Pages

Thursday, April 3, 2014

Honeymoon Fasa Ke2

Siapa kata kalau kahwin dah tak boleh enjoy? No way, salah sama sekali. Bila dah kahwin barulah syiok nak enjoy. Halalan toyyiba lagi. Boleh pegang tangan ke hulu ke hilir, boleh stay hotel sebilik, semuanya boleh dilakukan tanpa batasan! Dah la tak berdosa malah dapat pahala lagi. Yuhuuu! Kahwen best ape. So kalau sebelum kawen kami tak dapat nak enjoy, terpaksa jaga batas-batas tertentu kini tidak lagi. Lepas kahwin dapat enjoy sepuas-puasnya sambil bahagia menikmati cinta halal. Tambah-tambah aku ngan suami aku ni sekepala, dua-dua pun kaki jalan, kaki shopping, kaki makan dan kaki mengabiskan duit yang mana ada..nasib baik. Tapi antara aku dengan suami, dia yang lagi excited nak enjoy. Tahap aku dah kurang seiring dengan peningkatan usia. Huhuhu. Tapi terpaksa ku gagahkan juga! (macam dah tua benar hahaha)

Suami aku janji. Honeymoon kami ada 3 fasa kesemuanya. Fasa pertama di Kelantan dan Terengganu. Bila dah lepas fasa 1, fasa kedua ialah di luar Kelantan dan Terengganu iaitu dalam Malaysia jugak. Fasa ke 3 pula ialah di luar Malaysia. Insha-Allah.

Dan beliau telah mengotakan janji-janji manis beliau. Alhamdulillah. Kali nie kami dapat bersama lama sikit sebab suami cuti seminggu. Cuma akulah tak cuti, aku ponteng kelas je. Hahaha.

piewwitttttt gewe kito terr! te' spek ite bbena..


So, fasa kedua honeymoon kami adalah cuma sekitar negeri Perak ini sahaja iaitu Ipoh. Dalam perjalanan ke Ipoh, kami singgah di Kellies Castle @ Batu Gajah. Aku nih nama je belajar kat Perak tapi kat sini pun tak pernah-pernah sampai pon lagi. Batak giler hahahahaha. Aku budak baik, tak derak kokse. T_T



Kalau benar cinta itu buta... butakah mataku.. 

Spek kami nie, sebenarnya tak de lah hitam sangat hahaha. Tapi bila kena panas dia jadi pekat gitu. Aku hairan dan pelik sangat!





Untuk hotel, suami dah tempah Golden Roof Hotel, Ipoh. Asal gold je tempah, asal tempah je gold. Nampak tak gold kat belakang tu? Motif? Hehehe.





Benda wajib bila masuk bilik hotel yang cantik ialah berselfie laki bini.

gambar nie ada maksud tersirat hahaha

Bilik biasa je. Setakat nak tidur je kan? Yang selebihnya nak jalan-jalan ngabiskan duit. Tapi hotel ini ada free gift untuk massage tau. So dapatlah merelekskan diri juga. Hilangkan penat jalan-jalan. Kalau nak tujuan lain (aktiviti yang perlu ada di bilik selama 24 jam) eloklah ambil yang besar lagi pastu tidurlah puas-puas.

Kami ke Ipoh Parade, jalan-jalan cuci mata. Paling best ada Thailand Street kat dalam Ipoh Parade.Pada suatu ketika dahulu selalu tengok kat FB orang upload gambar pulut mangga. nak cuba, cari punya cari tak jumpa. pergi Thailand pun tak jumpa jugak. last-last jumpa kat sini. dulu ingat, kena ke mangga dengan pulut? macam tak kena je! tapi bila dah cukup, woahhh sedap nye!



Kami sebenarnya dua orang nie kanak-kanak lagi. Tubuh je besar, ada kerjaya tapi mental dan perangai budak-budak lagi. Sebabnya? Kami masuk ke 9D Roller Coaster. Nak try benda baru katanya. So masuklah. RM 15 untuk seorang. Aku nie penakut kalau naik roller coaster betul-betul. Tapi naik yang tipu-tipu pun takut jugak. Ngeri. Kita biasa dengar 3D kan? Dan yang paling canggih pun 5D kan? Tapi kat sini, (dah lupa nama kedai) 9D okay. Kita masuk dan macam biasa diberikan spek mata. Lepas tu kita duduk atas kerusinya. Dan kita pilih movie yang kita nak. Suami aku pilih movie hantu. Dah tahu bini dia takut hantu, saje nak ngusik orang.



Pastu bermulalah pengembaraan kami di atas roller coaster yang penuh dengan hantu. Sebenarnya hantu tu tak scary langsung, yang scarynya bila kita punya roller coaster tu sangat dahsyat. Jatuh menjunam rasa macam nak mati. Padahal kita tak bergerak pun, yang gerak cuma kerusi. Thus, kita akan dapat rasakan angin yang sangat kuat macam naik roller coaster betul-betul. Bila lalu bawah air, kita kena simbah pula dengan air. Basah baju aku. Huhuhu. Pastu yang paling scary lagi, ada ular depan mata aku. So aku tutuplah mata. Bila buka mata, ular tu ada lagi. Aku terjerit-jerit sebab geli. Padahal takdenya ular tu. Pastu boleh pulak rasa ada ular bawah kaki aku duk libas-libas ekor dia kat kaki aku. Huuuuu.



Pastu kami bercandle light dinner. Tapi tak sedap pon huhuhuhu. Ape punya makanan kat tempat eksklusif konon mahal rasa tak sedap langsung. Nasi rasa macam kerak pulut, pastu ayam lemon rasa xmasuk sangat. Kalau ikan plus lemon mungkin ok sikit kot. Last-last restoran mamak jugak yang sedap, murah dan banyak!




ce teka aku tengah buat apa? Ini kes bawang butih kena dera ngan bapak tiri suruh pakaikan dia stokin hahaha.


konon comel lettew padahal macam makjah citer sembilu. selfie sementara gewe tengah mandi.
Hari ke tiga kami pon cikidout! Gambar-gambar sekitar hotel. Babai Golden Roof. Nanti kita jumpa lagi. Kita orang memang suka try-try hotel nih.

Receptionist yang manis. Kalaulah setiap receptionist semanis nih, mesti pelanggan hotel x putus2 hahahaha

nampak macam Malek Noor kan? 




Babai. =)

Comel-comel sokmo :-)

No comments: