Pages

Thursday, June 7, 2012

Telekung Solat

kali ni nak bincang mengenai telekung solat. kita di Malaysia memang terikat dengan telekung solat, seolah-olah tak sah kalau solat tanpa telekung, tapai kali nie aku bukan nak kata tak wajib pakai telekung solat ke sunat ke harus ke bukan. cuma nak kita sedarkan diri kita. betul ke cara pakai telekung solat tu?

Biasanya, gadis-gadis cantik sekalian, lepas mandi dalam keadaan berkemban kain batik ataupun kain tuala, lalu menyarungkan telekung, betul tak? jadi anda beranggapan tak apa sebab anda dalam keadaan bersendirian dalam bilik. lebih haru bila telekung anda tu nipis, sedikit kekuningan sebab dah buruk.. huhuhu.. itu lah, pakaian mahal2 leh beli, telekung baru nak beli pun pikir berpuluh2 kali.

bukan masalah pakai telekung atau tidak. apa yg penting ialah wanita hendaklah menutup aurat nya ketika mendirikan solat. memakai telekung dapat menutup aurat daripada bahagian rambut sehinggalah kaki. tak mengapa kalau telekung itu tebal, tidak menampakkan bentuk badan, atau warna kulit kerana kebiasaannya telekung berwarna putih dan telekung yang buruk menipis sehingga menampakkan warna kulit (ayat belit2).

Tapi apa yang aku perhatikan, ramai yang tak ambik peduli mengenai perkara ini. mereka beranggapan, sape nak tengok, nak sembahyang je pung, bukan nak jumpa orang ramai. ok ok. kalau macam tu. cuba kau keluar rumah dalam keadaan berkemban kat dalam, pakai telekung yang dah lusuh di luar. jadi, kita kena sedar bahawa pakaian bukan sahaja etika sesama manusia tetapi juga etika seorang hamba yang sedang mengadap tuhannya.

kena perhati pada telekung, jangan nipis atau boleh menampakkan warna kulit. kadang-kadang telekung yang ada di pasaran tidak menggunakan material yang sesuai. kalau telekung yang dibuat daripada kain murah tu memang sah2 nipis.kalau kita pakai pakaian lengkap sekalipun di dalamnya tetapi telekung nipis, masih boleh nampak bahagian leher, maka tidak sah solatnya. namun, kalau berkemban sekalipun, tapi telekung tebal dan labuh tak menjadi masalah.


budaya kita memakai telekung. sekiranya pakaian harian kita untuk bekerja, belajar sudah menepati syarak (menutup aurat), maka pakaian tersebut boleh dipakai ketika solat tanpa perlu telekung. 


perkara kedua ialah kebersihan telekung. kalau pakaian kita jumpa manusia kita boleh basuh hari2, tapi pakaian nak mengadap Allah kita basuh sebulan sekali itu pun time period betul x? telekung hendaklah bersih daripada najis. ia juga merupakan faktor mendapat solat yang khusyuk. tapi cuba tengok, kat surau2 awam, RnR, masjid-masjid yang menyediakan telekung solat. semuanya berbau busuk, nipis dan kekuningan. mereka menjadikan telekung tu syarat solat je! dah tak pikir bersih ke tak, tutup aurat ke x..mungkin sebab budaya kita dan menjadikan kita terikat dengan telekung solat. kalau singgah kat surau untuk solat, rela pakai telekung busuk dan nipis tu, padalahal pakaian kita sendiri lagi ok! 

aku pun tak faham kenapa orang Islam tak jaga kebersihan yang dituntut dalam Islam itu sendiri.




Solat Cara Rasulullah SAW (Siri 5)

Oleh
Mohd Sukki Bin Othman (Ust Shauqi)
(Artikel ini telah disiarkan dalam majalah Milenia Muslim bulan Februari 2008)


Aurat menurut pengertian syarak ialah sesuatu yang wajib ditutup dan diharamkan melihatnya. Menutup aurat merupakan syarat sah solat. Aurat hendaklah ditutup ketika menunaikan solat walau berada jauh daripada pandangan mata manusia atau berada dalam kegelapan. Para ulama’ bersepakat mengatakan bahawa batal solat orang yang tidak menutup aurat sedangkan dia mampu berbuat demikian.

Sempadan menutup aurat bagi lelaki ialah di antara pusat dan lutut. Manakala bagi perempuan ialah menutup seluruh tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangan (pergelangan tangan). Allah swt telah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 31, bermaksud: ”Wahai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah pada setiap kali (memasuki) masjid...”. Ibnu Abbas telah menyatakan bahawa maksud daripada ayat ini ialah memakai pakaian (menutup aurat) ketika menunaikan solat. (Sila Rujuk Mughni Muhtaj dan al-Fiqh al-Islamiy Wa Adillatuh).

Al-Tirmidhi meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah, katanya: Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: ”Tidak diterima solat perempuan yang telah baligh melainkan dengan kain yang menutup kepalanya”. Apabila kepala wajib ditutup, maka menutup seluruh badan adalah lebih utama.

Daripada Ummu Salamah, bahawasanya beliau pernah bertanya kepada rasulullah saw: ”Apakah seseorang wanita itu boleh menunaikan solat dengan memakai baju panjang dan penutup kepala tanpa memakai kain sarung?”. Jawab baginda Rasulullah: ”Boleh sekiranya baju itu luas yang boleh menutupi bahagian atas telapak kakinya”. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud).

Terdapat beberapa syarat tambahan yang perlu dipatuhi di samping menutup antara pusat dan lutut bagi lelaki dan menutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan pergelangan tangan bagi perempuan. Syarat-syarat tersebut adalah seperti yang berikut:-

Wajib memakai pakaian tebal yang sekurang-kurangnya boleh menutup warna kulit badan. Sekiranya pakaian yang dipakai itu nipis dan menampakkan warna kulit, maka ia tidak dianggap menutup aurat dan solat tidak sah.

Pakaian yang dipakai tidak terlalu ketat yang boleh menampakkan susuk tubuh pemakainya.

Oleh yang demikian, hendaklah dipastikan bahawa pakaian yang dipakai untuk menutup aurat ketika menunaikan solat menepati kriteria yang ditetapkan oleh hukum syara’ agar solat yang ditunaikan itu menjadi sah dan diterima oleh Allah. Bagaimana pula hukumnya sekiranya aurat terdedah secara tiba-tiba ketika menunaikan solat akibat tiupan angin dan seumpamanya?

Para ulama’ ketika membincangkan persoalan ini telah menyatakan bahawa tidak batal solat apabila orang yang sedang menunaikan solat itu bersegera menutup kembali auratnya setelah menyedari ianya terdedah kerana tiupan angin. Akan tetapi sekiranya seseorang itu cuai dengan tidak mempedulikan auratnya yang terdedah atau ia mengambil masa yang agak lama untuk menutup auratnya kembali, maka solatnya itu dianggap batal dan tidak sah. Inilah pandangan yang telah dikemukakan oleh ulama’ aliran mazhab Syafe’i dan Hanbali. (Sila Rujuk al-Fiqh al-Islamiy Wa Adilatuh karangan Syeikh Dr Wahbah Zuhayli, jilid 1, halaman 582, cetakan Dar al-Fikr, Damsyik, tahun 1989).


Sempadan Aurat Di Luar Solat

Sempadan aurat seseorang itu apabila berada di hadapan orang yang bukan mahram ketika berada di luar solat adalah sama seperti keadaan auratnya ketika berada dalam solat. Oleh yang demikian seseorang yang mempraktikkan menutup aurat dalam kehidupan hariannya, sudah tentu akan memudahkannya untuk menunaikan solat walau di mana sahaja dia berada.

Kadang-kala berlaku kekeliruan terutamanya bagi wanita yang menganggap bahawa solat tidak sah tanpa memakai ’telekung sembahyang’. Oleh itu, apabila seseorang wanita itu terlupa untuk membawa ’telekung sembahyangnya’, maka dia akan meninggalkan solat dengan alasan tidak dapat menutup aurat!. Ini merupakan persepsi yang salah terhadap aurat. Sebenarnya, apabila seseorang muslimah itu beriltizam dengan menutup aurat apabila berada di luar rumah iaitu dengan menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan pergelangan tangan, maka dia boleh menunaikan solat dengan menggunakan pakaian tersebut asalkan ianya bersih, tanpa diperlukan ’telekung sembahyang’!.

Akan tetapi sesuatu yang amat menyedihkan berlaku dalam masyarakat kita ialah apabila sebilangan umat Islam hanya menutup aurat di dalam solatnya sahaja, tetapi apabila selesai menunaikan solat, kewajipan menutup aurat terus dilupakan. Seolahnya seseorang itu hanya mengabdikan diri kepada Allah ketika menunaikan solat sahaja, sebaliknya ketika tidak menunaikan solat, dia terus melakukan penderhakaan kepada Allah. Fenomena ini merupakan sesuatu yang amat malang dan perlu diperbetulkan segera agar solat yang ditunaikan itu dapat membina keperibadian muslim yang unggul yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah swt.

Di samping itu, terdapat juga kekeliruan terutama dalam kalangan wanita Islam tentang konsep aurat di luar solat. Ada yang menyangka bahawa apabila sudah ditutup kepalanya dengan tudung, maka ia sudah menutup aurat. Ramai remaja perempuan pada hari ini yang semakin keliru dengan pelbagai fesyen tudung yang wujud, lalu menganggapnya ianya sudah cukup untuk menutup aurat. Asalkan ada tudung di kepala, maka ia dikira menutup aurat! Kekeliruan yang timbul dalam isu tudung ini perlu di ambil perhatian oleh wanita muslimah yang prihatin terhadap hukum-hakam di dalam Islam. Janganlah kita hanya sekadar menjadi ’pak turut’ atau ’mak turut’ yang tidak tahu apakah yang kita lakukan itu benar atau salah. Akibatnya, ramai juga didapati wanita Islam yang memakai tudung tetapi tidak menutup aurat!


Al-Quran telah menjelaskan batas aurat bagi wanita muslimah. Antaranya ialah firman Allah yang bermaksud "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya (muka dan pergelangan tangan); dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka....." [Surah An-Nur:31} Dalam ayat yang lain, Allah menjelaskan melalui firmanNya yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]


Sebelum turunnya ayat ini, kebiasaannya wanita Arab keluar rumah dengan memperlihatkan rambut, leher, telinga, dada dan sebahagian daripada kecantikan dan perhiasan yang ada pada mereka. Lalu ayat ini diturunkan dan memberi penjelasan kepada wanita muslimah agar menutup aurat mereka dengan sewajarnya. Ayat ini juga diturunkan oleh Allah sebagai penyelamat kepada wanita muslimah agar tidak diganggu oleh orang munafik dan fasik.

Ajaran Islam tidak pernah menyuruh wanita Islam bertudung semata-mata, tetapi dikehendaki menutup aurat. Sekiranya sekadar memakai tudung sahaja, ia tidak dinamakan menutup aurat mengikut kehendak Islam. Justeru, didapati bahawa wanita bertudung yang ditangkap ketika melakukan maksiat dan perkara-perkara tidak senonoh hampir kesemuanya atau majoritinya tidak menutup aurat walaupun mereka bertudung!

Masyarakat Islam wajar memahami perbezaan di antara tudung fesyen dan tudung yang menutup aurat. Boleh dikatakan amat ramai sekali wanita Islam pada hari ini memilih untuk memakai tudung fesyen daripada tudung untuk menutup aurat.Apa tidaknya, kelihatan amat ramai wanita yang memakai tudung, tetapi dalam masa yang sama mengenakan seluar ‘jeans’ yang ketat yang menonjolkan bentuk tubuh. Begitu juga mereka yang bertudung, tetapi juga dibaluti dengan baju ketat yang menonjolkan bentuk dada mereka dengan begitu jelas. Tidak kurang pula wanita yang bertudung ini memakai pakaian yang jarang menampakkan tubuh badan mereka. Kalau beginilah tudung yang dipakai, ia hanya boleh dianggap sebagai tudung fesyen, bukannya tudung yang menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki di dalam ajaran Islam.

Kalaulah perkara seumpama ini terus berlaku, maka jelaslah bahawa kekeliruan dalam persoalan aurat dalam kalangan wanita pada hari ini telah membawa kepada penyakit barah yang semakin lama semakin parah. Sehubungan dengan itu, perlulah disuntik kesedaran dengan segera berasaskan ilmu agar umat Islam kembali menghayati peraturan dan sistem aurat yang wujud dalam syariat Islam yang bertujuan membawa kebaikan dan keharmonian hidup individu mahupun masyarakat.

Sekian..

3 comments:

Anonymous said...

Bawalah kemana shj telekung travel yg kecil saiz nya muat letak dlm handbag.senang di bawa kemana shj.jom order di facebook telekung travel sharzlin atau email sharzlin83@yahoo.com. Kini tiada alasan utk tidak solat lagi.

Anonymous said...

menutup aurah lah dengan sempurna apabila ke mana2. tak perlu nak bawa telekung lagi. kan mudah, Allah sebenarnya dh beri jalan mudah untuk wanita beribadat. tp bila kita bpakaian tidak sempurna kemudian nak solat baru cari telekung. lepas solat, telekung dibuka.. tidak ke rasa malu bila ke sana ke mari tanpa menutup aurat dgn sempurna. renung2kan wahai sahabat wanitaku sayang. :)

Nora_Aniza said...

terima kasih sahabat =)