Pages

Monday, October 28, 2013

Kesayanganku... 2KA

Kadang-kadang aku lupa bahawa pelajar-pelajar aku nieh baru sahaja tingkatan dua atau 14 tahun. Tapi aku layan mereka macam mereka nie coursemate aku kat UPSI.. hahaha. Ingatkan sama umur, ingatkan satu geng! Pastu aku selambe je ajak diorang keluar, jalan-jalan, memang aku betul-betul lupa bahawa mereka ini kanak-kanak lagi hahaha. Mana ada lesen nak drive keluar sendiri.. Dekpun bila bercakap dengan mereka ni, matured gila. Aku masa tingkatan 2 hingus meleleh lagi pastu sapu ngan tangan tarik sampai pipi pastu hingus tu dibiarkan kering dan menjadi tahik idung hahahaha.







Now u say macamana aku nak anggap mereka nie student aku kalau semuanya sama size? Maksud aku ketinggian la yang lebih kurang dari segi kelebaran tak ada siapa boleh lawan cikgu muahahahaha. OK cikgu tengah diet nih.

Lepas tu kan, mereka ni kemas, matang, bercakap topik-topik orang tua ngan aku.. tak macam aku dulu manjee je masa sekolah. Menangis tu dah memang jadi hobi aku hihihi.. Selalu kena buli sebab kecik, kalau beratur kena duduk di barisan paling hadapan. Bila ingat-ingat balik, kesian kat diri aku sendiri hahahaha.

Buat anak-anak murid cikgu, cikgu abadikan kenangan bersama kamu semua dalam bentuk 'online' agar kenangan ini tidak terhapus begitu sahaja. Alah, tanjung malim ngan slim river bukan jauh pun. nak jumpa helo-helo cikgu lah yer.. pastu kita gi lepak-lepak kat dapur-dapur =) sayang kamu semua tau mmmmuuahh..

Comel-comel sokmo :-)

2 comments:

Maizatul said...

ter baikkkkkk!!!!!!!! :)

Maizatul said...

ter baikkkkkk!!!!!!!! :)