Pages

Friday, April 26, 2013

Hebahan Umum Teater Jejak Pahlawan


kepada kawan-kawan di alam maya, anda dijemput untuk datang menonton teater jejak pahlawan. saya akan membawakan watak pengetua yang mahu menyiasat mengenai Pahlawan  Awang. sila datang beramai-ramai, bawa mak, ayah, pakwe, adik, abang, kawan-kawan, skandal, jiran, sepupu, dua pupu, kupu-kupu, mak sedare, pak sedara.. sebab orang luar pun boleh masuk tau.

dan segala kekurangan saya dalam teater ini harap diterima seadanya, kerana saya bukanlah pelakon, hanya baru berjinak-jinak dengan dunia lakonan yang mana hanya memenuhi kursus saya di UPSI iaitu drama dan amali seni lakon.

datang beramai-ramai ye! biar cerita tak sedap, janji penonton penuh dewan. =)


Comel-comel sokmo :-)

Friday, April 19, 2013

Behind The Scene Jejak Pahlawan

assalamualaikum,

seperti yang dijanjikan, aku akan membuat entry behind  the scene aku berlakon teater jejak pahlawan. aku penat sangat ngan teater nie. nak nak malam aku kena buat latihan,. sampai tak dan nak buat esaimen. memang tak ada rehat langsung untuk aku. ditambah pulak dengan esaimen abang aku, latihan senamrobik, makro teaching, proposal dan kajian tindakan. semua aku balun pada semester nie. penat sangat2 tau.cuma aku jarang meluahkan kepenatan ini sebab aku tahu semua orang pun penat dan stress. cuma aku tak suka bersungut dan memberi alasan sepertimana aku tak suka mendengar alasan. aku lepaskan stress dengan cara berkaraoke dan berdangdut bersama BFF. ngan BF jangan harap, HARAM weh. nak karaoke lagu nasyid je.

gambar di bawah, aku sedang mekup hehe. aku lebih suka mekup sendiri, dan bawa barang sendiri. tak syok la nak kongsi-kongsi hahahahahahahaha.. berlagak dah macam artis popular gitue..bukan apa. krew mekup tu, muka sendiri pun haram mekup apetah lagi nak mekup orang.





My BFF. aku berlagak macam jurumekup artis kan. tapi sumpah tang eyeshadow pelik atas matanya bukan aku yang pakaikan. hasilnya kita tengok jap lagi.


gigih dan agresif

di bawah , gambar aku sebagai "guru besar" dan dayah sebagai cikgu aina.guru besar, besar la sangattt kan...hihihi.. dalam drama nie,cikgu kena vouge gitu, lipstik kena merah menyala. hehehehe. ape pun cikgu aina memang vouge giler, cantik menarik tertarik kau memang da bombbbb lah cikgu aina. guru besar tak da bombb tapi thembamm..

saya bangga dilahirkan berpipi tembam!

budak kecik a.k.a penari tiang

dua dari kiri ialah penari tiang , guru besar dan leha

bersemangat waja!

Tie sebagai pengganasss..

ramai kan krew kami.. =)

props


yaya sebagai limah

cantik putih tinggi cukup pakej!

"berehat sajelah tok..." antara skrip leha yang aku hafal hehehe



latihan silat! abang nie baik giler, dan lembut giler! tapi bukan giler.hehe

watak Barman sedang sebut "jahanam!"





Molok dan Pak Awang berlatih silat
 baiklah, aku sambung lagi ye. jangan lupe, datang tengok teater jejak pahlwan ya. tenkiuu

Tuesday, April 16, 2013

Perasaan Menjadi Seorang Cikgu

Assalamualaikum.

dah lama benar aku tak update belog! belog belog belog! i really2 missssssss u!!!!!!!! hah! nampak tak, nampak tak betapa aku sayang pada belog aku melebihi segala-galanya. hahaha. walaupun belog tak famous, tak reti nak buat duit guna belog dan tak reti shopping online aku tetap sayang pada belog aku. ah. okey cukup menzahirkan kasih sayang setakat itu sahaja.

perkembangan terbaru aku. hmmm, aku dah masuk separuh semester 6. semester depan aku berpraktikum di SMK Datok Zulkifli Muhammad dengan Opie. sekarang aku sibuk dengan latihan drama, tesis dan kajian tindakan. baheklah! sebenarnya aku eksaited sangat nak cerita tentang "behind the scene" aku berlakon teater, nanti aku buat pada entry berikutnya ya. aku jadi watak guru besar, yang mahu mengkaji watak utama, iaitu Pahlawan Awang. aku penat tiap-tiap malam latihan aku tak menjadi. aku dah stress tengok muka pengarah yang selalu mengomen aku huhuhu. mula-mula aku dikatakan macam hafal skrip, pastu emosi tak masuk sekarang mata pulak. alahai. itulah, siapa suruh pilih aku kan. tapi xpe, pengalaman mahal tu.


ini gambar masa buat makro touching di SMK Ayer Lanas, jeli kelantan. aku aku dapat kelas hujung huhu memang cabaran. tapi seronok, mereka sangat mendengar kata. bila siap mengajar cerpen, aku rasa lega sangat-sangat. rasa tak cukup masa 40 minit yang diberikan. aku rasa bangga dan puas bila dapat mengajar daripada tak tahu, kepada tahu. itulah satu perasaan yang sangat indah bagi seorang cikgu. =). semoga keeksaitedan ini selalu ada dalam diri aku.

pelajar degil itu biasa, nakal. tapi yang penting cikgu kena berusaha untuk memandaikan manusia, dan memanusiakan manusia. in sha allah kalau ikhlas Allah akan bantu kite sepanjang menjadi guru ini. mengajar bukan kerana gaji, dan mengharapkan pahala semata-mata. tetapi cuba pula niatkan nak memandaikan murid, nak membantu orang dengan seikhlas hati. kadang-kadang, soal pahala kena letak kat tepi. hati kena ikhlas, ikhlas, ikhlas. okay.. wassalam.

Comel-comel sokmo :-)

Tuesday, April 2, 2013

Peringatan Buat Muslimah

Assalamualaikum. 

Sihat?

Sedang buka-buka facebook hari nie terjumpa satu statement yang berbunyi begini :

"SALAH SATU DAKWAH GEDIK IALAH, RAMAI ANAK GADIS MULA BERCITA-CITA NAK BERPURDAH, TAPI TERLUPA DAN TAK TERFIKIR PUN NAK BELAJAR BAB AKIDAH. 

SANGAT GELI MELIHAT USTAZAH-USTAZAH BERPURDAH, BERTUDUNG LABUH, BERJUBAH TAPI ASYIK POST STATUS RINDUKAN "BAKAL IMAM", DAN YANG BERKAITAN DENGANNYA. SEBAIKNYA, GUNAKAN IMEJ YANG BAIK ITU UNTUK SAMPAIKAN NASIHAT DAN DAKWAH BUAT PANDUAN MUSLIMAH SELURUHNYA."

Hmm.. ya tak ya jugak kan. Asal Islamik je mesti couple, asal Islamik je mesti cinta. "Imam" konon kan. Aku pun gedik gak. Tapi sebaiknya, bila kita dah berimej baik macam tu, janganlah post tentang gedik-gedik macam tu. Cinta tu kan fitrah, tapi jangan sampai jadi fitnah. Apatah lagi, kita para muslimah yang membawa imej Islam yang sebenar.

Comey tak kakton~~

try pakai tudung rumet =) belajar slow-slow la kan.. hihihihihi


Bukan nak kata yang bertudung labuh tu gedik, cuma sebagai peringatan, jangan post benda gedik-gedik, cintan-cintun ape semua tu. Jaga imej kita, sikap biar bersesuaian dengan pakaian.

Pastu aku tak suka ada satu ustazah. Ceramah dia selalu pasal cinta. Bila baca bukunya pertama kali membuat aku nak termuntah, menceritakan rumah tangga sendiri, semua yang sempurna ada pada suami dia. Logik tak? Logik tak? Tak logik kan. 

Pastu dalam ceramah pun selalu bercakap mengenai soal cinta. Bukan salah, tapi ada sesuatu yang tak kena. Kanak-kanak macam aku nie pun akan mula rasa nak benda tu, sedangkan kita masih belum mampu. Tambahan pula, ceramah dia membuat remaja berada di awan-awangan. Ingin hidup berumah tangga sedangkan, mak bapak suruh belajar dulu, si Ustazah sibuk suruh kahwin cepat. Padahal kalau kahwin bukannya ustazah tu yang sponsor, mak ayah jugak kan.

Bukan salah, tapi sedikit tak kena. Entah-entah kerana cinta ini, makin ramai yang mula mencari pasangan, dan terjebak dengan cinta yang lagha. 

Nauzubillahi min zalik....

Maafkan saya kalau terasa. Kalau ada kesalahan, sila betulkan dengan cara berhikmah. =)

Comel-comel sokmo :-)