Pages

Sunday, September 23, 2012

Aku nak jadi cekgu yang macamana?

zaman belajar ni kita jumpa macam macam peseng cekgu kan. ada cekgu yang garang, ada yang baik, ada yang macam gila sikit, ada yang lembut. agak-agaknya lah, aku kekgi jadi cekgu yang macamana eh? insyaallah dalam masa dua tahun lagi aku akan bergelar cikgu.. lambat ke cepat ke, jadi cikgu itu pasti.

menurut naluri aku, aku dapat rasakan bahawa aku akan jadi seorang guru yang garang nak mamp** sebabnya aku memang garang, cepat naik angin dan bila aku marah aku akan tinggikan suara. ish..xmolek xmolek..

macamana cekgu yang kita nak? zaman belajar dulu, kita pun ada cekgu yang kita suka, ada cekgu yang kita tak suka kan. jadi, aku pun nak jadi cekgu yang aku suka lah. aku suka cikgu yang cantik-cantik, muda-muda, kencang dan bertenaga.hahaha.. gurau je gurau. tak kisah sangat. dari segi sikap pulak, aku suka cikgu yang baik. kalau cikgu garang, time kelas dia pun dah rasa stress gila. tapi time cikgu baik, tak sabar menunggu cekgu masuk kelas. kan kawan-kawan?

cikgu suzana, cikgu kesayangan

bila cikgu garang, nak tanya soalan pun tak berani, nak bercakap pun jadi kering mulut. jadilah aku seorang pelajar yang pasif di dalam kelas. tapi kalau cikgu baik, bertambah keyakinan aku nak bercakap, nak tanya soalan, nak lontarkan pendapat, semuanya akan lancar, maka jadilah aku seorang pelajar yang aktif. dulu kat sekolah aku ada 2 personaliti. satu personaliti aktif dan satu lagi pasif bergantung atas sikap cekgu.

ada cikgu yang gi sekolah suka bergaya. tudung pin kat atas kemudian tunjukkan loket tiruan dia tu kat dade. ada cikgu yang terlampau baik sampaikan pelajar tidur dalam kelas, dan tak bagi perhatian pada cekgu.aku kesian kat cikgu jenis ni maka aku akan buat2 bagi perhatian walaupun sebenarnya aku mengantuk dan tercari-cari bantal dan ubat nyamuk.

aku juga suka cikgu yang selalu buat lawak dalam kelas. tak ada la tahap boleh masuk maharaja lawak. tapi kalau lawak selambe pun dah ok. kalau pandai wat lawak macam AMIR RAJA LAWAK pun dah ok.

tapi time study kat sekolah dulu kan, secara ikhlas lagi suci dalam debu dari sudut hati yg paling dalam aku suka cikgu yang selalu tak masuk kelas. cikgu mengandung, cikgu beranak, cikgu gi kursus, cikgu mesyuarat, atau cikgu yang selalu bawak masuk pelajar ke perpustakaan ataupun makmal komputer. hak hak hak..

satu lagi, dah memang kijoan aku, masuk kelas untuk melukis, aku suka waktu pendidikan seni. cikgu masuk kelas kemudia bagi kertas lukisan. dan aku paling suka kalau cikgu kata : "tema lukisan kita hari ini ialah........................ BEBAS"

waaaaaaaaaaaaaaaaa.....syok betul.

tapi kalau aku jadi cikgu terlatih kekg..aku janji, aku akan mengajar..hehehehe..sampai budak2 jadi pandai. selagi xpandai selagi tu ajar. insya-Allah.

bye




1 comment:

shahfalah said...

hehehe..cikgu kena ada tegas dalam mengajar..tetapi perlu ada unsur kecindan..iaitu jenaka atau lawak...

Baik seorang cikgu bukan sampai murid pijak kepala kan. Tegas seorang cikgu bukan sampai murid jadi seram...hehehe...

Apa pun...jadilah seorang cikgu yang lembut tetapi tegas...tegas tetapi baik... tugas mendidik bukan sahaja mengajar silibus mata pelajaran, tetapi menerapkan unsur kerohanian dan nilai murni...