Pages

Sunday, March 18, 2012

Mewangikan Nafas

Isu ini amat sensitif untuk dibincangkan. Apatah lagi pembaca blog yang serba kekurangan ini merupakan kawan2 saya..pakwe2 saya (plural) ..abang2 saya..kakak-kakak saya. kemudian timbul salah faham lalu mereka berkata "tengok2 Nora nak cerita pasal bau mulut dia sendiri yang bau loji kumbahan belakang rumah aku yang lagi wangi tu ke?'.. ok xpe.. ^_^ hak3..mulut berbau..itu memang lumrah tak kira lelaki atau perempuan..lagi haru bila badan berbau.. mulut berbau nie 100% boleh mencacatkan penampilan kita. luaran bukan main cun macam neelofa korek idung dengan penuh gaya kalau mulut berbau tak guna jugak..



berapa kali sehari anda gosok gigi? setiap pagi sebelum ke kelas ke?hekhekhek...sepatutunya, kita gosok gigi paling kurang 3x sehari dan paling rajin 5x sehari sebelum berwudhuk dan bersolat. itu kan sunnah nabi. dan doa orang yang gosok gigi (bersiwak) semasa solat akan termakbul..

"Seandainya bahwa tidak memberatkan aku ke atas umatku, nescaya aku perintahkan mereka dengan bersiwak tatkala setiap kali berwudhu". (hadits riwayat Ibn Abi Syaibah)

"Hendaklah kalian bersiwak, kerana sesungguhnya bersiwak membaikkan bagi mulut dan keredhaan bagi Rabb". (hadits riwayat Imam Ahmad)

Bolehkah bersiwak menggunakan berus gigi sepertimana yang ada sekarang? Jawabnya, berdasarkan kepada takrif bersiwak menurut istilah syarak, maka pengunaan berus gigi atau kain yang kesat (sekiranya tiada alat siwak yang lain), maka secara langsung termasuk di dalam maksud penggunaan siwak. Adapun yang afdhalnya adalah menggunakan kayu aarak seperti yang disebut kerana mengikuti akan perbuatan Rasulullah S.A.W.

haaaa.. lepas tu bukan setakat gosok gigi jer...gigi, gusi dan lidah semuanya kena berus betul2.. selain gosok, kena juga gunakan flos dan mouthwash macam listerine tuh.

tapi listerine tu kita tinggalkan dulu, sebab ada perkara yg lebih penting nak bagitau iaitu menggosok lidah. belilah berus gigi yang ada pencuci lidah kat belakang dia tuh. dan setiap pagi, beruslah lidah tu sampai termuntah-muntah. itu yg saya lakukan setiap pagi. memang termuntah dan housemate mesti fikir yang bukan2 kan?hahaha...xbaik tau...

kita sendiri tak tahu nafas kita berbau ke x..cara paling mudah nak tahu..
  1. awak tanya kawan terdekat awak nafas awak berbau ke x.hahaha..mesti dia tak sampai hati nak bagitau kan? ok..kalau mcam tu cuba cakap dekat2 dengan dia.kalau dia alihkan muka tu maknanya memang ada bau tapak pelupusan la tu..
  2. anda sendiri rasa tak selesa dgn mulut sendiri
  3. terdapat kesan putih di lidah
  4.  kawan2 bagi gula2 kat kiter
berikut ialah cara untuk mewangikan nafas. saya bagi tips yang mudah2 je nih. malas rasanya nak buat cara tradisional yang kena tumbuk itu ini, kena gali benda2 alam semulajadi..kena ke dapur dan amalkan setiap hari..malas3..  :
  1. gosok gigi 5x sehari sebelum berwudhuk (tapi jgn gosok gigi n berwudhuk je, solatnya x)
  2. jangan gosok gigi terlalu lama kerana ia akan menghasilkan lebih banyak plak gigi
  3. gunakan flos selepas makan
  4. gunakan listerine 2x sehari
  5. seperti saya bagitahu di atas, gosoklah lidah sampai termuntah-muntah..gosok dari anak tekak lagi..
  6. minum banyak air
  7. ambik gula2 tanpa gula, chewing gum tanpa gula, lobak mentah, saderi
  8. jumpa dgn doktor gigi, mana tahu ada sebijik dua bijik gigi berlubang yg perlu ditampal..
  9. gunakan berus gigi yg berkualiti, lembut, bersilang dan tidak menyakitkan. jangan asyik nak murah je. guna juga ubat gigi berflorida.
Punca masalah nafas berbau :
  1. tidak menggosok gigi dengan betul
  2. tidak menggosok lidah
  3. merokok (sila jauhi lelaki perokok nanti nak cium pun xlalu..yerkkkkkkkk)
  4. mengalami masalah dalam mulut seperti sakit gusi, sakit tekak, resdung atau masalah paru2
  5. pengambilan makanan berbau seperti bawang putih, petai jering dan segala makanan yg berbau, rempah ratus (bau juga kadang2 datang dari dalam perut)
  6. masalah mulut yang kering disebabkan kurang minum air


walaupun gigi dan tersusun tapi saya punya masalah gigi sensitif yang menyebabkan saya tak boleh makan aiskrim, air batu, minuman manis, gula-gula, kek dan semua makanan yang sejuk dan manis-manis. kalau diikut nafsu jugakk, maka menyesal tak sudah...


source : pelbagai sumber
(kalau nak kongsikan tips lain, sangat dialu-alukan :-)

1 comment:

Anonymous said...

thank for the tips !