Pages

Saturday, March 31, 2012

MEJA STUDY SAYA

ayuh cari benda tersembunyi..hehehe..
biskut..beg duit, sarung kaki, kad klinik, kain tudung..getah rambut


laptop duk terbalik..


astaghfirullah..xleh wat bini..xleh wat bini..yelah..tak leh wat bini sebab aku dah ada suami.. (dengan bangganya syoknya kawen)



novel sejarah islam daripada penulis idola
Abdul Latip Talib, beli menggunakan BB1M..
semuanya keluaran PTS


Laksamana Cheng Ho
Bilal Bin Rabah-pengumandang seruan langit
Mustafa kamal ataturk- penegak agenda yahudi
Imam-imam yang benar (imam maliki, imam hanafi, imam hanbali, imam syafie)

dan banyak lagi!
Sultan muhammad al fateh-penakluk konstantinople
ikramah-penentang jadi pembela
umar al khattab-reformis dunia islam
ali bin abi talib-mutiara ilmu islam
perang-perang yang benar

dan banyak lagi yg best2! best gile! 
pada aku kalau nak memahami islam, lihat sejarahnya terlebih dahulu..
barulah kita lebih faham, dan tak mudah mengatakan orang tu salah, orang nie salah...

sila dapatkan sekarang!

Sila Lengkapkan Puisi Ini

kau beri aku satu
aku balas dengan dua
kau beri aku seribu
aku balas dengan berjuta

Thursday, March 29, 2012

Makna tersirat lagu Suci Dalam Debu

Engkau bagai air yang jernih
*Islam adalah suci dan jernih
Di dalam bekas yang berdebu
*di dalam kehidupan yang penuh muslihat
Zahirnya kotoran itu terlihat
*yang batil tetap kelihatan jelas dan menjadi kebiasaan
Kesucian terlindung jua
*yang benar dipandang asing dan terpinggir

Cinta bukan hanya di mata
*pandangan mata itu tidak penting
Cinta hadir di dalam jiwa
*yang penting itu iman di dada
Biarlah salah di mata mereka
*biarkan siapa yang tidak memahami untuk mengata
Biar perbezaan terlihat antara kita
*yang benar itu perlu ditegakkan

Kuharap kau kan terima
*aku harap kau juga terima Islam seikhlasnya
Walau dipandang hina
*walau orang memandang kita sebelah mata
Namun hakikat cinta kita
*yang penting cinta kita kepada Allah
Kita yang rasa
*kita yang lebih mengetahuinya

Suatu hari nanti
*hari pembalasan nanti
Pastikan bercahaya
*yang benar akan terserlah
Pintu akan terbuka
*pintu-pintu syurga dan nikmat akan terbuka
Kita langkah bersama
*Insya-Allah kita yakni orang-orang yang digelar asing akan memasukinya
Di situ kita lihat
*di dalam syurga kita akan melihat janji-janji Allah itu
Bersinarlah hakikat
*terbukti benarlah segala janji-janji Allah di dalam kitab-Nya
Debu jadi permata
*Muslim yang dipandang hina di dunia akan menjadi orang paling beruntung
Hina jadi mulia
*Segala ujian di dunia akan terbalas dengan nikmat yang tak terjangka di syurga

Bukan khayalan yang aku berikan
*janji-janji Allah dan Rasulnya itu bukan omong kosong
Tapi keyakinan yang nyata
*ia adalah untuk orang-orang yang yakin/beriman akan hari akhirat
Kerana cinta lautan berapi
*iman itu akan memberi kekuatan yang luar biasa kepada orang beriman
Pasti akan kurenang jua
*semua halangan dan ujian untuk menegakkan kalimah syahadah akan ditempuhi

Akhir kata :
Hati yang ikhlas, tidak akan perasan dengan pujian. Tidak akan terkesan dengan cacian dan cercaan. Kerana hati itu tahu, pandangan siapa yang perlu diutamakan!




Wednesday, March 28, 2012

EH, ADA BAU HANG JEBAT LAA...

tahukah anda apa itu bau hang jebat? aku tak pasti orang luar panggil apa kat bau ni, tapi orang kelantan panggil bau jebat. hahaha..

masyaallah tadi dalam kelas ada bau hang jebat seseorang. kalau ada bau hang kasturi xpe la..aromanya menusuk kalbu..membuat aku terpaksa menahan nafas selama 2 jam...bila lect tengah buat lawak aku xde mood nak ketawa sebab hangit sangat baunya.

walaubagaimanapun, suspek tidak dapat dikenal pasti sehingga kini..



kepada gadis2 yang cantik sekalian, tak ada gunanya bergaya sakan kalau ketiak busuk. jadi sila jaga ketiak anda betul2..

pertama, sila cabut/cukur/veet bulu ketiak anda. nanti anda menternak kutu babun. bulu ketiak juga akan menyebabkan ketiak berpeluh.

kedua, pakailah deodorant yang bersesuaian..deodorant dapat menghilangkan bau tengik, dapat mencerahkan bawah lengan dan menahan peluh. ada yg berpendapat tak perlu pakai deodorant katanya ketiak dia tak berbau. hey! hey! hey! saya nak jelaskan di sini bahawa kita takkan dapat mencium bau kita sendiri melainkan orang di sekeliling kita yang akan berasa tak selesa dengan kita. petua mudah, lepas balik kelas/kerja, anda mandi dengan sabun. pastu anda cium balik baju anda tadi, pasti anda akan menyedari bahawa hang jebat itu kepunyaan anda sendiri. kalau tak percaya, cubalah.

ketiga, kadang2 bau hang jebat ini ada pada pakaian kita. tak guna rendam baju dalam downy passion berbulan2, kalau tak berus bahagian ketiak tu tak ada gunanya jugak. jadi basuh, bilas dan sidai betul2 pakaian anda tu.

selain daripada ketiak, hang jebat juga berpunca daripada : MISS V..

saya sarankan kepada para wanita, tolonglah bersihkan alat sulit anda tu, kadang2 benda tu akan mendatangkan bau yang tak terduga, cepat2 pergi Watson beli sumber ayu ros. jangan risau, dia bebas alkohol dan selamat digunakan walaupun digunakan tiap2 kali mandi 3x sehari.

hang jebat juga berpunca dari bau rambut. sila shampoo rambut anda selang sehari.


UltraPin lumpuh separuh badan

Helo assalamualaikum warahmatullahiwabaro kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tuh.. (ingat masa sekolah rendah dulu...)haha..

dan salam 1 Malaysia..

sangat buruk belog ini bila memasukkan berita mengenai ayah pin. Ayah pin itu asalnya dari kampung saya. hahaha..tumpang glemer ayah pin lah entry kali nie,hahaha.. Aku betul2 fikir dia ke langit, yelah..masa tu aku kan kanak-kanak lagi..mana faham masalah negara dan masalah orang dewasa ni..

Dalam harian metro ada berita pasal ayah pin. Ayah pin telah kembali ke bumi setelah beberapa ketika berada di langit. Tetapi kini ayah pin dalam keadaan lumpuh separuh badan setelah terkena serangan angin ahmar.. Dia juga sempat berkahwin dengan gadis berusia 18 tahun. Hey!! Kita sama2 doakan agar Ayah Pin bertaubat sebelum masanya tiba. Insya-Allah.

tapi ada sesuatu di sebalik kisah ayah pin nie..



Almarhum ayahanda saya mengasaskan surau ini 3 tahun lalu di sebelah rumah. Ramai pengikut Ayah Pin Ketua Kerajaan Ultra datang ke surau ini selepas Ayah Pin kembali ke langit. Walaupun sudah 3 bulan ayahanda saya tiada, bekas-bekas pengikut Ayah Pin masih lagi datang ke surau ini untuk berjemaah dan banyak perubahan yang boleh dilihat pada mereka. Surau ini kini diimamkan oleh adik lelaki saya, satu-satunya adik-beradik kami yang berjumlah 11 orang yang tidak dihantar ke universiti sebaliknya ke sekolah pondok.



-pinjam status abang-

hehehe..
dulu mereka pangikut ayah pin..
biasalah dekat kampung2 mesti ada politik kan..
ada satu surau yg konon2 digunakan oleh "orang islam" nescaya orang2 hijau yang mereka menyangka mereka masuk syurga..
tetapi surau tu xnak terima bekas2 pengikut ayah pin yang telah bertaubat, sampai kubur salah seorang pengikut pun tak dibenarkan ditanam di dalam kawasan perkuburan..
begitulah taksubnya "orang islam" ini kepada parti politiknya..
sehingga menghukum orang lain masuk neraka..
dan tak nak terima orang lain..
sepatutnya membimbing mereka, bukan menghukum...

Ayahanda sempat mengajar mereka, dan mereka kini dah berubah. alhamdulillah..
tetapi masa mula2 memang kelakar...
mereka langsung tak pandai solat, baca quran dan buta huruf.
pegang yasin pun terbalik..hehehe....
ada makcik kata, dia bukan xkenal huruf, cuma mata xberapa nampak..
esoknya makcik tu datang dengan spek hitam sebab xnampak..hahaha

sama2 kita membimbing orang yang tersesat, bukan menghukum...

Sunday, March 25, 2012

Cantik di sisi Allah, atau cantik di sisi manusia

aku pulang dari kuliah..
ke pejabat POS poskan slip exam kepada KPM..
panas membahang di atas jalan raya..
ya Allah memang panas..
tapi aku dah biasa dengan panas ini
lagi panas bila start berniaga dari jam 7 pagi sampai 2 petang
duduk tengah panas yang membakar
macamana la agaknya kepanasan api neraka
yang dijanjikan Allah kepada manusia yang ingkar..
seperti aku....
panas ini, sungguh menginsafkan..
insaf..



















sudah bertaubat, kemudian diulang lagi..taubat, ulang, taubat, ulang..
macamana agaknya kalau taubat xboleh diulang?
memang la kan taubat xleh diulang..bukan mudah nak taubat..

aku balik ke rumah dengan berpeluh ketiak, peluh kaki peluh perut hahaha
peluh semuanya lah senang2 dengan muka berminyak kepala sawit
masa tu pukul 1.30..
aku pun terfikir..
kul 4 ada kelas..
nak tidur dulu...malas mandi dulu..
ambik air sembahyang je la kan sebab ptg nanti ada kelas..
lepas bangun tidur baru mandi...tak kan nak mandi 2x kan..
kata aku...kihkihkih...

aku masuk ke bilik air untuk berwudhuk...
tak tahu kenapa tiba2 datangnya insaf, mungkin dari bahangan matahari tadi..
lalu aku terfikir..
aku nak solat zhor, nak mengadap Allah..xmandi..
nanti kelas, aku nak jumpa manusia...nak pulak aku mandi
adakah kerana nak jumpa dengan manusia aku perlu mandi?
ya! agar orang lain tak terganggu dengan kemasaman peluh aku..haha

tapi kenapa nak jumpa Allah aku tak nak mandi?
ok..insaf......

*bila dalam solat, boleh je kita tutup aurat dengan sempurna. tapi bila lepas solat, telekung dibuang begitu sahaja. aurat kemudian dipamer pula. hidup ini adalah ibadat, bukan solat je ibadat. jadi, beribadatlah. kerana Allah tidak menjadikan manusia dan jin, melainkan untuk beribadat kepada-Nya. selamat beribadat semua.. :D

Friday, March 23, 2012

Boikot Yahudi??????


ini adalah barang yahudi..
*ini mesti kes nak putihkan kulit macam lisa surihani la nie kan?
xpayah xpayah..kalau hitam takkan putihnye der...*

kegemaran aku
baunya..dan kesannya..
tadi aku sengaja beli..dari pencuci muka, toner, losyen dan ubat ketiak..
semuanya garnier kan..
ayuh boikot yahudi oh yeah!

hihihi
ok baca nie..
nie bukan ustaz cap ayam..kalau anda baca maka anda tahu


lepas baca...
oh macam nie rupanya..
rupanya, kita nie..minda politik lebih menguasai berbanding minda tajdid!

semoga idola saya iaitu dr.Maza akan terus menyampaikan yang benar2 sahaja,
kerana beliau alim ulamak yg saya idolakan..
saya i love u sama beliau
tak kira politik mana, kebenaran harus ditegakkan

Thursday, March 22, 2012

Senyuman Sihat Sepanjang Hayat

Tadi g teman Shima ke klinik gigi
Shima kata klinik kerajaan boleh cuci gigi..
hah! aku tak tahu pun selama nie.
macamana nak cuci gigi tuh?
ketinggalan zaman sangat ke aku nih sampai tak tahu apa itu cuci gigi di klinik gigi
menggunakan khidmat doktor gigi?
ok fine aku mengaku last jumpa doktor gigi masa sekolah dulu
tu pun misi yg gi sekolah
hehehe..lupa la darjah berapa atau tingkatan berapa..

jadi, aku nak try la...
gi klinik pergigian tanjung malim
mula2 tanya misi kena bayar ke kalau nak cuci gigi?
dan rawatan2 lain?
nasib baik tanya..
misi kata setiap rawatan ada bayaran
*ceh!banyak cantik kau nak free
ok..kalau nak free, fotostat kad matrik.

lalu kami fotostat kad matrik.
buat kad klinik sebab nie 1st time g klinik
*remaja tak ada kesedaran

aku masuk dulu..
doktor tanya,
ada masalah apa?
aku jawab tak de masalah, nak cuci jer..hak3..
*saja menambah kerja kepada doktor sebab tak ramai kat klinik gigi tadi

doktor cek punya cek sebijik2 gigi aku
tak ada masalah
cek lagi..
"gigi awak semua dah ok..cantik..tak ada apa2 rawatan yg awak patut buat"
alah..nak cuci takleh jugak ke?
*gelepar dode2 nak cuci jugak! aku nak pengalaman itu!
"saya rasa tak perlu..ok.."
hah...

lalu doktor memberikan nasihat kepada saya

"sebab ada geraham bongsu kiri dan kanan, awak terpaksa menganga mulut luas2 untuk menggosok bahagian itu. saya cadangkan agar awak membeli berus gigi kanak-kanak untuk gosok geraham bongsu itu. nanti kalau tak kena betul2 akan rosak jugak. masa gosok jangan nganga luas2 sangat yer"

hahahaha..

jadi. dengan bangga dan riak sekali, gigi aku tak ada masalah. aku suka. walaupun masa sekolah dahulu dipanggil hantu gigi dan dikatakan pakai gigi palsu!

memandangkan doktor dah mengiktirafkan gigi aku sehat maka sekali lagi dengan riak takabbur nya aku nak bagi tips kat silent reader blog nieh! kih40x (jangan marah yer.. kita kan
1 MALAYSIA)

yang pertama...
aku nak semua sayangi gigi..jangan ambik mudah pasal gigi..sebab gigi mencerminkan peribadi kita, dan perkara pertama yg orang tengok mestilah senyuman kita kan..takkan nak senyum tutup mulut setiap masa sebab nak cover line gigi rongak..kalau rongak sila pakai gigi palsu.biarlah berhabis duit sekalipun, gigi kena jaga..

yang kedua..
rasanya kalau gigi tak cantik tak perlu kot nak pakai braces melainkan ada org panggil anda dengan gelaran halimah jongang. tak payah ubah kejadian Allah yer..yang penting, senyum dengan yakin walaupun gigi macam pagar kena tanduk kat lembu. hehe...gurau jer..yang penting gigi sihat, tak cantik tak apa..

yang ketiga..
jumpa dulu doktor gigi.mana tahu ada gigi rosak, contohnya gigi berlubang. bila gigi rosak, akan menghasilkan bakteria dalam mulut. menyebabkan masalah bau mulut, sakit, dan sebagainya. apa2 pun, jumpa dulu dengan doktor gigi..

yang keempat..
tips mudah.. bangun pagi gosok gigi guna kodomo lion..hehe
tak la.jangan guna kodomo lion ya..gunalah ubat gigi berflourida..
dan ubat gigi yang disyorkan oleh doktor2 gigi seluruh dunia ialah Colgate Total..
lengkapi rejim penjagaan gigi dengan menggunakan Colgate Plax mouthwash..

tapi saya menggunakan Darlie All shiny White..konon nak putihkan gigi..
tapi dengan menggunakan ubat gigi pemutih, gigi anda sebenarnya tak akan jadi putih macam kertas A4 tu,
melainkan anda membuat rawatan yang mahal2 beratus2 sampai beribu2 atau anda menggunakan Colgate Simply White.. ah-ha.. Colgate Simply White saya tengah nak cube2..nak putihkan lagi gigi..

yang kelima,
gosok gigi setiap pagi, dan yg paling penting sebelum tidur.
gosok gigi sebelum tidur lebih penting daripada sejurus bangun tidur
*gosok gigi setiap kali sebelum ambik wudhuk
*gosok gigi setiap kali selepas makan

semasa tunggu shima mendapatkan rawatan, budak skema ini mengambil risalah di kaunter,
di sini saya kongsikan bersama anda,
macamana peringkat2 kerosakan gigi  berlaku :

  1. kita makan, atau bangun tidur, terhasillah plak gigi (taik gigi)
  2. bila plak gigi tak dibersihkan betul2, plak akan bertambah , dan menjadi keras lalu membentuk tartar
  3. bakteria ini akan menjangkiti  tisu gusi dan tulang yang menyokong gigi.
  4. gigi akan menjadi semakin longgar
  5. gigi perlu dicabut
  6. kalau tak rongak, poket gusi iaitu satu ruang akan terbentuk di antara gusi dan gigi, dan membenarkan lebih banyak bakteria berkumpul.
kalau nak putihkan gigi :

1. gunakan ubat gigi berflouria.
2. elakkan kopi dan teh
3. elakkan merokok
4. paling senang gunakan pemutih gigi khas.
5. kalau nak selamat, tak nak guna bahan kimia, gunakan kulit limau diasah pada batang gigi.
6. gosokkan gigi menggunakan sodium bikarbonat. amalkan 3-4 kali seminggu
7. pada berus gigi, titiskan jus lemon, campurkan dengan garam.kemudian gosok gigi seperti biasa.
8. kunyah epal


selamat menjaga gigi anda. :-) 


Monday, March 19, 2012

Tanda kita tak penting dalam hidup seseorang melalui SMS

Pernah tak di saat kecemasan, anda call kawan anda, tapi tak angkat, mesej tak berbalas. Jadi kita terfikir.. oh, dia ada kelas masa nie. Ok, bila petang awak call balik, xangkat jugak. Mesej pagi tadi langsung tak berbalas. Pernah tak awak terfikir, dalam kelas dia tumpu 100% kat lecterure ke? Xmungkin kan? Sebab masa lect tengah mengajar, sempat la kita buka FB, mesej dgn pakwe. Saya tak faham org jenis ni. Hahaha.. mungkin lect mengajar garang sangat, atau hebat sangat sampai nak fokus betul2 kat pengajaran dia. Macam tu ke? Tapi kenapa saya tak macam tu? Saya sempat berbalas SMS dengan pujaan hatiku. Mak telefon dalam kelas saya sempat lagi angkat telefon dengan menyorok bawah meja. Pendek kata, memang hanpon duk depan mata saya. Lagipun university bukannya sekolah. Henpon dalam hanbag pastu tangan meraba2 dalam handbag main mesej, xpun buka laptop update blog! Hebat bukan, saya nie? Sempat update blog dalam kelas. Hahaha..

Lainlah kalau masa tu kita tengah mandi, solat, tidur, bawak kereta, bawak motor, atau masa pembentangan. Kita tak boleh nak balas mesej dan angkat talipon. Tapi bila kita siap semuanya, maka kita akan balas balik la. Betul x? Tapi kenapa masih ada makhluk yg tak pandai nak balas mesej kita, sibuk sangat ke dia? Bukan kita nak chat dengan dia pun. Kita tanya benda penting, jawab 1 sudah la. Tapi kat FB Nampak duk online je sokmo.. memang saya tak faham.   Yela, mungkin xde kredit nak balas mesej. Tapi xleh ke guna no kawan untuk balas mesej ringkas tu? Susah2.. jadi nasihat saya kepada pembaca semua sila alert dengan talipon.

Ok saya akui kadang2 saya macam tu jugak. Bukan apa. Saya lebih suka talipon saya silent 24jam. Tak suka ngan bunyi talipon nih. Tapi saya selalu tengok talipon tu kalau ada call dari kampung, atau ada mesej penting2. Mesej pakwe memang lah ada selalu walaupun tengah mengajar sempat lagi dia mesej saya. Nah! Mengajar tuh, bukan diajar. Mungkin saya penting dalam hidupnya (kih40 kali) jadi setiap masa boleh mesej sesibuk mana pun.

Kadang2, mesej dari kawan2..saya pun lupa nak balas. Bukan xnak balas, tapi lupa. Bila cek balik kat inbox, oh lupa mesej tadi, tapi kalau saya tak cek maka saya pun lupa nak balas. Tapi mesej pakwe tak pernah lupa pun nak balas. Macam tu la, dah jadi fitrah.

Jadi kalau anda penting dalam hidup seseorang itu, anda akan mendapat perhatian daripadanya. Kalau anda tak penting, mungkin mesej anda memerlukan masa yg lama untuk dibalas.. kesian kan? Huhuhuhhuu.. contohnya kita mesej pagi, ptg dia balas, kita mesej ptg, malam dia balas. Lagi kuciwa, kita mesej hari  nie, esok dia balas, bukan esok lusa atau tulat tubing, pakda musa berak tunggeng (style kat kampung saya).

Kita penting, atau tak penting dalam hidup seseorang..bolehlah kita tengok pada mesej dia. Kalau sehari, mungkin kita masih penting, kalau seminggu, kita tak penting, dan kalau dah berbulan-bulan lamanya, memang sah2 la xpenting dan jangan dekati hidup aku lagi! Yuppieeee... oleh itu, elakkan diri kita daripada bersikap dah la hidung tak mancung, bulu hidung keluar pulak tu.. kan? Kita tak penting dalam hidup dia, dia pun tak penting dalam hidup kita. Ada aku kesah?

Kanak-kanak Terencat Akal dalam kelas English for Communication ll

during EC ll class, we were asked to write an assay.. i have had the idea to write an essay, entitled "An Unexpected Visitor".. yeah! our lecterure very like our tiltle.. hihihi..but not the contains, grammars, words and terms.. hahaha.. cap ayam punya bahasa inggeris.. i hope we will pass this challenge for semester four. this is last class to us learn english. oh no! i dont really like this languange..why this university not teach Kelantan Malay Languange?  i would like to say here that, kelantan malay is a real-malay languange. why? most of the Malay words that used now, like looked modern, sophisticated but Kelantan languange still use a lot of classic languange. for example like Ikan pari..we dont called them ikan pari, but we called them ikan tuko.. u see? in malay classic word, there was use Ikan Ketoka. Besides, for words "put", we called them "masukkan", in malay classic we mention it by nama, Bubuh. Kelantan Malay are still using the previous word.. We are so great! n our languange is really unique!

Parok...duk bobe kokse..hahaha..mari kita tengok gambar..jgn la menyampah pula yer..i put my picture, bukan untuk menunjuk2 ke apa ke..tapi hanya satu niat saya berblog ialah agar segala kenangan dan memori tak terpadam begitu saja. i love to look back my story, my memory..walaupun bila saya baca balik entry saya yg lama2 rasa macam nak muntah dan menyampah ulat taik!



taddaaaaaa.. our new campus at Proton city..gambar ini diambil drpd laptop dari youcam..oh frust..xnampak Dr. Che Ton..

org lain sibuk belajar kita sibuk beryoucam..naseb bek xdok kamera teropong lagi (DSLR)..sabar..tak lama dah..

apa budak 2 org nih?


my group members..shima n fadlee..  aku pulak nampak mata separuh jer..


yg kat atas kepala tu bukan untuk dijual ok..


kenapa besar sangat pipi aku? kalau dah melantak macamana tak besar..eeee...
shima termenung jer sebab dia baru kenal permainan ini,


hahahaha.. (ketawa).. kesian budak 2 org nie.. kepala dah panas sebab study bahasa inggeris lama sangat

haha..daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

ini introduction karangan kami : isi dan penutup akan bersambung lagi..

An Unxpected Visitor
It was my first time in my life to have such a very memorable birthday party. Many of my friends and neighbours were invited to celebrate my birthday. Wow! It was exciting! I never expected to have such this birthday party. At one moment all of my family members were busy doing their own preparation. My mum was decorating Tiramisu cake for me while my sister hanging colourful balloons at the dining room’s corner. Everyone looked enjoying doing their own jobs. Well, it all done excellently and the guests were just waiting for me. There were many types of food. Besides cake, there are chicken rice, cocktail, and desert. While I walked down to the stairs in my gorgous flowing gown, there was a hissing sound. I was shocked.
to be continue...

Sunday, March 18, 2012

Mewangikan Nafas

Isu ini amat sensitif untuk dibincangkan. Apatah lagi pembaca blog yang serba kekurangan ini merupakan kawan2 saya..pakwe2 saya (plural) ..abang2 saya..kakak-kakak saya. kemudian timbul salah faham lalu mereka berkata "tengok2 Nora nak cerita pasal bau mulut dia sendiri yang bau loji kumbahan belakang rumah aku yang lagi wangi tu ke?'.. ok xpe.. ^_^ hak3..mulut berbau..itu memang lumrah tak kira lelaki atau perempuan..lagi haru bila badan berbau.. mulut berbau nie 100% boleh mencacatkan penampilan kita. luaran bukan main cun macam neelofa korek idung dengan penuh gaya kalau mulut berbau tak guna jugak..



berapa kali sehari anda gosok gigi? setiap pagi sebelum ke kelas ke?hekhekhek...sepatutunya, kita gosok gigi paling kurang 3x sehari dan paling rajin 5x sehari sebelum berwudhuk dan bersolat. itu kan sunnah nabi. dan doa orang yang gosok gigi (bersiwak) semasa solat akan termakbul..

"Seandainya bahwa tidak memberatkan aku ke atas umatku, nescaya aku perintahkan mereka dengan bersiwak tatkala setiap kali berwudhu". (hadits riwayat Ibn Abi Syaibah)

"Hendaklah kalian bersiwak, kerana sesungguhnya bersiwak membaikkan bagi mulut dan keredhaan bagi Rabb". (hadits riwayat Imam Ahmad)

Bolehkah bersiwak menggunakan berus gigi sepertimana yang ada sekarang? Jawabnya, berdasarkan kepada takrif bersiwak menurut istilah syarak, maka pengunaan berus gigi atau kain yang kesat (sekiranya tiada alat siwak yang lain), maka secara langsung termasuk di dalam maksud penggunaan siwak. Adapun yang afdhalnya adalah menggunakan kayu aarak seperti yang disebut kerana mengikuti akan perbuatan Rasulullah S.A.W.

haaaa.. lepas tu bukan setakat gosok gigi jer...gigi, gusi dan lidah semuanya kena berus betul2.. selain gosok, kena juga gunakan flos dan mouthwash macam listerine tuh.

tapi listerine tu kita tinggalkan dulu, sebab ada perkara yg lebih penting nak bagitau iaitu menggosok lidah. belilah berus gigi yang ada pencuci lidah kat belakang dia tuh. dan setiap pagi, beruslah lidah tu sampai termuntah-muntah. itu yg saya lakukan setiap pagi. memang termuntah dan housemate mesti fikir yang bukan2 kan?hahaha...xbaik tau...

kita sendiri tak tahu nafas kita berbau ke x..cara paling mudah nak tahu..
  1. awak tanya kawan terdekat awak nafas awak berbau ke x.hahaha..mesti dia tak sampai hati nak bagitau kan? ok..kalau mcam tu cuba cakap dekat2 dengan dia.kalau dia alihkan muka tu maknanya memang ada bau tapak pelupusan la tu..
  2. anda sendiri rasa tak selesa dgn mulut sendiri
  3. terdapat kesan putih di lidah
  4.  kawan2 bagi gula2 kat kiter
berikut ialah cara untuk mewangikan nafas. saya bagi tips yang mudah2 je nih. malas rasanya nak buat cara tradisional yang kena tumbuk itu ini, kena gali benda2 alam semulajadi..kena ke dapur dan amalkan setiap hari..malas3..  :
  1. gosok gigi 5x sehari sebelum berwudhuk (tapi jgn gosok gigi n berwudhuk je, solatnya x)
  2. jangan gosok gigi terlalu lama kerana ia akan menghasilkan lebih banyak plak gigi
  3. gunakan flos selepas makan
  4. gunakan listerine 2x sehari
  5. seperti saya bagitahu di atas, gosoklah lidah sampai termuntah-muntah..gosok dari anak tekak lagi..
  6. minum banyak air
  7. ambik gula2 tanpa gula, chewing gum tanpa gula, lobak mentah, saderi
  8. jumpa dgn doktor gigi, mana tahu ada sebijik dua bijik gigi berlubang yg perlu ditampal..
  9. gunakan berus gigi yg berkualiti, lembut, bersilang dan tidak menyakitkan. jangan asyik nak murah je. guna juga ubat gigi berflorida.
Punca masalah nafas berbau :
  1. tidak menggosok gigi dengan betul
  2. tidak menggosok lidah
  3. merokok (sila jauhi lelaki perokok nanti nak cium pun xlalu..yerkkkkkkkk)
  4. mengalami masalah dalam mulut seperti sakit gusi, sakit tekak, resdung atau masalah paru2
  5. pengambilan makanan berbau seperti bawang putih, petai jering dan segala makanan yg berbau, rempah ratus (bau juga kadang2 datang dari dalam perut)
  6. masalah mulut yang kering disebabkan kurang minum air


walaupun gigi dan tersusun tapi saya punya masalah gigi sensitif yang menyebabkan saya tak boleh makan aiskrim, air batu, minuman manis, gula-gula, kek dan semua makanan yang sejuk dan manis-manis. kalau diikut nafsu jugakk, maka menyesal tak sudah...


source : pelbagai sumber
(kalau nak kongsikan tips lain, sangat dialu-alukan :-)

Salah Faham Mengenai Golongan Miskin di Syurga

"Aku telah meninjau syurga dan aku dapati kebanyakan penghuninya ialah kaum miskin, dan aku juga meninjau neraka dan aku dapati penghuninya ialah kaum wanita." (HR. BUKHARI)

Itulah kefahaman kita mengenai golongan miskin yang mendapat kejayaan di akhirat. Oleh sebab itu saya banyak memerhati golongan miskin sangat popular seperti ayat begini.

"Tak apalah... Kita miskin di dunia, jangan miskin di akhirat"

"Allah tak memandang kepada harta, tetapi kepada amalan kita"

  1. Soalnya, adakah dengan mengharapkan rezeki jatuh ke riba itu merupakan amalan orang mukmin? Mereka hanya menunggu takdir mengubah nasib mereka tanpa berusaha dan menggunakan ayat di atas untuk menyedapkan hati sahaja. Apakah Islam itu memandang kemiskinan sebagai satu kelebihan dan kekayaan boleh menjauhkan seseorang itu dari syurga.
  2. Untuk memahami hadis ini perlulah dirujuk nas-nas yang bersangkutan dengan pandangan Islam mengenai kekayaan dan kemiskinan. Kekayaan merupakan nikmat dan rahmat yang dikurniakan Allah kepada manusia. Kalau tidak, masakan kita diajar agar berdoa memohon rezeki yang banyak? Diajar untuk solat Dhuha dan mengamalkan surah al-Waqiah? Tetapi kekayaan itu bukanlah kelebihan, melainkan digunakan ke jalan Allah.
  3. Orang-orang miskin yang disebutkan dalam hadis di atas ialah orang miskin lagi bertaqwa. Bukan semata-mata miskin kerana malas bekerja atau berusaha. Tidak semua orang miskin itu baik kerana kemiskinan boleh menyebabkan kecurian. Manakala kekayaan pula menyebabkan penyelewengan. Ini dapat dilihat melalui situasi yang sedang berlaku sekarang walaupun orang atasan mempunyai banyak harta, tetapi banyak lagi yang diselewengkannya kerana sifat tamak haloba.
  4. Dalam hadis lain nabi bersabda : "Kemiskinan itu hampir-hampir membawa seseorang itu kepada kekufuran",
  5. Oleh sebab itu tak wajar seseorang menganggap kemiskinan sebagai alat untuk ke syurga, kerana alat utama ke syurga ialah amal soleh. Persoalannya, bolehkah si miskin beramal soleh tanpa kekayaan? Kehidupan muslim penuh dengan ibadat yang memerlukan kewangan yang stabil seperi zakat, ibadat haji, jihad, sedekah, menolong fakir miskin, menyediakan mas kahwin, menanggung nafkah anak dan isteri, membalas jasa ibu bapa,  mengadakan kenduri seperti akikah, hari raya, korban hari raya haji, dan banyak lagi.
  6. Oleh itu, "orang-orang  miskin yang dimaksudkan di sini ialah orang yang menjadi miskin sebagai akibat dari penglibatan mereka dalam kegiatan infaq dan fisabilillah, bukannya miskin kerana tiada harta, apatah lagi miskin kerana malas dan kurang berusaha.
  7. Mari kita lihat jenis-jenis amalan yang akan kita tinggalkan bila dah meninggal esok lusa.
  • mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanaman untuk kebajikan umum.
  • mewakafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, rumah anak yatim, sekolah dan sebagainya.
  • mendirikan masjid
  • mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat
  • mendirikan tempat perhentian bagi musafir
  • bersedekah kepada orang yang betul2 tak berkemampuan untuk bekerja
  • membayar zakat
  • menunaikan haji, mengerjakan umrah
  • membeli wheelcha dan sedekahkan kepada hospital
  • menghantar anak menuntut ilmu-nanti anak yang soleh akan mendoakan bapanya
Bukankah semua ini memerlukan wang? Oleh itu, orang Islam wajib kaya!

Friday, March 16, 2012

Masa Tidur Yang Berkualiti

kepada kawan-kawan..
abang-abang...kakak-kakak..
makcik-makcik..dan pakwe-pakwe sekalian..
saya ingin meminta jasa baik kalian agar tidak menelefon saya selepas pukul 12 malam..
hal ini kerana, selepas pukul 12 malam saya akan bertukar jadi puntianak!


Saya seorang yang sangat susah nak tidur
dan mudah terjaga..
jiran kat atas terkentut pun saya boleh terjaga..
apatah lagi dengan bunyi handphone..
saya tak boleh silentkan handphone saya sebab saya set jam nak bangun solat subuh..
tapi bila xsilent..
ada la makhluk yang suka menelefon malam2 buta..

Kadang2 masa tu kita baru nak terlelap..
kemudian terkejut bila mendengar handphone..
itu yg saya tak suka
orang lain mudah je tidur
letak kepala atas bantal terus buat taik mata dan air liur basi

tapi saya tak..
kalau nak tidur pukul 12,
pukul 10 lagi saya dah kena guling2..
nak panaskan enjin..
punyalah susah nak tidur..
makan ubat tidur berbotol2 pun tak berkesan..

mudah je nak bangun..
dengar budak PALAPES berkawad di KHAR pun boleh terjaga..
bagi saya..kalau tidur rugi masa untuk hidup..
banyak lagi benda nak kena buat..
banyak lagi buku nak kena baca..
banyak lagi tempat yang perlu dilawati..

jadi, faham2lah..
bila anda telefon.
saya terpaksa decline panggilan tu
lepas tu jatuh kredit awak betul x?

dan lagi satu..
saya memang jenis yang tak suka jawab panggilan
tapi kalau mesej saya layan..
xkira panggilan pakwe ke, mak ke..
saya tak suka letak handphone di telinga..
tolonglah faham...

masa tidur saya sangat berkualiti..

*sekadar gambar hiasan

Thursday, March 15, 2012

The successful story of a bright girl...

inilah gadis itu..bukan bright sangat pun eh..
xtahu ape2..
xaktif ngan ape2..
suka duk rumah jer..
*kesian kat diri sendiri..


tak payah nak menunjuk2 sangat lah kan..
semua orang dapat
xmengaku pun diri bright2..
hehehe..
xpelah.ini kan rumah saya..blog saya..


semester 1


semester 2


semester 3..


ah-ha..
biasalah kan nak riak..
ni tak boleh dikira berjaya lagi..
insyaallah semester depan usahakan lagi..
kalau dapat menunjuk-nunjuk la kan..
kalau saya tak dapat duk diam2 sudah..haha..

*tahniah lah untuk semua budak BM..
semua dapat tinggi2..
mungkin saya yg paling rendah..
tak apa..tak apa..
kita hendaklah berbangga dengan diri sendiri..
berbangga dengan diri lebih baik daripada tak sedar diri...

ini bukanlah kisah kejayaan pun lagi..
insyaallah sedang berusaha ke arah itu..
yg penting dapat jadi cikgu yang boleh memberi 100% komitmen kepada kerjaya..
jangan nak bising2 kalau kena posting kat jauh2..
kat pedalaman ke..
kena naik bot ke..
tapi biasanya sekolah menengah xada kat pedalaman..

kalau dah dapat kerja.
kena amanah laksanakan tugas..
jangan curi tulang..
ilmu tak banyak xpe boleh belajar lagi
yg penting rajin untuk mencari ilmu..
tak kedekut untuk melabur hal2 berkenaan ilmu..

ok daaaaaaaaaaaa..