Pages

Sunday, March 16, 2014

kesian kat cikgu VS kesian kat murid

korang nak tahu tak. aku punya hati lembut giler tau. aku mudah betul nak kasihankan orang, tapi takde pulak yang kasihankan aku. huhuhu.




masa aku jadi murid dulu, aku selalu kasihankan cikgu. cikgu yang mengajar aku. biasanya cikgu yang jenis slow, bila murid bising suara cikgu tenggelam. pastu cikgu tu jenis dia mengajar boring murid bising , mengantuk dan sebagainya. aku selalu gaduh & bertumbuk dengan budak lelaki pasal ni lah. sekuat hati aku akan mempertahankan cikgu tuh.



kalau cikgu mengajar boring, aku tak faham at least aku buat-buat faham. angguk2. pastu aku tanya soalan. cikgu duk cerita pasal penjajah, tapi soalan aku "cikgu, berdosa tak kalau salah mandi wajib?" macam tu lah. boleh dikatakan kalau dalam kelas tu ada 35 orang pelajar, cikgu hanya akan berinteraksi dengan aku sorang sahaja. hahaha. no wonderlah result aku, dalam kelas aku sorang A bahasa inggeris, yang lain C,D, E,..hahaha. perbezaan yang amat ketara di situ ya.



aku selalu kasihankan cikgu. sebabnya aku pun cita-cita nak jadi cikgu. kalau aku tak hormat cikgu, macamana murid akan hormat aku. aku sangat-sangat berpegang kepada hukum karma itu. obses! 



bila aku dah jadi cikgu, aku kasihan pulak kat student aku. aku cepat kesian kalau student tu jenis yang pendiam dan senyap. jatuh kasih cikgu dibuatnya. bila ke sekolah macam-macam student kita akan jumpa. ada yang suka mengasingkan diri. aku kesian. ada yang jenis skema sangat. aku kesian. pendek kata aku memang mudah sangat nak kesian. aku tengok student balik jalan kaki aku tiap2 hari hantar budak tu balik umah huhuhu.


Comel-comel sokmo :-)

No comments: