Pages

Saturday, September 29, 2012

Nak suami pegawai tentera

Setiap lelaki impikan seorang isteri yang cantik, ayu, lembut. Kan? ada ke laki nak puan yang badan muscle berketul2 macam Arnold Susah-nak-eja? kalau ada, terserah, citarasa masing-masing. tapi yang aku pasti, setiap gadis yang normal pasti mengimpikan seorang lelaki yang gagah perkasa, am i right? Gagah, tinggi, tegap, berisi, katang-katang, muscle besar-besar, ada six pack. Umph! hahaha..

Hari ini dan esok aku mengalami satu fasa kesunyian yang teramat sangat. Sugar daddy aku asyik tido. Sedih betul haku, (T_T) tapi bahagia bagi dia.. Jadi "sakni" aku buka youtube dan tengok citer siam tajuk The Princess. Aku yang memang angin kat sugar daddy, rasa macam nak cari sugar daddy lain jer. hahaha. Kalau boleh aku nak seseorang yang macam nie. (pegawai tentera)


Ingat tak citer ni? main kat TV2 masa sekolah menengah dulu. Masyaallah.. di mana nak cari seorang lelaki macam Anothai tu? berangan jap. aku jadi Puteri Dala, berada di samping Anothai yang gagah perkasa. hihihi ,mesti indah dunia ini bagaikan di syurga. Mesti gagah kan, energy kuat, mesti xkuat tidoooooo macam orang tue.. (pasni kompom ada orang akan marah) hihihihi.. mesti best kan kalau dapat bercinta ngan anothai? sape2 kalau ada abang dia, sepupu dia, pak sedare dia pegawai tentera bagitau aku ye. aku nak "keceh". hahahahahaha..ye lah, aku kat UPSI. kalau jumpa pun, jumpa cekgu-cekgu jelah. Lainlah budak UPNM dapat jumpa abang-abang askar yang lasak-lasak gagah-gagah xkuat tido (haha entry macam balas dendam je?). arwah ayahanda aku pun askar.




Pilihan di tangan anda. Mana satu pilihan hati. yang lembut atau yang keras. kalau aku pilih yang keras. hahaha.hakikatnya, jodoh tidak begini. kalau lah jodoh tu kita boleh pilih..aku dah kawen ngan Mejar Faiz Khalid tapi xpelah...

Segala kekurangannya DIREDHAI...
Segala kelebihannya DISYUKURI...

Comel-comel sokmo :-)


Friday, September 28, 2012

Bila pula giliran aku...

Raya puasa hari tu, my best friend sejak dari kecik yang aku tido sekali makan nasik sekali mandi sungai sekali tak datang sekolah pun sekali kena rotan sekali last-last masuk u tak sekali telah pun dipinang orang.

Kejadian ini dah lama tapi xtau nape malam nie rasa gatal nak menikah kah kah kah. Barulah rasa nak update pasal kawen-kawen tunang-tunang nie..

Pijah pakai Ariani aku pulak pakai Fareeeda
Aku sekelas dengan Pijah sejak dari darjah 1 sehingga tingkatan 6. Dan dialah orang yang setia berada di bawah ketiak dan lemak aku. Masa darjah 1 aku tak suka dia sebab rambut dia kerinting pastu dia pakai skaf rambut yang warna hijau yang kecik yang RM50 sen tu. Pastu dia terrrrrrrrlalu lembut, aku lasak sikit. Sikit jela.. haha. Sebab tu aku tak suka dia. Meja dia depan meja aku, aku selalu tendang kerusi dia sebab aku memang tak suka dia. hahahaha.. tapi, tapi tak tau bila persahabatan itu mula terjalin dan tiba-tiba jadik bestfriend pulak. Jah, masih kah kau ingat? Hehehe.

Untung la U Jah awal-awal lagi dah jadi tunang org tapi xpe Pijah I akan kawen dulu dari U Pijah. Eh tak tak gurau je gurau. Aku nak tunggu semua kawan-kawan nikah baru akan nikah hahaha..

gambar zaman tok ku tonggek dulu-dulu..sekarang tokku dah xtonggek    




Seronok ar orang nak kawen. Aku jugak ar lambat lagi. Aku kan kanak-kanak lagi. Bila la turn aku pulak.. urm.. xde orang nak.. hak hak hak (cepat2 kasi penampar sira 3 das!)



Comel-comel sokmo :-)

Thursday, September 27, 2012

One day..Insya-Allah



do you know what i am thinking right now?

cantik
cantik


tak cantik

until now still stopped here

going tu match with this guy..

cantik

 wassalam..

Comel-comel sokmo :-)


Jalan-jalan Miri


Ni cerita masa cuti semester lepas. Haha baru tergerak hati nak abadikan dalam blog kesayangan. Ok aku telah ke Bintulu, Sarawak nak kenal Sarawak dan jumpa ngan Raja Harith Amsyar budak mate besar.

besar kan mata saya........

antara aktiviti aku di sana ialah ke pesta layang-layang..





dari Bintulu ke Miri, Miri cantik, macam negeri Terengganu..hehehe.. kami ke Miri dengan kereta, jauh perjalanan selama 3-4jam. 

gambar dalam kete-deye nok tenyek-




antara tempat menarik di Miri, ialah Muzium Petroleum.



 








dah siap jalan-jalan, makan di salah sebuah pasaraya di Miri. lupa pulak nama dia..
 
 

di Bintulu tak ada apa-apa yg menarik, yang banyaknye pasaraya. sebab dia baru nak maju.


balik sampai malam. sampai di Bintulu, makan lagi.

sekian. 

Yang indah itu bahasa.




Sunday, September 23, 2012

Aku nak jadi cekgu yang macamana?

zaman belajar ni kita jumpa macam macam peseng cekgu kan. ada cekgu yang garang, ada yang baik, ada yang macam gila sikit, ada yang lembut. agak-agaknya lah, aku kekgi jadi cekgu yang macamana eh? insyaallah dalam masa dua tahun lagi aku akan bergelar cikgu.. lambat ke cepat ke, jadi cikgu itu pasti.

menurut naluri aku, aku dapat rasakan bahawa aku akan jadi seorang guru yang garang nak mamp** sebabnya aku memang garang, cepat naik angin dan bila aku marah aku akan tinggikan suara. ish..xmolek xmolek..

macamana cekgu yang kita nak? zaman belajar dulu, kita pun ada cekgu yang kita suka, ada cekgu yang kita tak suka kan. jadi, aku pun nak jadi cekgu yang aku suka lah. aku suka cikgu yang cantik-cantik, muda-muda, kencang dan bertenaga.hahaha.. gurau je gurau. tak kisah sangat. dari segi sikap pulak, aku suka cikgu yang baik. kalau cikgu garang, time kelas dia pun dah rasa stress gila. tapi time cikgu baik, tak sabar menunggu cekgu masuk kelas. kan kawan-kawan?

cikgu suzana, cikgu kesayangan

bila cikgu garang, nak tanya soalan pun tak berani, nak bercakap pun jadi kering mulut. jadilah aku seorang pelajar yang pasif di dalam kelas. tapi kalau cikgu baik, bertambah keyakinan aku nak bercakap, nak tanya soalan, nak lontarkan pendapat, semuanya akan lancar, maka jadilah aku seorang pelajar yang aktif. dulu kat sekolah aku ada 2 personaliti. satu personaliti aktif dan satu lagi pasif bergantung atas sikap cekgu.

ada cikgu yang gi sekolah suka bergaya. tudung pin kat atas kemudian tunjukkan loket tiruan dia tu kat dade. ada cikgu yang terlampau baik sampaikan pelajar tidur dalam kelas, dan tak bagi perhatian pada cekgu.aku kesian kat cikgu jenis ni maka aku akan buat2 bagi perhatian walaupun sebenarnya aku mengantuk dan tercari-cari bantal dan ubat nyamuk.

aku juga suka cikgu yang selalu buat lawak dalam kelas. tak ada la tahap boleh masuk maharaja lawak. tapi kalau lawak selambe pun dah ok. kalau pandai wat lawak macam AMIR RAJA LAWAK pun dah ok.

tapi time study kat sekolah dulu kan, secara ikhlas lagi suci dalam debu dari sudut hati yg paling dalam aku suka cikgu yang selalu tak masuk kelas. cikgu mengandung, cikgu beranak, cikgu gi kursus, cikgu mesyuarat, atau cikgu yang selalu bawak masuk pelajar ke perpustakaan ataupun makmal komputer. hak hak hak..

satu lagi, dah memang kijoan aku, masuk kelas untuk melukis, aku suka waktu pendidikan seni. cikgu masuk kelas kemudia bagi kertas lukisan. dan aku paling suka kalau cikgu kata : "tema lukisan kita hari ini ialah........................ BEBAS"

waaaaaaaaaaaaaaaaa.....syok betul.

tapi kalau aku jadi cikgu terlatih kekg..aku janji, aku akan mengajar..hehehehe..sampai budak2 jadi pandai. selagi xpandai selagi tu ajar. insya-Allah.

bye




Saturday, September 22, 2012

Sunyi

Hai comel hai hensem. aku sedang sunyi dan aku tak pandai nak buat ayat jiwang2 romantik2 utk menggambarkan aku sunyi..kalau sugar daddy aku boleh kot..haha.. aku sunyi, keseorangan. tak ada teman utk bercakap. tak ada sape2 nak luahkan kesunyian ini. lambatnya masa berlalu. bangun pagi, aku mandi kemudian menghabiskan masa dengan dunia maya. kemudian aku melayan perasaan, berada di dunia lain. aku dalam bilik bertemankan kipas dan dinding.

aku cemburu tengok orang lain ramai kawan. hujung minggu mereka keluar. ada yang keluar dengan pakwe ada yang keluar dengan kawan-kawan. tapi xpernah ada yg sudi untuk menemani aku keluar jalan-jalan. kalau dengan geng-geng dia ok pulak. =( . tambah2 aku tak ada roomate. housemate aku ada agenda masing2. tinggallah aku seorang diri melayan blues. kesian aku. kan?kan?kan?

memang dugaan hari sabtu dan ahad nie untuk aku. petang tadi, gi pasar malam tanjung malim, pun seorang diri. naik motor xde road tax. aku gi pun sekejap je beli makanan. aku tengok orang lain, jalan dengan kawan-kawan. dengki tahu dengki. aku rasa terpinggir, kenapa tak sebertuah orang lain.

sekarang masa sudah malam. mungkin awak semua rasa cepat. tapi rasa lambat bagi aku.mungkin ada hikmah di sebalik kesunyian ini, di sebalik tak ada kawan ini. salah satunya, dapat hindarkan diri aku daripada mengumpat secara berjemaah. betul x? kalau duk ramai2,xleh lari dah daripada mengumpat, mengata, mengutuk, mencaci, dan memfitah.

sugar daddyku..cepat2 la datang mintak posting tanjung malim. leh kita "kawan".


Thursday, September 20, 2012

Will You Marry Me?


Abang, sudikah kau menemani hidupku?

Hakhakhak sumpah muntah sugar daddy aku.

Ada satu benda yang aku pelik sangat-sangat. Bakpe ek orang puan sokmo nak kurus. Bila masuk umo 30++ mestilah jadi gemuk kan bila tahap metabolisme sudah tak lagi berfungsi seperti zaman remaja. Telan banyak mana pun x gemuk.

Pastu anak dah 3, 4. Allignment pun lari la. Geleber situ geleber sini, lemak situ, selulit sini. Biasa ar tu kan? Pastu mula makan ubat kurus yang macam-macam tajuk. Ada tajuk Sendayu Tinggi, ada tajuk D'herbs dan macam-macam x larat nak sebut satu-satu.

Bila mereka makan ubat kurus, kolagen maka lepas 10 hari mereka makan, mereka akan tanya, nampak perubahan x? Walaupun sebenarnya x nampak. Rasa muda, kelihatan muda dan jadi muda. Yang aku nampak, rata-ratanya "rasa muda" jelah tapi tak kelihatan muda pun. X munasarawak langsung kan umo 40 nak kelihatan macam umo 18. Bersungguh-sungguh telan ubat kurus sebab nak jadi umo 18 balik. X logik x logik.

Manusia akan tua. Itu lumrah. Setiap wanita akan menuju tua. Berkedut. Berkedut atau x, segala kemudaan, kecantikan kita akan jadi santapan ulat jugak kekgi dalam kubo.

Jadi terima sajalah lumrah kehidupan.


Wednesday, September 19, 2012

Jalan-jalan Bukit Keluang

Allah mencipta negeri Terengganu dengan pelbagai keindahan semulajadi walaupun bola sepak hari tu tewas di tangan Kelantan 6-1. Kihkihkih.. Terengganu memang banyak tempat menarik untuk dilawati seperti Pulau Kapas, Pulau Redang, Air terjun sekayu, tasik kenyir dan banyak lagi. Ok, tak yah gi jauh-jauh. Kita gi je pantai yang terletak di belakang rumah aku. Bukan bermakna belakang rumah tetapi aku datang sini ikut jalan belakang kampung aku. Sebelum pergi jauh, kita gi dekat-dekat dulu deh..

Aku bawa adik-adik jalan-jalan, mandi-mandi dan makan-makan. Aku suka bawa adik-adik berbanding dengan kawan-kawan yang asyik tak ada duit dari awal semester hingga ke hujung semester. Hahaha.

Tempat ini namanya Bukit Keluang, terletak 15km dari Jertih dan 6km dari Pekan kuala Besut. Selain dari menjadi lokasi pengambaran filem Merong Mahawangsa ia juga merupakan lokasi jamboree pengakap asia fasifik kali ke 18 pada tahun 1997.

 

pakai skirt konon nak suh nampak ayu bila angin meniup skirt (sempoi-sempoi) bahasa.. hahaha

jambatan kayu di Bukit Keluang

cantik? say something i dont know (dialog kareena kapoor)

seksi? Model Maskulin.


adik perempuan separuh lelaki

Tetapi hampa hatiku melihat keadaan di sini seolah-olah terbiar. Dalam gua nya dah jadi macam tapak pelupusan sampah, jambatan kayu pula ada yang patah, ada yang runtuh. Sudah tak sama macam dulu, masa aku datang masa kecik-kecik dulu. Pihak yang bertanggungjawab patut lakukan sesuatu.




Pendidikan Awal Bukan Penentu Masa Depan

Terus terang aku katakan aku bukanlah seorang pelajar yang pandai, otak bergeliga satu masa dahulu. Tapi nak kata benok sangat tu xjugak. Aku biasa2 saje, seorang budak yang selalu ponteng sekolah setiap hari Ahad dan Khamis sebab tolong mak ayah jual kain dapat gaji Rm50 sehari. Rugi aku tinggal jual kain semata-mata nak gi sekolah. Hahaha.. Xpe, xbodo pun kalu tinggal sehari.

Aku juga rela dirotan setiap hari Isnin asalkan duit masuk poket. Dari UPSR, PMR, SPM dan STPM, result aku cukup2 makan je.rugi sape yg xpernah dirotan masa sekolah.

Sape tak sedih kan kalau asyik dibanding2kan dengan mereka yang pandai, yang UPSR dapat straight A kemudian dapat melanjutkan pelajaran ke MRSM atau sekolah bestari. Kemudian lepas SPM, kawan2 yang pandai dapat masuk U, buat diploma, aku masih di kampung. ayah, pak sedare, mak sedare asyik duk banding kita dengan anak dia. anak dia pandai, pergi buat matrikulasi kat kedah, kat melaka, kat jauh2 nun..ada yang boleh gi oversea kemudian direject balik..hihihihih geli hati. kita kat mana?ek eleh tingkatan 6 je?

Tapi kini, jeng jeng jeng.. dah boleh nak sombong ah.eh, belum jadi cekgu lagi. tu pun lambat posting jangan duk berlagak sangat, kecek besar teh. ok aku di UPSI ambik pendidikan bahasa melayu. Bahasa melayu je?xde classs langsung (kata kawan aku, bukan kata aku) yelah..awak budak sains, budak biologi, tapi kita sama2 cikgu kan?kalau awak pandai sangat nape jadi cekgu je?jadilah doktor ke, enjinnyo ke,.. aku bodo aku dapat jadi cikgu jugak, awak pandai awak cikgu jugak. eh eh sama la kita kan? jadi awak pun bodo la??xde classs la??? gaji sama je kan? ke gaji awak 10 ribu sebab ajar sains?

Aku tak pandai, sekolah pun sekolah kampung je budak2 jahat. Orang lain sekolah pandai, asrama penuh. Last2 jadi cikgu jugak. sepupu aku bukan main UPSR, PMR dan SPM straight A..sambung wat matrik, berhenti separuh jalan mintak maktab. jadik cikgu. aku yg B,C,D ni pun cikgu jugak. sugar daddy aku sekolah glemer2 straight A, pun cikgu jugak.sama taraf je kan?

aku enjin lambat sikit, bukan enjin turbo..hehehe..sampai jugak ke destinasi, cuma lambat sikit..tapi, orang lain terlambat banyak.hihihi..

Jadi kepada ibu bapa..kalau anak anda tak pandai sangat masa kecik2 ni, tak yah duk runsing sangat. dan anak yang pandai, tak yah nak riak takabur ujub sangat. masa kecik2 ni, langsung tak menentukan masa depan nanti.

pecah kaca pecah gelas kalau baca harap balas

Monday, September 17, 2012

Syaitan Mengejutnya Untuk Bersolat Subuh


Satu hari, akibat keletihan yang amat sangat, Syeikh Abdul Qair al-Jailani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu solat hampir tiba. Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar sebagai seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir. Dalam pandangan mata hatinya Syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu.

"Mengapa kau kejutkan aku untuk solat Subuh, padahal kau amat benci kepada orang yang solat?"

"Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun subuh", jawab syaitan.

Kehairanan, Sheikh Abdul Qadir lalu bertanya, "Kenapa?"

Syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan Allah S.W.T.

"Aku takut jika kamu terlewat untuk solat Subuh, Kau akan menampung kelewatan itu degan amalan-amalan yang lain yang lebih banyak dan serius", kata syaitan.

Tambah syaitan itu lagi, "Kau akan bersedekah, kau akan membantu orang lain, kau akan mengajar lebih lama, kau akan membaca al-Quran untuk menampung kesalahanmu yang sedikit. Dengan itu nanti, aku dan kawan-kawanku pun akan bertambah susah, kerja kami akan bertambah dan sukar. Jadi, lebih baik kamu solat subuh tepat pada waktunya, dan kami tidak akan terpaksa menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu itu nanti".

Begitulah kreatif dan inovatifnya syaitan dalam menyesatkan manusia. Dia bukan sahaja arif tentang amalan baik dan jahat, tetapi dia juga arif tentang keutamaan amal.

Syaitan menyesatkan mereka yang kuat agama dengan cara yang berlainan, bukan seperti mana menyesatkan manusia biasa2 (*macam aku ini). Contohnya, lihat saja status di FB yang berbunyi :

"Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menghabiskan puasa 6"


Ambil masa, dan renungkan bersama...


Tuesday, September 11, 2012

Pesanan Kubur Kepada Kita

 
  1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca al-Quran.
  2. Aku rumah yang gelap. maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
  3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
  4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
  5. Aku rumah pertanyaan mungkar dan nakir, maka banyakkanlah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Penyejuk Hati


Menggantikan ayahanda membaca khutbah raya dan mengimamkan solat sunat hari raya.

Cis! Cis! Cis!

Bercinta sampai syurga. Muntah! Buekkkkkkkkkkkkkkkk

Monday, September 10, 2012

Holiday di Pulau Pangkor

Aku tak suka masukkan gambar dalam FB tapi suka abadikan dalam blog sebab tak terlalu publish.