Pages

Wednesday, May 30, 2012

I am Kampung Girl

suka atau tidak, inilah aku. aku hanya gadis kampung, seorang yang biasa, serba sederhana, seperti anda semua.. ceh ceh ceh ayat lagak neelopak betul la. ciri-cirinya.



  • bertudung, 
  • pakai baju kurung, bukan seluar pendek nampak paha gebu
  • makan menggunakan tangan, bukan sudu
  • sarapan dengan nasik bukannya roti.
  • memang aku tinggal kat kampung bukan kat KL,
  • ibu bapa orang kampung bukan orang putis...
  • rumah kampung bukan istana yang ada orang gaji
  • berkulit hitam bukan putih gebu

walau siapa pun kita, bersyukurlah. seperti aku bagitau sebelum nie, membangga diri lebih baik daripada tak sedar diri. ada orang tak mengaku bapa, tak mengaku ibu sebab ibu dan bapa orang susah. ada orang, malu kalau ayah hantar ke sekolah dengan motor buruk, mintak ayah turunkan jauh2 dari kawasan sekolah bimbang kawan2 nampak.

ada orang, tak bagitau ayah bila ada mesyuarat PIBG di sekolah. seboleh2nya tak nak publishkan ibu dan ayah. malu bila ayah dan ibu datang ke sekolah pakai selekeh dengan motor atau kereta buruk. malu sebab ibu tak pakai Ariani 2 layer huhuhu dan macam2 lagi kes. 

alhamdulillah aku tak seperti yang aku sebutkan di atas. kalau ayah datang ambik aku di sekolah, aku bangga. ayah, ibu. segala2nya bagi aku. setiap kali menerima anugerah, pasti aku bawa mereka. aku tak malu untuk mengaku siapa aku sebenarnya. 

kalau aku nie anak orang kaya, tak ada nya aku nak duduk kat UPSI jadi cikgu yang gaji 10 sen. kalau aku anak raja, anak datuk, aku dah masuk universiti kat luar negara. wat apa jadi cikgu kalau selama nie aku dah hidup dalam kemewahan? sebab aku orang kampung jadi aku usahakan. gaji cikgu tu dah banyak dah bagi orang kampung macam aku. kalau aku anak orang kaya, gaji cikgu setahun pun tak mampu nak beli handbag aku. huhuhu.. aku xde mercedez pun kudis ada la. nak tengok? aku ke kelas ngan motor je. u see u see betapa humblenya aku. ada aku ke kelas naik Porche ke?aku tak suka berlagak. aku lakukan apa yang aku mampu sahaja. pada aku, tak payah nak berlagak kalau tak mampu, tak payah nak control ayu kalau tak mampu.

ok.. terima diri sendiri seadanya, barulah orang lain akan menerima kita seadanya. sampai bila hidup perlu dalam kepura-puraan? rela berlagak sebab nak nampak hebat di mata orang lain, sedangkan ada yang sedang menanggung kesusahan akibat kita.  apa yang aku dapat, sebenarnya kebanyakannya atas usaha sendiri. alhamdulillah sejak masuk UPSI aku tak pernah membebankan ibu aku, tak pernah mintak duit setiap bulan.

aku adalah aku. tak siapa boleh mengubah aku, aku tak sombong, tak agah. aku berkawan dengan semua orang yang nak berkawan dengan aku dan menolong setiap orang yang perlukan pertolongan aku. jadi, inilah aku. suka atau tidak, ia tetap aku. kalau tak suka aku, aku tak kisah sebab orang yang tak suka sebenarnya tak memberi faedah dalam hidup aku. aku tak suka aku dibanding2kan dengan orang lain sebab hanya ada seorang aku dalam dunia nie.

dalam cinta, cececece..kalau mahu aku, inilah aku. kalau tak mahu, aku lagi tak mahu. jangan ada di sisi aku kalau dalam hati ada orang lain. aku jenis tak heran pada sesiapa pun. dan tak ambik kisah pada sesiapa pun. kerana aku hanya ada pada orang yang memerlukan aku.




Tuesday, May 29, 2012

Tudung Fareeda

Izinkan aku, jadi model dalam belog sendiri leh x? aku dapat hadiah tudung Fareeda daripada Amanda. Tudung nie tak menutup aurat. Sebab terrrlalu singkat. Tapi cantik. dengan  orang lain cantik la. aku pakai tak cantik sebab pipi aku tembam.. huhuhu.. tapi aku tak tipu nie..pakai tudung nie je jadi tembam.. pakai tudung lain x..





apa pun, Ariani terbaikkkkkkkkkk!!!!


Bila kepercayaan dikhianati

apa rasa bila kepercayaan dikhianati? selama ini kita percayakan dia. yakini dia dia suci 100% tanpa alkohol tanpa bahan pengawet tanpa campuran bahan kimia. selama ini kita masih belum kenal dia dengan baik lagi. pada mulanya segalanya sempurna. tak ada kekurangan, tak ada cacat celanya. tapi kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi apa saja kemungkinan yang tak terjangka.  sakitnya bila kepercayaan dikhianati. kejujuran dibalas dengan kecurangan, susu dibalas tuba. dalam hati kita hanya ada dia, tapi dalam hatinya masih tercari-cari siapa yang terbaik. mungkin ada kekurangan kita yang dia xleh terima. mungkin juga kerana memang dia diciptakan tak cukup dengan satu. kita memasang angan-angan setinggi gunung bersama bulan dan bintang. mengimpikan mahligai bahagia dibina bersama atas dasar cinta, kasih, dan yang utama kerana Allah. perempuan, apa saja tentang pakwe nak diceritakan dalam fb..dalam belog. tapi sebaliknya bagi dia. haram untuk dia publishkan kita dalam fb atau blognya, mungkin bimbang sahamnya jatuh, tapi bersungguh2 mahu kita publishkan dia, dengan harapan semua orang tahu, kita gilakan dia. 

fikirlah sebaiknya. tak payah nak setia sangat lah. tak payah nak romantik2 sangat. semua nie palsu belaka. kalau orang yang disisi boleh bertindak curang, kita pun boleh. masih ramai yang pegang di pinggang dan merayu2 di kaki. untuk apa mengharap pada yg tak sudi. xyah nak jiwang2 sangat bila putus cinta konon berakhirlah hidup pastu nak gi terjun b.e-learning tingkat 4.. xpayah!!! relakslah. bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor..

*untuk suami saya nanti...walau siapa pun kamu, (sebab belum jumpa/kenal lagi) aku janji akan setia padamu. wahhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

aw.. geli cakap pasal nie..

Thursday, May 24, 2012

Ingat, sedih,, Takkan nak melupakan?

aku tertekan sangat malam nie..masih banyak kerja yang aku kena settlekan. aku ingat aku dah boleh bercuti dengan tenang. tapi pandu puteri ada laporan nak kena wat, esaimen ada yang nak kena edit.. ada lagi tambahan yg nak kena hantar.. esok dah nak gi Putrajaya..dan banyak lagi cerita sedih yang aku takleh nak kongsikan di sini... u seee u see matang tak aku dalam penulisan? dah tak tulis benda yang tak perlu.. hihihihi..

bila sedih, mula mengadu kat Allah kan..teringat mati. teringatkan orang yang dah mati. bila aku mula membuka lembaran suci untuk disedekahkan kepada arwah, aku xleh teruskan sebab terlalu sebak dalam dada. bakpo jadi gitu ek.. pahtu xkan sampai bila2 xleh nak teruskan? em... ginilah. bila ingat, sedih. tapi takkan nak melupakan..

ya Allah berikanlah kekuatan untuk aku meneruskan alunan lembaran suci ini... :(

Malam Puisi Buat Ibu dan pelancaran antologi Unggun Kebahagiaan


buruk betul rupa aku bila pakai tudung bawal..lalalala..aku ye, bukan kalian.. dan pada malam ini aku telah membuat persembahan endoi.. buat ramai2.. atas pentas 80 orang..hakhakhak.. kalau sorang2 sumpah tak! 

Wednesday, May 23, 2012

Kolam Air Panas di Felda Sungai Klah

Sugar daddy aku yang tak berapa nak sugar dan tak berapa nak daddy ni gila betul tahu. Tak subuh lagi dah tunggu aku kat bawah rumah aku. Eh tak. Over je tu, maksud aku pagi-pagi lagi dah tunggu aku, nak gi jalan-jalan. Aku dengan mata membengkak terpaksa ikut je. Yelah, kita kena memuliakan tetamu kan. Aku ada kelas pagi nie, jadi sebelum ke kelas aku pergi sarapan dulu kat Proton City, nak bagi sugar daddy kenal tempat maksiat terfamous di TGM nie..








Dah makan-makan, ambik angin pagi, sugar daddy hantar aku ke kelas. Balik kelas, ke Kolam Air Panas Felda Sungai Klah, aku tak tahu jalan sebenarnya buat-buat tahu. Bawak je keta straight. Last2 sesat, hahaha.. tanya orang asli kat mana tempat tu. Tadaaaaaaaaaa... Pertama kali aku ke sini.












Tak ada lah seronok sangat tempat ni. Tapi berbaloi la dengan bayaran cuma 10 ringgit. Ada kolam air panas mengikut suhu. Permainan tak banyak ada gelongsor tu jelah yang sugar daddy aku ektaised sangat main tu. Tapi aku penakut, huhuhuhu. Ada taman terapi, jalan atas batu yang mengalir air panas. Ok tu je bye!

Tuesday, May 22, 2012

Pusing-pusing Shah Alam

Hari kedua bersama sugar daddy, tak tahu arah tujuan. Tak ada destinasi yang dirancang. Mula-mula kami bawa je kereta menghalang ke Behrang, berhenti bersarapan di KFC.




Lepas makan sarapan berasaskan telur, kami meneruskan perjalanan. Tengok signboard, KL 80 km, manakala Ipoh pulak 120 km. Okay pusing balik ke KL. Dan buat keputusan di saat-saat akhir nak gi Shah Alam.

Pusing punya pusing, macamana boleh terjumpa Plaza Alam Sentral Shah Alam. Aku mintak sugar daddy berhenti kat sini. Masuk je, main boling. Kalau nak g lain kali, sumpah tak jumpa dah tempat nie. Hahahaha.. Aku pulak jakun tak pernah main boling, xpandai gapo satu. Tapi sugar daddy dah ajar. Awyeah babies..


alalalalalalala sukenya dierrrrr...

muka riak



Ok aku kalah dan aku terima kekalahan itu dengan redha. Anak buah mana boleh lawan tok guru kan. Kemudian solat Zuhur di Masjid Shah Alam.



Kemudian kami makan tengahari dan meneruskan perjalanan ke gedung GM, Klang. Ganazzzzzz betul aku bawak keta jalan Klang xsesat sikit abuk. Hahahahahaha..Gi jauh2, beli selipar jepun je pun..


Piewwiiiiiittttttttttt..dating terrrrrrr

Pastu kami ke AEON, makan nasik ayam black paper. Pusing-pusing kemudian balik. Okay sugar daddy nak bergambar di kampus baru. Bawaklah dia malam-malam, penuh anjing kat sana.

Ada muscle

Tak ada muscle..hahaha

Natural beauty adalah pilihan saya. Hik hik hik bukan perasan tapi saje.

Okay balik tidur. Sugar daddy tidur kat umah jiran dia. Kalau dah kawen leh tido sekali kan. Huk huk huk. Sayang jom kawen????

Putrajaya

Tarikh : 20 hb 5 2012..
Destinasi : Alamanda, PICC, Masjid Besi, Masjid Putra, Putrajaya
Masa : 2 ptg- 11 mlm
Pakaian : Uniform Pandu Puteri..kahkahkah

sugar daddy datang tgk bola. jadi, dia nak datang Tg. malim nak jalan2, aduh tg malim ada apalah sangat kan. bandar koboi je pung.. penat aku plan tempat menarik di tg, malim.. huhu.. tapi xpe.. sekitar tg malim byk tempat menarik...

Aku dalam bengkel bantu mula Pandu Puteri kemudian ke Putrajaya. Sesampainya ke sana, makan tengahari. Kemudian, ke Alamanda pusing-pusing, jumpa Asyraf Muslim yang putih macam kertas A4.. lebih putih dari sugar daddy aku.haha

kemudian ke Picc makan roti boy kat situ. pukul 6 ptg balik ke tg. malim. konon xnak lalu ikut tol sebab jimat. pastu dah sampai Rawang dah pun, boleh tersesat dalam ladang Sime Darby. haha.. lama jugak dalam tu. dah la xde kereta lalu. ish.. bila malam ke kampus baru tgk pemandangan. ok, balik dan tidur.

paling sweet dapat hadiah bunga. hahahaa..gila! seumur hidup aku, aku xpernah dapat bunga. rasa macam dalam TV pulak bila dapat bunga. hahahhaha.. ketawa je lah..sambil marah2 sugar daddy kata xnak! xnak! kata zaman tok kaduk lah, membazirlah, padahal dalam hati suka rasa nak melompat2 jer..hahaha.. perasaan happy je mengalahkan beruk mendapat bunga..


ok.. akan bersambung..

Saturday, May 19, 2012

Ibu yang gersang





apa nak jadi ngan zaman sekarang.bukan setakat anak yang derhaka, tapi ibu pun ada yang derhaka. ibu, yang diharapkan dapat menjaga anak, tapi jadi sebaliknya.

kenapa melahirkan kalau tak sayang? tak pikir masa depan ke.. nanti kita tua, sape nak jaga kita. bila kita mati sape yang nak doakan kita..

kenapa ibu2 sekarang bodoh sangat2? ada ibu muda yang terlalu sayangkan teman lelaki, sampai anak sendiri didera teman lelaki, dirogol dan macam-macam lagi lah. masuk surat khabar pastu kata "saya masih sayangkan dia" .. masyaallah.. sayang??? aku tak faham betul..kenapa semua buta kerana cinta  palsu?

kepada kawan2 perempuan sekalian, atau sape2 yang terbaca apa yang aku tulis nie..harap kita tak tergolong dalam kalangan wanita2 yang bodoh2 nieh! anak itu amanah, dan tanggungjawab kita. kalau kau kena cerai ngan suami sekalipun, xpayah nak tunjuk yang kau tu gersang atau desperate sangat2 kat jantan lain. lebih baik hidup dan fokus untuk membesarkan anak-anak jer..xpe.. xmati pun hidup tanpa lelaki!!! orang lain leh hidup molek-molek eh.. sepanjang aku hidup 21 tahun nie mana aku ada suami pun.. gemok kembong jugak! ah..gersang!!!!!!!! 

kepada suami2 pulak, janganlah kau tinggalkan bini kau lama2, jauh2 pulak tu.. belajarlah bertangungjawab.. jangan asyik2 nak cerai jer..sabar la, orang perempuan memang bengong sikit... bini pulak, korbankanlah diri untuk jadi hamba pada suami, jaga suami dan anak-anak2.. kenapa jihad utama wanita ditinggalkan tapi sibuk nak kerja semata-mata nak kemewahan?? konon nak kukuhkan ekonomi keluarga, sampai ke tua xkukuh2 pung.. hujung bulan habis gak duit.. ehek!

jadi, fikir2kanlah...ikutlah agama islam yang betul bukan ambik separuh2...
sekian.,..




Friday, May 18, 2012

Kalau ada anak nanti, nak panggil apa?

Eceli aku xleh tidor.. runsing memikirkan dia yang dalam perjalanan ke Bukit Jalil tengok perlawanan bola TRW lawan Sime Darby.. Dia pulak offkan hp sebab bateri xcukup. Hurmmm... Sampai ati.. Waaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!! Aku bukan apa... Aku dapat tahu xsampai Gua Musang lagi dah jem teruk.. Laluan Terengganu aku tak pasti.. Pastu belum sampai separuh jalan dah ada yang eksiden dan mati di tempat kejadian. Bola punya pasal. Hurmmm.. :(.. Aku betul2 risau sampai xleh tido nih. Dah la aku banyak buli dia, suruh dia buatkan esaimen, bengis ngan dia.. dan semua yang buruk2 aku layan dia..marah2 kat dia. xpernah nak cakap elok2 ngan dia.. Tak sempat nak mintak maap tadi.. Huhuhuhu..

Apa-apa pun, harap selamat pergi dan balik. Dan harap Kelantan menang malam esok. Kalau kalah, leh bakar stadium sekali lagi.. Kalau tak bakar, tak Kelantan ar.. Aku sebenarnya nak ikut tapi dia tak bagi. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaa lagi sekali! Xla.. Tempat macam tu tak elok untuk perempuan cantik. Ha!Ha!Ha! Aku ada kelas, jadi xleh ikut. Lagipun tak minat gi tempat macam tu. Apa yang akan jadi kan.. Ya, sudah2 la membebel dan marilah kita pergi ke nawaitu sebenar kita.


Aku geram betul kat Raja Harith Amsyar a.k.a Hantu Penyet dalam game Zombie nie.. Tapi kalau tanya bila aku nak ada anak. Maaf soalan sensitif. Aku tak bersedia lagi. Aku kan kanak-kanak lagi jadi biarlah aku jadi rakan sebaya Amsyar. Tak kisah ar kawan2 nak post pasal kawen dalam FB pun yang penting aku jauh lagi nak pikir ke arah itu.. Xmo3!!!! Xpuas lagi jadi kanak-kanak dan kawan dengan Amsyar.


Tapi nak tak nak, satu hari nanti nak kena kawen, nak kena ada anak, nak kena mengandung, nak kena bagi susu dade kat anak.. Kah!Kah!Kah! (gelak guling2) Xnak.. Baiklah, kalau ada anak, nak anak panggil apa? Amsyar panggil maknya "ibu". (konon2nya lah walaupun Amsyar tak pandai cakap lagi..hihihi). Ayahnya yang pakai cincin bomoh di atas pula dipanggil "ayah".



Kalau aku, aku nak dipanggil "mama". Manje jer bunyinya kan? Moden gitu. Tapi tak nak mama disingkatkan jadi "ma". Xsedap. Tapi kan, tapi..tapi.. kalau aku panggil mama, bapaknya kena dipanggil papa la kan? Xsedap lah papa.. Masa kecik2 kiut la dengar panggil papa.. Tapi bila janggut dah tumbuh atas dan bawah, takkan nak berpapa-papa lagi.. Manje jer.. Tambah2 anak lelaki.. Tak nak la.. Suka ati dia lah nak anak dia panggil apa, janji bukan papa.. Kalau anak panggil "Cik" lagu mana? Ketinggalan zamankah panggilan itu? 

Aku teringat novel bahasa Inggeris masa tingkatan satu dulu. Of bunga telur and balley shoes.. Watak hero panggil kat mak dia "cik". Ingat lagi x?




Pantun Melayu lama

Assalamualaikum murid-murid..hari nie cikgu Nora nak ajar mengenai pantun.. kalau awak semua nak tahu, pantun pada zaman dahulu kaya dengan falsafah. setiap pembayang yang digunakan mempunyai maksud tersendiri, bukan sekadar untuk melengkapkan maksud sahaja. Seperti mana yang kita tahu, setiap pantun perlu mempunyai pembayang dan maksud, dan rimanya mesti sama iaitu a-b-a-b. Tetapi, pantun dahulu menggunakan pembayang yang sangat kena dengan maksud pantun. Contohnya perhatikan pantun ini :

pucuk pauh delima batu,
air sambilan di tapak tangan,
sungguh jauh negeri satu,
hilang di mata di hati jangan.

Baiklah. Sekarang kita lihat apa maksudnya. Kita ambil dulu maksud pantun tersebut, "sungguh jauh negeri satu, hilang di mata di hati jangan". Negeri satu yang dimaksudkan ialah negeri akhirat. Jadi, maksudnya akhirat itu satu negeri yang jauh, di mana mereka yang pergi tak akan kembali lagi. "Hilang di mata di hati jangan" pula bermaksud walaupun dia telah pergi jauh, harap tak dilupakan arwah. Oleh itu, hendaklah sentiasa berdoa untuk mereka yang telah pergi. Minta agar Allah ampunkan segala dosa-dosanya.

Kemudian, kita selusuri pembayangnya pula, iaitu "pucuk pauh delima batu". Adakah orang dahulu sengaja suka-suka menggunakan pucuk pauh delima batu di dalam pembayang hanya untuk melengkapkan maksud dan agar sama dengan rima akhirnya? Tidak. "Pucuk pauh delima batu" ialah bahan yang digunakan untuk memandikan mayat. "Air sambilan di tapak tangan" pula bermaksud air daripada pucuk pauh dan delima batu itu, dituang pada telapak tangan terlebih dahulu sebelum jatuh ke atas mayat.

Begitu juga dengan pantun ini :

pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati.

Kenapa pisang emas yang digunakan, dan kenapa pula pisang itu diletak di atas peti?  Jawapannya ialah pisang emas digunakan untuk menunjukkan tempoh orang dahulu berlayar. Tambahan pula, pisang ini masak sesisir-sesisir, cepat masak, tahan lama untuk dibawa belayar, dan boleh mengatasi mabuk laut. Tetapi kenapa pula kena letak atas peti, bukan di bawah peti atau dalam peti? Apa pula kaitan Pisang emas dengan hutang emas dan belayar? Pisang ialah simbol kemiskinan masyarakat dahulu. Orang miskin terpaksa belayar demi mencari kekayaan untuk membayar hutang mereka.

Demikianlah orang-orang dahulu yang bijaksana tak perlu mengambil kursus Kesusasteraan Melayu di UPSI untuk mencipta sebuah pantun yang penuh keindahan, keajaiban, dan kekreatifan. Mereka mampu mencipta serangkap pantun yang membawa makna yang utuh tanpa perlu memisahkan struktur pembayang dan maksud. Kalau kita? Nak rima akhir saja sama, tapi maksud pembayang langsung tak ada motif. Asalkan rimanya sama. Ye tak?

Seronok juga cari maksud pantun. Ayuh teroka pantun lain pula!



Kisah menyayat hati seorang boyfriend

Dah lama rasanya tak update belog merah ini. Hal ini demikian kerana aku sedang sibuk.. Semalam satu kelas je hari nie xde kelas langsung tapi nak bagitau jugak bahawa aku sedang sibuk.. Mahasiswa katekan... Dan habiskan masa dengan bermalas-malasan dalam bilik kecik aku yang comel berwarna magenta ini.. Sedang blog walking, terjumpa entry nie.. Hihihi.. Geli hati. Ada betulnya.

kisah sadis seorang boyfriend..


  1. sebelum kite kenal ayang, setiap sem kite dapat anugerah dekan. bila dah kenal ngan ayang, setiap sem kite repeat paper.
  2. sebelum kenal ngan ayang kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ngan ayang keluar makan lagi nak mintak duit ngan mak kite.
  3. kalau ada satu buah epal. kite bagi jer kat ayang. kalau ada 2 buah epal, kite bagi yang besar kat ayang.
  4. kalau kite makan ikan, ayang makan tang badan ikan tu. kite pulak makan tang kepala ikan tu jer.
  5. ayang nie tak la cun sangat, tapi kita tak pernah kutuk ayang tak cun. tapi kita yang hensem nie ayang lagi nak kutuk  ngan member kite, kata kite tak hensem langsung. lisa surihani lalu depan mata, kite diam je, nak puji takut ayang marah. mat indon duk depan sogo ayang gi ngorat time kite gi tandas. siap mintak no tepon depan kite lagi.
  6. kalau keluar ngan ayang, ayang selambe nak makan starbucks, kite tipu kite dah kenyang, padahal bila dah sampai umah kite makan mee maggi.
  7. sebelum kenal ngan ayang, kite tak pernah ada girlfriend. selepas ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi boyfriend ayang ada 20 semuanya. kite tak pernah marah ayang playgirl, dah tu ayang kata kite macam sami buddha.
  8. kalau ayang rasa nak cium kite, ayang cium jer xpernah tanya pun. tapi bila kita rasa nak cium ayang, lepas tanya lagi nak kena reject.
  9. ayang selalu pukul dada kite, tampar muka kite, cubit paha kite, kite tak pernah tengking sekalipun, apatah lagi nak cubit, nak tampar, nak pukul?
  10. pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta ngan laki lain, kite nak buat apa. kite kata nak bunuh laki tu. tapi bila kite tanya kalau kite jatuh cinta dengan perempuan lain, ayang nak buat apa, ayang kata nak bunuh kite, emak kite, ayah kite ngan nenek kite.
  11. kite beli mask Clinique ngan ayang harga rm300 kite kata rm30. ayang beli jam tangan kat kite harga rm30 ayang kata rm300.
  12. setiap kali jumpa kite bagi hadiah kat ayang, tapi setiap tahun birthday kite ayang kata dah lupe.
  13. kite rosakkan headphone ayang, kite ganti satu discman baru. ayang rosakkan kereta kite, ayang buat derk jer.
  14. sekali ayang demam, kite kena diet 2kg nak jaga ayang. sekali kite demam, ayang tambah 2kg sebab abiskan makanan kite.
  15. kite tak pernah kata ayang pendek, ayang pulak marah kite tinggi sangat, member-member ayang ketawakan ayang.
  16. ayang datang rumah kite, kite tido sofa. kite datang umah ayang, kite gak yang tido kat sofa.
  17. mak kite belikan rantau Tiffany ngan ayang. Mak ayang tak pernah ajak kite makan kat umah ayang walau sekalipun.
  18. kucing umah kite bersalin, kite bagi anak kucing yang paling cute kat ayang, 2 hari jer ayang bela, kucing tu dah mati. kita tak kata pape pun. ayang bagi kite ikan emas yang dah nak mati, 2 hari kita bela dah mati. ayang kata nak bunuh semua anak kucing kite.
  19. ayang kalau nak pakai duit kite, terus ambik takyah bagitau. 30 ke 80 ke 100 ke selagi wallet kita ada duit. aritu kite nak pinjam 10ringgit sebab terlupa bawa wallet , ayang kata kite kedekut.
  20. birthday ayang kite tak pernah terlupa. Birthday kite hari nie ayang tak pernah ingat.. T_T

hurm...terasa weh lok....

Sunday, May 13, 2012

Pesanan Buat Bakal Isteri

Di hari pengantin Al-Haris bin Amr, Raja Negeri Kandah, ibu pengantin perempuan memberi pesanan kepada anaknya sebagai bekalan untuk menjalani hidup seterusnya sebagai seorang isteri sultan.

"Wahai puteriku, engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah hamba wanita baginya, tentu dia akan jadi hamba bagimu serta menjadi pendamping setia. Peliharalah sepuluh perkara terhadapnya tentu dia akan menjadi perbendaharaan yang baik buatmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, jaga tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, jaga waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, jaga hartanya dan pelihara kehormatan serta keluarganya.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang suruhannya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mematuhi suruhannya, bermakna kamu melukai hatinya, Jika kamu membuka rahsianya maka kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih ketika dia gembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, pasti nanti dia akan memuliakanmu. Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredhaannya daripada keredhaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu."

Saturday, May 12, 2012

Berlalu sudah musim duka..

Hehehe..berlalu sudah musim duka.. Alhamdulillah... Sehari lagi akan masuk ke minggu 12.. 2 minggu lagi kuliah dan 2 minggu musim peperikasaan. Sejak minggu ke8 aku sibuk sangat sibuk.. Hari nie baru rasa free sikit.. Lepas hantar buku log pandu puteri.. Tapi masih ada beberapa perkara yang belum selesai.. Teori Sastera belum bentang, Morfologi bahasa Melayu belum siap.. Minggu depan ada 3 test.. Nak kata merdeka tu tidak lagi tapi ok sikit la.

Sibuk sampai tak sempat nak update belog.hehe..tapi sesibuk mana pun aku, aku tak pernah melupakan yang tersayang..hik3..ada orang sibuk sampai xleh nak luangkan sedikit masa pun dengan orang penting dalam hidup. bagi aku, kalau kita penting dalam hidup seseorang, sesibuk mana pun dia, dia takkan lupakan kita.

Aku nak ucapkan terima kasih kepadanya kerana tolong aku siapkan esaimen.. Terima kasih sebab sabar ngan aku. Kena marah ngan aku. Dekpun, banyak songeh. Tak kisah lah dia tak ikhlas nak tolong tetap nak ucap terima kasih jugak. Nanti saya belanja awak makan di Alamanda. hehehe..

Aku nak ucapkan takziah untuk kawan baik aku, Nor Halilah @ Lylo yang baru sahaja kehilangan ayahnya, Ust Alwi .. Selama nie dia duk chatting ngan aku. Dia tanya ayah aku. Dia kata ayah dia pun tengah sakit, setiap hari nangis teringatkan ayahnya yang sakit. Aku faham sangat apa yang menimpa dia. Aku bersyukur ayah aku sakit tak lama. Tapi redha, semua dah lepas. Akan tiba giliran kita pulak. Pasti berlaku. Yang aku simpati sangat2, kawan aku belajar di Unimas. Dia ke Sarawak sampai pukul 6 petang. Pagi esoknya, ayah dia meninggal. Terpaksa balik pulak jauh2.. Erm.. kalau boleh aku tak nak duduk jauh2 dengan keluarga. Keluarga di sini kita di sana. Kalau ada emergency susah nak balik, tiket mahal pulak tu. Ambik masa untuk cek in lagi.. Kalau kat semenanjung, ada duit Rm100 dah boleh balik kampung wat isi minyak kereta. Kalau takde kereta boleh naik bas. Xpelah.. sama2 kita sedekahkan alfatihah.. Nampaknya tahun nie bukan sahaja aku yang jadi anak yatim.. Ada beberapa orang yang senasib denganku.. Apa pun kena terima. Dan kena bersedia untuk hari terakhir kita pulak.. :(

Thursday, May 10, 2012

Anjali Khanna anak Shahrukh Khan

dah besar dah anak shahrukh khan nie.. Anjali Khanna.. hehehe.. comel jugak..pandai berlakon...
lama xtengok dia..kalu tengok pun mungkin xcam dah.. dulu abg ada jugak beli majalah helo..hak3.. majalah bollywood.. sekarang xtahu majalah tu wujud lagi ke tidak...

sape2 tahu umur dia nie berapa?

dulu..



sekarang...





Wednesday, May 9, 2012

Kreatif atau... Kera aktif???


inilah kerja aku di dalam kelas...bila pensyarah mula merepek, aku pun mengeluarkan pen dan kertas kemudian start untuk melukis...sampai habis kelas..hehe..tapi telinga dengar okay..
kalau tak de kertas..aku lukis di meja...ada sekali pensyarah perasan aku conteng meja dia datang cubit2 tangan aku..hahahaha...

in

gambar ialah saya dan suami saya..heehehe.. :p


di bawah ini pulak lukisan yang telah dimurnikan dengan adobe photoshop..




yg ni pulak bukan aku yg lukis..ok le tuh







Tuesday, May 8, 2012

Tingkatan 6.. atau Diploma

Sebelum tu aku nak jelaskan terlebih dahulu kat sini bahawa aku tak berniat nak kondem sape2 kat sini. yang ambik diploma tu, maafkan aku sebab aku hanya nak bagitau pengalaman aku.

aku tahu sekarang keputusan UPU dah keluar. dan budak2 pun dah pening lalat sebab nak buat pilihan.

Masa aku masuk tingkatan 6, tak ramai antara kawan aku yang berjaya. Tak kurang jugak yang berjaya ke UITM, UM, UUM,.. aku pulak masih berada di sekolah.. kena bangun pagi-pagi, ke sekolah pakai baju sekolah, salin jadual, pikul beg berat..kena tempuh 8 km dari rumah aku.. pergi sekolah pukul 7.45 balik pukul 3.. kelas tambahan lagi, kokurikulum lagi..kerja sekolah bertambun-tambun.kena marah ngan cikgu.. berbeza dengan universiti.. kelas kul 8-10.. kemudian 5-7 ptg.. banyak free..masuk kelas ikut suka je pensyarah tak marah..nak ke kelas boleh nak poteng pun boleh..xde sape kisah..dalam kelas nak main mesej boleh, nak main FB pun boleh sampai nak update belog pun boleh..

Mula2 aku masuk ke tingkatan 6, ada kakak2 dan abang2 dari UPSI datang buat ROS kat sekolah aku. dia kata dia faham perasaan kami. terkilan sebab tak dapat universiti. Aku sebenarnya, tak mintak pun. dan aku memang tak nak ambik Diploma kerana melihat adik-beradik aku yang berjaya, tak ada yang ambik diploma. kalau diploma perguruan tu okay la kan.. aku juga terpengaruh dengan abg dan kakak2 aku agar jangan ambik Diploma. Rugi kata mereka. mereka juga tak bagi aku masuk kelas sains.. katanya, kalau betul2 pandai xpe la..kalau tak berapa baik xpayah nak berlagak.. kata mereka laaa, bukan aku yang kata.aku hanya menurut.. dan memasang azam untuk masuk ke UPSI seperti mereka semua.

Mula2 tu rendah diri sangat kan? kawan2 dah di u, kita sekolah lagi. masa buat reunion, semua mereka mahasiswa..aku je budak sekolah..memang rendah diri sangat2..tapi demi persahabatan aku sanggup meluangkan masa bersama mereka, lagipun mereka baik.. werk..masa tu dia bercakap cara mahasiswa bercakap la.. study week la, esaimen laaa, cuti sem la..pendrive la..aku tak tahu ape2..kesian aku...masa sem 2 baru kenal pendrive..hahaha..pastu dia keluarkan istilah tu, cakap sesama mereka.aku dengar je, macam ayam dengar kambing bercakap bukan tahu apa pun..

tapi bagi aku memang betul ambik Diploma nie rugi.. Dip 3 tahun.. tingkatan 6 pulak setahun setengah. orang kata kalau dip nak sambung ijazah jadi leh pendekkan masa ambik ijazah tu.. xjugak.. kawan2 aku sekelas ramai yang umur 24, 26, tapi baru semester 1. dahsyat tak dahsyat! mungkin ada betulnya masa dapat dipendekkan.. tapi kalau tu pun kita ambik kursus yang sama. kalau awak ambik dip hotel katakan, nak sambung pendidikan ERT, sama je 4 tahun 8 sem jugak tempoh dia..lagi rugi ada. 3 tahun + 4 tahun = 7 tahun sedangkan tingkatan 6 1 1/5 tahun + 4 tahun = 5 1/2 tahun.. adik2, kenapa kita nak toleh ke belakang sedangkan ada jalan pintas untuk berjaya.

Now, aku semester 4, dan insyaallah 2 tahun lagi aku akan habiskan pengajian nie..lagi satu, bila ambik dip kena ambik ptptn, ambik ijazah tambah lagi hutang..berapa byk hutang?? sekarang, aku bukan nak menghina sape2 sedangkan masa depan aku pun belum tentu lagi.. tapi ni hanya pendapat aku sendiri.. berdasarkan pengalaman aku dan kawan2 aku.. sekarang aku tengah seronok2 menghabiskan duit biasiswa sambil tunggu 2 tahun lagi untuk habis belajar. tapi, bila aku tanya kat kawan2 dulu..yang dah habis diploma, kita tanya.. "tengah watpe sekarang?? kerja kat mana??" lalu mereka menjawab, kerja kat Mall..jadi cashier, jadik saler..macam tu lah..

pandanglah jauh ke depan..tetapkan matlamat kita, apa kita nak jadi. jangan tak tahu pulak, atau lebih teruk tak ada cita2.. pahatkan kukuh2 cita2 tu, kemudian cari jalan macamana nak mencapai tujuan tu.kena tahu saluran yang betul..apa minat kita,,sejauh mana keupayaan kita, yang penting tetapkan matlamat awal2 lagi..

contoh aku la..masa tingkatan 4 aku dah buat keputusan nak jadi cikgu. aku tahu saluran yang betul nak jadi cikgu. aku minat subjek sastera melayu. dan aku angan2kan aku nak jadi cikgu sastera melayu. bagi aku kalau nak jadi cikgu bm ke, sastera ke, kelas mana2 pun boleh..apa guna kerah otak masuk kelas sains kalau sedar kita tak mampu. jadi, ambik kelas sastera. kemudian betulkan saluran kita, aku nak jadi cikgu sastera, tak kan aku nak mintak uitm kursus hotel pulak kan..mesti lah langkah seterusnya ke ting6.. masa tingkatan 5, 6 usaha sungguh2,..buat geram! geram pada buku! bila nak buat permohonan, tengok la apa yang kita nak tu sesuai ke tak ngan keputusan kita. Last sekali sastera aku dapat A. yeah! dah boleh jadi cikgu sastera nie..kemudian, apply la..insyaallah dapat..asalkan matlamat jelas. bukannya sekejap nak jadi cikgu, sekejap nak jadi misi, sekejap nak jadi polis,,xleh gitu..xleh2....

yang ambik dip, bukan semua tak berjaya,, tak semua..yang berjaya pun ada..cuma lambat sikit.. jadi janganlah anggap kita terlalu rendah berbanding orang lain..kita lambat sikit masuk u, memang kita lambat sikit, tapi mereka terlambat banyak..hutang pun banyak..memang nampak berlagak orang U...kita yang tingkatan 6 nie xkurang hebatnya.. kita banyak belajar.. Hampir semua benda kita dah belajar di Tingkatan 6.. contohnya aku ambik bahasa melayu..sekarang dah semester 4, aku tengok aku belajar benda yang sama je macam bahasa melayu tingkatan 6 dulu.. memang level tinggi... jangan risau, tingkatan 6 memang tinggi ilmunya..

dan sistem baru tingkatan 6 yang akan bermula nanti, dijangka pelajar akan lebih menguasai kemahiran matapelajaran. dijangka jugak, pelajar tingkatan 6 bacth baru nie kualiti melebihi Dip. 

sekian..


Sunday, May 6, 2012

"Muka you bintik-bintik "

Tadi aku ke bandaraya "Megapolis" Tanjung Malim..
buat kunci spare..
ambik duit dalam bank RM200
tengah kering nie kena korek duit la..
tapi aku nie..xpandai jimat.
habis RM100 untuk 1 minggu...
pastu ke "Hypermarket" Grand Union.. hahaha..

Beli telur konon nak jimat..
beli ikan bilis..
perencah nasik goreng konon nak goreng nasik...
pastu.. beli ubat gigi... Darlie..
Beli berus gigi... aku xleh pakai  berus gigi lama2..
paling lama aku pakai 1 bulan..
pastu aku tukar yang lain...

pastu beli pencuci muka..
Garnier..macam biasa la kan..
pastu...amoi yang selalu duk ikut punggung tu la...
perasan x kalau kita ke pasaraya ada amoi akan ikut punggung kita..
tapi jangan lepas kentut heret pulak ye..
sambil jalan sambil kentut dengan harapan si amoi tu tak ikut dah..
jangan wat gitu..xmolek xmolek..
kesian dia..hahahaha

aku ambik pencuci muka Garnier..
dia pulak nak tayang kat aku pencuci muka Natifa...yelah.. 
nak upah lebih lettew..
kau tahu dia cakap apa kat aku?

"muka you banyak bintik laaaaaa"
ha...
tiba2 aku mengecil seperti orang dalam iklan losyen Vaseline..

ok xpe ku akui banyak bintik...
aku pakai tia amelia selama nie..
ok jer..tapi sejak akhir2 ini...dia macam dah imun dengan kulit aku
jadi dah xde kesan..

aku xleh pakai benda lain..
nanti banyak lagi jerawat naik..
sedih betul...

semoga aku jumpa pulak dengan jenama lain yg dapat atasi masalah ini..

Ibu

Perasan tak? aku tak pernah post pasal ibu aku..semuanya pasal ayah aku..
entry kali nie untuk ibu aku pulak..yang aku panggil "cik"..
biasanya kat Kelantan orang panggil "cik" kat ayah..
tapi sebab keturunan raja ibu dipanggil "cik"..

cik aku nie bekeng ya amat..
tahu bekeng? mengikut google translate bekeng ialah garang..
memang garang betul tak kira siapa..
sebut je menteri mana, penguatkuasa, polis, JPJ, cikgu, wakil rakyat, 
lawyer, doktor, majestret semua tunduk kat dia...
sekali dia singsing lengan baju semua diam..hehehe..

kalau dia marah, dia akan brabrabrabrabrabrabra
sampai orang lain terdiam..
paling terbaru, cik aku telah ke sekolah kerana ada cikgu mengaibkan adik aku
dan menuduh tanpa bukti..
kes berat nie kalau bawa gi mahkamah kompom kena jel cikgu tu
kalau ikut hudud pula boleh disebat 80 kali..
jadi cik aku gi makin hamun cikgu..peduli apa kan..?
nak tuduh pun tengok orang laa..tengok keturunan..
nasib baik tak kena pindah gua musang cikgu tu...

hairan..adik aku yg ganas macam nie pun boleh dituduh yang bukan-bukan

sambung-sambung...
cik aku tak payah nak masuk universiti untuk berjaya
dia berjaya menggaji beberapa orang tukang jahit untuk membantu perniagaan dia.

bagi aku cik aku adalah pengurus terbaik di dunia ni
dan sangat rajin..
pagi-pagi dia akan solat subuh berjemaah di surau tepi rumah
kemudian dia akan uruskan anak-anak untuk ke sekolah, 
menyediakan sarapan, 
dan bersiap untuk keluar meniaga..
bila balik, masak untuk tengahari..
petang-petang pulak memotong baju..
malam di surau..
macam tu lah rutin dia setiap hari..

kalau aku?
aku rasa aku tak mampu nak mengurus seperti itu..
dalam masa 6 pagi-7 pagi..
mesti semua kerja aku jalankan akan lambat..
nak urus diri sendiri pun tak mampu
apatah lagi nak urus adik2..
nak kejutkan amir, aisyah dan kak nor bangun pagi..
dah la liat sekor2..
xmacam aku yang rajin bangun pagi.. (kat TM je tengahari xcelik2) haha
nak suruh amir mandi..
nak gosokkan baju amir..
bukan setakat gosok baju, gigi dia pun kena gosok..
pastu kena ikat tali kasut..aduh!
kena salin jadual amir..
kena letak songkok dalam beg..alahai..
pastu nak kena hantar amir ke sekolah..
amir pulak, tak nak aku hantar kalau pakai baju huduh2
nak aku pakai cantik2 baru boleh hantar dia ke sekolah
aish!!! pandai la amir 
baru darjah 3,
tinggi betul taste dia..hahaha

cik akan marah kalau aku :

-bangun lambat-
-pakai tak senonoh-
-tak buat kerja rumah-
-apatah lagi kalau tinggal solat-
-derak kokse-

nape la gambar kepala tu xleh nak crop..
ni lah cik aku..
cantik x? xde la cantik pun..lebih kurang neelofa je, hak3...
walaupun aku jauh, tapi ada 3 orang adik aku di rumah
dan seorang abang..

aku tak leh bayang macamana kehidupan tanpa cik
semua benda kena cik uruskan..
aku hanya boleh tolong sikit2 jer...
aku tak pandai nak urus semuanya.

macam aku kata tadi, cik sangat bekeng..
dan sebab bekeng lah anak-anaknya berjaya (insya-allah)
kalau baik, tak lah aku sampai ke tahap nie..
jadi, terpaksalah menadah telinga untuk mendengar semua leteran cik..
jangan sesekali  terasa hati dengan ibu..
mungkin aku belum ada anak aku tak faham hati seorang ibu..
tapi aku akan usahakan agar aku tak melukakan cik dengan perbuatan yang bukan2..

tapi setakat nie ok..
aku dah banyak kali membuat cik bangga dengan aku..
tiap kali terima anugerah aku akan bawa cik dan ayah...
insya-allah konvo nanti cik masih ada untuk tengok aku..
uruskan perkahwinan aku (uhuk3 minumlah ubat batuk cap ibu dan anak)

semoga cik panjang umur..
ada yang tanya :
"sejauh mana anda sayangkan ibu anda?"
lalu ramai yang menjawab
"lebih dari nyawa sendiri"
jawapan itu mungkin sangat lazim..
tapi hakikatnya, memang itulah jawapan yang sebenar..
sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata..
dan rasa sayang itu akan bertambah kuat bila ayah dah tak ada...
semua orang pasti akan melaluinya....pastiiiiiiiiiiiii

moral of the story : 
sentiasa doakan kedua ibu bapa kita.. untuk ibu yang masih hidup..

"ya Allah ya tuhanku. ampunkanlah dosa2 kedua orang tuaku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, dan lindungilah mereka.. Ameeenn.. "