Assalamualaikum.
Baik, sebelum membaca blog ini, cuba aktifkan mood postif terlebih dahulu. Semenjak dua menjak ini aku suka tengok baju ibu mengandung. Aku suka tengok orang mengandung yang berhias. Tapi para suami, tolonglah ye bagi masa untuk kami para wanita take time untuk berhias. Biasanya suami nie semua nak cepat. Suami bangun pagi, mandi, terus pakai baju yang kita dah sediakan, termasuk bergosok sekali. Tetapi tak adil bagi kita, bangun pagi sediakan sarapan dulu, urus anak-anak dahulu, barulah dapat mandi. Masa nak letak bedak lipstik tiba-tiba bunyi pon!pon! hon kereta sebab dah terlambat. Pastu kita para wanita pun terkejar-kejar nak pakai tudung pun tak sempat pastu suami marah-marah kata kita lambat. Adilkah? Baik. Satu pakai tudung lambat lagi satu lepas masuk kereta dengan selekeh lagi, lagilah dia marah kita kata kita selekeh.
(sayang, i hope you baca dan faham ..hehehe)
Aku suka minum air mineral.Aku minum dengan banyak sekali. Setiap pagi sejurus bangun tidur aku telan 500ml air mineral. sebelum tidur aku telan lagi 500ml air mineral. di sekolah ada sediakan penapis air, aku selalu ambik air tu dalam 4-5 gelas sehari. (harap-harap tak timbul isu guru praktikum menghabiskan air dalam bilik guru). Di rumah pun aku akan habiskan 3 botol lagi. Kalau nak senang, beli sahaja satu kotak air mineral yang 500ml tu. Selain mudah untuk kita mengira berapa liter sehari air yang kita minum, botol kecik tu jugak senang diminum dan membuatkan kita nak minum air tu sokmo-sokmo. Hehe.
minum sebanyak-banyaknya air kerana air sangat penting untuk kesihatan. untuk mendapatkan kulit yang cantik, untuk kuruskan badan dan untuk meningkatkan metabolisme badan. untuk bernafas pun sebenarnya kita memerlukan air. cuba kita hembuskan nafas kita di cermin, pasti kita akan nampak wap air. kan? haa.. sebab tu lah aku kata bernafas memerlukan air.
nak kulit cantik, minum air.
demam?minumlah air.
nak kurus?minum air.
kena sengat binatang berbisa? cepat-cepat minum air.
bibir kering?minum air.
ce tengok bibir yang cukup air..haaa..macam nie laaa |
air nie adalah ubat segala penyakit sebenarnya. jadi gunakanlah terapi air, in shaa allah,segala penyakit akan sembuh. like me.. tak pernah sakit, tak pernah demam kecuali sakit period setiap bulan huhuhuh..
Comel-comel sokmo :-)
No comments:
Post a Comment