Pages

Wednesday, September 19, 2012

Jalan-jalan Bukit Keluang

Allah mencipta negeri Terengganu dengan pelbagai keindahan semulajadi walaupun bola sepak hari tu tewas di tangan Kelantan 6-1. Kihkihkih.. Terengganu memang banyak tempat menarik untuk dilawati seperti Pulau Kapas, Pulau Redang, Air terjun sekayu, tasik kenyir dan banyak lagi. Ok, tak yah gi jauh-jauh. Kita gi je pantai yang terletak di belakang rumah aku. Bukan bermakna belakang rumah tetapi aku datang sini ikut jalan belakang kampung aku. Sebelum pergi jauh, kita gi dekat-dekat dulu deh..

Aku bawa adik-adik jalan-jalan, mandi-mandi dan makan-makan. Aku suka bawa adik-adik berbanding dengan kawan-kawan yang asyik tak ada duit dari awal semester hingga ke hujung semester. Hahaha.

Tempat ini namanya Bukit Keluang, terletak 15km dari Jertih dan 6km dari Pekan kuala Besut. Selain dari menjadi lokasi pengambaran filem Merong Mahawangsa ia juga merupakan lokasi jamboree pengakap asia fasifik kali ke 18 pada tahun 1997.

 

pakai skirt konon nak suh nampak ayu bila angin meniup skirt (sempoi-sempoi) bahasa.. hahaha

jambatan kayu di Bukit Keluang

cantik? say something i dont know (dialog kareena kapoor)

seksi? Model Maskulin.


adik perempuan separuh lelaki

Tetapi hampa hatiku melihat keadaan di sini seolah-olah terbiar. Dalam gua nya dah jadi macam tapak pelupusan sampah, jambatan kayu pula ada yang patah, ada yang runtuh. Sudah tak sama macam dulu, masa aku datang masa kecik-kecik dulu. Pihak yang bertanggungjawab patut lakukan sesuatu.




No comments: