Assalamualaikum.
aku dan suami nie sebenarnya PJJ. aku sibuk menghabiskan saki baki pelajaran di UPSI sebagai pelajar paling otai sekali manakala suami pula mendidik anak bangsa di pedalaman di Sarawak. so, kami tidak tinggal bersama dan masih belum ada rumah nak duduk bersama. jadi tinggallah aku dan dia di rumah bujang masing-masing.
kalau ikut perasaan, memang lah nak tinggal sekali, nak menikmati kehidupan selayaknya seorang suami dan juga isteri. tapi demi masa hadapan yang lebih gilang gemilang pelajaran perlu diteruskan jugak walaupun malas-malas sikit takde semangat gewe duk jauh huhu..
dulu, adalah juga kami rancang nak ada anak bila dah lepas habis belajar. tapi perasaan perempuan yang dah kahwin ni memang lain. xleh nok okk nak ada anak sendiri, sebelum ni duk ramas, tumbuk, cium anak orang sekarang rasa nak ada anak sendiri. hehe. sememangnya anak itu rezeki daripada Allah jadi tak payahlah nak rancang-rancang sangat. kami terima dengan hati yang terbuka luas-luas seluas-luasnya. dan aku rela kalau ditakdirkan masa belajar nie aku hamil, walaupun terpaksa menjaga kehamilan itu seorang diri tanpa suami uhuk uhuk cedeyyy..dan walaupun banyak cabaran yang menimpa, kami percaya bahawa semua itu adalah hikmahnya nanti.
Comel-comel sokmo :-)
No comments:
Post a Comment