Pages

Sunday, June 10, 2012

Hot

Assalamualaikum


Aku yakin semua orang mahu berubah ke arah kebaikan. Itu fitrah. Tapi tak semua mampu. Kerana kelemahan kita sendiri tak boleh melawan hawa nafsu. Tak apa. Tak apa. Ada niat nak berubah tu dah cukup baik daripada tak ada langsung. Tapi, sampai bila kita nak duduk dalam niat tu? Last-last mati dalam niat tanpa sempat bertaubat. Oh taubat senang jer. Buat 2 rakaat solat sunat taubat! Senang-senang kau Jijah. Apa yang dimaksudkan ialah taubat nasuha. Semua mahu berubah, tapi banyak halangannya kan? Sebab diri sendiri masih belum bersedia, sebab orang-orang sekeliling yang memandang rendah. Maklumlah : Islam datang dalam keadaan asing, dan akan kembali asing. Jadi kalau kita pilih jalan Islam yang benar, orang sekeliling mula pandang rendah pada kita. Tengok orang pakai purdah dah takut macamlah di sebalik purdah tu askar Israel !

Aku yakin semua perempuan fikir seperti mana aku fikir. Inilah yang terkandung dalam hati setiap gadis :

"Aku suka upload gambar banyak-banyak dalam FB, kemudian buat album beralbum-album yang mengandungi gambar aku dengan macam-macam gaya, dengan mulut muncung, tangan "peace", atau tangan 1 Malaysia ala ala datuk Najib gitu. Aku sengaja publish kepada semua dengan harapan nak orang "like" dan komen kata cantik. Aku suka bila "like" mencecah 30, kemudian 40, kemudian beratus-ratus. Aku sangat bangga!"

Betul x? Hahaha noti noti!

Suka sangat. Pakai tudung sekadar pakai tudung. Pakai tudung pakai jeans ketat. Pakai tudung, baju lengan pendek. Pakai tudung tak tutup dada. Pakai tudung lipstik merah. Pakai tudung baju sendat.

Entah kenapa kini aku merasakan yang diri aku terlalu menyimpang jauh dari reda Allah. Kerana apa? Kerana aku tidak mampu menjaga auratku dengan sempurna. Aku cemburu melihat wanita solehah. Mereka disayangi Allah, para penduduk bumi dan langit malah sentiasa didoakan dan sentiasa hidup dalam redha Allah. Kalau mati tiba-tiba pun tak adalah berdosa sebab tak tutup aurat. (Dosa lain tu mungkin sebagai manusia biasa). Aku tak kisah dengan tanggapan sesetengah orang "alah, yang tudung labuh tak semestinya baik, belakang-belakang apa tak buat" tapi sekurang-kurangnya satu kewajipan dah ditunaikan. Sekurang-kurangnya aku dah berusaha untuk melepasi seksa sebagaimana sabda baginda :

"Adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki bukan muhrimnya." 

dan satu lagi...

"Adapun perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain serta bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya."

Aku menangis, meraung, bersedih menangisi dosa-dosa tetapi aku paling sedih kerana aku hanya mampu bersedih tetapi tak mampu untuk berubah!

Kadang-kadang rasa sendirian. Tak ada kawan yang boleh mengingatkan. Rasa keseorangan, tak ada sokongan. Tak ada siapa nak terus bagi galakan pada setiap masa dan setiap ketika, dan orang-orang sekeliling seolah-olah suka bila dapat membiarkan aku hanyut mengikut hawa nafsuku sendiri. Tapi bila difikir-fikir balik, aku tak boleh salahkan sesiapa. Mak ayah dah ajar elok-elok. Aku sendiri kena pandai fikir. Kubur masing-masing. Walaupun tak dapat galakan/teguran daripada manusia tapi aku ada Allah kan?






No comments: