dan lulus dengan cemerlang. Doakan aku dapat jawab. Tapi aku memang selalu dapat jawab pon, cuma jawapan je kurang tepat. Nak gorang lect tapi ternyata dia lebih tahu.Hehehe..

Biasalah time nak exam mula mintak maaf kan. Aku pun nak mintak maaf jugak pada semua kalau ada terkasar bahasa, terkutuk terkata, termakan terminum dan apa-apa sahaja yang aku ter.... Sebab aku memang selalu ter.. Pada kesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu untuk semester ini. Khususnya, Shima, Hani, Ika, ahli kumpulan Puisi Dayah, Cikgu Nurul, Suria, Ammarah, dan Sumarni.. Ahli kumpulan Pandu Puteri, ahli kumpulan teori, ahli kumpulan Komsas Ezad dan Edie, dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tak langsung dalam menempuh segala esaimen yang mencabar dalam semester ini. Jutaan terima kasih diucapkan. Semoga kejayaan menjadi milik kita! Dan secara istimewanya nak ucap terima kasih kepada sugar daddy aku yang banyak membantu menyiapkan esaimen, itu pun kena paksa. Dan mintak maaf kerana memaksa. Hehehe.. Ok daaaaaaa..